Wednesday, January 1, 2020

Wawasan 2020

Hi gais!
happy new year 2020 to you guys
yang stumble upon this blog
tak sangka ye dah masuk tahun 2020
dulu masa kecik pernah juga buat kira-kira
nanti wawasan 2020 umur aku baru 29
mungkin dah kahwin? mungkin dah ada anak?
kat mana agaknya aku time tu?
seriously sis pernah je ye terfikir semua tu ye masa sekolah rendah
dan pernah juga tanya parents sis
betul ke nanti wawasan 2020 ada kereta terbang?
macam dalam cerita doraemon
kan doraemon datang dari masa depan
yang persekitarannya serba canggih serba high technology
iye sampai macam tu sekali terpengaruh dengan doraemon

Apepun realitynya tidak ye gais
itu semua dusta
negara kita malaysia masih seperti biasa
apa yang kita kena bersyukur adalah
negara kita masih aman takde peperangan tu semua
takde bencana alam berlaku
contoh terdekat macam negara jiran kita
gunung berapi meletus lah
gempa bumi lah tsunami lah macam-macam
alhamdulillah bersyukur lah ye anak-anak
kita hidup dalam persekitaran yang aman dan selamat

sekarang ni dah masuk tahun baru
mestilah memasing ada azam tahun baru ada wishlist semua kan
azam tahun baru sis adalah
nak jadi muslimah yang lebih baik
you know in term of pemakaian jaga aurat semua
azam harian pula nak solat awal waktu
baru lah doa cepat makbul yedak
wishlist 2020 pula hm
satu nak ke umrah dengan family
which is yang ni dah tercapai lah kiranya
sebab kiteorang akan berangkat ke mekah lagi 20 hari
kedua, sis nak tukar kerja baru dan nak gaji baru
tempat kerja kena cari yang dekat-dekat dengan husband sis
supaya boleh pergi dan balik kerja sesama
gaji pula lebih banyak dari yang sekarang ni
dan yang ketiga, sis nak baby
dah boleh kot nak plan untuk ada anak sendiri
kan dah setahun honeymoon hihihi

semoga wishlist sis untuk 2020 ni semuanya tercapai
dan dipermudahkan semuanya aaminnn
jadi bawah ni gambar the best nine 2019
mestilah banyak gambar kahwin kan
sebab itu yang jadi turning point paling besar dalam hidup setakat ni
berkahwin dengan kawan uitm
tak sangka pula dah dekat setahun kiteorang berkahwin
ada baik ada buruknya semuanya sis terima je hahaha
semoga kiteorang berdua ni sentiasa
dikurniakan kesefahaman, kebahagiaan, toleransi, kasih sayang 
yang tak berbelah bahagi for each other
sampai lah bila-bila aaminnn


itu saje lah setakat ni
jumpa di next post
xoxo bye!


No comments:

Post a Comment