Thursday, July 29, 2021

Eid Adha 2021

 Assalamualaikum
selamat hari raya aidiladha
semoga ibadah korban kita tahun ni diterima oleh Allah
alhamdulillah tahun ni tahun kedua korban
macam tahun lepas juga
buat korban luar negara
ambil sebahagian lembu, RM320
kali ni thru app IKHLAS
sebab haritu terbaca twitter tunetalk
dia dok promote pasal korban dengan IKHLAS
bila baca dia ada partnership dengan airasia
terus rasa okay IKHLAS ni tak scam kot
boleh lah korban dengan IKHLAS lah tahun ni
lagipun senang nak track the whole process
semuanya ada dekat app je
then apa lagi, terus lah ajak abah
sama-sama buat korban luar negara
so korban kiteorang tahun ni dekat Uganda ye
jauh bebeno ha










Kalau tahun lepas time raya haji ni
dapatlah balik kelantan jap
pastu ber-family trip ke ganu
tahun ni apa pun takde ye
memang terkurung je dalam rumah
gambar-gambar raya ni semua
diambil awal sehari sebelum raya
sebab hari keesokkannya dah nak balik damansara
untuk raya haji kali ni
kakak order ayam & daging palembang dari MIL dia
umi pula masak rendang ayam version dia
then ada lemang, sponge kek hm macam tu jelah
alhamdulillah syukur
atleast dapat beraya dengan family mentua












oh ya tak lupa juga
gambar-gambar berdua dengan hubby
acah-acah hidup berdua belum ada anak
hahahha
kebetulan haqi tengah tido time ni
kasi can lah haqi ye
baju kurung batwing pula baru sampai
hadiah dari aisya & aqeef
(thankyou both of you!)
terus bantai pakai buat ootd raya
belum basuh pun tu ha





















dah lama tak bergambar
terasa kekok pula
sejak jadi mommy ni
hari-hari dok ambil gambar haqi jela
huhu
xx

Tuesday, July 20, 2021

SelangkahVax

Assalamualaikum
hari ni 8pagi dah gerak
dari Ampang ke Damansara
sebab slot vaksin pukul 10-11pagi
PPV dekat tropicana garden mall je
alhamdullillah lah dapat PPV depan rumah je
senang pergi balik tadi naik grab
tinggal Haqi dengan Redha jap
kebetulan balik rumah tadi Haqi baru bangun
mengamuk nak susu badan
susu botol dia taknak dah sekarang
kena train dia balik ni nanti
kalau tidak nanti susah nak hantar dia ke taska
hopefully masuk ofis lambat lagi lah kan
hahahaha



Apepun, vaksin hari ni berjalan dengan lancar
dapat sinovac
register under company haritu
tup tup hr call hari ahad lepas
katanya vaksin slot under company 20 julai
actually mysejahtera pun dah dapat tarikh vaksin
pun dapat 20 julai juga
dapat sinovac dekat sacc mall
tapi time tu terus reject on the spot
satu sebab jauh, dua sebab hari raya
tiga sebab fikir takpelah nak tunggu company punya
sebab awal-awal dah tau
company punya PPV dekat mall depan rumah je kan
boleh lah rentas daerah balik rumah sekali
dah 3 bulan stuck dekat ampang ni ha
segan lama-lama dekat rumah mentua tau
terasa menyusahkan dia pula



Jadi before hari vaksin hari ni
dah sesiap daftar dekat selangkah app
dah print out sesiap related form and document
jadi bila sampai dekat mall tu
just tunjuk ic and form dekat PIC
then PIC guide naik terus ke convention centre
previously dah pernah pegi convention centre tu
time tu ada baby fair
so dah familiar lah every floor dekat mall tu
sekejap je menunggu untuk vaksin
sampai mall tepat pukul 10pagi tadi
then pukul 11pagi dah gerak balik rumah
alhamdulillah so far takde pening-pening pun
hopefully tak demam lah kan
kalau tak, kesian haqi
tapi bila baca review yang amek sinovac ni
after effect dia mostly takde pun
compared to AZ/pfizer
so sekarang ni tunggu next dose pula
next dose would be on 10 ogos
tiga minggu dari sekarang



xx