Wednesday, March 31, 2021

Epilator Tak Sakit

Assalamualaikum
semalam sampailah parcel yang ditunggu-tunggu
which is my first philips epilator
dah lama sebenarnya add to shopee cart
tapi dok berkira-kira nak beli ke tak
satu sebab harga dia dekat RM100
satu lagi sebab takoddddd hahaha
memang niat nak guna dekat kaki je
sebab underarm and brazilian
dah buat dekat bubblegum wax, refer sini
sekarang ni tengah on hold treatment
sebab tengah pregnant kan
nanti 6 months after delivery boleh continue balik

Sis beli epilator for RM88 je dekat sini
rasanya seller ni jual paling rumah
sebab memang dah survey dulu before beli
kalau rasa murah and banyak good reviews
yang tu lah yang sis akan beli haha
so far item received in good condition
barang semua cukup
siap ada 1 year international warranty lagi
seller pun wrapped item dengan baik
so korang pun boleh lah beli dekat seller tu
my first impression masa turn on epilator tu
rasa terkejut sebab bunyi dia kuat ya
macam bunyi mesin rumput
seram nak remove bulu dekat kaki haha
tapi selagi tak try taktahu sakit ke tak kan
lagipun dekat kaki je
kalau ipl/wax, dekat kaki paling tak sakit

Ternyata tekaan sis tepat sekali
tak sakit pun ha
sis suka guna epilator tu tanpa cap
dia actually comes with 2 caps
massage cap and sensitive cap
tapi tanpa cap lagi efektif kot untuk remove bulu
dia ada 2 speed setting
yang second speed tu makin laju
dan makin kuat bunyinya hahahhaa
puas hati gila sebab kaki dah licin tanpa bulu
after done with removing leg hairs
korang boleh lah letak soothing lotion
kalau takde, boleh letak aloevera
ingat within 24 hour tak boleh hot shower ya
aagitew pesanan dari therapist Ika 
actually before epilate pun
kena scrub kaki dulu and letak talcum powder
to make the epilate session smoother

Apepun beli epilator ni
satu pembelian yang berbaloi lah
sebab lepas ni dah takyah pegi wax kaki
epilate je dekat rumah kan senang
sis highly suggest buat perempuan diluar sana
yang terlebih bulu ni
sila lah beli epilator
sumpah you wont regret it
and thank me later k
xx

Monday, March 29, 2021

Indoor Go-Kart Encorp The Strand

 Assalamualaikum
semalam hari ahad pepagi lagi dah bangun
gara-gara nak teman si redha main gokart
member punya lah excited
maklum lah first time nak bergokart
kalau bukan sebab pregnant ni
dah lama sis pun join go kart juga 
jadi, indoor go-kart ni terletak dekat
formula karting level 5 carpark area
encorp the strand mall
korang nanti parking dekat luar mall je
dekat area shoplot tu
pastu masuk ikut main entrance mall
dan naik lah escalator ke tingkat 5
jenjalan lah sikit
krik-krik sangat the strand tu
agaknya orang pegi the strand pun sebab
nak lepak starbucks dekat GF je huhu




Entrance fee for gokart ni RM50 je for 10min
tu pun harga promo, harga asal RM60
dalam 10min tu agak-agak dalam 15 laps kot
lap tak besar pun
dan jalan agak bumpy, tak smooth
sebab dalam carpark area kan
jangan lah expect lebih-lebih
jadi bila memula sampai tu
korang register dan bayar lah dulu dekat counter
pay only by cash/tng ye
kalau agak-agak belum breakfast lagi
jangan risau, ada breakfast yang dijual
ada sandwich, nugget, karipap dll
harga dalam RM4-RM6
buat alas perut je
kotlah korang excited kan
pegi on weekend pukul 10am dah terpacak
memang on weekends je dia bukak 10am-10pm
weekdays rasanya 2pm-10pm

















Datang tu memang bawak diri je
kalau boleh pakailah pakaian yang sesuai
baju tu jangan yang loose sangat
dan bawaklah gloves kalau rasa nak pakai
sebab dia provide helmet je
kereta pula bak kata redha
stereng agak berat
lagi slow korang bawak lagi beratlah nak control
nanti after korang setel bergokart
brader kat situ akan bagi performance report
so korang boleh tengok sendiri lah
berapa second paling laju korang drive
boleh compare dengan member yang lain aagitew
sis memang jadi photographer je semalam
seronok tengok redha happy main gokart
seronok juga sebab dia berpuas hati
dengan semua gambar yang sis amek huhu





Lepas setel gokart
kiteorang pun lunch dekat chilli's crab
then ke giant beli groceries before balik rumah
dekat 3.30pm lah juga baru sampai rumah
padahal dok main area dataran sunway je
seronok betul dok kota damansara ni
semua benda dekat
xx

Tan's Housewarming

 Assalamualaikum
jadi sabtu lepas 27/3
tan invite untuk ke housewarming dia
dah 2 bulan rasanya dia dok rumah baru
dan dah lama pun sebenarnya
dia plan for housewarming ni
tapi kali ni baru menjadi
rumah tan sekarang still dekat setia alam
dalam setengah jam je dari kd ni
dia dok area eco ardence tu
tapi bukan eco ardence lah hahahaha
rumah baru tan ni cantik
lagi cantik dari previous rumah sewa tu
cumanya still tak banyak perabot
biasa lah bila baru dok rumah sendiri ni
memang slow-slow lah beli barang rumah kan
kalau beli semua benda sekaligus
boleh bankrupt ha







Kali ni tan order nasi kerabu kelantan
banyak gila iols makan ye
tak ingat dunia bedal je apa ada depan mata
kenyang dia memang bawak ke malam
then sis ada bawak nutella cheesetart from bakeybites
xera pula bawak mango float ciskut
hasil dari air tangan xera sendiri
sedap gilaaaaaa ya
rasa macam nak order je walaupun dia tak jual
terasa-rasa lagi dalam mulut ni emmm







Apepun seronoklah bila berjumpa kawan-kawan ni
catching up life memasing
bukan senang dah sekarang nak jumpa
tak macam dulu-dulu ha
memasing dah ada life sendiri kan
dah ada family sendiri
jadi bila ada gathering macam ni
kena lah make effort untuk join
walaupun sebusy mana pun engko
thanks tau tan jemput kiteorang ke rumah
semoga Allah permudahkan urusan bersalin nanti
dan sehingga berjumpa lagi
sayang semuanya
xx

Monday, March 22, 2021

Third Trimester Essential

 Assalamualaikum
this time I wanna share
my third trimester essential pula
currently in my 34 weeks
last time dah pernah share
yang second trimester essential
refer post dekat sini
   without further ado, lets go!

1) NeuroGain PB Health Supplement
neurogain ni sebenarnya sejenis minyak ikan
dia dalam bentuk kapsul
bagus untuk merangsang perkembangan otak baby
sis beli dari shopee je for RM, refer sini
sebenarnya one of my exschoolmate yang suggest
syida namanya, dia nurse
katanya memang nampak beza lah
ibu yang ambil neurogain dengan tak ambil
baby tu nanti lebih aktif dan alert
and i already consulted with KK nurses as well
and they said it would just fine for me to consume it
so tak risau lah
bila baca group ibu-ibu hamil dekat fb
ada yang dah start makan
from early pregnancy!
ada yang suggest third trimester baru makan
sebab baby nanti keluar akan jadi super aktif
takod juga ya hahaha
apepun, sis selang seli makan neurogain ni
dengan kapsul daura minyak kelapa dara tu
makan dua jam after lunch
hari ni makan neurogain, esok makan kelapa dara



2) Pati delima gulsan
ibu pregnant bagus kalau ambil pati delima
untuk naikkan hb
ada macam-macam brand
paling famous, jus delima mamariam
tapi sis try gulsan sebab dia dari turki
sis beli dekat shopee juga for RM11.99, refer sini
try beli sebotol je haritu
rupanya menjadi ya!
sis amek pati delima ni pun selang seli juga
dengan madu tualang
amek 2 sudu lepas subuh time perut kosong
kalau pagi ni makan pati delima
esok pagi makan madu tualang gitu



sis bukanlah ada masalah hb sangat pun sebenarnya
kan bila check hb ada dua cara
sama ada dekat lengan atau jari
kalau check dekat jari tu
selalunya mesin hb tu tak accurate sangat
haritu pernah lah nurse detect 10.2 je hb dekat jari ni
then dia proceed amek darah kat lengan
sebab hb bawah 10.5 katanya, rendah
bila result keluar, hb 11.4 je sebenarnya
then the next checkup dekat jari pun hb 10.5 je
sis pun bagi lah alasan dekat nurse
yang kalau dia amek dekat lengan, hb tinggi je
pastu nurse cakap, dekat jari pun kena tinggi!
hahahahaha
itu yang sis pergi beli pati delima ni
the recent checkup, bacaan hb terus 12 ye
in conclusion, pati delima ni efektif!

 So setakat ni jela for third trimester ni
dua supplement ni je bertambah
selain sis masih teruskan makan
yang second trimester essential punya
kalau ada lagi, nanti sis edit tambah okay
xx

Sunday, March 21, 2021

Back To Office Week

 Assalamualaikum
nampak tak banyak gila post dalam sehari
gara-gara dah dekat end of month
baru nak update blog hahaha
so sepanjang minggu lepas
sis dah start kerja kat ofis sebenarnya
after being WFH since october 2020
i was actually in the team B masa tu
lepastu jennifer assigned me to be in the Team A
sekali dengan Jiha
sebab kaklinda nak masuk team B
tapi in the end dia nak masuk team A balik
sebab husband dia transfer dept and masuk team A
hahahaha pening!
so dia switched team dengan Jiha
alang-alang Jiha apply masuk ofis lambat sikit
sebab nak cari babysitter untuk anak dia
tapi tak kisah lahhhh
yang penting dekat team A ni ada mat
then ada raihan yang kena assigned masuk team A
sebab switch dengan tan yang masuk team B








Seronok masuk ofis lepas dah lama WFH
rasa semangat nak buat kerja
then ada geng nak borak and gosip
since raihan duduk selang 1 meja
and kaklinda dok depan meja
setiap pagi pun dapat breakfast nasi lemak
since ada makcik cleaner still jual nasi lemak
dekat depan ofis
and lunch bawa bekal dari rumah, jimat!
sekarang tak dapat keluar dah
sebab dah takde transport & driver
kakgee kan dah kerja kat maxis
tapi ada sehari tu sempat lunch dengan kakgee
sebab kakgee singgah xox
so dapatlah lunch ayam bakar bawah pokok
bersama raihan, kakayu, kakgee
just like the old times
rinduuuuuuuuuu!



Satu jela tak best
terasa sakit-sakit pinggang dan bontot ni
bila dah dok lama sangat dekat atas kerusi
jennifer sempat lah tegur
katanya dah gemok
mana tak gemoknya dah 8 bulan ni
dah 70kg huhu dah sarat ha jennifer
bagilah i wfh je! hahahaha
dalam hati jela cakap macam tu
kat luar senyum je



xx

Tomyam Noodle Secret Recipe

Assalamualaikum
last saturday on 13/3
sis and hubby pegi tropicana garden mall
mall baru dekat depan rumah ni je
sebab nak lunch dekat secret recipe
weekend selalunya kiteorang makan luar
lagi-lagi nak guna voucher shopee ni
ni dah actually our second time
makan secret recipe guna voucher shopee
haritu dekat shopee jual RM22 for 2 main courses
tapi limited for noodle selection jela
sekarang dah takde dah voucher tu
last time sis and hubby dah try
chicken bolognese spaghetti and
aglio olio with crispy beef strips
so kali ni sis try tomyam noodle
and hubby try meat bolognese spaghetti pula
murah kan rm22 je
harga rm22 tu actually for 1 main course kot
puas hati gila!









Lagi puas hati bila tomyam noodle secret recipe ni
memang sedap gilaaaaa
adik sis, aisya, kan kerja dekat secret recipe dulu
taktau lah kenapa dia tak pernah hype pasal ni
mungkin sebab harganya mahal kot
tapi portion banyak! boleh tahan lah
boleh makan dua orang
and tomyam noodle ni dia tak guna noodle biasa
dia macam guna udon, special lah sikit
dan yang penting
rasa dia bukan typical tomye kelate hahaha
so sis sangatlah suggest for you guys to try
secret recipe punya tomyam noodle ni
confirm takkan menyesal!





sekarang ni nak ikat tali kasut pun susah
nak tunduk pun susah
tersangkut dekat perut
nasib baik ada redha sayang
thank you yayang
i love you!
dont know what i'd do without you



xx

9th Maternity Check Up

 Assalamualaikum
so khamis lepas 18/3/2021
sis ada maternity checkup
macam biasa dekat klinik kelana jaya
tapi kali ni appointment at 10pm
9.45am sis dah tunggu dekat waiting area ya
nasib baik sempat beli karipap dulu 4 bijik
inti sardin pun sardin lah
sebab tak breakfast pun pagi tu
bangun dah awal, lepas subuh tak tido
terus prepare for our lunch, mee hailam
sayangnya 10.45am baru dipanggil nama
pukul 10 dah start bahang panas matahari ya
tapi sis watlekwatkul je duduk kat kerusi
kang banyak gerak nanti berpeluh
bila berpeluh nanti rimas
bila rimas nanti menimbulkan kemarahan
aagitew chain effect dia nampak tak



Bila dah dipanggil masuk tu
nurse terus suruh timbang
72kg ye berat zissss
dah naik 12kg setakat 33w ni
rasanya ada can naik lagi ni before EDD haha
redho jelah nakkk
dengan harapan lepas beranak nanti kurus balik
pastu sis terus pegi buat blood test
alhamdulillah hb kali ni 12 ye!
rasanya sebab sis selang sehari amek jus delima
minum 2 sudu je lepas subuh
berkesan rupanya alhamdulillah
then terus pegi buat urine test
dan menunggu lagi for consultation
dah pukul 12pm masa tu
barulah nombor giliran sis dipanggil
nurse terus check bp, which is normal
then check jantung baby and ukur lilit perut
dia check juga buku lali kot bengkak

Pastu dia consult pasal plan lepas bersalin
dia nak tahu plan sis
cemana nanti nak jarakkan pregnancy 2 tahun
 sis nak makan pil hari-hari without fail ke
cucuk setiap 2 bulan ke
tanam IUCD dekat lengan ke
atau guna kondom je ke aagitew
pastu dia consult juga pasal breastfeed anak
sampai 2 tahun tu
lastly before balik
dia cucuk tetanus second shot dekat bahu
which is kali ni tak terasa sakit dan lenguh pun
12.20pm sis dah siap semuanya
next appointment will be on 1st april 8am



Penatje masak hari tu
tekak redha nak murni pula
sebab murni dengan KK memang dekat je
so we went lunch at murni discovery kelana jaya
sis order nasi goreng pattaya je
sebab nasi goreng buttermilk chicken takde
redha pula makan mee goreng ayam pandan
macam biasalah murni
portion banyak dan sedappp
okaylah sebelum mengundur diri
terima lah gambar meja baru sis
tempat letak cawan boleh, pinggan pun boleh
multifunction jangan risau huhu



xx

WFH until EDD

 Assalamualaikum
yup, as per entry's title
hari khamis lepas, my HOD dah approved
for me to WFH until my EDD, 4th may
alhamdulillah ya Allah syukur
bukan lah tak larat sangat sebenarnya
still larat je nak pegi ofis sekarang ni
cuma backpain jela sikit dekat ofis
sebab duduk je atas kerusi sepanjang hari
saje je request for WFH hari rabu lepas
sebab ada je my colleague from same dept
yang pregnant juga
dia WFH from last year
memang sepanjang MCO
tak pernah nampak batang hidung dekat ofis
rupanya dia pregnant! lewls
so i just emailed my manager, Jennifer
asked her permission to WFH
because you know
due to our current covid situation
that pregnant women falls under high risk group
macam tu jelah
takde bagitau reason panjang-panjang pun
pastu dia terus forward dekat HOD
and esoknya HOD approved!





Lepas EDD nanti sambung pula maternity leave
maternity leave 2 bulan
jadinya masuk ofis bulan 7 lah
second quarter dah bye-bye haha
tahu-tahu dah third quarter of the year
dah boleh prepare for job hunting
semoga Allah permudahkan nanti



Semalam sempatlah ke OU untuk misi 6000 langkah
dan misi berjaya ye
orang kata dekat-dekat bersalin ni
eloklah berjalan ke sana kesini
mudah nanti nak bersalin katanya
kalau berjalan dekat OU ni
takdelah terasa 6000 langkahnya ye dak hahaha
sambil-sambil lunch dekat oldtown
nasi lemak + americano ni RM8.14 je
redha punya lagi lah
ginger chicken steamed rice + americano for RM7.00 je
of courseeee voucher makanan pun dari shopee
kita hidup ni kena bijak ya


Bulatnya muka masyaAllah
aib betul
post this for the sake of memory je
72kg sekarang huhu
xx

Wash Baby Clothes

 Assalamualaikum
so yes, its time to wash baby clothes
lusa dah masuk 34weeks
nasib baik hari ni tak hujan
next week akan basuh second batch pula sebab
baju baby 3-6m dari UK akan sampai minggu ni!
mostly baju baby beli brand george
beli time end year sales last year
beli dekat PS je, thru telegram
so ETA dia memang feb/march
haritu beli 10 helai 3-6m & 10 helai 6-9m
then masa pegi shopping the other day
dekat aeon ou tu
sempat grab baju lubang-lubang 4 pasang
saiz 0-4m tak silap
SIL pun ada juga belikan baju newborn
rasanya cukup lah kot untuk baby baru keluar nanti
baby kan cepat je besar
kejap je dah kena simpan untuk adik dia pula
wah gitoh dah plan for second pregnancy!
first one pun belum lepas hahaha





Basuh baju baby ni guna detergent Pureen je
yang ABD antibacterial liquid tu
beli dekat official shopee pureen
2liter for RM20.50
then softener pula guna downy baby hypoallergenic
pun beli dekat shopee juga, 1.35liter for rm11.64
basically semua benda beli dekat shopee lah!
wangi je ha detergent dengan softener baby ni
bau dia soft sangat
dah macam ada baby dalam rumah ni
baby nya belum keluar lagi
hopefully keluar hujung bulan depan
aminnn





xx

Thursday, March 4, 2021

8th Maternity Check Up

 Assalamualaikum
hari ni sis ada checkup
padahal last two weeks baru je checkup
nurse cakap sebab dah 7 bulan
so dah kena start checkup dua kali sebulan
macam biasa, appointment at 8am
arrived at 7.50am hari ni dan
menunggu di waiting area luar klinik
sampai lah 8.40am
penat menunggu je hari ni
then bila nurse dah panggil masuk klinik
terus je timbang berat
(69kg hari ni ohohoi
walaupun dah bedal 4 bijik karipap ehek)
then buat urine test and hb test
hb agak rendah 10.5
nurse bebel suruh makan banyak sayur
and daging, juga segala mak nenek organ dalaman
macam hati ayam tu, i kenodd



Lastly, masuk consultation room
untuk set next appointment
which is on 18th march, 10am
nurse ada check ukur lilit perut tadi
dia ada tekan-tekan perut
dia bagitau macam kepala baby dah kat bawah
sebab last time scan dengan doktor
position baby kan songsang
then dia suruh jangan risau
sebab baby still akan pusing-pusing
sampailah 35w
sekarang ni baru 31w 2d
then dia proceed to check baby's heart beat and 
tengok pergelangan kaki kot ada bengkak
selain tu ada check bp juga
alhamdulillah syukur mine is all normal
termasuklah result second MGTT last time
cuma next checkup kena make sure hb naik
dia ada verified jadual kiraan baby kick juga
then yeay dah boleh balik
9.25am dah setel semua
kejap je kan? menunggu je lama

Bila kira-kira balik
ada 3 kali je lagi checkup dekat kk ni
before sampai my EDD
maksudnya hujung bulan depan dah boleh bersalin!
i is skekkkkkk huhu
xx

Tuesday, March 2, 2021

Zakat Pendapatan 2020

 Hi gais
sis nak share sikit pasal zakat pendapatan
zakat ni kita wajib bayar
untuk menyucikan harta pencarian kita
ingat, dalam rezeki kita tu
akan sentiasa ada rezeki orang lain
zakat pendapatan ni dibayar mengikut negeri
contohnya kalau korang kerja dekat selangor
korang kena lah bayar dekat zakat selangor
jadi cemana nak kira zakat pendapatan tu?
jangan risau anak-anak
dekat website zakat selangor tu
ada kalkulator yang disediakan untuk kita kira
berapa yang patut kita bayar
boleh refer kalkulator tu dekat sini
ada orang bayar bulan-bulan
ada orang bayar setahun sekali lump sum
macam sis, sis akan bayar setahun sekali

Bahagian A : komponen pendapatan
biasanya orang akan isi hasil penggajian & upah tahunan je
boleh refer nilai tu dekat EA form bahagian c (jumlah)



Bahagian B1 : had kifayah isi rumah
ha dekat part ni, mention specifically
berapa orang yang korang tanggung
kot kalau ada tanggung isteri bekerja
letak 1 dekat dewasa bekerja (18 tahun)
kalau tak bekerja, campur pula kena tanggung parents
letaklah 3 dekat dewasa tidak bekerja (18 tahun)
kot ada anak belajar uitm boleh lah letak
ada anak sekolah rendah sekolah menengah ke
anak bawah 6 tahun pun letaklah juga
dia dah categorized siap-siap

 Bahagian B2 : had kifayah tambahan
part ni kalau perlu je
in case korang ada tanggung anak OKU
ada tanggung family yang sakit kronik
dan kalau ada anak tu
letak berapa orang anak yang korang kena tanggung


Bahagian C : tolakan lain
sini lagi sekali korang kena refer EA Form
dekat form tu cari bahagian E KWSP
dia ada dua je, KWSP & PERKESO
so korang letak jumlah KWSP okay


Last sekali, sebelum kalkulator kirakan jumlah
korang kena isi bahagian E
simpanan tahunan semasa tabung haji
so korang referlah dekat tabung haji korang
ada berapa nilai semasa
kat sini kalau amaun tabung haji korang banyak
memang jumlah zakat tu akan jadi sikit
sebab bila korang menabung dekat tabung haji
tabung haji dah sesiap bayarkan zakat korang
bagus kan?
sebab tu orang lagi prefer menabung di tabung haji
compared to ASB
sebab ASB bagi dividen tak tolak zakat
jadi korang kena lah kira dan bayar sendiri
boleh refer entry sis cara kira zakat ASB dekat sini

Bila dah setel semua
kalkulator akan stated jumlah zakat anda (setahun)
dan korang boleh terus klik button 'bayar zakat'


Sekian itu saja lah sharing hari ni
entry ni sebagai rujukan sis di tahun mendatang juga
kot lah lupa kan cemana nak isi
selamat membayar zakat gais!
xx