Wednesday, October 30, 2019

Bank Negara Malaysia Museum & Art Gallery

Hai gais!
sis terpaksa buat dua kali post hari ni hahaha
semata-mata nak bercerita pasal hari sabtu sis yang lepas (26/10)
selain dari makan malam dengan MIL
sis sebenarnya sempat singgah dekat sasana kijang
masa otw dari damansara balik ke ampang
tapi sekejap jela
plan to revisit next time
sebab menarik kot

muzium bank negara ni terletak dekat sasana kijang

sasana kijang ni adalah research & learning centre under bnm
kalau dari ktm bank negara tu jalan kaki dalam 500m je
kalau dari bnm, kena jalan dalam 1km
ha tak jauh pun, korang eksesais lah sikit 😁

bnm spend banyak duit untuk muzium dan galeri seni ni tau
dah lah free entrance
but still tak ramai malaysian nak pergi
sedih

muzium ni ada 3 tingkat je
dekat ground floor tu ada galeri kanak-kanak
tapi orang dewasa pun boleh masuk
tingkat 1 ada galeri ekonomi, galeri kewangan & perbankan islam, 
dan galeri bnm
tingkat 2 pula ada galeri numismatik

dan last sekali tingkat 3 ada galeri seni
tapi buat masa sekarang ni galeri seni on construction
katanya akan dibuka balik pada pertengahan november

sebelum masuk muzium akan ada spotcheck
beg tak boleh bawak masuk
kena simpan dalam locker

just kena deposit rm5 je
nanti dah nak keluar muzium boleh lah amek balik

apa yang menariknya dekat muzium ni

selain korang boleh belajar sejarah kewangan malaysia
korang boleh tengok sendiri tinggalan duit syiling lama
dulu setiap negeri asal dekat tanah melayu kita ni ada syiling masing-masing

syiling paling unik aku tengok adalah
syiling yang ditempa bentuk ayam jantan
diguna oleh rakyat terengganu kot
bila fikir balik rasa macam tak sangka
orang dulu pernah guna syiling-syiling ni semua

rasa amazed sebab ada lagi tinggalan ni semua
untuk dilihat oleh generasi akan datang
rasa sebak sebab dari masa ke masa
negara kita bertambah maju dari segala segi
ke aku je yang fefeeling cani bila masuk muzium hahaha




selain tu, design bangunan dan elemen tangga kat muzium ni pun unik
gambar kat bawah ni tangga nautilus namanya
tangga ni dari lobi dan menghubungkan setiap aras muzium


ikon nautilus

insyaAllah, ada masa sis datang lagi
sebab haritu datang sempat pergi galeri ekonomi & numismatik je

sekian itu saja

jumpa di next post
xoxo bye!




Chicken Plus Over KyoChon, K Fry & 4Fingers

Hai gais!
hari ni sis nak cerita pasal korean fried chicken
tapi nak diingatkan sekali lagi
preference tu adalah subjektif
ada orang kata sedap, ada orang kata sebaliknya
terpulang pada preference masing-masing
okay berbalik pada cerita
sabtu lepas sis berkesempatan untuk dinner dengan MIL
dekat chicken plus sunway velocity



ni bukan lah kali pertama sis makan chicken plus
dan bukan kali pertama juga try kyochon, kfry dan 4fingers tu



apa yang sis nak emphasize kat sini adalah
 sis paling suka dan recommend chicken plus untuk semua!
sebab apa?
boneless fried chicken dia sangatlah besar gemuk dan banyak
dia ada size large, medium dan small
sis selalu amek medium untuk dua orang makan
flavour pula sis recommend amek hot shocking
rasa pedas manis manis
harga pula semestinya jauh lagi murah
compared to 
kyochon, kfry dan 4fingers


banyak gila ye anak-anak, sis tak tipu

lepastu add on pula nasi untuk dimakan bersama ayam
yang bestnya, chicken plus memang kasi reddish dan cabbage cheese free
tapi semangkuk jela, bukan free flow
amboi nak free flow kau ingat kat rumah ke
selain dari ayam dia yang sedap tu
dekat chicken plus pun kita boleh makan bingsu
ada macam-macam flavour bingsu
jadi, sesape yang belum try chicken plus
please lah pergi makan chicken plus
sedap wehhh dan berbaloi!
sekarang ni dia dah ada 6 cawangan
sunway velocity, melawati mall, 3 damansara, 
eko cheras mall, central icity dan sunway putra mall


nikmat apa lagi yang kau dustakan?

last but not least
post ni bukan dibayar oleh chicken plus tau
hahaha
sekian itu saja
jumpa di post akan datang
xoxo bye!



Monday, October 21, 2019

Thean Hou Temple, Kuala Lumpur


Hai gais!
pada sabtu lepas (19/10)
aku sempat played tourist in KL dengan husband
kiteorang decided untuk ke Thean Hou Temple
salah satu temple yang terbesar di southeast asia
it was my first time pergi sana
husband dah banyak kali pergi
pada hari kejadian, kiteorang gerak pagi
sebab sekarang ni selalu je ha hujan belah petang
jadi, by 1030am kiteorang dah terpacak depan temple
parking kena bayar rm5

temple tu atas bukit
cantik gilaaaa
dekat perkarangan temple tu ada arca patung chinese zodiac
belakang temple ada secret garden
temple ni semuanya ada empat tingkat
biasanya port amek gambar dekat main hall
main hall tu kat tingkat atas sekali
tingkat-tingkat lain tu ada wedding registration office
ada wedding hall dan lain-lain
memang temple tu sentiasa je ada pengantin
luar pagar temple pula ada pakcik-pakcik bukak payung jual makanan
tapi halal ke tak tu wallahualam bissawab
setakat beli air mineral dengan aiskrim tu okay kot

harapan untuk tengok lautan lanterns merah dekat main hall terkubur
sebab haritu pergi takde
biasanya temple akan gantung time cny
ingatkan dia biarkan je, rupanya dia turunkan
temple ni memang function teruk time raya cina
kalau rasa macam nak sambut cny boleh lah datang time raya ye
pasal sejarah temple ni korang boleh google sendiri lah
sis memang datang nak layankan architecture temple ni je

here comes the pictures
.
.


.

.

.

.

.

.

.

.

.


dan akhir sekali
 nak tunjuk video
video ni sis edit dekat Videoleap
shoot guna dji osmo
video ni takde jalan cerita tau
sebab saje je nak test
.
.


sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo, bye!

Sunday, October 20, 2019

2D Bubble Tea Sunway Nexis

Hai gais!
Harini aku berpeluang ke Grand Opening 2D Bubble Tea
dekat Sunway Nexis Kota Damansara
second branch katanya
kedainya betul-betul sebelah Hameediyah
betul-betul ha depan mrt surian
aku pergi ni pun sebab
1) nampak 2D sponsored post dekat fb
**free bubble tea utk 100 orang pertama
2) dekat dengan rumah
tapi masalahnya
sampai sana pun dah 1230pm
memang idok lerrr nak free bubble tea
tapi jangan risauuu, ada 50% discount
jadi, aku pilih lah brown sugar bubble tea
harga rm7.50 untuk hari ni
actual price rm14.90

Pening tak tahu nak order apa? order lah Brown Sugar Milk Tea
sebab itulah signature semua kedai Bubble Tea

Sedap betul bubble tea dia
betul-betul rasa brown sugar tu
takdelah semanis black whale
black whale suuuumpah manis gila brown sugar dia!
memang kaw-kaw punya pekat
tapi bila tengok actual price 2D bubble tea ni, rasa macam...
emm takpelah
rm15 boleh beli 3 bungkus nasi ayam kat seksyen 6
range bubble tea dia mostly rm10-rm15
lebih kurang tiger sugar (tak sure Daboba)
takpe lah, sis tetap peminat Tealive!

apepun, bagi peminat tegar bubble tea
boleh lah datang ke dataran sunway kota damansara
sebab kat situ i swear segala jenis mak nenek bubble tea ada
you just named it

Decoration kedai 2D pula memang berupa 2D lah kan
dalam gambar macam besar nau kedainya
rupanya takdelah besar pun, beshew beshew jew
tapi nice lah 2D nya, sangat instagrammable
siap ada ball pit pool!

lepas berebut dengan budak-budak, akhirnya..

gambar tak banyak
sebab tadi ramai gila orang kat 2D
nama pun grand opening kan, gila kau tak ramai
jadi lain kali lah datang lagi untuk amek gambar

sekian itu sahaja
xoxo, bye

Wednesday, October 9, 2019

Hi?

Assalamualaikum


WhatsApp Story, 9 Oct 2019, 12.02PM

jadi, begitulah ceritanya gais
cemana aku end up ada kat blog ni

content blog ni akan lebih kepada personal life experience
yang lebih berkisar tentang
hari-hari aku
 yang membosankan
atau pasal travel
tempat makan best
resepi masak for beginners
dan apa-apa jela yang aku rasa nak share

asalnya memang aku menulis kat wechat moment je
tapi ni satu inisiatif lain yang aku ambil untuk berkongsi cerita
kot lah boleh dijadikan rujukan pengajaran pedoman di masa akan datang
buat para pembaca yang terjumpa blog ni kannn
siapa tahu
niat aku murni kott
tolong lah puji