Sunday, August 29, 2021

Happy Birthday Umi

Assalamualaikum
last friday, 27/8/21
we went back to my MIL's at ampang
to celebrate MIL's birthday
it was gonna be surprise for her
that we suddenly turned up out of the blue
dah sebulan lebih tak balik ampang
actually still tak boleh rentas daerah
sebab selangor still in first phase
so for the precaution, kena check waze dulu
to make sure takde roadblock
alhamdulillah the journey went smooth
we arrived at 3.40pm
bila dah park depan rumah MIL tu
dari dalam kereta dah nampak MIL senyum buka gate
cepat je dia nak bukakan pintu sis
semata-mata nak dukung cucu dia hahaha



The celebration starts at 8pm
makanan semua beli je
ada a&w, sate, roti nan cheese, nasi beriani
dengan lauk rendang daging, butter chicken,
bayam goreng, dan apebenda entah lagi
yang penting, kek chocolate baskin robbin 
jadi pilihan kali ni
sedap walaupun cair hahaha
since haqi punya bedtime 8pm-6am sekarang ni
memang dia tido jela sepanjang celebration
takdelah gambar dia ha





Kejap je haqi membesar dari sebulan ke sebulan
so mommy punya mission sekarang ni
nak make effort pakai cantik-cantik and
ambil family picture every month
so kita ada memories captured to look back on




















xx

Tuesday, August 24, 2021

My Comfort Food

Assalamualaikum
hari ni hubby dapat gaji
so sis gantung kuali and hubby suruh order je
selain nasi goreng pataya
set yang ada nasi, tomyam ayam, siakap 3 rasa,
sayur campur, ayam paprik
are also my comfort food!
hari ni sis order lah set tu dari
nasi ayam mewangi azeem
i have been ordering food from this restaurant
since 2017 tau tak
time tu still kerja dekat pbjv and
stay dekat flat gugusan matahari
delivery time tu 50sen je
sebab kedai tu dengan flat dekat sangat
sekarang ni they have to send to palm spring
so delivery charge RM4, still murah



Dah lama tak makan set ni
last time makan maybe time pregnant
dah lupa sebab betul-betul dah lama
rasa puas hati sangat
total semua RM45 include delivery
talking about delivery food
we have spent nearly RM400 for foodpanda/grabfood
sejak sebulan stay damansara ni Allahu
padahal hari-hari pun masak je
duit dapur lain cite
semoga lepas ni kami husband & wife lebih berjimat
terutamanya part order benda-benda manis
hahahaha ini semua salah redha
dia yang sweet tooth, kita pun terjebak sama
xx

Chatime Cendol Milk Tea VS Tealive Iced Onde-Onde

Assalamualaikum
kembali lagi dalam rancangan
order apatu dekat foodpanda?
kali ni kita try chatime pula
since chatime keluarkan flavour cendol milk tea
as a merdeka edition (RM14.90)
sis tak makan pun cendol tapi hubby yang nak
so sis tumpang merasa dia punya
as for myself, i ordered
dalgona nilofa banana milk tea with pearl (RM12.90)
and caramel milk tea (RM6.90)
caramel milk tea tu buat cukup syarat nak lepas RM25
sebab nak redeem promo code
tau tak sebelum wujudnya tealive
i used to love chatime soooo much!
then bila dah ada tealive
langsung dah tak pandang chatime hahaha



Believe it or not
i never tried dalgona nilofa before
and i actually love anything mix with banana
time tengah hype sebab chatime neelofa tu
rasa macam nanti-nantilah pergi
so this 
dalgona nilofa banana milk tea with pearl
sis bagi 6/10 sebab rasa dia biasa je
imagine milk tea with pearl yang biasa
then you topup rasa banana, ha macam tulah
maybe kalau ada option smoothie chocolate lagi sedap kot
instead of milk tea
meanwhile, caramel milk tea tu sedap, 9/10!
kalau taktau nak order apa
nak rasa lain sikit instead of plain milk tea
boleh lah order caramel milk tea
dekat chatime ni, dia takde option normal sugar tau
whether you amek 110% extra sugar or less sugar 80%
itu paling dekat dengan normal
tapi less sugar tu sebenarnya dah kira tawar
then cemana lah yang half sugar 50%
slight sugar 30% and non sugar 0%

Okay, for cendol milk tea
it comes with large cup tau
dalam dia ada isi sagu, cendol hijau
and weirdly ada pearl!
i was expecting to see kacang merah, jagung, cincau
tapi tulah mengecewakan sungguh
rasa santan and gula melaka tu ada lah sikit
tapi tak rasa pure cendol sebab tetiba ada pearl!
mungkin ada pearl tu barulah chatime kot
but overall, 3/10! sedihhhh
taknak beli dah lain kali
untuk mengubat hati yang lara dan kecewa
marilah kita rasa ice cream ovaltine pula
yang ni sumpah rasa dia
sedap gilaaaaa gais
RM3.50 je dekat speedmart
tolonglah beliiiii, sedap sangattttt





Oh ya, as for Tealive
takkan lah takde keluarkan merdeka edition kan
Tealive punya Onde-Onde Series
ada 3 selection tapi sis pilih
Iced Onde-Onde with Toasted Coconut Crunch & Pearls
harga RM14.90
dia ada version smoothie juga and
the last selection, Onde-Onde Yam Balls Smoothie
smoothie ni lagi mahal RM2 dari yang biasa
rasa Iced Onde-Onde ni memang meletup sedap
sebijik rasa onde-onde tu tapi version air
yang ni even ada pearl pun rasa sedap
sis bagi 10/10!

xx

Saturday, August 21, 2021

Nasgor Panas by Pasta Panas

 Assalamualaikum
kembali lagi dalam rancangan
order apatu dekat foodpanda?
seperti yang sedia maklum
pasta panas ni femes dengan macaroni mac & cheese
kalau baru nak try pasta panas
please order for mac & cheese dulu
tu starter pack untuk beginners! wkwkwk
harga kat foodpanda RM16/box
boleh pilih nak chicken / beef / seafood
selalunya sis amek chicken
then boleh pilih nak add on
extra pasta / chicken / mozzarella
dengan charge tersendiri masing-masing
biasa order pun dengan promocode
so boleh dapat 2 box dalam harga RM20-RM25
kira okay lah kan?
selain mac & cheese
sis pernah order spaghetti bolognese juga
sedap tapi tak se-umph macaroni mac & cheese tu
so recently pasta panas create a subsidiary
which is nasgor panas!
yang menyajikan nasi goreng pelbagai jenis



Jadi tunggu apa lagi?
sis pun order lah nasi goreng bendahara
aka nasi goreng cooked with sambal merah paste
dan nasi goreng syahbandar aka
nasi goreng cooked with sambal kicap paste
masing-masing harga RM9.90/box
pastu order chicken chop for RM6.90
sebab nak cukupkan RM25
foodpanda ni jahat tau
dia kena cukupkan RM25 baru dapat discount
then bila dah sampai depan mata
wahhhh! cantiknya packaging nasgor panas uols!
ala-ala tema batik gitu
satu pujian untuk designer dia ya
nasi goreng dia pula dedua sedap sangat
macam nasi goreng dekat hotel
mungkin masak guna api besar?
cuma portion dia so-so
tak banyak tak sikit
kalau tengah kebulur, mungkin kena order dua
sis bagi 9/10!
of course akan order lagi in the future
sebab ada nasi goreng lain yang belum try
which is nasgor laksamana & temenggung



Btw, pizzahut regular size RM19 je ni ha
sampai end of august
murah ye gais
special for those yang dah completed 2 dose vaccine
boleh order dekat website siap-siap
senang nanti terus pickup je dekat the nearest outlet
and dia takkan check pun your mysejahtera
sebab kita dah sesiap bayar online pun kan
boleh order hari-hari guna promo code yang sama
takde limit pun
thank me later, enjoy your pizza!



xx

Eat Sushi & Kek Lapis Qaseh

Assalamualaikum
kembali lagi dalam rancangan
order apatu dekat foodpanda?
selalunya kan lepas isyak
mesti rasa macam nak makan ringan-ringan
bosan lah kalau asyik megi je kan
so rasa macam nak makan sushi lah
jari ni cepat je order dekat foodpanda
kali ni nak try sushi dari Eat Sushi
sebab free delivery
restaurant dia dekat Sunway Giza
tapi tak sure belah mana, tak perasan
sis order salmon mentai nigiri 4pcs for RM10
dan salmon rainbow maki 8pcs for RM19.80
bila dah sampai depan mata
lahhh ini aje?



Apepun, sedap sangat ye
salmon mentai nigiri tu dia grilled
salut dengan sos bbq
yang salmon rainbow maki tu
rasa dia macam plain salmon with cheese on top
hm tetiba rindu nak bedal sushi king
yang promo rm3 per plate tu
baru puas hati sebab boleh makan banyak
last time makan time pregnant
next time pula tu agak-agak bila ya?
ada sibudak haqi ni ha

Selain sushi, hari esoknya
sis order kek lapis pulaaaaa
sebab teringin nak makan kek lapis
itulah, yang bukan-bukan aje
teringat-ingat kek lapis dayang salhah ha
kek lapis paling sedap pernah makan
rm10 je beli time trip ke sarawak
kali ni search kek lapis dekat foodpanda
keluar lah kek lapis qaseh ni
so order lah perisa chocolate and perisa oreo
homemade dari flat salvia katanya
harga pun rm10 juga each
bila sampai hari esoknya
lahhh sejengkal je ke kek lapis nya?



Rasa dia takdelah sedap takdelah tak sedap
moist tu cukup, tapi macam colouring dia over
sebab melekat dekat lidah
rasa dia pula tak manis sangat
tapi macam ada something off
lagi-lagi yang perisa oreo tu
takde rasa oreo tapi ada cebisan oreo
cemana tu sedara sedari yang dihormati sekalian
overall 5/10 je lah kak ye sorry
mana lah tau akak tu google pasal kek lapis dia
and happen to read my review hahaha
bila fikir balik kan
makan dua benda ni dah rm50
portion pula besar taik hidung je
haih membazir betul lah
xx

Tealive New Favorite Flavour

Assalamualaikum
 Bila Haqi dah genap 4 bulan ni
maksudnya dah genap sebulan juga
kami bertiga dok di damansara
bil elektrik bulan ni RM100 ye ewahh
biasa laki bini dok rumah ni bil rm35 je
dah ada baby banyak pula guna letrik
dengan aircond, air purifier, cradle, sterilizer
mana idoknya melambung sampai 100
pastu selama sebulan dok damansara ni
makan memang heaven ya meriahhh
makanan apa je takde kat damansara ni
order je grabfood/foodpanda
yang penting duit je kena ada
damansara is the besttt *chefkiss



MIL sis pesan bila dah bersalin ni
kena lah pantang ais setahun
nanti urat kembang, rahim kembang,
perut pun kembang eh semua lah kembang
bukannya apa, badan nak guna lama
so bye bye lah dekat abc & boost
tapi tealive ni kan, susah sikit nak tinggal
sekarang ni kalau order tealive memang no ice
dan sis akan tunggu air tu
jadi suhu bilik baru minum
selalunya order signature brown sugar pearl milk tea
tapi ada satu hari ni sis order 
black diamond milk with gula aren

Sis order dekat petronas subang bestari thru grab
sedap gila ye gais
sampai terbayang-bayang
bukan semua outlet ada gula aren series ni tau
the nearest outlet yang ada gula aren series ni
outlet dekat petronas TTDI
tu pun delivery charge RM4
yang petronas subang bestari tu lagi lah RM7
delivery dan harga segelas dah dekat sama! lewls
tapi last time tu sebab ada promo code
itu yang relax je order
tealive ni sebenarnya tak mahal pun tau
KALAU beli dekat counter
lagi murah boleh redeem guna shopee voucher
tapi tulah dengan keadaan covid sekarang ni
takut nak keluar rumah sebab ada baby
so redhoo jelah beli walaupun mahal sikit







Tealive ada macam-macam menu lain
last time sis beli butter nestum popcorn chicken
dengan harga RM14.05
and combo chocolate chip cookies with pearl milk tea
dengan harga RM12
order thru foodpanda
so harga pun harga foodpanda
popcorn chicken tu bila dah sampai depan mata
terus rasa macam hm k, first and last
mahal ya RM14 tapi portion sikit!
rasa pun biasa je, 5/10
endingnya jadi side dish
buat makan dengan nasi goreng cina sis
oh ya, tealive punya chocolate chip cookies?
jangan mimpi lah nak setanding cookies subway ye
4/10! sedihhh!

xx

Friday, August 20, 2021

Happy 4 months Haqi

 Assalamualaikum
hari ni Haqi genap 4 bulan
timing tido dia improved sikit
sekarang berjaga 4pagi-8pagi
pastu dia akan tido sampai 12pm
12pm tu akan kejut dia sebab nak mandi
pukul 2pm dia akan tido balik
then 6pm bangun sebab
daddy pula akan mandikan dia
pastu 8pm tido sampailah 4am tu
the cycle repeats and in between tu
of course dia akan menyusu





Baby pkp ni macam ni lah
beli baju cantik-cantik pun dok rumah je
nasib baik mommy pandai tau haqi
baju haqi brand mothercare, luvable friends,
next, george, lily & jack, carters dll 
mostly beli dekat carousell je haqi
ada yang second, ada yang brand new
nanti kalau haqi dah tak muat
mommy jual lah balik huhu





Sempena 4 months old ni
doa mommy satu je Haqi
semoga Allah sentiasa kurniakan
kesihatan yang baik buat Haqi
sepannnjang hayat Haqi
mommy susah hati kalau Haqi sakit
trauma kalau teringat warded dekat nicu
jaga Haqi sakit masa baru lahir 4 bulan lepas
sakit emotionally tu lagi sakit tau
dari physically bersalin ceaser
semoga Allah kabul doa mommy untuk Haqi



xx

Thursday, August 12, 2021

Second Dose Sinovax

Assalamualaikum
finally kelmarin 10 ogos
i have completed my second dose of vaccine
alhamdulillah macam first dose juga
takde side effect pun
dan alhamdulillah juga sebab
process to get second dose vaccine ni smooth je
lagi smooth dari yang first dose
sebab 945am gerak ke tropicana garden mall
1045am dah ada dekat rumah dah
macam biasalah kita naik grab
then grab stop dekat pintu utama
guard akan check profile mysejahtera
dia nak kita refresh profile mysejahtera
so in order to do that
kena lah update covid19 status dekat home dulu
then terus proceed beratur
dekat main hall tengah-tengah mall tu
sebab PIC nak check selangkah app pula
after a few clicks dekat selangkah app
boleh proceed terus naik PPV
which is dia buat dekat convention centre
tingkat mall paling atas sekali





Bila dah sampai tingkat paling atas
PIC terus panggil masuk cubicle
ye betul tu saudara saudari
takpayah bazir masa tunggu pun kali ni
terus kena inject then proceed to waiting area
sebab dia nak monitor kita for 10 minutes
sebab takut ada pening ke apa
then dah boleh balik yeay!
bila dah siap awal ni ingat nak mengular
tapi asyik terfikir je anak dekat rumah
terus lah kelam kabut balik
kalau still takde anak ni
confirm dua petang baru sampai rumah
bila husband tanya ramai orang ke?
uishhhhhh macam ni ha yang dia punya beratur
*sambil buat tangan kanan atas tangan kiri
lewls







waiting for third dose pula
huhu ciao
xx