Friday, November 22, 2019

My Skincare Routine

Hai gais!
today i want to share about my skincare routine
step by step
that i have been using since a few years back
tak pernah tukar
sebab skincare routine ni lah yang menjadikan
kulit sis yang sekarang
note that my skin type is combination
dan previously jenis yang ada pimple tapi tak teruk
dan penuh dengan post-acne hyperpigmentation
this post is actually for my future reference
lets get started!

1) cleansing oil : Senka All Clear Oil (RM45)
basically guna ni sehari sekali je
masa cuci muka sebelum tido
sebab nak betul-betul make sure
takde kesan makeup langsung dekat kulit muka

Image result for senka oil"
sebelum pakai brand ni sis pakai Biore Cleansing Oil (RM20)
dedua pun okay



2) low ph cleanser : cetaphil (RM30)
2 kali sehari
masa bangun pagi nak pergi kerja dan sebelum tido


3) scrub & mask : coffee scrub temyracle (RM29)
scrub ni sebenarnya sis dapat hadiah birthday
dari one of my friends, xera
surprisingly best gila woi 
sis akan scrub seminggu sekali
rasa bersih dan lembut je kulit muka lepas scrub
actually boleh dijadikan mask juga
kira 2 in 1 lah
kalau jadikan mask kena tunggu 15min pastu bilas
kalau scrub tu kira lepas pakai cleanser boleh terus scrub 
dan bilas



untuk mask tu kalau tak guna temyracle
sis akan pakai freeman clay mask oil absorbing (RM19)

yang warna kuning
tunggu sampai kering lepastu bilas

Image result for freeman clay mask yellow"
4) toner : mario badescu cucumber lotion (RM81)
brand mario badescu ni ada dekat Sephora je kot
lepas pakai toner ni terus tak pakai toner lain

toner ni best sangat-sangat


5) morning serum : theordinary niacinamide (RM32.80)
my holy grail
boleh refer sini


night serum : the ordinary alpha arbutin (RM24.50)
serum ni best gila untuk hilangkan parut gelap (hyperpigmentation)
lagi function kalau pakai sekali dengan bio-oil



6) essence : corsx advanced snail mucin 96 power (RM43)
still pakai ni tapi macam tak nampak kesan sangat
plus dia amek masa nak absorb dekat kulit muka
thats why in between sis sempat try

Image result for cosrx snail mucin"
Bio Essence 24K Bio Gold Rose Gold Water (RM14.80)
rasanya Bio Essence punya lagi better kot
Image result for bio gold rose water"
7) 
moisturizer : mario badescu oil free moisturizer (RM116)
disebabkan kulit muka oily/combination
adalah penting ye anak-anak untuk kita guna
moisturizer yang oil-free
moisturizer mario badescu ni best gila tapi tulah mahal sikit
8) Biore UV Perfect Protect Milk Moisture (RM15.90)
sunscreen ni best sebab dia tak melekit
dan tak tinggalkan white cast
sesuai untuk oily skin
pakai ni waktu pergi kerja je tau
malam buta dah nak tido tu tak payah

9) eye cream : mario badescu hyaluronic eye cream (RM87)

masa zaman master dulu
sis punya dark circle teruk gilaaa
lepas pakai ni terus okay
dark circle tu takdelah completely hilang
tapi kurang banyak lah

10) pimple : nixoderm ointment (RM5.20)

ni macam spotted cream kalau ada pimple
pakai kat tempat yang ada pimple je
bukan satu muka tau

Image result for nixoderm ointment"


selain tu sis juga amek doxymicin
sis amek ni dari zaman sekolah lagi
masa tu satu muka penuh dengan jerawat
confidence level tak payah cakap
memang menjunam jauh ke laut dalam
jadi sis pergi ke klinik kulit azam dekat pasir mas
dan doktor tu prescribe ubat ni
tapi sekarang ni takdelah hari-hari sis makan
amek ni bila perlu je
dan dengan condition kulit sekarang ni
dah macam tak payah amek langsung pun takpe dah
alhamdulillah

(nanti sis attach gambar ye)

11) scar : bio oil (RM20)
last but not least sebelum tido tu
rajin-rajinkan lah pakai bio oil dekat parut gelap
in fact kat mana-mana part of badan pun boleh pakai


Image result for bio oil"

confirm tak menyesal
sebab parut nanti cepat je hilang
tapi kalau parut yang sejenis ice-pick tu hm
mungkin kena buat laser treatment kot

sekian itu saja
nanti sis share on weekend-makeup routine pula
till then
xoxo bye!

Wednesday, November 20, 2019

Jombali Citta Mall & Laura Medina Cafe Subang Bestari

Hai gais!
sabtu lepas selain pergi setelkan dokumen umrah
sis sempat singgah jap kat citta mall
citta mall ni sangat membosankan ye anak-anak
semua kedai makan je 
kalau bukan sebab husband sis ada HR group discussion kat sana
memang idoklah sis nak pergi sesaje
jadi alang-alang tunggu group discussion tu
kiteorang pun lunch dulu dekat jombali
jombali dekat subang ni sangat menenangkan ye
sebab tak ramai orang
dan kedai dia besar


jombali terletak berhampiran mcd citta mall

sis pilih lunch set nasi goreng with bbq grilled chicken
share with my sister, aisya
while my husband pilih lunch set mee wantan
lunch set jombali ni comes with drink
tapi drink tu ada barley je
tak sangka betul makanan dia portion boleh tahan banyak
kenyang gila sampai tak larat nak berjalan

sis boleh cakap, banyak-banyak jombali yang sis pergi
jom bali dekat Citta Mall ni is the best gais!
kalau jom bali yang paling worst dekat NSK Kota Damansara
jangan lah pergi makan situ
menyesal tak sudah huhu


total rm40 include service tax

jom makan

lepas lunch dekat jombali
sis sambung lepak dengan kawan sis, tan
dekat laura medina cafe subang bestari
cafe ni quite famous lah juga dengan
signature dish dia korean chicken platter
sis tahu kedai ni pun dari twitter
dah ramai yang review kedai ni
paling terliur kalau tengok abam vitdaily makan
abam vitdaily tu makan apa pun nampak sedap
kalau korang nak pergi
waze je ke Laura Medina Cafe



disebabkan sis memang tengah kenyang gila
sis tumpang makanan yang adik sis order je

dia memang sejenis perut buaya, banyak chamber 😁
jadi dia order ayam korea spicy
tan pula order butter chicken with rice dan cheesy fries
menu dekat laura medina cafe ni sebenarnya banyak gila

korang boleh google je menu dia dan pergi try sendiri
harga pula average takdelah mahal sangat



ayam korea dia kalau dia tulis spicy tu memang spicy betul
sis pula tak makan pedas
mampu makan dua ketul jela ceritanya
harga dia kalau tak silap rm12.90 untuk 10 ketul
boleh add cheese kalau nak tapi ada additional charges
kalau bab ayam korea ni hm
ayam korea kat chicken plus tetap dihati!
tetap tak boleh lawan dia punya sedap, portian dan ketebalan ayam tu

sis memang personally suka chicken plus lah 😂
cheesy fries dia pula memang sedap
macam makan kat kfc

chicken butter pula boleh lah takdelah wow sangat
next time nak datang lagilah 

nak try signature dish dia pula



thank you tan for spending time with me
dah lah dia cuti seminggu sekali je
so kita pun faham lah cuti dia tu memang berharga sangat
tapi dia tetap sudi nak spend time dengan sis
terasa dihargai jap 😭
semoga yang baik-baik saja mengiringi langkahmu wahai sahabatku

kita jumpa lagi next time

sekian itu saja untuk post kali ni
jumpa di next post
xoxo bye!

 




Monday, November 18, 2019

My Umrah Journey - Part 1

Hai gais!
post ni akan berkisar tentang
proses dokumentasi untuk perform umrah
note that post ni adalah sejenis ongoing
jadi akan ada banyak part lah dari semasa ke semasa

okay tour agency pilihan hati adalah
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
ig : mkmtickettravel
pilih MKM sebab ada sorang kawan aku ni suggest
dan bila tengok pakej yang dia bagi pun murah
dah lah tempat penginapan betul-betul depan masjid
tak perlu nak jalan kaki jauh-jauh
jadi dah berminat tu
aku pun apa lagi
terus wasap nombor yang tertera pada profile ig MKM
dan liaise dengan tuan haji salam
bagitahu dia berminat dengan pakej bilik berempat
dan tarikh berangkat 20jan-30jan 2020
lepas bayar deposit rm1000/kepala
tuan haji tu pun email aku borang tempahan umrah
sekali dengan senarai dokumen yang perlu disertakan
nak gather semua dokumen ni yang amek masa yang agak lama

Antara dokumennya ialah :
1) passport (make sure still valid 6 bulan dari departure date
dan at least ada 6 pages yang belum guna)
2) 3 keping gambar visa background putih
3) buku suntikan vaksin ACWY
4) salinan sijil nikah
5) sijil lahir
6) letter of consent dari suami bagi perempuan yang nak pergi
tapi suami tak turut serta (verified by pesuruhjaya sumpah)

Passport tu memang aku dah ada
kalau nak buat baru/renew sekarang ni kena bayar rm200
valid sampai 5 tahun
yang mana nak renew tu jangan lupa bawa passport lama ye

Gambar visa pula buat dekat kedai gambar area rumah
korang yang stay area kota damansara
kalau nak buat gambar passport/visa
boleh lah pergi area seksyen 4
cari Kedai Gambar Foto Super Image
takpun waze je ke DobiBoy Kota Damansara
kedai tu bukak dari 9.30am-9.30pm
biasanya kedai-kedai gambar ni pukul 8pm dah tutup
tapi kedai ni bukak lama sikit
dan gambar dia guna jenis kertas gambar yang berkualiti
bagi yang perempuan tu kalau nak amek gambar visa
jangan lupa pakai tudung hitam sesiap 
jangan jadi macam aku
datang pakai tudung warna biru
at last kena sauk tudung makcik-makcik yang kedai sediakan 😓

4 keping rm15

seterusnya suntikan vaksin ACWY
setiap orang yang nak pergi umrah/haji wajib amek vaksin ni
vaksin ni aku amek dekat 
Klinik Fatah & Abdullah Jelawat
sebab alang-alang balik kampung haritu
jadi buatlah sesama dengan parents
harga vaksin rm140
lepas vaksin doktor akan kasi 
buku color kuning cair yang tertulis
 International Certificates of Vaccination

lastly letter of consent
kalau korang in the same boat with me
korang boleh lah download loc yang aku jumpa kat google ni
https://www.umrah-ziarah.com/download/letter-of-consent-baru.pdf

jangan lupa dapatkan pengesahan dari pesuruhjaya sumpah
macam aku punya ni Redha buat dekat jalan raja chulan kl
commissioner for oaths - mohan a.s maniam
located in shook lin & bok kuala lumpur
rm5 je katanya
husband yang kena buat ni tau sebab dia yang nak bagi consent
kalau korang perempuan ni yang nak pergi pun kena
in the presence of your husband
kang ada tetiba ajak member perempuan lain yang tolong temankan
hahaha sia-sia je nanti

lepas dah setel semua dokumen ni
hari sabtu lepas 16/11
aku pun hantar lah dekat pejabat MKM di star avenue subang
lega betul rasa
alhamdulillah
sekarang ni just tunggu tuan haji update jela
untuk buat pembayaran

Pejabat MKM di Star Avenue Subang

sekian saja update pasal umrah kali ni
sambung di post umrah akan datang
xoxo bye!

Niat Umrah

Hai gais!
hari ni nak cerita pasal personal life sikit
pasal umrah
so aku takkan buat post label
dah lama sebenarnya target nak pergi umrah ni
sepatutnya pergi akhir tahun ni
tapi bila bincang dengan parents
dorang pula nak ikut
jadinya decide tarikh insyaAllah raya cina awal tahun depan
doakan urusan umrah aku dan family semuanya dipermudahkan tau gais
niat nak buat umrah ni mula terdetik di hati pada akhir tahun 2017
masa tu masih kerja kat tempat lama, pbjv
dan masa tu juga tengah apply kerja baru kat jobstreet
dengan harapan kalau dapat gaji lebih sikit nanti
boleh lah menabung 500 sebulan pada tahun 2018 dan 2019
total up nanti jadi 12k
boleh lah sponsor husband-to-be pergi umrah sekali
hew hew heww

tup tup dengan izin Allah gais aku dapatlah kerja kat xox ni
dengan gaji yang lebih sikit dari pbjv
dan macam yang aku target
aku betul-betul menabung 500 sebulan dari jan 2018
dan alhamdulillah akhirnya terkumpul lah duit untuk ke umrah yeayy!
tapi yang sedihnya
husband aku menentang niat aku untuk ke umrah
katanya duit untuk ke umrah tu elok lah simpan dulu
untuk kegunaan renovation rumah dan baby
umrah tu nanti lambat-lambat sikit pergi pun takpe
bila aku suarakan pendapat aku pasal niat umrah aku yang dah lama ni
dia tak faham / dia taknak faham
tapi aku tak salahkan dia juga
sebab masing-masing ada pendapat sendiri
aku faham dia punya concern nak simpan duit
untuk tahun-tahun yang terdekat ni

aku excited nak pergi umrah sebab tak sabar nak doa macam-macam
aku siap buat ongoing list doa lagi
sebab kat sana kan Allah akan cepat makbulkan doa kita
mostly nak doa dekat Allah untuk diri sendiri
untuk husband, untuk anak-anak nanti, untuk parents
dan orang-orang tersayang
bagi aku walaupun habis dalam satu amaun yang banyak untuk ke umrah
insyaAllah nanti Allah gantikan amaun yang lagi banyak untuk kita
percaya rezeki harta ni semua dari Allah
yang penting kita usaha, kita doa dan niat kita baik
dan kalau ada duit yang cukup untuk ke pergi umrah
kenapa taknak pergi kan?
tempat lain boleh pula pergi
cuba buat simple math
calculate semua expenses makan dan tempat yang kita pergi
over the weekends for the whole year
agaknya total semua tu lebih dari amaun untuk ke umrah
tapi takpelah aku just fikir
kalau Allah tak izinkan seseorang tu untuk ke rumahNya
pintu hati orang tu memang takkan terbuka
dengan itu, orang tu mesti akan ada je alasan untuknya
kesimpulannya
aku ajaklah adik lelaki aku untuk ke umrah sama-sama
mungkin apa yang berlaku ni adalah asbab yang sebenarnya
Allah jemput aku dan family untuk ke rumahNya
adik lelaki aku tu kira langkah kanan lah, murah rezekinya 😇

nanti kat sana
nak doalah
supaya suatu hari nanti dapat peluang kedua buat umrah
untuk pergi bersama husband pula

teringin sangat nak pergi umrah dengan Redha
korang yang baca ni doakan juga tau
insyaAllah semoga semuanya dipermudahkan
aaminn




Saturday, November 9, 2019

Nasi Lemak Royale Kota Damansara

Hai gais!
hari ni sis lunch dekat
nasi lemak royale kota damansara
yang terletak dekat area uptown kota damansara
dah banyak kali sebenarnya sis pergi
sebab memang sedap, dekat dengan rumah
dan yang paling penting murah
bayangkan rm6 je untuk nasi lemak, ayam goreng, sayur dan air sirap
rm6 je gais! rm6 je!



rupa nasi lemak royale ni lebih kurang nasi kandar
tapi sedap gila lah
korang wajib pergi rasa kalau ada dekat area kd
kedai ni dekat je dengan kedai ustaz
bukak dari 10.30pagi sampai 2.30pagi
boleh waze Nasi Lemak Royale Jalan Teknologi

dah alang-alang korang makan situ
boleh lah jalan-jalan uptown sekali kan
tapi uptown kd bukak malam je
jangan buang tebiat pegi tetengahari pulak hahahaha
lepastu kat uptown kd ni
ada satu gerai apam balik femes tau
apam balik paling sedap dekat kota damansara ni
nama gerai tu apam balik unique
memang padu apam balik nutella dia
walaupun rm10 tapi berbaloi gila sebab nutella dia meleleh leleh
next time kalau sis pergi lagi sis up gambar kat blog

sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!

Thursday, November 7, 2019

IMAGIC Makeup Sponge Blender Review

Hai gais!
hari ni sis nak share pasal sponge blender murah
IMAGIC makeup sponge blender
yang sis beli dekat shopee 
for only rm3/pcs 



beli ni pun sebab 
baca banyak gila positive review dekat shopee
disebabkan murah tu sis terus beli 3 bijik
barang-barang murah ni kita takdelah letak high expectation kan
kalau tak best pun takpelah sebab rm3 je

tapi gais
surprisingly BEST GILA okay!
lembut je rupanya
macam sponge blender mahal yang high quality
kalau kita basahkan sponge untuk pakai liquid foundation
sponge blender ni akan mengembang dengan jayanya
dan jadi lagi lembut
bila dab foundation dekat muka tu memang jadi blend elok je
kalau tak basahkan sponge pun dah elok
apatah lagi kalau basahkan



sponge ni comes with different shape and color
mengikut preference pembeli masing-masing
kalau korang nak beli
boleh search seller imagic_official.my kat shopee
 kalau tanya sis
memang sis suggest sangat-sangat
haritu sis ada nampak sorang mua ni
dia post dekat whatsapp status dia
yang ramai mua pakai imagic sponge ni untuk makeup client
dan dia sendiri pun jual imagic sponge ni
sis saje lah nak tengok berapa harga yang dia jual
rupanya dia jual rm12 hahaha
uish banyak juga untung tu kan

sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye! 




Wednesday, November 6, 2019

My Favourite Serum

Hai gais!
hari ni nak share pasal my favourite serum
bukan nak jual serum
dan bukan juga untuk pengaruh korang supaya beli serum ni
tapi sebagai rujukan di masa akan datang
gittewww hahaha

here is my favourite serum
THE ORDINARY NIACINAMIDE 10% + ZINC 1%
my holy grail

ni dah botol ke berapa entah beli dekat shopee
harga rm32.90
make sure baca review dulu untuk tahu seller tu jual yang ori atau tak
sebelum tu sis nak bagitahu
kulit setiap orang kan berbeza
whatever works on my skin, tak semestinya works on you
jenis kulit sis ni combination
aim nak hilangkan hyperpigmentation and prevent acne occurrence 
dan sis bukan pakar tau, sis cerita dari pembacaan je

okay jadi, apa itu niacinamide?
niacinamide ni sebenarnya adalah vitamin B3
yang mampu kurangkan appearance of skin blemishes
dia tak mampu pun nak hapuskan acne
tapi dia boleh prevent muka korang dari breakout
dan pudarkan hyperpigmentation (parut gelap dari acne)
selain tu, dia juga boleh kecikkan pore,
tona kulit yang tak sekata, dullness, 
garis-garis halus dan kedut muka
noted that kalau pakai niacinamide ni
tak boleh pakai dengan any serum vitamin c
sebab function dedua ni lebih kurang tapi vitamin c lagi strong
kalau pakai dedua kemungkinan akan ganggu moisture barrier kulit kita

jadi cemana kalau kita ada acne
tapi dalam masa yang sama nak kurangkan parut?
biasanya sis akan pakai serum ni dulu pastu baru pakai ubat jerawat
ubat jerawat apa tu nantilah cerita
sebab muka sis ni asalnya masa sekolah dulu
penuh dengan jerawat
jadi macam-macam jenis ubat jerawat dah try
pastu bila dah masuk zaman universiti
dah kurang sikit jerawatnya tapi hyperpigmentation teruk lah
tapi boleh cover dengan compact powder hahaha
masuk zaman kerja baru ada kesedaran
untuk hilangkan parut-parut kat muka ni semua
jadi macam mana nak masukkan serum ni dalam skincare routine?
senang je gais, sebelum tido tu
1) guna cleanser yang low ph value (ex: cetaphil)
2) guna hydrating toner (ex: hada labo hydrating lotion)
3) niacinamide serum
4) moisturizer (ex: neutrogena oil free moisturizer)
5) face oil (ex: bio oil)

kenapa kena ada bio oil kalau dah muka berminyak?
sebab bio oil ni nak balancekan oil asal yang ada dekat muka
dia nak elakkan muka kita keluarkan lagi minyak berlebihan
yang mampu tingkatkan lagi kehadiran sebum
 selain tu, bio oil ni dapat kurangkan hyperpigmentation
kenapa mesti produk bio oil?
sebab memang sis guna hahahha
dan sangat function okay tak tipu
tapi kalau korang ada produk face oil yang lain yang lagi effective
share lah nak tahu juga

sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!





Tuesday, November 5, 2019

Muzium Negara Malaysia

Hai gais!
okay sambung lagi

so, dari mrt pasar seni kiteorang ke mrt muzium negara
dari mrt muzium negara ni, dua tiga langkah je dah sampai muzium
sebab jarak muzium dengan mrt tu macam jiran depan rumah
terlalu dekat
entrance untuk masuk muzium pula rm2 je

muzium ni lebih meriah berbanding muzium yang lain

mungkin sebab muzium ni dekat area kl sentral kot
kl sentral kan interchange to all those trains mrt/lrt/ktm/monorail

tempat tumpuan orang ramai 
jadi muzium negara tu senang orang nak access
plus, muzium negara ni content dia lagi menarik


sebab apa?
sebab dia ada 4 galeri
2 galeri kat bawah, 2 lagi kat tingkat atas
galeri A pasal zaman pra-sejarah
galeri B pasal kerajaan-kerajaan melayu
galeri C pasal era kolonial
galeri D pasal malaysia kini
maksudnya lepas keluar je dari muzium ni
kita akan dapat tahu tentang zaman pra sejarah di malaysia 
dan justeru
sejarah pembentukan malaysia tercinta iaitu
dari zaman kegemilangan melaka
kejatuhan melaka
portugis tawan melaka
belanda tawan melaka
british tawan melaka

jepun tawan melaka
pastu dua minggu dibawah bintang tiga / MPAJA 
darurat dan perjanjian london
dan akhirnya merdeka!
penceritaan dalam muzium sangatlah detail gais

sampai sis pun boleh ingat satu-satu flow kemerdekaan tu
betapa menariknya muzium tu
even pasal parameswara tu sendiri pun kita dapat tahu
dia punya asal usul, kahwin dengan siapa dan sebagainya
yang tak diajar dalam buku teks sejarah form1 to form5
pastu siap ada replika a famosa lagi, replika fort cornwallis, 
replika kapal flor de la mar dan sebagainya
muzium ni memang recommended teruk for everyone!
wajib pergi gais wajib pergi!

di luar perkarangan muzium negara ni

ada transportation lama yang dipamerkan
antaranya termasuklah old version of bas mini, keretapi tanah melayu,
cable train bukit bendera dan lain-lain lagi
kalau nak cerita satu-satu tu memang tak habis
senang cerita korang kena pergi sendiri lah

comel je bas mini pink ni kan?

cable train bukit bendera dulu-dulu

15000 langkah achievement unlocked!

lepas setel muzium negara, hari dah nak senja

jadi dah tak sempat nak ke tempat lain
kalau ikut plan asal, jauh lagi perjalanan ni ha
sebab nak ke muzium seni kraf orang asli pula
pastu ke memorial tun abdul razak dan lastly
ke taman orkid atau taman botani perdana
semua tu pun dekat-dekat dari muzium negara
takpelah, mungkin boleh sambung
di rancangan played tourist yang seterusnya? 😆

last but not least
sis nak share cubaan video guna dji osmo part 2



sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!






Muzium Tekstil Negara

Hai gais!
okay sambung
dari pasar seni nak ke muzium tekstil negara ni dalam 700m
sepatutnya naik bus gokl dari stop Wisma Budiman 
tadi
turun je dekat stop Kota Raya
sebab muzium ni dekat sikit dengan petaling street
(refer to previous post)
tapi okay juga lah turun dekat pasar seni sebab
boleh jalan-jalan tengok kawasan




muzium tekstil ni rupanya terletak dekat je dengan dataran merdeka
jadi gais
jalan yang paling cepat dan senang untuk ke muzium tekstil adalah
turun dekat lrt masjid jamek dan jalan kaki
entrance fee untuk muzium tekstil adalah rm2



banyak benda yang kita boleh belajar bila pergi muzium tekstil ni
negara kita kan rakyatnya berbilang kaum dan bangsa
setiap kaum dan bangsa ada baju tradisional sendiri
pastu setiap negeri pun pakaiannya corak lain-lain
terutamanya baju tradisional untuk bangsa melayu
ada baju tradisional pahang, terengganu, kelantan dll
kain sarung je corak dah macam-macam jenis
belum lagi baju perkahwinan sekali dengan aksesori semua
selain kita dapat tahu asal usul dan cara pembuatan kain
kita juga dapat tengok sendiri corak dan jenis kain yang dihasilkan
pastu baru lah kita tahu
susah rupanya proses mencorakkan kain sarung contohnya
ada macam-macam teknik yang boleh digunakan
canting lah, cop lah, sulam lah dan macam-macam lagi
baru lah kita tahu juga kenapa harganya mahal



muzium tekstil ni kurang mendapat sambutan compare to muzium lain
mungkin sebab orang rasa tekstil ni membosankan kot
tapi atleast pergi lah melawat sekali je
bawak anak-anak 
bagus untuk pengetahuan am
kat muzium ni ada library juga tapi tutup
dan ada cafe tapi menu dia limited
nasi lemak je dah rm5
western rm18
jadi gais kalau lapar sangat pun makan lah kat luar ye

dari muzium tekstil tu, kiteorang patah balik ke pasar seni
lunch dekat restoren annexe nasi kandar pasar seni tu
sebelum teruskan perjalanan ke art house gallery museum of ethnic
yang terletak dekat tingkat 2 central market
sayangnya museum ethnic tu tutup
jadi kiteorang wandering around jela dalam central market tu
sebelum ke mrt pasar seni

next post ke muzium negara pula
sambung di next post
bye!


sekian itu saja









Taman Eko Rimba Kuala Lumpur

Hai gais!
sabtu lepas (2/11) sis played tourist lagi kat kl
kali ni dengan officemate sis
raihan namanya
plan asal kiteorang macam ni

lrt dang wangi - taman eko rimba kl - lrt dang wangi - lrt pasar seni - muzium tekstil - art house gallery museum of ethnic - mrt pasar seni - mrt muzium negara - muzium negara - muzium seni kraf orang asli - tun abdul razak memorial - taman orchid / taman botani perdana

apa yang penting
semuanya walking distance dari train (mrt/ktm/lrt/monorail)
dan free entrance fee
so kteorang pun berjumpa lah dekat lrt dang wangi
pukul 9 pagi

matahari pun dah terang menyinari
kena pula berjalan dalam 20min (1.2km) ke taman eko rimba
pepagi lagi dah berpeluh-peluh gais
dah nampak dah hari sabtu tu akan jadi hari yang sihat dan produktif

taman eko rimba kl / kl forest eco park

terletak dekat hutan simpan bukit nanas
satu-satunya hutan simpan yang ada kat tetengah kl ni
entrance eko rimba yang kiteorang masuk ni 

betul-betul depan kl tower, zoo mini & rumah terbalik
note that ada 10 trail yang korang boleh try kat eko rimba ni
dan kiteorang hanya pergi SATU trail je

trail yang pertama sebab trail tu paling femes dengan jambatan gantung
nama trailnya Titian Silara



10 trail di Eko Rimba, yang mana satu pilihan hati

Jarak Titian Silara trail ni sampai ke hujung tak jauh pun
hujung dia keluar dekat entrance eko rimba jalan raja chulan

dari situ sebenarnya boleh jalan kaki ke muzium telekom
tapi since kiteorang nak ke muzium tekstil dekat area pasar seni
kiteorang amek kanan dari entrance keluar tu 

dan cross jalan cari St. Andrew church 
sebab depan church tu ada bus stop Wisma Budiman
amek bus gokl untuk ke pasar seni
bus gokl memang free ride, make sure yang purple line tau
dari wisma budiman ke pasar seni tu cuma 3 stop je
kalau rasa nak turun dekat petaling street

boleh turun dekat bus stop kota raya
kalau rasa nak turun dekat kawasan bukit bintang pavi tu semua
boleh lah turun dekat bus stop menara olympia


JADI GAIS, CARA YANG PALING SENANG UNTUK KE

TAMAN EKO RIMBA KL ADALAH
NAIK BUS GO KL PURPLE LINE DARI BUS STOP PASAR SENI 
DAN TURUN DEKAT BUS STOP KL TOWER!
4 stop je gais, dah lah free, tak payah nak jalan jauh
kira korang masuk ikut entrance eko rimba jalan raja chulan lah
berakhir dekat entrance betul-betul depan kl tower tu

kiteorang punya lah amek jalan jauh sebab tak tahu kan
takpe, atleast something new to learn



Entrance Eko Rimba KL Jalan Raja Chulan

Pampas Steakhouse at Old Malaya
Berhampiran Bus Stop KL Tower

apepun

taman eko rimba ni best dan most probably
sis akan pergi lagi sekali untuk try trail yang lain pula
ada 9 lagi trail, baru try 1 je ni 😂
permandangan kota raya dari titian silara sangatlah cantik
macam tak sangka pula ada hutan kat tetengah bandar ni



Titian Silara

Otak yang cerdas datangnya dari badan yang sihat *tetiba

Padahal hari-hari jumpa kat ofis

korang yang weekend tak buat apa kat rumah tu
boleh lah ajak family atau kawan-kawan pergi eko rimba
facilities pun lengkap dekat eko rimba tu

ada tandas, surau, pondok rehat semua ada
lagi best kalau korang datang pagi buta

sebab kalau dah dekat tengahari tu
kang bersesak pula dengan rombongan adik-adik sekolah rendah
rombongan aunty-aunty from china
tak syok lah bergambar kan hahaha


sekian itu saja
xoxo bye!