Wednesday, November 6, 2019

My Favourite Serum

Hai gais!
hari ni nak share pasal my favourite serum
bukan nak jual serum
dan bukan juga untuk pengaruh korang supaya beli serum ni
tapi sebagai rujukan di masa akan datang
gittewww hahaha

here is my favourite serum
THE ORDINARY NIACINAMIDE 10% + ZINC 1%
my holy grail

ni dah botol ke berapa entah beli dekat shopee
harga rm32.90
make sure baca review dulu untuk tahu seller tu jual yang ori atau tak
sebelum tu sis nak bagitahu
kulit setiap orang kan berbeza
whatever works on my skin, tak semestinya works on you
jenis kulit sis ni combination
aim nak hilangkan hyperpigmentation and prevent acne occurrence 
dan sis bukan pakar tau, sis cerita dari pembacaan je

okay jadi, apa itu niacinamide?
niacinamide ni sebenarnya adalah vitamin B3
yang mampu kurangkan appearance of skin blemishes
dia tak mampu pun nak hapuskan acne
tapi dia boleh prevent muka korang dari breakout
dan pudarkan hyperpigmentation (parut gelap dari acne)
selain tu, dia juga boleh kecikkan pore,
tona kulit yang tak sekata, dullness, 
garis-garis halus dan kedut muka
noted that kalau pakai niacinamide ni
tak boleh pakai dengan any serum vitamin c
sebab function dedua ni lebih kurang tapi vitamin c lagi strong
kalau pakai dedua kemungkinan akan ganggu moisture barrier kulit kita

jadi cemana kalau kita ada acne
tapi dalam masa yang sama nak kurangkan parut?
biasanya sis akan pakai serum ni dulu pastu baru pakai ubat jerawat
ubat jerawat apa tu nantilah cerita
sebab muka sis ni asalnya masa sekolah dulu
penuh dengan jerawat
jadi macam-macam jenis ubat jerawat dah try
pastu bila dah masuk zaman universiti
dah kurang sikit jerawatnya tapi hyperpigmentation teruk lah
tapi boleh cover dengan compact powder hahaha
masuk zaman kerja baru ada kesedaran
untuk hilangkan parut-parut kat muka ni semua
jadi macam mana nak masukkan serum ni dalam skincare routine?
senang je gais, sebelum tido tu
1) guna cleanser yang low ph value (ex: cetaphil)
2) guna hydrating toner (ex: hada labo hydrating lotion)
3) niacinamide serum
4) moisturizer (ex: neutrogena oil free moisturizer)
5) face oil (ex: bio oil)

kenapa kena ada bio oil kalau dah muka berminyak?
sebab bio oil ni nak balancekan oil asal yang ada dekat muka
dia nak elakkan muka kita keluarkan lagi minyak berlebihan
yang mampu tingkatkan lagi kehadiran sebum
 selain tu, bio oil ni dapat kurangkan hyperpigmentation
kenapa mesti produk bio oil?
sebab memang sis guna hahahha
dan sangat function okay tak tipu
tapi kalau korang ada produk face oil yang lain yang lagi effective
share lah nak tahu juga

sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!





No comments:

Post a Comment