Saturday, October 31, 2020

Cameron Day Trip 2 - Pasar Malam Brinchang

Hai gais
petang tu around 5pm
bila hujan dah berhenti
(note that cuaca cameron hari-hari hujan in october)
kiteorang pun turun bawah
untuk ke pasar malam brinchang
time tu dah ramai gila orang beratur
sebab nak kena check body temperature
dan juga scan mysejahtera
ada kakak rela yang jaga
keadaan pasar malam agak berkabus ya
tak nampak hujung pasar malam
disebabkan hujan yang baru reda
dan juga kedudukan lokasinya di atas bukit
fefeeling kat overseas gitu
cuma mulut tak keluar asap je huhu
 

  
Pasar malam brinchang tak banyak choice pun
makanan yang dijual pun agak mahal
sis perati je ha
banyak sayur especially jagung, buah,
asam kering, air-air kordeal berboba,
burger bakar (burger ramly takde),
cucuk-cucuk, goreng-goreng
masakan berlauk takde, tapi ada nasi ayam
nasi kukus, mee bihun kueyteow goreng
macam tu jelah, takdelah menarik mana
tapi boleh lah
lepas selesai membeli, kiteorang pun naik atas
kalau tak cukup nanti, boleh turun balik
mentang-mentang hotel depan pasar malam kan
i likeeeeee hohoho
pasar malam ni ada hari jumaat sabtu ahad je
seawal 3.00 petang dah start bukak payung
tapi biasanya orang datang time senja
nama pun pasar malam kan

xx 

Cameron Day Trip 2 - Cactus Valley

 Hai gais
next kiteorang ke cactus valley
cactus valley ye, bukan cactus point
cactus point tu free entrance je
dan dekat dengan s corner
s corner ni kedai dekat selekoh yang berbentuk S
dia macam pasar kea farm juga lah
tapi katanya barang-barang jauh lagi murah
masa otw kiteorang ke cactus valley
kiteorang passed by pasar kea farm
memang jammed teruk!
jam lorong belah kanan, opposite kiteorang
dia punya jam ber-kilo kilo meter jauhnya 
kalau kau dari brinchang pastu nak ke kea farm
waktu belah tengahari ke belah petang
elok lupakan jela niat tu
dia punya jam memang dasyat ya
baru kau faham erti penyesalan
jadi kiteorang decide untuk ke kea farm esoknya
time baru bukak 9 pagi tu





So, cactus valley ni berbayar
RM8/pax gais tapi berbaloi
tempat dia besar dan cantik!
bertingkat-tingkat juga tangga kena daki
but i enjoyed every little moment there
rasanya first time kot pegi cactus valley ni
sebab biasa pergi cactus point je
oh ya, dekat situ ada satu section
yang korang boleh beli cactus ya
tapi tak sure pula mahal ke murah
nak beli bunga selain cactus pun ada je
sebab dia bukanlah semata-mata cactus kat situ
walaupun namanya cactus valley
macam lavender garden tadi lah konsepnya
kalau korang dah bosan pegi cactus point
pegilah cactus valley
tempatnya instagramable juga hik hik















Bila dah puas pusing cactus valley
perut pun dah lapar
jadi kiteorang decided untuk ke Tanah Rata
lunch dekat Ikhwan Corner
sebab bila baca review
kat situ ada jual masakan panas
ingat nak order ikan siakap, tomyam macam tu
tapi sebelum tu kiteorang sempat singgah di
Pak Tam Kek Viral!
5 min je dari cactus valley
kedai paktam ni tepi jalan je
korang wajib singgah beli kek ya
sis highly suggest kek parmesan!
memang padu gais *chef kiss
satu box RM13 je tapi portion banyak!
memang ramai dah ke cameron sekarang
takkan lepaskan peluang untuk beli kek pak tam ni
ada macam-macam perisa tau
lebih dari 10 perisa rasanya
pening nak pilih mana satu
kena buat istikharah 

Bila dah sampai Ikhwan Corner
pelik juga sebab takde orang kedainya
kedai dia macam proper restoran lah
terletak dekat tingkat 2
masa kiteorang sampai tu
ada banyak lauk buffet tersusun atas meja
a few minutes then datanglah akak kedai
dia cakap 'hari ni kami buat jumaat barakah
pengunjung boleh makan free
sambil-sambil sedekah seikhlas hati'
wahhh langkah kanan uols!
apa lagi kan
dah lah memasing tengah lapar
laju jela semuanya cedok lauk dan makan
alhamdulillah syukur atas rezeki Allah
tak sangka pula dapat makan free
bila fikir balik, rasa kelakar pun ada
lepas makan kiteorang pun balik ke hotel
rehatkan diri dan MANDI!

xx

Cameron Day Trip 2 - Lavender Garden

 Hi gais
sambung balik day 2 cameron trip
ke Lavender Garden
ada banyak lagi trip entry tertangguh
asalkan trip je mesti banyak benda nak cite
last-last malas, tido jelah hahaha
okay geng, back to topic
time kiteorang sampai tu around 10 pagi
masih belum ramai pengunjung
tapi parking betul-betul depan lavender dah full
jadi, kiteorang park dekat parking area
yang dekat corner bawah
memang ada lot parking khas kat situ
free parking ya
tapi entrance fee nya RM15/pax
mahell bebeno
sepatutnya RM5 je dah okay
tapi dekat cameron apa je yang tak mahal?



















Dekat lavender ni korang kena try
lavender ice cream!
tapi sayangnya, sis boleh lupa nak try
itulah orang kata
kita ni hanya mampu merancangkan
Allah yang tentukan, tiberrrr
kaunter ice cream betul-betul dekat entrance tau
macam sis dah excited tengok bunga-bunga
terbentang luas depan mata
ada macam-macam kaler lagi
sampai terlupa pasal ice cream tu
lavender garden ada tiga tingkat ya
macam-macam bunga segar ada
idoklah lavender je
walaupun nama tempat lavender garden
dekat second floor tu
ada bunga yang kita boleh petik
petik dan kena bayar ya
kau jangan nak sukahati je petik semua bunga
time tu boleh lah nak acah-acah
bagi bunga kat girlfriend huhu
third floor pula tempat petik strawberry
memang satu floor tu khas untuk strawberry je







Perempuan memang akan suka lah lavender garden
lagi-lagi mak-mak
terus histeria nampak bunga-bunga colorful ni
tapi bagi lelaki, dukacitanya
agak membosankan ya
sebab bagi dorang, bunga je pun?
whats the big deal? duhhh
apepun, lavender garden ni
is a MUST go place lah bila dekat cameron
sebab background cantik kot
boleh lah setakat nak hupdate
socmed korang yang dah bersawang tu huhu
time kiteorang nak balik tu
tetiba ada satu rombongan cik kiah
tengah beratur nak beli tiket masuk
dalam 50 orang kot takodddddd!
nasib baik kitaorang awal sikit

xx


Thursday, October 29, 2020

3rd Maternity Checkup

 Hai gais
so semalam 28/10/2020
sis ada third checkup dekat KK Kelana Jaya
first time pegi klinik ni
sebab kan sebelum ni checkup dekat KD
so doktor KKKD transfer sis ke kelana jaya
sebab address rumah sis ni
under kk kelana jaya katanya
so appointment semalam pukul 8am
kk kelana jaya ni betul-betul dekat
lot klinik, bukan dekat shoplot macam KKKD
lepas masuk gate klinik tu
blur-blur ayam lah juga semalam
dah lah sensorang
sis pun buat observation
perati je gerak geri ibu yang baru datang
so dorang ni bagi buku pink tu
direct dekat nurse yang jaga entrance
sis pun ikut sama bila dah faham
lepas bagi buku pink tu
nurse suruh tunggu dulu
dekat ruang menunggu ibu mengandung
nanti nama akan dipanggil
dan di escort masuk ke dalam klinik

sementara menunggu bawah khemah
sis main candycrush luuu huhu
around 8.30 macam tu
sis dipanggil masuk
nurse terus suruh timbang berat
(which is 60kg sekarang)
lepastu dia suruh buat blood test
dekat bilik 32
hantar urine sample dekat kaunter 21
dan consult doktor dekat bilik 30
proses semua tu tak lama pun
pukul 9.30am sis dah setel semuanya
alhamdulillah semuanya okay
sis sempat tanya
berapa umur kandungan sis sekarang
dan doktor kata dah 13 weeks
maksudnya sis dah setel first trimester!
yang penting..
without morning sickness alhamdulillah
entering second trimester now
dengan jayanya huhu
dengan harapan semoga semuanya
berjalan lancar sampai ke bersalin nanti
aaminnn

so next checkup 26/11
lagi sebulan
regular checkup with glucose test
untuk check gestational diabetes
semoga sis boleh telan air gula tu nanti
bila fikir je dah rasa nak termuntah haha
apepun lepas setel ke klinik semalam
sis dan husband breakfast dekat murni
rupanya klinik dengan murni kelana jaya
dalam 3 minit je ha dekat betul!
lepas ni asal ada checkup je
confirm akan ke murni juga 😆
xx

Sunday, October 25, 2020

Cameron Day Trip 2 - BOH Tea Centre Sg Palas

Hai gais
hari keduanya, 9/10
7.30am dah gerak ke ladang teh ye
sis awal-awal dah warning semua
bangun awal ye masing-masing
awas kalau bangun lewat
tidurlah korang sampai pukul 10!
kisahnya pagi tu
shower punya temperature control rosak ha
dedua toilet tak function
jadi semua orang pun tak mandi! hahahaha
kemain semua dress up cantik-cantik kan
tapi sebenarnya tak mandi
gila sejuk kot kalau mandi air sejuk
suhu pagi tu 15c, boleh cramp satu badan

Ladang teh pilihan kali ni
ladang teh yang sis tak pernah pergi
dengan family
selalunya kiteorang selalu ke
Cameron Valley Bharat Tea 1 / 2
sebab senang nak access
kedainya tepi jalan je di lereng bukit
ladang teh BOH ni sis pernah pegi sekali je
tu pun masa cameron trip darjah 6
tapi serius dah lupa
mana tidaknya
cerita 17 tahun lepas gais















So otw ke ladang teh tu
baru sis google opening hours
rupanya pukul 8.30am! hahahhaa
alamak awal sangat ni bertolak
jalan pun masih lengang
dari zetter suites nak ke ladang teh boh tu
amek masa dalam 20min je cemana ni
tapi takpe, sis watlek watpis
sis cakap kat family
kita datang awal, kita lawat kawasan luu
tahukah anda
jalan masuk ke ladang teh boh ni
sempit gila macam one way je
pastu dekat lereng bukit
jenguk sebelah nampak gaung?
memang kalau masuk tu
mesti akan rasa ragu-ragu
macam betul ke ni jalannya?
uish biar betul
eey betul-betul lah
cemana nak reverse ni kalau salah jalan?
serius scary ye
sis tetiba terfikir
cemanalah dulu time cameron trip darjah 6
masuk laluan ke ladang teh boh ni
dengan naik BAS? bas kot
dengan kereta pun terasa sempitnya











Apepun, kiteorang sampai 7.50am
awal kan? hahahaha
dah lah guard tak kasi masuk
tapi walaupun kiteorang awal
ada lagi ye yang lagi awal dari kiteorang
kiteorang ni kiranya kereta kedua sampai
lepas 5min park in line
ada dua tiga buah lagi kereta di belakang
so sis terfikir
bukan sis dan family jela yang awal
around 8.10am, guard bagi masuk
terus kami park di dalam dan mendaki
menyusur naik tangga-tangga di ladang teh
untuk ke restoran, bersarapan pagi
restoran masih kosong
kiteorang antara pelanggan yang awal
suasana rasa tenang je
breakfast dengan pastries
sambil menghirup secangkir teh
menyaksikan ladang teh yang hijau
tapi ketenangan ni tak kekal lama ye
10 minit lepas tu
restoran tu penuh dengan manusia
takoddddd (baca : covid)







Apa yang sis boleh cakap
memang ladang teh boh ni cantik
lagi cantik dari cameron valley 1/2/3 tu
sebab tu juga lah ladang teh boh ni
dikenali sebagai ladang teh utama
jadi sape yang tak pernah pergi
kena pergi lah next time ke cameron
pastries yang dijual pun sedap
walaupun agak mahal
bukan selalu makan breakfast mahal kan
sis amek 4 firecracker sausage RM6.90/pcs
2 portugeuese egg tart RM5.20/pcs
1 sardine puff RM6.90/pcs
dan 3 cup boh tea RM2.95/cup
datang lah awal pagi macam sis
kalau tidak nanti kena hadap jem ye
jem di lereng bukit yang sempit itoh
family sis cakap nasib baik datang awal
sebab kalau lambat sikit je
dah lah jem kat bukit
kena bersesak dengan orang ramai lagi
oh ya gais, selain restoran
korang juga boleh melawat
kilang pemprosesan teh boh
sebab bersambung je dari restoran tu
besar juga lah kawasan tea centre ni
tapi time sis pergi tu
kilangnya tutup untuk orang ramai pula
mungkin sebab musim covid

xx
 

 

Saturday, October 24, 2020

Cameron Day Trip 1 - Zetter Suites

Hai gais
bila dah kenyang
jam pun dah pukul 3
terus terfikir untuk check in dulu
jadi kiteorang pun terus ke zetter suites
yang terletak di barrington square
hotel apartment ni 5 min je dari
cafe abang strawberry
apa yang menariknya apartment ni?
kalau hari jumaat sabtu
pasar malam brinchang
betul-betul depan apartment ni
so dinner dah takyah fikir
beli je banyak-banyak dekat pasar malam
terus bawak naik, makan dekat hotel
bijak kenns sis huhu



kawasan apartment ni sebenarnya
baru dibangunkan
lot kedai sekeliling semua baru
parking tak perlu risau
sebab selain boleh park depan hotel
ada juga basement parking yang disediakan
dekat level yang sama dengan reception tu
ada juga 7E, ada juga a few kedai makan
yang paling best
opposite hotel apartment ni
ada kedai steamboat best dan famous
Y.A.Z Steamboat and Grill namanya
sesuai lah nak dinner dengan family
bila first time tengok bangunan apartment ni
dah rasa teruja sebenarnya
sebab kawasan baru developed
jadi kita expect decoration hotel ni
mestilah semuanya baru
dan ternyata benar sekali ya
reception hotel ni je dah cantik gila
(deposit sediakan RM100 ye)









Bilik-bilik guest dekat hotel ni
 semuanya dekat bangunan sebelah
ada guard yang jaga dekat pintu masuk
lepas je dari pintu masuk
terus jumpa lif
dan kiteorang pun naik lah ke bilik
bilik terletak di level 4
(dekat access card tulis 3A)
bilik dia gais
cantik sangat-sangat ya
ada 2 bilik tidur 2 bilik air
konsep bilik macam condo
maksudnya masuk je rumah
terus dapur dan ruang tamu
design perabot dia paling menarik
satu set dari ruang tamu ke bilik tidur
permandangan dari balkoni pula
kawasan perumahan orang ada-ada
dengan kabus tebalnya fuh
persis di overseas beb
tapi oh rupanya di malaysia je
suhu mencapai 14c ya bila senja
ah perfecttt
satu pilihan yang tepat dan berbaloi!
monolog ku bersendirian, achegitew









Basically semua benda ada
facilities memang cukup lengkap
peti ais, microwave, pinggan mangkuk
sudu garfu iron hanger semua ada
cuma next time kalau sis datang lagi
sis nak bawak air mineral botol besar
dan juga sos cili / kicap
penambah rasa untuk makan bersama
makanan-makanan dari pasar malam huhu
oh ya, toilet dia memang dah ada
shampoo and body wash ya
ape je yang takde? semua ada
tv pula siap dengan astro lagi
wifi pun ada
RM434 untuk 3 hari 2 malam tu 
terasa berbaloi dan murah sangat
sesuai lah kalau datang berlima
4 tido kat bilik, sorang lagi dekat sofa
cuma kena bawa extra blanket lah
kang kesejukan pula member tido sofa tu
esok pagi tengok dah jadi iceberg











So petang tu memang lepak kat hotel je
sambil menunggu parents dari kelantan
dorang arrived around 4pm
then lepas maghrib baru lah keluar 
ke kedai steamboat depan hotel tu
kali ni abah belanja
sebab nak celebrate birthday menantunya
kalau nak pegi kedai steamboat
sis suggest bawak plastik/tupperware ye
simpan elok-elok dalam handbag
kotlah tak habis nanti boleh tapau
macam sis sempat tapau banyak juga
bolehlah buat makan dengan megi cup
meriahhhh



Steamboat dekat Y.A.Z ni
konsepnya bayar dulu, makan kemudian
dia kira Rm35/head, makanlah sebanyaknya
lama juga kiteorang lepak situ
lepak pula dekat meja luar
sambil layan angin sejuk cameron
kena pula ni lah first time
sis bersama family makan steamboat
excited lah masing-masing
apepun sis lepas makan tu
terus rasa macam
taknak dah makan fishball crabball
dan segala ball lepas ni
sebab terlalu banyak makan benda-benda tu
sampai tapau bawak balik!
terima kasih tau abah belanja
semoga murah rezeki hendaknya aaminnn

xx