Saturday, October 31, 2020

Cameron Day Trip 2 - Cactus Valley

 Hai gais
next kiteorang ke cactus valley
cactus valley ye, bukan cactus point
cactus point tu free entrance je
dan dekat dengan s corner
s corner ni kedai dekat selekoh yang berbentuk S
dia macam pasar kea farm juga lah
tapi katanya barang-barang jauh lagi murah
masa otw kiteorang ke cactus valley
kiteorang passed by pasar kea farm
memang jammed teruk!
jam lorong belah kanan, opposite kiteorang
dia punya jam ber-kilo kilo meter jauhnya 
kalau kau dari brinchang pastu nak ke kea farm
waktu belah tengahari ke belah petang
elok lupakan jela niat tu
dia punya jam memang dasyat ya
baru kau faham erti penyesalan
jadi kiteorang decide untuk ke kea farm esoknya
time baru bukak 9 pagi tu





So, cactus valley ni berbayar
RM8/pax gais tapi berbaloi
tempat dia besar dan cantik!
bertingkat-tingkat juga tangga kena daki
but i enjoyed every little moment there
rasanya first time kot pegi cactus valley ni
sebab biasa pergi cactus point je
oh ya, dekat situ ada satu section
yang korang boleh beli cactus ya
tapi tak sure pula mahal ke murah
nak beli bunga selain cactus pun ada je
sebab dia bukanlah semata-mata cactus kat situ
walaupun namanya cactus valley
macam lavender garden tadi lah konsepnya
kalau korang dah bosan pegi cactus point
pegilah cactus valley
tempatnya instagramable juga hik hik















Bila dah puas pusing cactus valley
perut pun dah lapar
jadi kiteorang decided untuk ke Tanah Rata
lunch dekat Ikhwan Corner
sebab bila baca review
kat situ ada jual masakan panas
ingat nak order ikan siakap, tomyam macam tu
tapi sebelum tu kiteorang sempat singgah di
Pak Tam Kek Viral!
5 min je dari cactus valley
kedai paktam ni tepi jalan je
korang wajib singgah beli kek ya
sis highly suggest kek parmesan!
memang padu gais *chef kiss
satu box RM13 je tapi portion banyak!
memang ramai dah ke cameron sekarang
takkan lepaskan peluang untuk beli kek pak tam ni
ada macam-macam perisa tau
lebih dari 10 perisa rasanya
pening nak pilih mana satu
kena buat istikharah 

Bila dah sampai Ikhwan Corner
pelik juga sebab takde orang kedainya
kedai dia macam proper restoran lah
terletak dekat tingkat 2
masa kiteorang sampai tu
ada banyak lauk buffet tersusun atas meja
a few minutes then datanglah akak kedai
dia cakap 'hari ni kami buat jumaat barakah
pengunjung boleh makan free
sambil-sambil sedekah seikhlas hati'
wahhh langkah kanan uols!
apa lagi kan
dah lah memasing tengah lapar
laju jela semuanya cedok lauk dan makan
alhamdulillah syukur atas rezeki Allah
tak sangka pula dapat makan free
bila fikir balik, rasa kelakar pun ada
lepas makan kiteorang pun balik ke hotel
rehatkan diri dan MANDI!

xx

No comments:

Post a Comment