Showing posts with label ikamakeup. Show all posts
Showing posts with label ikamakeup. Show all posts

Wednesday, December 9, 2020

O Two O Makeup Review

Hai gais!
kali ni sis nak review o two o makeup
one of the cheap makeup brands from China
sebab tengah hype kat twitter
selain pinkflash
(pinkflash punya lipstick sumpah murah
like rm3 je satu tapi quality the best
sis tak beli sebab dah banyak lisptick)
so for this o two o brand
packaging cantik gila
sebab semuanya rose gold
nampak mahal gitu walaupun murah je
sis beli loose powder
it comes with 2 shades, white and skin color
so sis pilih 02, yang skin color
harga RM7.80 je
sis dah pakai banyak kali
and honestly i like it!
the powder smells nice and texture dia medium fine
sis guna as a setting powder lepas pakai fd
next time seriously boleh beli lagi
korang boleh refer dekat sini







Second one yang sis rasa berbaloi beli
adalah dia punya waterproof eyeliner
best gila okay! wajib beli! rm5.98 je
lepas ni memang beli yang ni je
dah tak beli yang drugstore punya
memang long lasting, water resistant and
senang nak lukis juga
korang boleh refer dekat sini
next one is contour palette
sis pilih 02, memang khas untuk contour
contour palette dia pigmented ya
tak boleh letak banyak-banyak
tapi blusher dia biasa je
kena tonyoh banyak kali baru nampak pink
tapi okay lah untuk harga dia, rm7.99
boleh refer sini
last but not least, sis beli lipstick!
rasa macam taknak beli tapi nak juga satu
sis pilih color bold red, 07
color dia sangat striking and vibrant ye
memang sis takkan beli pun color macam ni
tapi it was only rm6, so why not hahaha
saje suka suka nak try
dia semi matte and smells good
kalau nak matte kena dab dengan tisu
overall not bad, 
refer sini
next time boleh beli color lain pula ihik



Overall total haritu rm19.77 je
sebab boleh redeem voucher kedai juga
best kan? below rm20 dapat 4 barang
korang boleh tengok juga dekat youtube
dah banyak influencer review
semuanya good review on this product
so give it a try!
xx

Tuesday, June 9, 2020

Odessa Lipstick Review

Hi gais
hari ni sis nak review lipstick odessa
lipstick yang menjadi favorite sis sekian lama
harga dia biasanya RM25 je
boleh beli dekat shopee, refer sini
sebab lipstick ni tak jual dekat drugstores
tekstur lipstick ni matte tapi
tak mengeringkan macam maybelline superstay
memang long lasting dan ringan je di bibir
even kalau bibir gelap pun tak risau
sebab dia memang full cover
korang kena try sebab best gila

Sis kalau beli lipstick brand lain
mesti akan compare dengan lipstick odessa ni
contohnya lipstick yang paling baru sis beli
adalah mamasabxneelofa
odessa lagi jauh best dari mamasabxneelofa k
packaging pula biasa je
kurus, tinggi dan ringan
gittew description macam judge orang
hahahaha


Code color odessa ni ada banyak
tak silap sis ada 12 colors atau lebih
tapi yang menjadi favorite sis ada 3 color je
cordovan, redwood and nude
semua more to nude range
korang kalau suka nude color, korang kena beli!
confirm tak menyesal


stay home stay safe
xoxo

Monday, June 8, 2020

Lipstick Mamasab X Neelofa Review

Hi gais!
yes i know third post of the day
but i just dont care
sis nak review pasal lipstick mamasabxneelofa
sis termimpi mimpi lah nak beli lipstick ni
right after dorang launch
tapi sis sabar tunggu seller jual kat shopee
ingat gais, apa-apa pun barang
please find on shopee first
because shopee will always offer the cheapest price

lipstick mamasabxneelofa ni ada lapan code semuanya
tapi dorang jual dua box, primadona and diva
 yang each of boxes ada empat lipstick
harga satu box RM130
kalau divide by 4, kiranya satu RM32.50 lah
but then agent tak jual macam tu
agent jual satu RM48
semua colors memang cantik-cantik
mostly nude color
korang boleh tengok kat ig
search je hashtag mamasabxneelofa
packaging lipstick ni pula memang tiptop gais
sebab magnetic cap and gold cover
nampak cam lipstick mahal
sis sejujurnya beli lipstick ni sebab
 tertarik dengan packaging hahahhaa


sis beli code sweetheart 
which is more to pink sebab
sis dah banyak sangat lipstick yang nude range
bila dah pakai, hm actually lipstick ni tak pink sangat pun
dia pink-purplish macam tu
kat bawah ni swatches yang sis jumpa
yang sis rasa warna sebenar lipstick mamasabxneelofa tu
sebab kalau tengok video yang orang review
most of them pakai filter
so video ni kejap code sweetheart color macam ni
video yang tu kejap code sweetheart color macam tu
memang sampai kesudah taktau apa color sebenar dia
then kalau dekat gambar pula ada seller yang dah edit brightness
so you guys boleh refer gambar bawah ni



dorang claim yang lipstick ni matte tau
actually dia macam semi matte
sebab memang kena re-apply lepas makan
sebab melekat je lipstick dekat sudu, cawan etc
kalau korang sejenis yang tak kisah untuk re-apply
then sis rasa okay je untuk beli
macam sis, lebih prefer yang betul-betul matte
sebab taknak re-apply banyak kali
so sis takkan beli lagi lah lipstick mamasabxneelofa ni
cukup ada satu je
kalau korang nak beli nude color
sis suggest beli major love or girl crush
sebab color dia memang cantik and menjadi pilihan ramai
oh ye, hampir terlupa
sis beli dekat shopee for RM33 je
boleh refer link sini
with delivery charge RM5
share lah delivery charge dengan member
berbelanja lah dengan bijak hahaha

hope this review helps!
stay home stay safe
xoxo bye


Saturday, April 25, 2020

Makeup Organizer Murah

Hai gais!
assalamualaikum
first of all sis nak ucapkan
selamat menyambut ramadhan almubarak
to you all strangers yang stumble upon this blog
semoga ramadhan kali ni lebih bermakna
lebih manis dari tahun tahun sebelumnya
seperti sedia maklum
pkp dilanjutkan lagi ke fasa 3
sehingga lah ke tarikh 12may
ini juga bermaksud i have to cancel
my birthday trip to cameron! i is sedih
i is nak menangis kat bucu katil tepi langsir 😭
tapi nak buat macam mana kan
kena lah patuhi arahan semasa pkp
apapun semua yang berlaku ada hikmahnya
so far case di malaysia dah meningkat ke 5691
dengan 3663 recovered dan 96 deaths
kalau ikut rank dunia tu
malaysia dah dekat tangga 40+ dah
hebat kan? last time dekat belas belas kot
syabas dan terima kasih diucapkan pada our frontliners!

sis sebenarnya nak cakap pasal makeup organizer
punyalah panjang mukadimah dia kan
apepun during pkp ni
dah semua orang tak boleh keluar rumah
mestilah kejap kejap shopping online
kejap kejap scroll shopee lazada
jadi sis pun tak terkecuali
so the first thing yang sis beli during this pkp adalah
acrylic makeup organizer
dah lama sebenarnya sis nak beli
adalah berbulan bulan dah makeup organizer tu dekat
cart trolley shopee sis
finally sis beli juga dengan harga rm75.80
selain tu, sis ada tambah brush holder
saiz S, harga rm19
so total up semua rm97, sekian terima kasih
uols boleh refer link kedai yang sis beli tu dekat sini




sebenarnya kan, tak rugi pun spend on
this acrylic makeup organizer
sebab kalau tak, kau punya makeup dan skincare
semuanya berhabuk dekat atas meja tu
memang tak lah selalu nak bersihkan kan?
so why not beli this makeup organizer yang bertutup
plus meja korang tu pun akan nampak lebih kemas dan teratur
baru ada feel nak pakai skincare
nak pakai makeup tu nanti kan
plastic yang digunakan untuk makeup organizer yang sis beli ni
dia agak tebal tau, nampak solid lah
bukan made of plastic cikai yang biasa
tapi kalau jatuh dari tempat tinggi tu pecah lah
hahahaha itu memang confirm
yang brush holder tu pula
even dia size S, dia agak besar tau
nasib baik tak beli size M
taktau lah nak letak apa kalau besar sangat kan
ada orang suka beli pearl warna warni untuk letak dalam
brush holder tu, so that nampak cantik
korang boleh lah beli dekat kedai yang sis share link tu
 harga dalam rm23 for 300g

sekian itu saja
im so happy with my purchase
next sis tengah tunggu my next parcel from china pula
sis ada beli air fryer accessories tau
haa nanti sampai sis review okay
till then stay safe
xox bye!




Thursday, November 7, 2019

IMAGIC Makeup Sponge Blender Review

Hai gais!
hari ni sis nak share pasal sponge blender murah
IMAGIC makeup sponge blender
yang sis beli dekat shopee 
for only rm3/pcs 



beli ni pun sebab 
baca banyak gila positive review dekat shopee
disebabkan murah tu sis terus beli 3 bijik
barang-barang murah ni kita takdelah letak high expectation kan
kalau tak best pun takpelah sebab rm3 je

tapi gais
surprisingly BEST GILA okay!
lembut je rupanya
macam sponge blender mahal yang high quality
kalau kita basahkan sponge untuk pakai liquid foundation
sponge blender ni akan mengembang dengan jayanya
dan jadi lagi lembut
bila dab foundation dekat muka tu memang jadi blend elok je
kalau tak basahkan sponge pun dah elok
apatah lagi kalau basahkan



sponge ni comes with different shape and color
mengikut preference pembeli masing-masing
kalau korang nak beli
boleh search seller imagic_official.my kat shopee
 kalau tanya sis
memang sis suggest sangat-sangat
haritu sis ada nampak sorang mua ni
dia post dekat whatsapp status dia
yang ramai mua pakai imagic sponge ni untuk makeup client
dan dia sendiri pun jual imagic sponge ni
sis saje lah nak tengok berapa harga yang dia jual
rupanya dia jual rm12 hahaha
uish banyak juga untung tu kan

sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!