Tuesday, April 28, 2020

Birthday Dress from Myravallyn

Hi gais!
yes, second entry of the day
sebab ada second parcel sampai
which is my birthday dress from Myravallyn
bukan lah dapat free dari Myravallyn
kau ingat aku artis ke?! hahahaha
tapi sis beli untuk pakai time birthday nanti
kan plan asalnya nak celebrate birthday dekat cameron
tapi tulah, Allah is the best planner
pakai jela kat rumah nanti huhu sedih
design dress yang sis beli kali ni 
sebijik macam the one yang sis pakai
masa pegi penang haritu, refer kat sini
tapi pattern je lain, kali ni floral
sis beli ni pun sebab Myravallyn ada buat sale haritu
it was just only rm99, murah kan?
sebab last time sis beli rm149 tau



agak-agak kalau sis yang pakai
nampak cantik macam model dalam gambar tu tak?
sis personally suka baju-baju dari Myravallyn
sebab design dia kena dengan sis
and the most important is harga dia
very reasonable and affordable!
nah sis bagi link supaya kita boleh cuci mata sama-sama
sekian itu saja
nantikan sis pakai time birthday! hahaha
see you guys in my next post
xoxo bye!

Susu Nilofa vs Susu Meiji vs Susu Binggrae

Hi gais!
so hari ni another parcel sampai
which is susu nilofa
ive been seeing a lot of posts
about susu nilofa dekat ig story
for this past few weeks
then sis terus macam; what sorcery is this
is this a sign from god
sis pun terus buka shopee
dan order susu nilofa sekotak
yang ada 6 packs tu
korang boleh beli dekat sini
sebab rm25 je gais, no shipping fee
kita mestilah jadi consumer yang bijak
cari yang murah tapi quality tiptop!
achegiteww *nada kaklina
sekarang ni dah ada susu nilofa perisa kurma
korang boleh lah try juga nanti
sis sendiri pun belum try lagi
belum rasa nak try sebab
sis actually suka anything yang bercampur
pisang instead of kurma, so yeah




cepat juga parcel susu nilofa ni sampai
sis tak expect pun dia sampai secepat ni
sebab delivered from jb
so macam you know, musim pkp ni faham-faham jela
sis tak faham dengan segelintir orang
yang nak marah pasal delivery lambat masa pkp
you know how the situation kan
situation dari seller, dari pejabat pos tu sendiri
lambakan parcel dekat sorting centre
sekatan jalan raya lagi eh macam-macam lah
so nak expect seller hantar hari ni pastu 
delivered dekat rumah kau
dalam dua tiga hari lepastu memang TAK LAH
jadi kau dah boleh bawa bertenang kot?
chill okay chill

actually ni kali kedua sis beli susu nilofa
so dah boleh agak kan
kalau tak suka mesti takkan ada second purchase
sis personally suka susu nilofa ni
bagi sis, susu nilofa ni lagi sedap dari
susu pisang meiji from thailand tu
rasa dia lagi lemak-lemak berkrim gitu
katanya susu yang diguna tu imported from Australia
walaupun rasa vanilla lagi kuat dari rasa pisang tu sendiri
tapi sedap lah, tak rasa susu pisang murah
apepun tetap tak boleh lawan susu binggrae from korea
because that one is the best!
apepun semua jenis susu pisang ni
tak digalakkan untuk minum selalu
sebab manis kan? tak elok untuk kesihatan


dah alang-alang ada susu nilofa ni
ceritanya berbuka dengan susu nilofa lah nanti
jangan lupa
sediakan gelas bersama ais kiub 5 ketul
dan tuang susu nilofa 
rasakan kenikmatan dan kesejukan
di tekak anda semasa berbuka
ahhh sedapnya

xoxo



Monday, April 27, 2020

Cadar Set Comforter Raya

Hai gais!
selain parcel baking kit sampai hari ni
parcel cadar baru pun sampai juga
so ada 10 lagi parcel bakal sampai
gila tak gila shopping time pkp ni hahaha
so cadar and comforter kali ni
sis beli dari kawan sis, noya namanya
sebab nak support bisnes dia
cadar yang sis beli ni 5 in 1, queen size
ada comforter, bed sheet, bolster dan 2 pillow sheet
harga rm85 include postage
kain cadar jenis polyester
tapi material sejuk dan tak panas
corak pun cantik, sebijik macam dalam gambar
luntur tak luntur tu kena lah tunggu sis basuh nanti
uols boleh lah cuci mata dekat sini
cadar ni shipped from shah alam je
cepat juga sampai during pkp ni
nantilah sis update gambar ye
plan tu nak pasang time raya
nama pun cadar raya kan hahaha


 so far sis berpuas hati lah dengan cadar ni
even kat shopee pun sis tengok untuk design yang sis beli ni
harga pun sama je, rm85
takde harga kawan-kawan pun hahaha
apepun banyak lagi cadar set comforter
 yang murah-murah dekat shopee
range rm40-rm60 tapi sis tak sure kain elok ke tak
tapi design memang cantik-cantik
korang just kena pandai cari je
kalau boleh pilih lah kain cotton

apa beza cotton dengan polyester?
ha cotton ni fabrik natural yang lembut
telap udara which is sejuk
dan senang diwarnakan
tapi satu je, fabrik jenis cotton ni 
boleh mereput dalam satu tempoh jangka masa tertentu
boleh mengecut kalau cuci banyak kali
dan senang nak renyuk
kain polyester pula ialah fabrik buatan manusia
tahan lama dan tak mereput
cepat kering, tak senang renyuk dan mengecut
tapi tulah fabrik ni susah diwarnakan
dan tak telap udara which is panas hahaha
sekarang ni dah ada pengilang cadar yang
gabung kedua-dua material ni
jadilah cotton polyester
so lagi kualiti dan tahan lama lah

share lah juga kedai cadar favourite korang dekat shopee
yang korang dah repeat order banyak kali
nak tau juga
sharing is caring, remember?
xoxo!

Air Fryer Haier 2.5L's Baking Kit

Hi gais!
last time sis ada bagitau
pasal sis beli baking kit for my air fryer kan
so hari ni parcel sis from china tu dah sampai!
basically baking kit yang sis beli tu
dia include cake barrel, pizza pan, metal holder,
multi purpose rack with skewer dan silicone mat
im so happy with my purchase
harga rm52 je, quality memang elok
atleast rasa lebih selamat lah kalau 
nak letak something metal dalam air fryer tu kan
compare to aluminium baking tray yang beli dekat diy
sis actually nak beli aluminium baking tray diy tu
tapi fikir kang tray tu cair nanti dalam air fryer
kot lah tak boleh tolerate dengan heat pressure
meletup ke apa ke kan
terbakor nanti rumah masuk news
so hmm tak jadi lah


fyi, sis pakai air fryer 2.5L brand haier 
yang jenis analog, sekarang dah ada yang digital
lagi cantik yang digital punya
sis guna air fryer haier ni pun dah setahun lebih
dapat hadiah masa wedding awal tahun lepas
elok je ha sis guna
so far takde any problem pun


cake barrel and pizza pan tu jenis yang non stick
saiz dedua 6inch
6 inch ni sebesar pizza hut personal size
yang kerat empat, sorang makan tu
ha bukan sebesar dosa kau *tiberr
saiz ni sesuai lah untuk air fryer yang 2.5L brand haier
make sure korang kena google dulu saiz baking kit
yang sesuai dengan air fryer korang
tak boleh main beli je tau
kang nanti ada yang tersilap beli lagi besar
sesia je kang tak muat dalam air fryer basket tu
satu hal pula kena jual balik kat carousell
so for those yang nak beli
boleh lah refer link dekat sini

okaylah itu saja yang sis nak share
tak sabar nak buat burnt cheesecake and cornflakes madu!
resepi semua ada dekat fb Resepi Air Fryer Malaysia
jumpa di next post
xoxo bye!

Sunday, April 26, 2020

Resepi Bujang : Ayam Masak Lemak Cili Api

Hi gais!
hari ni sis served ayam masak lemak cili api!
special untuk orang yang berpuasa
which is husband sis lah aherher
sape lagi kat dalam rumah ni kan
dah hidup berdua je
jadi resepi pun
semuanya portion untuk 2 orang lah ye
first of all sis nak habaq dulu
sis ni tak reti masak
sis belajar masak lepas kahwin
resepi pun semua sis google je
so resepi ni pun antara yang sis google
dari dua tiga sources dan cantumkan semuanya
puff jadilah resepi sis punya! muahaha



bahan-bahan utama :
5-6 ketul ayam
2 ketul kentang
2 biji bawang merah*
2 biji bawang putih*
1 inci halia*
1 inci kunyit hidup* / 1 sudu serbuk kunyit
7 tangkai cili padi*
1 tangkai serai
2 cawan air
1/2 kiub ayam
1/2 kotak santan kara
1/2 sudu kecil garam
1 sudu gula
1 limau kasturi / asam keping
2 helai daun limau

cara-caranya :
1) blend semua yang bertanda *
(lebihkan cili padi jadi 15 tangkai kalau suka pedas)
2) tumis semua bahan blend sampai naik bau
3) campakkan serai, kiub ayam dan masukkan ayam
4) kacau rata dan biarkan jap
5) masukkan air, daun limau dan biarkan dalam 45min
6) masa minit ke 30 tu, masukkan kentang yang dipotong 4
7) lepas 45min, masukkan santan, garam, gula,
dan perahan limau kasturi
8) voila! dah siap



Amacam? senang kan?
resepi bujang mestilah senang
so korang yang tak reti masak pun
mesti akan jadi reti masak punya
rajin dengan tak je sebenarnya
so gais, kipidap and dont gibap!
xoxo

5S Dont Rush Challenge

Hai gais!
so during this pkp
semua orang macam buat dont rush challenge
dia macam tengah in trend sekarang ni tau
so sis pun di antara yang join the trend
kali ni sis ajak housemates zaman degree dulu
masyi, yah, toh dan xera
walaupun weols takdelah reti makeup mana pun

tapi issokay weols cuba, weols cuba
konfiden tu penting ye
punyalah lama nak compile video ni semua
siap kena remind dateline lagi
maklum lah kawan-kawan sis ni semua dah mak-mak
nak buat video kena lah time anak tengah tido ye dak


comel kan weols
bertemu di dont rush challenge gitew
even sorang dekat terengganu
sorang dekat kelantan
tiga orang dekat selangor
distance is nothing when love is real! *tiberrrr
rindunya ha kat semua
taktahu lah ni bila dapat buat gathering
maybe tunggu anak memasing besar sikit lah kot
elok anak dorang dah besar
sis pula baru dapat anak kan haha

okaylah itu saje
jumpa di next post
xoxo bye!


Saturday, April 25, 2020

Makeup Organizer Murah

Hai gais!
assalamualaikum
first of all sis nak ucapkan
selamat menyambut ramadhan almubarak
to you all strangers yang stumble upon this blog
semoga ramadhan kali ni lebih bermakna
lebih manis dari tahun tahun sebelumnya
seperti sedia maklum
pkp dilanjutkan lagi ke fasa 3
sehingga lah ke tarikh 12may
ini juga bermaksud i have to cancel
my birthday trip to cameron! i is sedih
i is nak menangis kat bucu katil tepi langsir 😭
tapi nak buat macam mana kan
kena lah patuhi arahan semasa pkp
apapun semua yang berlaku ada hikmahnya
so far case di malaysia dah meningkat ke 5691
dengan 3663 recovered dan 96 deaths
kalau ikut rank dunia tu
malaysia dah dekat tangga 40+ dah
hebat kan? last time dekat belas belas kot
syabas dan terima kasih diucapkan pada our frontliners!

sis sebenarnya nak cakap pasal makeup organizer
punyalah panjang mukadimah dia kan
apepun during pkp ni
dah semua orang tak boleh keluar rumah
mestilah kejap kejap shopping online
kejap kejap scroll shopee lazada
jadi sis pun tak terkecuali
so the first thing yang sis beli during this pkp adalah
acrylic makeup organizer
dah lama sebenarnya sis nak beli
adalah berbulan bulan dah makeup organizer tu dekat
cart trolley shopee sis
finally sis beli juga dengan harga rm75.80
selain tu, sis ada tambah brush holder
saiz S, harga rm19
so total up semua rm97, sekian terima kasih
uols boleh refer link kedai yang sis beli tu dekat sini




sebenarnya kan, tak rugi pun spend on
this acrylic makeup organizer
sebab kalau tak, kau punya makeup dan skincare
semuanya berhabuk dekat atas meja tu
memang tak lah selalu nak bersihkan kan?
so why not beli this makeup organizer yang bertutup
plus meja korang tu pun akan nampak lebih kemas dan teratur
baru ada feel nak pakai skincare
nak pakai makeup tu nanti kan
plastic yang digunakan untuk makeup organizer yang sis beli ni
dia agak tebal tau, nampak solid lah
bukan made of plastic cikai yang biasa
tapi kalau jatuh dari tempat tinggi tu pecah lah
hahahaha itu memang confirm
yang brush holder tu pula
even dia size S, dia agak besar tau
nasib baik tak beli size M
taktau lah nak letak apa kalau besar sangat kan
ada orang suka beli pearl warna warni untuk letak dalam
brush holder tu, so that nampak cantik
korang boleh lah beli dekat kedai yang sis share link tu
 harga dalam rm23 for 300g

sekian itu saja
im so happy with my purchase
next sis tengah tunggu my next parcel from china pula
sis ada beli air fryer accessories tau
haa nanti sampai sis review okay
till then stay safe
xox bye!