Monday, January 20, 2020

Fei dan Ali Cafe

Hai gais!
sabtu lepas 18jan2020
sis dan husband ada lunch anniversary dekat Fei dan Ali Cafe
cafe tu terletak dekat seksyen 9 shah alam
30 min juga lah drive dari kota damansara
kalau korang nak pergi
waze je ke Kedai Makan Fei & Ali
nanti agak-agak nampak Foodsbury tu betul lah tu
cafe tu sebelah Foodsbury je
cafe bukak pukul 12.30pm kalau on weekends
pukul 12.00pm kalau weekdays
sebelum sis dan husband datang untuk lunch
sis dah reserved meja dan order makanan siap-siap
whatsapp je dekat admin fei & ali cafe (011-10538061)
nanti dia akan suruh kita bagitau
nama, no of pax, date, time, contact no, balloons color & quantity,
pilih garland decoration dan menu
sis terpaksa order menu ala carte sebab
fei dan ali cafe ni ada menu package + decoration untuk 4pax je 
jadi terpaksa lah beli semuanya ala carte
helium balloon tu rm3.92/pcs
dan garland pula rm13.78
price tu dah inclusive 6% SST





okay bab menu pula
untuk main, sis order satu grilled sea bass with olio
dan satu teriyaki grilled chicken burger
untuk light / kudapkudap, sis order melted chilli cheese wedges
untuk drinks, sis order house special honey lemon cooler
dan strawberry yogurt smoothie
last but not least, untuk cake
sis order satu slice of almond salted caramel crepe with candle





apa yang sis boleh cakap
fei dan ali cafe ni memang specialize in burger dan pasta
burger dan pasta dia memang sedap
rating dari netizen pun tinggi
kalau asian food tu katanya macam so-so
untuk air pula, memang famous teh tarik popcorn
kalau dalam menu tu dia tulis
teh tarik semanis cinta ku pada mu
haa gittoh hahahaha cliche oi
tapi tulah bila tengok gambar tu rasa macam
mesti manis gila hm tak sanggup nak order minum sensorang
kalau cake pula, sila lah order macam yang sis order ye
sedap gila crepe tu, lembut je, confirm tak menyesal





sebelum balik
kiteorang sempat singgah Taman Tasik Elmina Shah Alam
korang waze je ke Elmina Central Park
dia macam taman perumahan baru
ala-ala eco ardence lah tapi eco ardence lagi best
sis agak kecewa juga sebenarnya

sebab expectation dah set macam eco ardence
sekali bila sampai tu macam laa macam ni je rupanya
here goes the pictures!









sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!




Wednesday, January 15, 2020

Bubblegum Wax & IPL Price

Hai gais!
okay hari ni sis nak cerita pasal bubblegum wax
sis terjebak dengan wax ni dari ofismate
time tu first year sis kerja dekat xox, may 2018
ada ofismate sis ni selalu lah dok cerita pung pang pung pang
pasal wax session yang dia pergi buat tiap bulan
tak sakit katanya
kebetulan pula dekat ofis sis ni 
memang ada bubblegum wax branch tropicana
so time lunch break, sis pun pergi lah try waxing
first time buat tu memang dia punya nervous tak boleh bincang
sampai sejuk tangan kaki semua
time tu buat armpit dan brazilian
harga memang murah for first timer
rupanya memang tak sakit pun
therapist akan letak honey wax, letak kain dan tarik laju-laju
seronok pula tengok sebab tarik sekali dah terus licin
kulit pun jadi lembut semacam je

disebabkan sis suka dengan effect wax tu
 sis pun beli lah point 1000 dengan harga rm500
time tu ada birthday promo sebab birthday month sis
kalau tidak, point 1000 harga rm1000
jadi lepas ni kalau sis pergi wax
harga wax tu dia akan deduct dari point tu je
bubblegum wax ni memang selalu buat promo
jadi kena lah alert
selain ada birthday promo for your birthday month
dia ada juga reward kalau kita ajak kawan-kawan join
ada new year promo, festival promo
dan macam-macam promo lagi lah

on may 2019, sis decided untuk buat IPL
IPL ni macam semi-permanent laser
time tu ada end year promo IPL for two years session
dengan harga RM3000 tak silap
disebabkan time tu tengah kaya, sis pun setuju lah dengan pakej tu
serious memang tak menyesal
belum cukup setahun pun lagi dah nampak banyak effect
sekarang ni tengah on going lagi session tu every month
sampai lah may 2021
apepun effect IPL lagi puas hati lah
IPL ni therapist just letak aloevera gel
dan dia akan dab dengan laser machine tu
rasa dia macam kena gigit semut setiap kali dia dab
kalau tak tahan sakit
therapist boleh turun kan je power level dekat machine tu
korang yang first timer janganlah risau hehe

so below sis share harga dekat bubblegum wax & IPL
untuk korang punya reference
note that this price ni as of Jan 2020 tau











sekian itu saja
hope this helps!
see you guys in the next post
xoxo bye!


Sunday, January 12, 2020

Homestay Dekat UiTM Jasin

Hai gais!
kalau korang tengah cari homestay dekat area jasin
sebab nak hantar family members yang baru masuk sem dekat uitm
takpun sebab nak attend konvo anak dekat uitm 
takpun datang jasin sebab nak jenguk anak dekat uitm
haaa sis ada berita baik untuk korang!

Memperkenalkan..

HOMESTAY KG TERSUSUN SERI MENDAPAT

homestay ni dekat kawasan kampung
jadi korang boleh experience suasana kampung yang tenang dan selesa
lokasi dia strategik gila
sebab senang nak ke bandar, kedai makan, dekat dengan masjid
10min ke tol jasin
20min ke MiTC melaka
3min je ke UiTM Jasin
10min ke pekan jasin
dan 10min juga nak ke pekan merlimau
jiran pula kiri kanan melayu
kemudahan yang disediakan pun banyak tau! antaranya

rumah penginapan 2 bilik (with aircond) + 1 bilik air (with heater)
ada 1 katil queen dan 3 katil single
tv
seterika
peti ais
dapur gas
rice cooker
washer machine
tilam dan bantal extra
ruang barbeque



harga pula tak mahal mana pun
RM150/malam je
tapi kalau korang stay lebih dari dua hari ada harga diskaun tau!
korang kena contact owner dia lah boleh diskas-diskas hehe
Yaakob (012-635 0067)
Jalilah (012-912 5630)

lokasi homestay pula di 
Lot 2503, Kg Tersusun Seri Mendapat, 
Semujok, Merlimau 77300, Melaka
atau korang boleh waze je ke
HOMESTAY JY SERI MENDAPAT


haa apa lagi? booklah sekarang!
confirm tak menyesal gais
sekian itu saja lah dari sis
jumpa korang di next post
xoxo bye!

MUA terjun

Hai gais!
jumaat lepas (10/01/2020)
sempat pula aku balik rumah jap time lunch break
sebab one of my closest friends, tan
mintak tolong makeup kan for her company annual dinner
setakat nak makeup kan kawan sendiri ni aku konpiden jela
tapi aku ni bukan lah level mua-mua kan hahahha
nak lebih tu memang idok ler
barang-barang makeup pun yang ada pun drugstore jer

tan culik aku time lunch tu tepat pukul 12
pergi tapau lunch dulu dekat tepi jalan
aku punya nasi lauk ayam kurma
sempat juga beli pisang goreng dengan kerepok lekor crispy
thankyou tan belanja lunch! hihi
pastu baru lah balik rumah
pilih baju dan tudung mana yang sesuai for dinner
lunch dulu then baru makeup session
tan request makeup simple-simple jer

TARAAAAAAAAAAAA
love dak?


tan hantar aku balik ofis pukul 2.45pm
selamba je kan masuk lewat
macam company tu bapak aku punya



hope you like it tan
thank you juga for voucher burger king and pewangi kereta
see you again next month for our batam trip together
sekian itu saja
xoxo bye!

Monday, January 6, 2020

Aquaria KLCC 2019

Hai gais!
actually sis pergi aquaria ni dah lama
the date was on 23 November 2019
percaya atau tidak, ni adalah my first time ke aquaria 😂
tu pun sebab aisya yang request nak ke aquaria
kebetulan dia cuti sem sebulan dan stay rumah sis
sis pun terus lah cari tiket kat klook
kebetulan pula klook time tu tengah ada promo buy 1 free 1
jadi sis beli satu ticket harga rm35, dapat lagi satu
kira sorang jatuh harga rm17.50 jelah murah gila oi
kalau tak promo, harga tiket untuk dua orang dah rm70
kalau korang walk in harga tiket untuk sorang rm49, lagilah mahal



jadi berbelanja lah dengan bijak gais
korang pun download lah juga klook
kalau nak pegi vacation nanti memana senang
guna referral link yang sis share ni
nanti dapat rm15 off

https://www.klook.com/invite/FQBYYK?c=MYR

jadi sebelum korang pergi travel
usha je dulu ticket apa-apa dekat Klook
promo code Klook ni semua boleh google je
bayangkan haritu masa sales 11/11 dekat Klook
ticket pergi sunway lagoon rm31 je?!
stress gila sis sebab tak sempat beli hahaha

okay sambung cerita pasal aquaria tadi
time kteorang pergi tu hari sabtu
pagi-pagi lagi kiteorang dah gerak ke klcc
kiteorang dari mrt surian, turun dekat mrt pasar seni
tukar ke lrt pasar seni dan menghala ke lrt klcc
apepun kiteorang breakfast dulu dekat rasa food arena level 4
kang nanti tetengah tengok ikan perut dok bunyik bunyik pulak kan?



lepas dah setel makan
barulah kiteorang cari maybank klcc dekat level C
sebab nak ke aquaria kena lalu laluan dekat tepi maybank tu
proses untuk register masuk aquaria sangat smooth
sebab terus je ke entrance dan scan barcode dari phone
tak perlu lagi ke kaunter

senang kan zaman sekarang ni
teknologi di hujung jari
dan sampai situ jela keseronokan kami
tahu tak sebab apa?
sebab ramai gila orang kat aquaria, sesak gila!
tak kira orang dewasa, warga emas dan kanak-kanak
setiap aquarium tu akan ada orang berkumpul ramai-ramai
kita yang kat belakang ni kenalah jengkitkan kaki
sebab nak tengok apa yang ada dalam aquarium tu
bila dah ramai tu aircond pun rasa tak rasa je
berpeluh oi dalam aquaria tu
jadi sis amat menasihatkan kepada anda yang kebetulan baca ni
kalau nak pergi aquaria, pergilah on weekdays ye
jangan pergi on weekends
jangan merosakkan mood hari minggu anda
kiteorang tak lama pun dekat aquaria tu
dalam dua jam je
serabut pula bila ramai-ramai ni kan rimass
bila difikirkan balik, nasib baiklah tiket rm35 je untuk dua orang
cuba bayangkan kalau rm70
uish rasa membazir pula bila first experience macam ni hm






























malam tu kiteorang ke ikea for dinner
lepas tu singgah kat belakang ikea jap sebab ada pesta lampu
tapi amek gambar kat luar je
sebab kalau nak masuk kena bayar tiket rm10/sorang hahaha
tak berbaloi
patutlah tak ramai orang yang pergi



sekian itu saja
jumpa lagi di next post
xoxo bye!




Sunday, January 5, 2020

Kursus Umrah & Majlis Resepsi Haziq Nurul

Hai gais!
pagi semalam sis ada kursus umrah
dekat surau darussalim subang
sis sampai lambat sikit sebab adik sis cakap
dia nak datang amek sis kat rumah
tapi end up dia tertido dan
husband sis pula yang terpaksa hantar sis *maceh yangg
nasib baik bila sis sampai surau tu taklimat baru nak start
dan nasib baik juga sis dah baca buku kursus umrah tu hari sebelumnya
kira refresh jela
sebaknya rasa tetiba
tak sangka yang lagi dua minggu
sis and family akan berangkat menunaikan umrah

lepas setel je kursus umrah dah waktu lunch
perut memasing dah lapar
sis pun ajaklah adik sis sekali attend majlis resepsi kawan ofis lama sis
kebetulan majlisnya dekat je dengan surau darussalim tu





tahniah nurul and haziq!
semoga kekal bahagia hingga ke syurga
sorry tak amek gambar sesama sebab tengah rushing
sempat amek gambar dengan banner je hahaha
tu bukti yang ika attend majlis nurul okay!







sebelum balik rumah family husband dekat ampang
kiteorang sempat singgah aeon maluri jap
beli air starbucks guna t&g ewallet
harga rm10 je, valid sampai 29 february 2020
tapi boleh pilih among these three flavours je
sis pilih Grande Coconut Vanilla Cream Chip Frappucino
 sedap juga, rasa dia more to coconut
bila letak whipped cream on top lagilah rasa sedap





malam tu sis belanja mak mertua sis for dinner
kiteorang dinner dekat pizza hut
sis pilih sweet sour cheesy bites
sebab nampak dalam gambar macam sedap je kan
sedap tu memang sedap tapi rupanya roti dia nipis je
tetiba rasa macam tak berbaloi rm50 untuk sweet sour cheesy bites tu
takpelah asalkan dah pernah try kan hahaha

sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!