Saturday, April 30, 2022

Officially Signing Off

 Assalamualaikum
s
o yesterday was my last day at xox
disebabkan ramai yang dah start cuti raya
jadi sempat jumpa a few jela
farewell gift pun sempat prepare tealive je
barang dekat meja tak banyak pun untuk dikemas
muat satu kotak angkut sendiri je
sebab end march haritu (28/3-1/4)
dah sesiap angkut separuh
 bawak balik rumah after dapat ura-ura
yang mengatakan xox nak buat
full workforce starting 4th April
sebab kerajaan dah announced
fasa endemik on 1st april kan?
semalam datang ofis 2.30pm
sebab kena buat exit survey pukul 3.30pm
exit survey dalam 40min macam tu
borak dengan Ethan, AM hr
hr kena lah amek tau kenapa nak blah
tapi soalan semua dah jawab sesiap dekat exit survey form
and dah revert dekat hr sesiap pagi tu
dorang just nak elaboration sikit
dan selain borak, kena hantar laptop
and stationeries kalau ada





Tak sangka working on rotation ni
comes to end juga
 dari 18th mac 2020 kot dok on off wfh
and working on rotation basis
cemana boleh decided nak resign?
semuanya sebab haqi ler
sepanjang haqi setahun dekat dunia ni
mommy dia dok wfh
bila dah start 8 bulan ke atas tu
 dia dah pandai ye mencari mommy
dan nak mommy dia je
the issue here is
masa kena masuk ofis 
end march haritu (28/3-1/4)
 dia taknak makan minum bila popo dia suap
 sampai dehydrated lah ha
 diaper dia akan disalin time mandi tengahari
 bila mommy check
nak mandikan lagi sekali time maghrib
 lahhh daiper haqi kering!
 yelah tak makan minum mana nak kencingnya?
 sedih ha mommy dekat ofis
terkenangkan si haqi ni
dah tu bila perut kosong
 dia merengek serba tak kena lah ha
 sampai lah jumpa mommy dia pukul 5.30pm
 bayangkan ye dari 7.30am
 daddy dia drop mommy dekat ofis
 mommy sebelum keluar kereta bagi dia susu badan
 pastu 5.30pm baru dia minum susu badan balik
 taknak susu botol masalahnya
 habis susu packed bebanyak dalam freezer tu
 cemano ha baihaqi sape ha nak habiskan?

Then selain dari sebab tu
 masa early march kot
 my FIL kena mild stroke sebab hypertension
 member tak makan ubat
 sebab dok monitor hari hari darah normal je
 sekali haaa darah naik mendadak
 terus pitam jatuh dalam bilik air
 sebelah kaki terus tak function
terus kena depends on wheelchair
 tapi alhamdulillah lah
 sekarang dah get better than before
 sebab anak anak hantar pegi fisio dekat private
 dari wheelchair tu dah boleh jalan sikit sikit
 guna walking frame walker tu
 pastu improve ke walking stick quad cane
 doktor janji by the time raya nanti
 dah boleh jalan macam biasa dah
 in the meantime MIL lah yang menjaga ha
 dia pun bukannya kuat sangat dah pun
 selalu je sakit lutut
 selalunya dia lah menjaga haqi dekat rumah ni
 everytime i need to work in office
 hari ahad pegi amek dia dekat ampang
 hari jumaat malam hantar dia balik ampang
 selang seminggu kerja ofis kan
 tapi yelah kita pun memang dah predict
 sampai bila nak wfh macam ni kan
 satu hari nanti mesti kena hantar haqi pegi taska juga
 tapi dalam keadaan haqi sekarang
 yang taknak makan minum ni
 tak boleh lah nak hantar pegi taska juga
 whats the point hantar pegi taska?
 kalau dia tak makan minum ha, takde energy
 menangis sepanjang hari
 taknak main sebab perut kosong
 plus dengan risaukan lagi
 kes covid teruk dekat taska hfmd lagi
 ehhh aku resign lah sonangggg!
 jaga anak sendiri takpayah susahkan sesape
achegituw 

Lagipun sebenarnya
memang dah lama nak resign dari xox ni
 sebab takde career development
 stagnant je job redundant pun ye jugak
 tak rasa diperlukan pun ye
benefits dah lah tak best
 gaji takat tu je increment ciput
 bonus ciput kadang sebulan kadang half
ehhh know know 4 years already tauuu!
 sampai bila zulaikha nak macam ni oiii
 know your value k
 kalau ikut market sekarang
 with my experience and expertise tu
 basic dah 4k lebih dah huhu
  cuma tulah, sayangkan environment ofis
 staff semua baik baik dah macam family
 hod and supervisor pun okay takde marah marah
 ofis dekat dengan rumah
 then tag in tag out boleh on time
 takde sape pandang atas bawah
 task kerja pun leklek je
 basically memang comfort zone lah
apepun insyaAllah better things await
 semua yang berlaku kan ada hikmah
 end next year kita apply kerja balik k?
 sekarang focus on haqi je
 itu yang paling penting, amanah Allah
 Allah bagi pinjam kena jaga sebaiknya




Oh ye masa masuk end march haritu (28/3-1/4)
 kebetulan ofis baru pindah dari level 8 ke level 6
 cantik betul new office
 siap ada mothers room lagi! selesa gila
new office new spirit gitu
 tapi itulah kan
sempat merasa seminggu jelah ye hahahaha
sedih ke nak blah dari xox ni?
 
tbh, tak sedih pun
sedih lagi nak tinggalkan palm spring
 sebab kena pindah ke ampang bila dah resign nanti
 kenapa kena pindah?
sebab dah tak mampu nak membayor deknon
 husband kena bayar progressive payment
untuk rumah baru tu dekat half dah
 dengan rental sekarang lagi rm1300
 every month 2k habis dekat bayar rumah je
 so sis setuju untuk pindah ke rumah in laws
 sementara tunggu rumah siap end 2023
 pejam celik kejap je sebenarnya kan?
sabar ye ika, ika kuat!
sape je nak duduk dengan keluarga mentua kan?
 walaupun sebaik mana pun dorang
 semoga yang baik baik saja Allah atur
 untuk aku dan keluarga kecilku
aminnnnn





xx

Monday, April 25, 2022

Birthday Trip : Royale Chulan Seremban & Masjid Sri Sendayan

 Assalamualaikum
sempena birthday haqi yang ke 1 tahun ni
mommy daddy bawa haqi staycation
tapi dekat royale chulan seremban je huhu
padahal royale chulan damansara 5 minit je dari rumah
staycation 2 hari 1 malam
sabtu ahad 16-17 april 2022
gerak tengahari sebab checkin pukul 2.30pm
mommy booked deluxe room with king bed
thru trip.com for the first time, rm190 je
bilik dia spacious sangat, bathroom dia pun sama
teringin nak stay lagi next time sebab selesa
tapi memikirkan seremban tu takde apa
macam emmm takpelah kot haha







Petang tu dalam pukul 3pm
kiteorang keluar untuk cari makanan berbuka
alang-alang tu sempat singgah
Masjid Sri Sendayan atau dikenali sebagai
Masjid Nabawi Malaysia / Masjid Kerajaan Uthmaniyah
takpun Taj Mahal Malaysia
masjid ni diwakafkan oleh pengasas RHB
Tan Sri Abdul Rashid Hussain
besar pahala dia sebab bina rumah ibadat
pahala tu sentiasa mengalir sampai bila-bila
kebetulan masa kiteorang sampai tu
azan asar tengah berkumandang
dan guard masjid larang pengunjung untuk amek gambar
yelah kan, kena hormat waktu solat
redha sempatlah masuk solat jemaah asar
sis dekat luar je pusing-pusing perkarangan masjid
sambil tolak haqi dalam stroller
haqi pula baru bangun
muka penuh kebingungan hahaha



Disebabkan terlalu ramai orang dekat masjid
jadi kiteorang decided untuk singgah lagi esok
bila ramai orang lagi gambar pun spoiled kan
jadi kiteorang teruskan misi mencari makanan

 1) Selera Nogori
dekat Oakland Commercial Centre
haaa takkan lah poie seremban
tapi tak makan masak lomak cili api kan? kemonnn
kebetulan kedai ni suggested as
top 3 kedai makan tersedap dekat seremban
by one of the twitter users
korang boleh refer thread dia dekat sini
kiteorang tapau nasi, ayam masak lemak cili api
dan juga daging salai
pehhh paduuuu rasa dia
takdelah pedas sangat sampai sakit perut
just nice secukup rasa
macam-macam lauk lain lagi yang disajikan
korang boleh lah cuba
dia ada buka cawangan kedua juga

2) Roti John Paroi Jang Ijan
yang ni dia ada banyak cawangan
tapi kiteorang pegi yang dekat Stadium Paroi
ai takkan makan berbuka je kan?
mestilah kena ada moreh!
jadi kiteorang beli lah roti john ayam satu
harga rm10 tapi masyaAllah gais
ini lah roti john yang paling sedap pernah sis makan
memang menyesal ha order satu
dah lah menunggu tu sejam huhu
lepas balik dari seremban tu
dekat seminggu dok sebut-sebut pasal roti john ni
punya lah sedap gais







Haqi paling seronok bila dok hotel
dia macam tau-tau je
setiap kali staycation dekat hotel
mesti waktu berjaga dia lama
makan nasi punya lah susah Allahu
menguhji kesabaran mommy sungguh
yang dia tau nak main je
lagilah dah boleh merangkak sekarang





Esok paginya memasing bangun lambat juga
checkout dalam pukul 11am
terus shoot ke Masjid Sri Sendayan sekali lagi
cuaca mendung je tapi okaylah tak ramai orang
sempatlah buat video satu sempena haqi 1 tahun
sebelum sampai rumah
sempat pula menyinggah ke mitsui kejap
beli baju raya daddy
punya lah sesak mitsui tu
macam dah zero covid je keadaannya
memasing nak raya kan tahun ni
dah 2 tahun tak beraya








Haqi doakan mommy daddy murah rezeki tau
so that next birthday staycation haqi
mommy daddy boleh bawak haqi jenjalan overseas
achegitewww haha
dalam kurungan kalau dah takde covid
sebab daddy haqi ni extra paranoid

xx

Sunday, April 24, 2022

The Steamboat Ketam Village

 Assalamualaikum
last week on wednesday, 20/4/22
sis keluar makan berbuka dekat the curve
bersama team mates ofis
it was actually raihan's farewell party
she chose the restaurant
because she felt like eating seafood lol
i never noticed that the unit already become 
the steamboat ketam village because
it was the johnny rockets's previously
we had Yan to arrange everything
she forwarded the menu to us earlier
then we order semuanya siap-siap before berbuka
so bila kiteorang sampai tu
makanan semuanya dah siap terhidang
cuma tinggal nak boil dalam hotpot tu je
harga dia untuk sorang makan roughly RM30-RM50



here i screenshot the menu for your reference













Ada lagi yang ala carte & side dishes tau
and oh yes, the drinks too
tapi yang tu sis tak screenshot
you can asked the restaurant to fwd you the full menu k
sis order combo value set je, yang 201
with tomyam soup & sliced chicken
dia nampak cam banyak tau
tapi actually portion tu untuk 1 pax je
and seriously kenyang gila gais
nasib baik tak tamak order side dishes
kalau tak, berhuhu kat situ tak larat nak jalan


Thankyou kaklinda belanja i makan as a farewell gift
sibok je kan curi spotlight rai nak farewell juga
hahahhaa ala sorry rai
semoga rai suka farewell gift yang kita bagi tu
and semoga rai sentiasa murah rezeki
walau kat mana pun rai berada
tak sangka kita resign sama-sama kan?
macam yang pernah kita cakap dulu
tanpa rai, apelah gunanya kita pegi ofis
hahahahha
going to miss you rai, my best officemate

xx

Saturday, April 23, 2022

Haqi’s 1st Birthday

 Assalamualaikum
sedar tak sedar Baihaqi dah setahun
seminggu sebelum birthday tu
Redha dah start reminiscing moments setahun yang lepas
‘kalau tahun lepas time time ni
perut awak dah besar sangat
nak pakai kasut sendiri pun tak mampu’
‘ingat tak time time ni kita pegi klinik
sebab awak senggugut pastu klinik reject kita?
'iyelah sebab dah 38 weeks kot
klinik takde kelengkapan'
 'terpaksa lah pegi HKL pastu dah sampai HKL
awak suruh tunggu kejap sebab nak pegi check perut
sekali lepas 3 hari baru kita dapat jumpa balik
haahahaha’
‘nurse tu teruk betul tak update yang awak dah bersalin
semalaman saya tak dapat tidur
esoknya pegi hospital, nurse cakap
ehhh isteri awak dah selamat bersalin semalam
yaAllah sabar jelah' 

Alhamdulillah selama setahun ni
Baihaqi takde sakit-sakit
mungkin sebab terkurung banyak dalam rumah
kan baby pkp huhu
mommy fobia lah jaga haqi sakit time baru lepas bersalin tu
lepas 3 hari check in wad bersalin
sambung check in wad kanak-kanak
jaga haqi congenital pneumonia pulak
hari-hari pun nangis dekat wad
diri sendiri yang tengah berpantang pun tak terjaga
hari-hari doa supaya haqi ada improvement
in term of oxygen level
and kuman dalam paru-paru tu hilang
so that kita sama-sama boleh balik rumah popo
and mommy dapat rest
and berpantang dengan proper 

Untuk first birthday haqi ni
mommy daddy celebrate awal sehari
sebab kebetulan 19 april tu cuti nuzul alquran
jadi decided berbuka puasa dekat rumah mosi haqi
juadah berbuka daddy tempah
nasi ayam sedap dari onny
lepas isyak baru celebrate birthday haqi
haqi pulak dah berjaga dari 430pm-9pm
mommy bagi 15min je nap
915pm dah kejut for birthday party
mengamuk lah ha member tak cukup tido
itu yang muka masam je dalam pictures
hahahaha sorry sayang
takpelah nanti kita celebrate birthday lagi okay
dekat kampung dengan akong and nenek pulak

Kek haqi daddy tempah from Gula Cakery
flavour double nutella chocolate cake
pickup dekat tropicana garden mall on last monday
harga RM140 for 6inch cake
kecik je tapi tinggi
sedap sangat2 kek birthday haqi
memang flavour favourite daddy tu
lebihan kek mommy daddy bawak balik rumah
lepas 3 hari baru habis makan hahaha

Thanks mosi bagi chocolate bouquet dekat haqi
which mommy daddy dia yang akan makan nanti
hahaha and oh yes for the present too
mosi belikan next sleepsuit and baju kemeja untuk haqi
wahhh hensem lah haqi nanti pakai kemeja





Happy 1st birthday Baihaqi
mommy daddy sayang haqi sangat2
semoga membesar dengan sihat
cerdik pandai dan jadi anak yang soleh ya sayang
semoga Allah sentiasa jaga keselamatan haqi
walau dimana haqi berada
dan dimurahkan rezeki sentiasa
doa mommy daddy sentiasa mengiringi haqi
nanti haqi besar sikit
mommy daddy bagi haqi adik okay
hahahaha



Update:
1) haqi bersama chocolate bouquet &
present from mosi & family



2) haqi bersama his first push bike
present from aunty noya
thanks aunty noya!
semoga aunty noya sentiasa dimurahkan rezeki

xx