Friday, May 22, 2020

Random Video of Us

Hi guys!
just wanna share these random videos of me and redha
that i made during this pkp just for fun
and also bcs im dying of boredom huhu
enjoy!



these videos were all edited on Videoleap app
im not really good in video editing
so macam tu jela kejadian video nya
the first video was actually taken during
our second reception, hence the Bollywood theme
and second video was a compilation of video and wefie
taken on our dates before marriage
circa 2017-2018
look at us, so young soo in loved

i love you husband!
with all my heart
now and forever ❤️

xx


Thursday, May 21, 2020

29th Birthday

Hi gais!
so hari ni baru nak update pasal birthday sis
which happened to be last week on monday
birthday kali ni lain maciam sikit
sebab dalam bulan puasa
dan dalam pkp huhuhu
memang celebrate kat rumah jela cite dia
pakai cantik-cantik hensem-hensem wangi-wangi
tapi dok rumah je
tema birthday kali ni warna pink







for birthday cake, sis order brownies tahun ni
 dari fb group warga kota damansara
sis order je, husband sis bayar hihi
puas hati sangat sebab brownies tu sedap
dan cantik gila decoration dia on top for only rm39
lain kali boleh lah order lagi
for berbuka puasa pula, sis tak perlu masak
 sis order je set makanan thai
dari kedai nasi ayam azeem
my favourite restaurant masakan panas kat kd ni
sebab murah dan sedap gila
set tu total rm42 termasuk delivery
ada ikan siakap 3 rasa, paprik ayam, sayur campur,
tomyam ayam dan 3 bungkus nasi
kenyang dia sampai ke sahur beb
portion setiap lauk pula banyak
memang bawak ke sahur, jimat ha



alhamdulillah, syukur kepada Allah
atas nikmat umur yang diberi
dah 29 tahun hidup jadi khalifah atas muka bumi ni
takde apa yang nak diminta selain
dikurniakan segala bentuk rezeki dari Allah
rezeki yang bukan sahaja makan minum, harta,
kenderaan dan segala bentuk kebendaan,
tetapi juga rezeki ilmu pengetahuan, kasih sayang
keluarga dan sahabat, anak, suami,
kesihatan yang baik, keselamatan, kegembiraan
dan seumpamanya
semoga hidup senantiasa diredhai dan diberkati
oleh Allah didunia dan diakhirat
aaminnn



xx


Wednesday, May 20, 2020

Wedding Video by Candid Film Society

Hai gais!
hari ni sis nak share wedding video
yang merakamkan majlis bertandang di Hotel Perdana 
video ni actually video adik lelaki sis kahwin end of last year
directed by candid film society
alang-alang video ni ada dalam gallery phone sis
so i thought why not if i just share it here kan
kot lah korang suka tengok wedding video ni
then korang boleh lah pergi ig candid film society
link dekat sini

here's the video


i know i looked chubbier in the video right
terus rasa nak diet bila tengok video tu hahaha
alang-alang tu sis share sikit gambar majlis dari photographer






sekian itu saja for this post
xoxo bye!

Tuesday, May 19, 2020

Birthday Present

Hai gais!
antara birthday present yang sis dapat tahun ni adalah
adidas galaxy 4 shoes!
 of course lah dari husband tersayang kan
sape lah nak belikan sis barang mahal-mahal
kalau bukan encik husband
kebetulan haritu website adidas, jdsport and a few lagi
semua tengah on sales
jadi redha suruh pilih je kasut mana yang sis nak
boleh lah sis pakai untuk pegi kerja
harga sebenar kasut adidas galaxy 4 ni adalah rm230
tapi after sales jadi lah rm160 je
redha pun ada beli juga sepasang untuk dia
so kiteorang memasing ada kasut baru wiwiwi
it is my first adidas shoes!



sis dah start pakai kasut ni semalam
sebab dah start kerja kan
memang selesa gila
itulah bezanya kalau pakai sport shoes 
compared to kasut biasa kan
previously sis pakai kasut brand china je
harga rm30 beli dekat shopee
lepas pakai setahun sis akan beli design yang sama
setakat ni sis dah 4 kali beli kasut yang sama hahaha
pattern kasut memang cantik, sis suka gilaaa
korang boleh tengok link dekat sini
tapi tulah bila pijak tanah tu
boleh rasa batu batu kat tanah

kasut adidas ni delivery hm agak lambat masa pkp ni
rasanya 2-3 minggu juga lah kot
jenuh tunggu ha
tapi memang berbaloi lah harga after sales tu
thankyou redha sayang for this birthday present!
i love youuuu
semoga Allah sentiasa kurniakan rezeki
yang tidak putus putus buat muhammad redha firdaus
aaminnn

xx

Monday, May 18, 2020

First Day at Work

Hi gais!
hari ni first day sis kat ofis after pkp dua bulan
kat ofis ni, memang hr sediakan sop
dorang buat seating arrangement
duduk kat cubicle selang selang
sebelum masuk ofis kena scan barcode
isi health screening form
kena pakai mask
kalau takde mask, boleh amek dekat receptionist
jap lagi nak rembat lah sikit haha


sis kena kerja on rotation
seminggu ofis seminggu wfh
sis di assigned under team B
dekat technical dept ni, sis sorang je perempuan
so hari ni baru sis found out yang team B ramai melayu
boleh lah buat jamuan raya nanti aherher
orang kata buat merawat luka di hati
sebab tak dapat balik kampung kan huhu
sedih oi, mana tak sedih
sis kalau dengar lagu raya je 
mesti tetiba je sebak tu datang
husband sis kalau ter scroll lagu raya kat socmed
mesti dia scroll cepat cepat
takut sis terdengar nanti sis sebak hahaha comel

somehow sis rasa excited nak datang kerja
sebab bila datang kerja
kena bangun pagi
bila bangun pagi kena lah tido awal
so sleep clock tu teratur
kalau wfh biasalah tido lambat bangun pun lambat
kekadang tu tido lama sangat sampai sakit pinggang ha
sis memang ada isu dengan waktu tido ni
selain tu, bila datang kerja
boleh lah juga borak dengan abang-abang ofis ni
dengar dorang punya celoteh
sambil-sambil buat kerja tu terhibur lah juga
lagi satu, sepanjang pkp ni
xox bagi meal subsidies dekat semua staffs
meal dari restaurant Lavo dekat ground floor ni je
tapi menu boleh pilih dekat apps gemspot
menu dalam list semua RM25
mahal oi portion dah lah sikit je
kalau bukan sebab free
memang idoklah sis nak beli makanan kat Lavo tu
thankyou xox for being so generous!


okay lah sis sambung kerja dulu ye
stay home stay safe
xoxo bye!

Sunday, May 3, 2020

Jejak Rasul : Nabi Nuh

Hai gais!
selalunya sementara tunggu berbuka
sis akan layan jejak rasul 2020 dekat youtube
macam musim kali ni
jejak rasul cover cerita nabi nuh dan nabi ibrahim
ni sis share sikit family tree 25 rasul kita
family tree ni sis amek dari google ye


nabi nuh ni hidup di zaman kaum
yang dah tak percaya pada Allah
semua kaumnya syirik
masyarakat di zaman nabi nuh ni dikurniakan
umur yang panjang
nabi nuh amek masa selama 950 tahun untuk
berdakwah semata mata
dan selama tu, ada 80 orang je yang
kembali percaya pada Allah
dan mereka ni pula bukan lah
orang yang berkepentingan dalam masyarakat

macam-macam cara dah nabi nuh berdakwah tapi
sesiapa yang dengar tu akan caci, tutup telinga,
halau dan tuduh nabi nuh ni sesat!
bila nabi nuh berdakwah pada orang yang
berpengaruh dalam masyarakat
mereka seolah berkata
'cemana kami nak ikut kau kalau pengikut-pengikut
kau semua orang biasa? semua orang bawahan
kau buang lah dulu pengikut kau yang ada sekarang'
tapi nabi nuh tak akan tinggalkan pengikutnya
sebab dorang pun hamba Allah juga
Allah pun berkata pada nabi nuh
dah takkan ada orang lagi yang percaya
dah dah lah tu berdakwah
setakat tu je lah pengikut nabi nuh
hidayah Allah dah tutup buat mereka yang lain ni
jadi Allah perintahkan nabi nuh
buat sebuah kapal besar di atas gunung
nabi nuh pun buatlah kapal tu selama 100 tahun!
orang ramai terus hina nabi nuh
'kau kata kau nabi, sekarang jadi tukang kayu pulak?
orang buat kapal tepi laut
kau buat atas gunung
kau ni dah gila ke?'

lepas kapal tu dah siap
Allah perintahkan nabi nuh bawak pengikutnya dan
 semua spesis haiwan ke dalam kapal tu secara berpasangan
jantan dan betina
kapal tu sangatlah besar
sebab tulah amek 100 tahun untuk siapkan
dalam jejak rasul, diilustrasikan kapal tu ada 3 tingkat
tingkat paling bawah diletakkan haiwan
tingkat tengah diletakkan manusia
dan tingkat paling atas diletakkan burung-burung
pastu, dengan kuasa Allah
hujan turun dari langit dan air memancut keluar dari tanah
tak henti henti sehinggakan 
tenggelam semua di atas muka bumi
yang terselamat hanyalah mereka di dalam kapal nabi nuh

nabi nuh ada empat orang anak
yam, shem, ham, dan japheth
yam tak percaya pada Allah
dia taknak naik atas kapal, katanya
dia akan naik ke puncak gunung yang paling tinggi
air takkan sampai ke puncak gunung tu
tapi Allah terus pisahkan mereka dengan ombak air
dan tenggelamkan yam
nabi nuh tunggu banjir reda selama 30 hari
(ada riwayat mengatakan 50 hari / lebih)
setiap hari baginda akan hantar burung untuk
check keadaan di luar kapal dan 
setiap kali burung tu balik, ia balik tanpa bawa apa-apa
sampailah satu hari ni
burung tu balik bawak sehelai daun
kali kedua burung tu balik, ada kesan tanah di kakinya
jadi tu petanda banjir dah surut
kapal nabi nuh pun berlabuh di atas sebuah gunung
gunung Judi namanya, yang terletak di Cizre Turki

Dengan kuasa Allah
semua pengikut nabi nuh yang terselamat tu tak beranak-pinak
hanya keluarga nabi nuh sahaja yang lahirkan zuriat
oleh sebab tulah nabi nuh digelar 'the second adam'
jadi semua keturunan manusia yang hidup sekarang ni
berasal dari keturunan nabi nuh
dan haiwan yang ada sekarang ni
semuanya dari haiwan yang terselamat di atas kapal nabi nuh
nabi nuh hidup selama 350 tahun lepas banjir besar tu
sebelum akhirnya wafat
sekian itu saja perkongsian pada hari ni
korang pun tengoklah jejak rasul, seronok!
boleh buat bed time stories dekat anak-anak

xoxo

Saturday, May 2, 2020

Samping Raya Murah

Hai gais!
so disebabkan sis tak balik kampung
pada raya aidilfitri kali ni
due to pkp yang mungkin dilanjutkan fasanya
jadi baju raya pun sis pakai apa yang ada je
mungkin sis akan pakai jubah yang
abah sis belikan masa kiteorang dekat madinah haritu
since that jubah in grey color
so sis kena carikan baju melayu mur mur lah for my husband
bila sebut murah, mestilah dekat shopee
sis pilih untuk beli dekat kamdar!
sebab korang tahu kain dekat kamdar macam mana kan
takdelah risau kain tak sedap ke apa
so you guys pun boleh lah usha kamdar dekat shopee
siap free delivery and ada voucer lagi
sis beli hari baju melayu rm98 je
tapi parcel belum sampai lagi


so untuk samping raya pula
sis beli dekat link sini
harga rm29 je termasuk delivery
murah kennns?
parcel dah sampai last week
kain samping dah siap jahit tepi
so takyah risau nak upah orang jahit
jahitan pula kemas sangat
sis paling suka material samping tu sebab
fabrik lembut, ringan & tak keras macam samping murah biasa
corak pun cantik cantik
pening nak pilih mana satu nak beli
sis memang suggest sangat kedai ni untuk
korang beli samping raya
itu pun kalau korang nak samping hitam lah
sebab dia jual samping hitam je
sis pun akan repeat order dekat kedai yang sama je
in case nak beli samping lagi in the future

sekian itu saja perkongsian hari ni
see you guys in the next post
xoxo bye!

Friday, May 1, 2020

Labour Day 2020

Hai gais!
its already first May
sedar tak sedar kejap je masa berlalu
tetiba dah dekat setengah tahun
pencapaian tahun setakat ni apa pun takde huhu
apepun sis nak ucapkan
selamat hari pekerja buat semua!
alhamdulillah kita memasing ada kerja kan
bila ada kerja maksudnya ada duit
banyak atau sikit duit tu belakang kira
ramai lagi yang takde kerja
tapi kita ni Allah bagi rezeki ada kerja
kena bersyukur tau
sis nak share satu quote
quote ni sis baca dari ig story kawan sis


jadi, count your blessings
not your problem okay?
sis dah masuk tahun ketiga dekat xox
terasa juga nak cari kerja lain
bukan sebab gaji tak cukup
atau environment tak best
tapi sebab lack of supervision
and then, banyak job redundancy
ada empat orang yang buat benda yang sama
job scope sebijik macam sis
so sis macam relax, takde kerja sangat
eh best apa takde kerja kan
goyang kaki kat ofis then cukup bulan gaji masuk?
tak dinafikan memang dalam comfort zone
tapi bila takde kerja ni sebenarnya bahaya ye
sebab satu, takde self development
kedua, lack of experiences
Position and job scope tu dah kena dengan kita
'kena' kat sini in term of
kita apply apa yang kita study masa uni dulu
sebab banyak je kes kerja tapi dalam field yang
takde kena mengena langsung dengan kos zaman belajar
contohnya masa belajar amek kos dentistry
tapi end up kerja call centre ha gitu
tapi as long as korang enjoy and happy
who cares kan?
thats what matters the most

apepun, korang doakan lah sis
supaya dapat kerja baru dalam field yang sama
gaji banyak sikit dari sekarang
boss dan colleagues yang kind and helpful
boleh balik on time
and tempat kerja tu senang nak access guna public transport
gitu criteria nya ye hahaha
and sis pun doakan supaya korang yang baca ni
kalau still tanam anggur yang tak berbuah
finally dapat lah kerja yang bagus
its okay kalau dapat yang biasa-biasa pun
atleast boleh jadi stepping stone untuk
dapat kerja yang lebih baik in the future
aaminnn
sekian itu saja lah bebelan sis di hari pekerja
selamat bekerja kembali kepada
sesiapa yang bekerja starting on monday next week
yelah, pagi tadi our pm dah announced PKPB
mostly semua sektor dah boleh kerja
except for a few yang melibatkan perkumpulan 
sis sebenarnya tak faham
boleh je kan tunggu sampai pkp fasa kali ni habis
its only next week, 12 may
tak menyabar kan nak juga suruh kerja starting 4 may
dengan kes yang belum completely zero
haih lah nak marah pun tak guna
maybe government dah bosan kot
kes asyik bawah 100 je, tak challenging
so buat lah PKPB, kalau kes melonjak naik
baru lah thrilled hahahah okay tak kelakar

xoxo bye!