Monday, January 31, 2022

Genting Trip Day 1 : GPO

 Assalamualaikum
last month banyak sangat aktiviti
sebelum balik kampung for 3 weeks tu
kiteorang sempat ber-staycation dekat Genting
it was on 8 december 2021, wednesday
perjalanan from KD to GPO was only 45 mins
like whhhaaatt?!
rasanya lagi dekat dari pegi mitsui sepang
it was actually our first time drive to GPO from KD
kalau tau dekat macam ni dah selalu pegi huhu
kiteorang sampai dalam pukul 10.30am
tapi lepak dulu borak dalam kereta
sambil brunch nasi goreng
yang the day before tapau dari kedai real tomyam
sambil tunggu timing haqi bangun tido juga
11.15am baru gerak masuk GPO
GPO tak ramai orang sebab weekdays
cuaca agak panas
so takdelah sejuk sampai kena pakai baju tebal







I think it was my third time coming here
my first time was with tan
back in the day when GPO baru buka
second time was very impromptu with my SIL's family
so this time baru pergi sendiri
focus kali ni nak window shopping je
sambil-sambil cari baju husband
tapi first kedai yang kiteorang masuk adalah
focus point lol
sebab dah end year and
husband boleh claim spec from company
plus the deal very cheap cheap one
rm450 boleh dapat 2x spec with blue cot lens





Haqi was very well behaved sepanjang dekat GPO
suka lah dia dapat jenjalan
lepas keluar je dari focus point tu dah tengahari
tetiba je orang ramai entah datang dari mana
takooooddd
terus decided nak keluar dari GPO
and check in Swiss Garden Residence
lagipun dah dekat check in time at 2pm
surprisingly hotel-GPO was only 5 mins away
lol dekat gila
tapi idok ler sampai boleh jalan kaki
still kena naik kereta ha tapi dekatlah
apepun sebelum balik tu
sempatlah haqi lunch dulu dekat GPO hahaha









Selain beli spec, husband sempat grab
3-4 pasang baju dekat cotton on
itu jelah sebelum gerak check in hotel
hotel haritu book thru agoda
amek deluxe double room with breakfast
harga rm190 je, bayar guna grabpay
murah kan untuk 4 star hotel? muahaha
bilik dia luas sangat and bersih
check in pun senang macam biasa kat reception
basement parking masuk je takde palang
dekat luar kawasan hotel ni ada banyak shoplot
banyak juga kedai makan & gerai-gerai
nak makan mur-mur tu takde hal lah









xx

Done Booster Shot!

Assalamualaikum
last month masa balik kampung
i've done my booster shot!
amek booster dekat klinik kesihatan gunong
just 5 minutes away from my parents' house
surprisingly takde orang pun
sampaikan nurse pesan
kalau ada family members yang nak vaksin
please ask them to come walk in je
apepun, i arrived at 8.45am
and settle everything at 9.00am
i called the clinic the day before
they asked me to come before noon
memang sekejap sangat



Glad that i made the right decision
untuk amek vaksin dekat kampung
sebab time tu fikir
if anything happen to me, demam ke apa
at least i have mama & aisya to take care of haqi
takde lah merana sensorang dekat kd huhuhu
actually, time tu dah naik nama for booster
dekat hospital thomson kd on 22 dec
tapi kena reject lah kan
sebab ada dekat kampung
itu yang terus call kk nak walk in on 20 dec
entah macam mana lah kalau amek dekat thomson 
mesti beratur kemain panjang
orang luar kelantan berebut-rebut amek vaksin
dekat kelantan ni relax je taknak amek huhu



Abaikan muka tak mandi
even cover dengan mask pun
still nampak tak mandi kan hahahaha
alhamdulillah, done my pfizer booster!
other than lengan lenguh for a few days
yang lain semua okay je
my other two doses of sinovac pun okay
langsung takde effects
sampaikan husband cakap
'maybe dorang cucuk air kosong je kot dekat awak'
hahahha
xx

Sunday, January 30, 2022

Expressionz Suite

 Assalamualaikum
sempena our third anniversary celebration
husband belanja staycation dekat expressionz
dah lama nak pegi expressionz ni
ingat nak celebrate birthday kat situ masa 2018
tapi pilih dekat regalia instead
Unit dekat expressionz ni cantik gila
suka sangat dia punya cabinet and wardrobe
harga rm192.50 je per night
macam biasalah, book thru airbnb
boleh tengok dekat link sini
tak puas stay 1 malam je
rasa macam nak pergi lagi je next time
tapi tulah, parking dia kena bayar rm15 per stay
disebabkan unit ni under MyKey
jadi kena lah request dekat office MyKey
MyKey ni rental property management
office dia dekat sebelah lobby reception je



Cake macam biasa juga lah, from bakeybites
makan cake berdua je kan
jadi order yang 4inch cukup ler
flavour nutella chocolate, rm15 je
suka kek dia sebab tak manis
deco pun pilih yang minimalist je
topper & balloon beli dekat shopee
our dinner & breakfast the next day
kiteorang makan the same thing je
which is nasi lemak antarabangsa hahaha
order je from foodpanda mur murrr



Unit ni paling special dia punya bathroom
sebab ada bathtub besar
ni pun salah satu reason booked unit ni
saje nak bagi haqi swimming
dia tak biasa mandi air sejuk
jadi mandi jela dekat bathtub guna air panas
selalu pegi dok hotel pun takde bathtub
so it was haqi's first experience lah juga
comel je dia dengan pelampung tu
btw, expressionz ni ada infinity swimming pool
dekat level 48 tapi kena bayar rm10/person
maybe sebab view dia cantik kot
nampak kotaraya kl
kalau nak yang free pun ada
dekat level 8 tapi view entah apa-apa
okay lah best juga yang level 8 pun
setakat nak bawa anak-anak mandi kan
tapi both swimming pools ni
 limited to 14 person je sekali masuk
and ada timing dia, kena check schedule





Dah lama belikan baju pilot haqi ni
tak sangka dah muat dah
kejap je anak mommy ni membesar
dah 9 months dah dia








Happy 3rd anniversary, yayang
thankyou for everything selama 3 tahun sebumbung
minta maaf atas segala salah silap
hopefully kita sama-sama baiki apa yang kurang
and jadi the best mommy daddy for haqi





Sebelum balik rumah tu
sempat juga lah lalu rumah baru dekat Setapak tu
dah half way dah
hopefully siap on time lah
tengah gigih juga kumpul duit for renovation ni
semoga semuanya dipermudahkan aminn






Dan sempat juga singgah Chicken Plus 3 Damansara
dah lama tak dine in kat situ
last time was april last year
berbuka puasa dengan aina & dzul
betul-betul before bersalin
thankyou daddy belanja lunch!
semoga sentiasa dimurahkan rezeki
boleh lah belanja lagi hihi







xx

Jeram Mengaji Agro Resort

 Assalamualaikum
last month, 20 dec, masa balik kampung
sempatlah melawat Jeram Mengaji Pasir Puteh
finally sampai juga dekat tempat viral ni
tapi tulah bila sampai tu
rasa macam laaahhh ini je ke hahahahha
sebab dalam kepala ni imagine 
sebijik macam dairy farm kundasang tu
dah lah kiteorang pegi around 4.30pm
punya lah panas matahari petang
yang takleh blah tu 4.30pm pun dah ramai orang















Takde apa yang special pun sebenarnya
kalau datang lepas subuh
lagi cantiklah kot sebab kaki bukit tu berkabus
jadi ada lah vibe kundasang sikit
sikit je tau, tak banyak hahaha
parking tak risau, park je tepi jalan
pintu masuk ada dua
dekat pintu masuk utama ada gerai-gerai
mostly jual aiskrim and susu lembu
ada juga jual makanan ringan yang lain
dari pandangan sis
instagrammable spots ada empat je
sama ada korang amek gambar dekat pagar putih,
dekat payung tergantung,
billboard botol susu dekat pintu belakang
takpun dekat jerami gulung
datang pagi lagi ye kalau nak bergambar
kalau datang petang tu eloklah ber-aktiviti sikit
sebab kat situ ada je flying fox & atv
tapi sis tak amek tau lah pasal harga semua
sebab pegi dengan family kan
kosser dorang nak tunggu sis main atv flying fox bagai
huhuhu





Selain lembu, ada juga kuda
area kandang tu agak busuk juga
kandang tu dekat pintu masuk utama
tapi tak banyak pun kuda lembu kat situ
padang je yang luas
apepun, jangan letak high expectation lah
entrance free kot
jadi terima lah seadanya ahahaha
btw, happy 8 months haqi sayang!
membesar dengan sihat & bijak ya
mommy daddy love you








xx

Friday, January 21, 2022

Komune Living, Bangsar

 Assalamualaikum
ni cerita end of year 2021
baru update sekarang sebab busy hahahaha
supposedly stay dekat Komune Living ni
dengan mama abah aisya
dah booked elok semuanya
amek 2x dreamer studio, rm235 
dengan harapan malam boleh tengok fireworks
sekali last minute abah cancelled the trip
sebab risau stuck dengan banjir kl
lagipun hujan belah kl tak berhenti time tu
kelantan pula elok tak hujan huhu
so bilik mama abah tu bagi dekat SIL je
belanja dorang staycation situ









Bilik dia agak sempit
kecik je, deco ala-ala muji style
tapi bersih sangat-sangat
view dari bilik pula, unfortunately
dapat yang bukan betul-betul mengadap menara telekom
time check in tu gila punya ramai orang
maybe semuanya nak new year staycation lah kot
nasib baik dia ada self check in machine
just masukkan booking no, personal details
nanti machine tu keluarkan resit and kunci
parking dekat basement, free
tapi tiket kena pegi cop dekat reception
apepun, management dia still kena improve lah
especially dia punya checkin process tu
ape kejadah lah bila peak season je
penuh manusia satu lobby
dah macam dekat pasar malam

















Infinity swimming pool dia cantik
betul-betul mengadap bangunan telekom
apa yang best dekat komune living ni
dia punya facilities memang tip top
paling best dia ada playroom
then ada laundry area, siap dryer and iron
sekali lah dengan community hall yang ada banyak meja
boleh lepak, kerja, makan
ada vending machines semua best lah
makan pula senang sebab dekat dengan mall
dalam 5-10 mins away je by car
mall yang tak famous dekat bangsar tu banyak
next time maybe boleh datang lagi
tapi amek bilik yang lagi besar lah kot









oh ya, takde fireworks ya malam tu
hahahahha

tapi enjoy lah juga staycation dengan SIL
dia siap belanja lunch dekat amber
sedap gila makanan dekat amber
rasa macam nak pegi lagi je

xx