Tuesday, December 31, 2019

Warung Meq Qelate, Tropicana

Hai gais!
rasa cam lama gila tak tulis blog
sebab dua tiga minggu kebelakangan ni sis agak busy ye
prepare untuk wedding adik lelaki sis di hotel perdana
takpe yang tu kita cerita kendian
ni nak cerita pasal warung meq qelate



Warung meq qelate ni terletak dekat 
depan restoran sabena maju, rumah pangsa damai
dia gerai tepi jalan je
bawah pokok rendang
tapi tulah setiap kali lunch hour je mesti penuh
tak sure pula kalau dia bukak time weekend
kalau korang nak pergi
waze je ke restoran sabena maju
warung ni dia jual set nasi ayam bakar dan nasi kerabu
harga masing-masing rm6 je
air pula selalu ada teh o beng, air limau dan air asam boi
dengan harga rm2 je



Apa yang specialnya warung ni?
mestilah ayam bakar madu dia!
sedap gila kot rasa macam seketul tu tak cukup
rasa macam nak lagi dua tiga ketul ratah macam tu je
masakan dia standard rasa masakan kedai kelantan
manis masin dia secukup rasa
air teh o beng dia pun umph
tak manis sangat just nice
memang kena lah tetengahari lunch kat situ
sambil layan angin sepoi sepoi bahasa
dan bunyi desiran daun pokok
yang takde selera nak makan pun terus berselera





hari ni sis lunch dekat warung meq qelate dengan husband
sebab dia cuti hihihi
bila dia cuti je kami akan makan sama-sama dekat warung ni
husband sis suka nauu nasi ayam bakar dan teh o beng dia
mekasih yang belanja saya 
semoga sentiasa murah rezeki
untuk belanja saya makan lagi sampai bila bila
hahahhaa kbye!











Friday, December 13, 2019

Villa Danialla Beach Resort

Hai gais!
okay sambung sikit
lepas setel wedding kat belah perempuan
kiteorang pun baliklah rumah
otw nak balik tu
sempat pula aku ajak redha melencong ke pantai jap
alang-alang sebelum ni tak pernah bawa dia jenjalan kat pantai
lagipun rumah dengan pantai dekat je
time tu terus pop up dalam fikiran ni villa danialla
villa danialla ni terletak dekat pantai kandis
jalan menghala ke tok bali
sebelum ni pernah je pergi villa danialla
tapi masa dia memula baru bukak dulu
terkejut lah juga bila dah sampai kat villa danialla tu
bangunan-bangunan nya macam tak well maintained
cat bangunan luntur
bamboo hut tepi pantai dah separuh tenggelam dengan pasir pantai
dewan makan on construction
macam ape semuani?
kata 5 star beach resort kan

kalau korang baca online review pun
memang ramai yang complain pasal villa danialla ni
katanya hospitaliti teruk
cadar kotor penuh taik cicak
kaki lima banjir bila hujan lebat
almari rosak
air kat toilet busuk macam air longkang
breakfast pula biasa biasa je dan ramai suggest makan luar
dan lain-lain lagi korang boleh google sendiri lah
dah lah range bilik satu malam lebih kurang 300 lebih kan
mana lah orang tak bengang
the only thing yang cantik dekat villa danialla ni
hanyalah infinity pool dia

so here goes the pictures of us at their infinity pool





















sekian itu saja untuk dikongsikan
next time balik kampung
bolehlah pergi beach resort yang lain pula
sebab sepanjang pantai ni banyak je resort yang lain
dan satu lagi sebab rumah memang dekat je dengan pantai
next balik kampung 28/12 ni
untuk resepsi belah lelaki pula
ingat nak bawak redha pergi jenjalan nami island kelantan
korang tunggu jela gambar ye
hahahha
jumpa di next post
xoxo bye!


Thursday, December 12, 2019

AmeeraXSolihin

Hai gais!
so jumaat minggu lepas
aku dan husband memasing amek AL
sebab kena balik kelantan for angah's wedding
akad nikah will be on the next day
pukul 10 pagi dekat masjid sokor koklanas
kiteorang bertolak balik pukul 9.30 pagi
dan alhamdulilah selamat sampai rumah pukul 5 petang
jalan smooth je takdelah jem mana
malam tu gotong royong sikit kemas almari-almari kat rumah
buang baju-baju lama
pastu tido

keesokkan harinya
7 Disember 2019
tibalah hari yang ditunggu-tunggu
hari dimana mohammad solihin akan bertukar status
menjadi seorang suami yang sah kepada nik nur ameera
pepagi lagi semua orang dah bangun bersiap
sebab rombongan akan berkumpul depan rumah pukul 8 pagi
dan akan konvoi sesama pukul 9 pagi
kelihatan keluarga belah perempuan semuanya berbaju merah
pihak lelaki pula berbaju emerald
cuaca agak mendung pada pagi tu
tak lama lepastu hujan
memandangkan sekarang ni memang musim tengkujuh di kelantan

alhamdulillah
selepas hadap tazkirah setengah jam dari pak imam
berlangsunglah sesi akad nikah
dan dengan sekali lafaz
sah lah mereka berdua menjadi suami isteri
tahniah buat adik ku mohammad solihin
dan buat adik ipar ku nik nur ameera,
welcome to our family!

here goes the pictures



adik beradik pengantin lelaki


rasa macam baru je kahwin awal tahun haritu

adik ipaq baru

rombongan wanita belah pihak lelaki

sedara rapat yang dah lama tak jumpa

keluarga belah perempuan

hidden hantaran

cantik oi adik ipaq aku

tahniah abg zul dan kakyah dapat menantu perempuan pula

bersama bridesmaids

hensem ke idok

one with the groom!

selamat pengantin baru!

semua ni gambar dari phone je
nak yang official kena tunggu photographer lah ye
sekian itu saja
sambung di next post
xoxo bye!


Thursday, December 5, 2019

Nasi Pak Man Kota Damansara

Hai gais!
so sabtu lepas (30/11/2019)
sis dengan husband sempat breakfast dekat
nasi pak man kota damansara
yang terletak tak jauh pun dari rumah kiteorang
tapi baru first time nak merasa
walaupun dah banyak kali dengar dan baca
yang nasi pak man ni sedap gila



jadi sis pilih untuk try dorang punya signature dish
which is Nasi Pak Man
bila sesuap nasi yang digaul bersama kuah tu masuk ke dalam mulut
sis terus terkedu
memang sedap ye anak-anak
nasi pak man deserves the hype!
sampai sis kena minta tambah sepinggan lagi nasi
jadi sekarang sis boleh cakap
yang nasi pak man ni special dia dekat kuah kerutuk
sebab memang padu gais
harga dia rm9.70
untuk nasi pak man yang berupa macam nasi kukus
dijual dekat restoren yang ber-aircond macam ni
kira okaylah kot
kena lah dengan harga dia



selain nasi pak man
ada macam-macam nasi lagi dalam menu dia
termasuklah nasi dagang, nasi kerabu, nasi fusion dan laksam
boleh lah pergi lagi sekali nanti untuk try menu lain pula






korang kalau nak pergi makan Nasi Pak Man ni waze je ke:

Nasi Pak Man
49G Jalan Sepah Puteri 5/1B Petaling Jaya
03-61516738 

sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!










Wednesday, December 4, 2019

Angah's Bachelor Party

Hai gais!
so khamis minggu lepas (28/11/2019)
aku, redha dan aisya
celebrate bachelor party untuk angah
actually party tak party lah
no balloons, cakes and all
more like having a dinner together
di Chicken Plus Tropicana City Mall
sebab angah belum pernah try my favorite korean chicken ni
so why nawt bawak dia try sekali kan?
dah try sekali mesti nak lagi, CONFIRM!

hahahaha


angah baru balik kerja
hence the office attire
Tropicana City Mall ni laluan dia time balik kerja
so tak jadi masalah untuk dia drop by for dinner jap
kali ni aku pilih large set of hot shocking chicken flavour
dengan nasi setiap sorang
dan carbonara tteokbokki (rice cakes)
total semua rm95 untuk 4 orang
okay lah kan?
kenyang dia sampai nak termuntah



tak sangka betul angah dah nak kahwin
padahal aku baru je kahwin awal tahun ni
tetiba dia pula kahwin betul-betul akhir tahun ni
mama abah sekaligus dapat menantu dua orang tahun ni

hahahaha
apepun semoga majlis perkahwinan angah 
pada sabtu ni (7/12/2019) dipermudahkan olehNya
kan sekarang tengah musim hujan dekat Kelantan
harapnya rumah Ameera dekat Kok Lanas tu tak banjir teruk
aminnn


sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!


Sis Mary's Wedding

Hai gais!
jumaat minggu lepas (29/11/2019)
aku dijemput untuk menghadiri satu corporate wedding ni
wedding ni sebenarnya adalah wedding sis mary
salah sorang staff company lama tempat aku kerja, pbjv
dia akhirnya berjaya mengahwini
seorang chinese guy australian yang hensem dan kaya raya
gittew ayat hiperbola
apepun untungggg dek non ha
pasni dia akan settle down kat australia lah
im soo deeply happy for you sis!
so here i want to share some pictures
sekitar majlis resepsi berlangsung pada malam tu




majlis diadakan dekat Cornerstone International Centre
Wisma Selangor Dredging
around klcc lah senang cerita
jemputan dalam 200 je
 geng-geng pbjv semua ditempatkan di satu table
dan terjadilah mini reunion
seronok juga dapat jumpa balik dorang-dorang ni
rasa macam baru je jumpa dorang ni

rupanya dah 2 tahun i tinggalkan pbjv huhu













semua orang tahu geng-geng bff sis mary ni semuanya hot hot ye
semua instafamous
cantik bekerjaya

jadi kehadiran dorang ni dah macam artis jemputan dah
bila lah aku nak jadi macam dorang ni
hahahaha

She's a barbie girl in the barbie world

Nurul and Aza

Bersama kakak cantik, Ayunazeri

last but not least
mestilah bergambar dengan pengantin
berseri-seri sis mary on her big day

makeup dan baju semua on point


congrats sis Mary!

what a beautiful wedding dais

sekian itu saja untuk dikongsikan
apepun nak berterima kasih dekat Nurul
sebab dia yang tolong pickup and drop aku dari rumah ke kl
dah lah balik kerja kelam kabut bersiap makeup semua
tanpa nurul memang idok lah nak pergi hahaha
nurul pun tengah counting days for her big day akhir bulan ni

alhamdulillah semua dah nak kahwin kan
semoga dipermudahkan urusan majlis semua

cactus as doorgift!

on point tak mekap i?

sekian 
jumpa di next post
xoxo bye!