Wednesday, February 16, 2022

Balik Kampung : Ames Hotel

 Assalamualaikum
kali ni balik melaka stay hotel jauh sikit
pilih hotel ames ni sebab
haritu ada tengok video dekat tiktok
viral kot sampai liked 83k
sis terus ler booked dekat agoda
amek king deluxe garden, rm290
actually boleh dapat lagi murah
tapi bilik dah penuh and last minute booked
pastu CNY some more
memang mahal lah hotel room mostly
check in dekat ames hotel ni
 kena after 3pm taktau lah kenapa
biasa hotel pukul 12-2pm dah boleh check in kan?
kebetulan setel beraya tu dah pukul 4pm
check in process smooth je
kereta parked depan pintu hotel
and staff terus punggah beg dari boot kereta
and bawa naik ke bilik
parking area depan perkarangan hotel je
dia takde basement
actually kawasan hotel ni macam isolated sikit
dia dekat kawasan shoplot
tapi tak banyak shoplot yang buka
sis perasan ada oldtown white coffee je





Gambar dekat lobby tak banyak
sebab mostly amek video
tapi nice lah deco dekat lobby tu
macam fashion show dah sebab mannequins sana sini
bilik dia best! cantik sangat and spacious
katil king dia selesa ye
malam tu tido memang tak sedar apa hahaha
sis paling suka toilet dia
sebab nampak luxurious sangat
dengan ada tingkap transparent nampak luar bilik
pastu sebab pilih king deluxe garden
memang tersedia lah garden sendiri
kalau ada anak ramai boleh main lari-lari kat situ
bawa portable swimming pool siap-siap
nak bbq pun boleh takde hal 



Petang tu memasing tido kepenatan
mommy je tak tido dok kira angpao haqi hahaha





Malam tu kiteorang dinner western
dekat Hot Chicken Chop, Cheng
ni pun based on suggestion dekat tiktok
portion dia besar kot
kena lah dengan harga dia
dan yang penting, sedappp
boleh repeat lagi next time balik kampung
kebetulan time dinner tu time haqi nap fuhh
seronok mommy dating dengan daddy berdua



Balik hotel tu kiteorang ke rooftop hotel jap
sebab ada complimentary drinks dekat Moonbar dia
kebetulan time tu ada event apa entah
siap ada DJ, tapi tak ramai orang pun
mungkin malam masih muda hahaha
kiteorang lepak indoor je
ingat nak lepak outdoor tapi gerimis pula huhu


Esoknya breakfast dulu sebelum balik
breakfast buffet dia fuhhh
 taknak serve macam-macam pulak
dah lah sedap gila
husband sampai termimpi-mimpi croissant dia
nasi lemak dia padu beb
rasa macam nak pegi ames hotel ni
only for breakfast dia boleh takkk
betul lah orang cakap
ames hotel ni dari luar nampak 3 stars je
tapi bilik dia, layanan staff dia and also
makanan yang dia served semua 5 stars!
korang kalau tak pernah ke ames
please lah try stay satu kali
dekat ayer keroh je pun
boleh bawa anak-anak pegi zoo hahaha




xx

Tuesday, February 15, 2022

Balik Kampung : CNY Celebration

 Assalamualaikum
tahun ni sempat beraya dekat rumah pakngah je
sebab weols booked hotel dekat ayer keroh
last time abah cakap tak jadi balik kampung
so i thought it would me, husband and haqi je
itu yang booked hotel jauh dari kampung
but later to find
ramainya family members dekat rumah pakngah!
good for haqi sebab dapat kutip angpao banyak lol







Abah and his siblings are all sitting on the chairs
 (refer above pictures)
only his first brother and youngest sister not in the picture
seronok sangat dapat gather ramai-ramai macam ni
kebetulan popo punya siblings pun ada sekali
i think the last time we went back was on august 2020
tu pun tak jumpa semua
and before that we gathered on my wedding, jan 2019
dah lama kan?
ada sorang my aunt dah meninggal pun
sedih tak sempat jumpa sebab pkp











Lama lah juga dekat rumah pakngah
sempat dorang order pizza lagi
tapi tak sempat nak jamah
haqi pun sempat nap 2.00pm-3.15pm
tapi tulah tak puas jumpa masing-masing
rasa macam ada banyak benda lagi nak borak










Jam 4, dorang semua gerak ke rumah paklong
tapi me and husband tak joined
kiteorang ke hotel untuk checked in
itu jela ha beraya nya kejap je








Happy Chinese New Year to my dear family
may this year of tiger brings wealth to our family!
gittoh wealth je penting hahahah
xx

Balik Kampung : MPO

 Assalamualaikum
last two weeks on saturday, 5 feb
we went back to melaka to celebrate CNY
just for a 2 days 1 night
it was haqi's first time seeing ah kong's family
it was adra's first time too haha
nasib korang lah baby pkp
we headed back as early as 8am
kejut haqi macam biasa at 7.30am
mandi kan dia and terus gerak
mommy haqi memang on time bab berjalan
kalau nak gerak 4am, 3am dah bangun makeup
padahal tido nya pukul 1am hahaha



Alang-alang dah balik melaka
kiteorang singgah lah MPO kejap
shopping office attire and baju jalan-jalan husband
teruk beno dah wardrobe nya
its time to make over dah
remove all the clothes and
replace them with the new ones
we arrived MPO at 10am
highway tak jam pun
and yang paling best, MPO less people!
so kalau taknak crowded
sila lah terpacak depan MPO time baru buka





Grab 3 helai baju dari Cotton On
last time pergi Cotton On GPO
kat situ tak banyak choices pun
baju kerja pula grab 4 pasang dekat G2000
walaupun still wfh tapi beli jela baju kerja
kasut brooks je takde saiz sedihhh husband huhu
nanti kita cari dekat kl lah ye?

haqi selagi tak pukul 1130am dia tak bangun
seronoklah mommy daddy shopping
dia tido je dalam stroller
by the time haqi bangun
kiteorang dah siap shopping and
dah nak gerak ke padang temu



Lunch kiteorang sempat singgah kejap dekat
Coconut Shake Batu Berendam
fuuhh lama betul tak pekena
minum pula sekali dengan nuggets
taktahu lah kenapa nuggets kat situ sedap
padahal kat rumah pun dah selalu makan nuggets lol
sempat tapau nasi goreng juga
for our late lunch, buat makan dekat hotel
tapi sayangnya nasi goreng tu tak sedap
tapi makan je sebab perut lapar huhu
xx

Friday, February 11, 2022

Aqiqah Haqi

 Assalamualaikum
alhamdulillah syukur sangat
di hari jumaat yang penuh barakah ni
berjaya juga buat aqiqah haqi
tapi buat dekat kampung
jadi mama abah yang uruskan agihan lauk aqiqah
agih dekat jiran tetangga je
servis aqiqah ambil dari aziz golden farm
boleh refer dekat sini
mama yang suggest ambil dari dia
servis tu dah sekali dengan masak, packing
and free delivery seluruh kelantan
ambik korban 2 ekor kambing, RM950
murah kan?
masak tu siap boleh pilih lagi sama ada
nak kerutuk / kuzi / kurma / kawah
then dekat rumah, mama just masak nasi jela







Thank you mama abah uruskan semuanya
semoga korban aqiqah haqi ni diterima Allah
aaminn
xx

Thursday, February 3, 2022

Genting Trip Day 2 : Swiss-Garden Hotel & Residences

Assalamualaikum
8.30am dah terpacak dekat dining hall
semangat nak breakfast cari cereals lol
varieties of food ada besttttt
tapi itulah bukan boleh makan banyak pun
nasi-nasi goreng pepagi ni takde selera
dah kalau ada western memang makan western ler
kiteorang pilih meja dekat balcony
time tetengah makan tu tetiba kabus tebal melanda
fuh permandangan apa pun tak nampak
putih dan sejuk je









Lepas siap breakfast
pegi jenjalan dekat sebelah dining hall tu
ada playground and jogging track
kebetulan memang timing haqi tido pukul 9am
dan-dan dia tertido dekat stroller tu haha
biasanya dia akan merengek nak tido
tapi time tu senyap je
maybe sebab sejuk kot






sebelum balik sempatlah pegi rooftop sanctuary
dekat level 41, tower lain
checkout bilik dulu dekat kaunter
then receptionist bagi pinjam access card
level 41 tu ada heated swimming pool for adult & kids
tapi haqi tak sempat mandi
padahal pelampung & swim diaper dah bawa sesiap dah
then dekat tingkat yang sama ada juga
jacuzzi, sauna room, gym & fitness centre
and paling instagrammable spot adalah glass alcove
tak swiss garden genting lah
kalau tak amek gambar kat situ hahaha







Next time nak datang stay sini lagi please
xx

Tuesday, February 1, 2022

Genting Trip Day 1 : Five Guys & Skytropolis

 Assalamualaikum
malam tu kiteorang decide untuk ke skytropolis
tapi naik dengan kereta
cable car tu nanti lah naik
tunggu haqi besar sikit
kiteorang park dekat Resorts World Genting
agak pening juga dari carpark nak naik ke atas
skytropolis indoor belum buka time tu
and outdoor punya officially buka 8 feb 2022
dengan harga tiket rm189/adult
and rm161/child, free for toddlers
amazed sangat dengan skytropolis
beza sangat dengan the last time i remember





Elok je lepas kiteorang balik dari genting
tetiba genting ada buat Genting Winter Wonderland
siap ada fake snow bagai best gila
tapi yang tak bestnya
crowded dia macam takde covid je
takpelah, kalau jaga sop insyaAllah okay je kan
kalau tak berani pegi, toksah pegi
tengok orang upload video je macam kita ni huhu







Gambar daddy takde sebab he's not in the mood
jadi mommy punya gambar jela sekeping dua
malam tu kiteorang dinner five guys
sebab baru bukak and tengah viral
nak juga lah merasa apa yang sedapnya
tapi burger dia rasa macam big mac mcd je lol
apepun, milkshake dia memang padu
likat, melekat kat tekak
mungkin boleh repeat milkshake lagi next time
tang beratur tu nasib baik lah sekejap je
sebab dengar cite ada yang beratur sampai berejam
kalau macam tu punya lama
idok ler kiteorang pegi makan
dengan bawa baby lagi kan jenuhh











xx