Monday, November 30, 2020

Kak Gee Signing Off

 Assalamualaikum
so hari ni kakgee dah officially signing off
from xox, bye bye kakgee
(aku bila lagi? huhu)
sepatutnya nak tukar kerja this year
but then covid and pregnant pula
so hopefully after deliver nanti
dapatlah cari kerja baru yang gaji lagi best
boss baik, dan environment dekat ofis superb
last week hari isnin on 23/11
sempat lunch dengan kakgee
kakgee datang pickup dekat palm spring
and we went for lunch dekat tropicana garden
sempatlah belanja kakgee Kenny Rogers
dah lama ya sis tak makan Kenny Rogers
tapi sebab sis dah lunch dekat rumah
so time tu sis order golden wedges chicken cheesy
(sedap dan kenyang gila ya
dia macam kfc punya jimat bowl
tapi portion lagi banyak!)
kakgee pula order quarter meal
yang ada 3 side dishes and muffin





Masa nak hantar balik rumah
kakgee sempat bagi farewell gift
dia yang nak blah dia yang bagi gift
hahahhaha
kakgee ni sooo thoughtful
thankyou for the canvas bag, kakgee!
siap ada nama lagi masing-masing
love it sooo much!
see you next time, kakgee
take care and keep in touch!



xx


Stuck in Between

 Hi gais
benda ni berlaku about a week ago
just got a chance to blog about it
22/11, hari ahad, ada pasar tani
jadi sis dan husband tak tidur lah after subuh
around 7am dah siap-siap nak keluar
switch off semua suis
last step before keluar rumah
sis just capai kunci rumah atas peti ais
(dalam gelap)
dan terus hulur pada husband
yang time tu dekat pintu grill
sambil-sambil sis tutup pintu kayu
and by the time sis tutup pintu kayu tu
husband was like 'yang, ini kunci rumah umi'
oh shit, pintu kayu dah tutup
and we were stuck in between!
husband terus marah-marah sis
and forced to open pintu kayu tu
guna kunci rumah umi
(pintu grill boleh buka guna kunci rumah umi)
tapi sayangnya, pintu kayu ni susah ya

Suddenly sis terfikir aisya
she might have kunci rumah with her
kunci rumah ada 4 duplicates
1 sis punya, 1 husband punya, 1 ori punya
dan 1 lagi aisya punya
then kami pun tercari-cari lah line sebab
rumah sis ni macam blind spot
certain places je ada line dalam rumah
luckily, phone husband dapat call aisya
and unfortunately aisya left her keys dalam rumah juga
maksudnya she didnt bring it along with her
time tu 730am, sis suruh dia kejutkan angah
in case we cant open the door and nobody helps us
sementara tu we gonna try to open the door
or ask neighbors yang lalu depan rumah for help



Jam pukul 8am
ada sorang neighbor melayu keluar rumah
nampak macam nak pergi kerja
sis jerit panggil dia
and asked him for help to call guard downstairs
dia datang balik bagitau sis
'takde guard kat bawah,
sy panggil guard dekat main gate lah'
okay fine, sis tunggu
jam pukul 9am
ada uncle cina baru balik jogging lalu
'uncle uncle tolong panggil guard dekat main gate boleh?
we stuck here since 7am
 took the wrong house key to go out'
dan uncle pun datang lagi sekali
katanya takde guard pun dekat main gate
(impossible nya takde guard dekat main gate,
i think he went downstair je to look for guard)
apepun, he gave us locksmith's phone no
'uncle kat sini takde line lah'
'mana boleh takde line'
then i showed him no service sign on my phone
he went away to call for locksmith

Sekarang jam pukul 10am
ada uncle india pula lalu
'eh kenapa you duduk atas lantai?'
'i nampak you guys tried to open the door this morning'
'kesiannya, kejap ya, im gonna get some tools'
dia sempat hulur nasi lemak dan air laici
finally, ada someone yang reliable
yang melayu dgn cina tadi entah ke mana
masa pun berlalu......
husband pun dah calm down and tak marah sis
sis dah start pening-pening dah
mungkin tak makan dari pagi or lack of oxygen
sis terus capai phone and text angah
asked them to come help us
bring locksmith whatever it takes and costs
then, 1130am angah dan aisya sampai
followed by locksmith 5 mins later
dalam masa 1minit je
locksmith dah berjaya pecahkan mangga grill
the next 30 minutes
he spent the time untuk pecahkan tombol pintu kayu
punya lah susah sebab pintu kayu palm spring ni
certified by bomba, lain macam dia punya keras
so RM150 untuk pecahkan pintu
RM60 untuk tombol pintu baru
total RM210 melayang pada hari tu huhu

Bila dah selesai semua
husband belanja makan dekat chilli's crab
lapar gila masing-masing
angah dan aisya pun belum makan dari pagi
they came as fast as they could
dari pagi pun dorang tak tenang
masing-masing standby je if anything happens
apepun sis lega dan kecewa
lega sebab dah bebas dari stuck in between
4 jam kot stuck, lama tu
kecewa sebab neighbors semua takleh harap
semua acah-acah concern and helpful
melayu cina india semua sama je
as long as not their problems
why would they helps? dasar selfish!
tunggu lah benda sama berlaku dekat dorang
and got no one to help them

xx

Friday, November 27, 2020

4th Maternity Checkup

 Hi gais
semalam sis ada checkup dekat kk
appointment pukul 8am
ada MGTT (meal glucose tolerance test)
jadi malam sebelum tu kena puasa
start pukul 10pm sampai lah hari esoknya
kali ni sis tak tunggu lama dekat luar klinik
sebab around 8.15am macam tu
nurse dah panggil nama untuk masuk klinik
and terus lah ke bilik darah
kali ni dedua belah lengan kena cucuk
sebab nurse boleh tak jumpa urat darah
sekarang ni dedua belah lengan pun lenguh
blood pressure sis okay
hb tak okay, 9.5 je
sebab sis tersalah timing makan iberet
sis makan iberet betul-betul lepas lunch
sepatutnya kena makan after 2 hours
atau 1 hour before take meals
jadi next appointment on 24th Dec
which is sebulan dari sekarang
nurse nak tengok perkembangan



Berat sis still maintain 60kg
baby dalam perut ni nurse tak scan pun
sebab katanya kecik lagi
dia just suruh baring sebab nak check perut je
tekan-tekan dah setel dah
pasal air gula tu pula
lepas setel amek darah kali pertama
nurse terus suruh minum air gula
lepas 2 jam minum
dia akan amek darah kali kedua
result nanti dia akan call kalau ada problem
kalau takde problem, then dia takkan call
anggap jela everything is okay
the taste of air gula tu actually wasnt that baddddd
clearly not as what i expected
sebab sis expected air gula tu pekat tau
tapi dia macam pekat sikit dari air biasa je
and dia served dalam gelas plastik kat mamak tu
kenyang ye lepas minum segelas tu hahaha
dah lah perut kosong
pepagi dah breakfast air gula
sis terus telan je 1 gelas tu tak fikir apa
lepas habis 1 gelas tu baru rasa gula tu
pastu cepat-cepat bayangkan abc
dan tak layankan sangat rasa manis tu
sebab kalau layan lebih rasanya boleh muntah



Dalam masa 2 jam menunggu tu
sis buat urine test
then jumpa nurse dalam bilik lain
update buku pink tu
and set next appointment
nurse suruh banyakkan minum air masak
untuk elakkan keputihan time pregnant
sebab keputihan time pregnant is common
at least 2 liter lah sehari ye
sis tak 2 liter pun kerap kencing
bayangkan kalau 2 liter and above tu
bape kali lah ulang alik toilet agaknya huhu
apepun, semuanya setel pukul 10.30am
sis dah lapar gila
husband terus bawa pegi giant
so we had chicken rice shop semalam!
thankyou yayang belanjaaaa 💗

Sekarang ni baby dah 17weeks
sis tak sabar nak pergi scan gender!
nak tau boy or girl sebab nak beli barang baby
hahahahhaha
kan ada year end sale sekarang ni jimat kot
comel-comelnya barang babyyyy
banyak sangat nak beli sampai taktau nak beli apa
macam tak percaya je browse barang baby
padahal due lambat lagi
tapi yelah kan
beli sikit-sikit takdelah terasa sangat

xx

Friday, November 20, 2020

I Miss Teaching

Hi gais
dekat gate c kondo yang sis duduk ni
dah bukak pusat tuisyen baru
suria dedikasi namanya
teringat pula kenangan masa mengajar bm
dekat pusat tuisyen misijaya
3 tahun lah juga sis mengajar dekat sana
dari memula start first job lepas master
sampai lah bulan 8 tahun lepas
2017 - 2019
sis resign pun sebab nak join sales team company bff sis
pusat tuisyen misijaya ni kepunyaan mrs chooi
cantik orangnya, umur baru dalam 30s
ada anak lelaki sorang
graduan UM dalam pendidikan rasanya
untuk cikgu part time macam sis ni
kami dibayar rm50 je per class
tak kisah lah satu kelas tu ada berapa ramai student

sis apply dekat official website dia
time tu sis baru start first job sis dekat pbjv
kebetulan pbjv ni working time dia 9-5
dan hari jumaat pula 9-12
so ada banyak masa terluang
dah lah single pulak time tu
so sis terfikir lah untuk cari part time
dekat area kawasan ofis pbjv
kebetulan pula misijaya ni call sis untuk iv
so sis pergi iv jap masa lunch break
jalan kaki je time tu sebab dekat je
sis asalnya apply untuk subjek maths sebab
sis kan majoring in maths masa belajar
tapi yang sis dapat time tu dia suruh ajar bm
untuk student darjah 4
memula start dengan satu kelas je tiap minggu
sampailah sis diberi tanggungjawab
untuk ajar juga kelas bm darjah 5 dan 6
kiranya 3 kelas dalam seminggu 8-10pm
balik pukul 10pm tu memang jalan kaki je
lintas jalan gelap-gelap
ada lah dalam 1km jalan kaki balik kondo

Bila sis fikir balik ni
kira gigih juga lah sis time tu
sebab bila habis kerja pukul 5 je
sis akan pergi kedai makan untuk early dinner
sambil-sambil tanda buku
pastu solat pula dekat mrt surian
buku pula ada tatabahasa, pemahaman dan penulisan
sis pernah dapat satu kelas 20++ students
nak menanda banyak tu satu hal
nak mengangkut tu pun satu hal
dah lah sis ni tak reti drive
pegi memana jalan kaki / mrt
so memang sis mengangkut lah buku banyak-banyak tu
sampai satu tahap tu
sis rasa tak berbaloi dibayar rm50 je per class
tapi sis anggap je apa yang sis buat tu charity
at the end sis happy sebab
students faham apa yang sis ajar
dan dorang dapat A untuk exam dekat sekolah
bila dapat A je mesti dorang tak sabar nak bagitau sis
sis happy sebab sis nampak dorang improved
dari semasa ke semasa







Selain dari tu, dengan mengajar ni lah
sis dapat improved confidence sis untuk
bercakap in public
untuk speaking in english juga
dah lah sis ni student uitm
dapat first job pula dekat company bumiputera
memang tak bercakap english langsung
students sis ni pula
mostly dari keluarga berada
keluarga yang own Tropicana, yang own Honda
keluarga yang english speaking
even yang melayu pun tak reti cakap melayu
sis banyak kali je tersilap pronounce
dan dorang betulkan sambil gelak-gelak
pepandailah kita cover kan hahaha
rindu pula dekat students sis
sis tahu dorang tak rindu sis pun
plus dorang agaknya ingat-ingat lupa je muka sis
apapun sis tetap doakan
students sis ni berjaya di masa depan
hopefully terserempak dekat luar nanti
memasing dah pandai cakap bm hahaha

xx

Wednesday, November 18, 2020

Thank You Kak Gee

Assalamualaikum
this entry special for kakgee
kakgee ni senior manager regulatory dept
kiteorang sangat close dekat ofis
since dulu kiteorang dok meja sebelah-sebelah je
(sebelum level 7 bukak
dan regulatory team kena pindah ke level 7)
so hari-hari breakfast sama, lunch sama
part breakfast ni special
sebab kakgee ni pemurah orangnya
boleh dikatakan hari-hari dia akan beli
nasi lemak dan kuih-muih
cukup untuk 10 orang makan
dan sedekah dekat sape-sape nak makan
jadi muka aku ni lah antara yang
every morning asyik bedal nasi lemak free je
nasi lemak kerang tu pula sedap
terima kasih kakgee!
semoga Allah murahkan rezeki kakgee
sampailah bila-bila



So sekarang ni kakgee dah tender
sebab dapat offer lain dari telco hijau
last day dia end of this month
tapi since kiteorang wfh dari 11/10
alamatnya memang tak jumpa lah
so i decided untuk post je farewell gift
taktau nak bagi apa sebenarnya
tapi terfikir something yang dia akan guna
at the same time kita dapat pahala
end up bagi lah sejadah naelofar
beli RM67 je dekat sini
alhamdulillah
kakgee suka dengan sejadah tu

akhir kata



xx

Sunday, November 15, 2020

Chilli's Crab Kota Damansara

 Hi gais!
semalam sis lunch dekat chilli's crab
dekat je dengan rumah
this restaurant is one of my favourite place
to lunch or dinner
sebab selain sedap, price pun affordable
masa kerja dekat dataran sunway dulu
hari-hari lunch dekat chilli's crab
kalau bosan, tukar pegi kedai sebelah
restaurant waneeda, pun sedap juga
dekat chilli's crab ni
sis paling suka lunch set dia
sebab banyak gila choices
all comes with drink for only RM10
then setiap kali makan lunch set
kita akan dapat 1 cop tau
bila dah cukup 10 cop
nanti dapat free lunch set satu! menarik kan?





Semalam sis makan bbq chicken with rice
redha pula makan sweet sour chicken with rice
drink masing-masing prefer ice lemon tea
portion dia banyak! kenyang sangat
then we walked to sunway nexis
saje nak try shoot pakai camera baru ha
dress baru sis from eldidha, cantik tak?
dress ni saiz M, tapi macam besar gila dekat sis
i should buy S size instead
sebab bila dress ni confirm2 lah loose
tapi takpelah, boleh pakai sampai 8-9 bulan nanti
material dia polyester
tak jarang sangat, corak dia printed
bukan embroidery ya hahaha
mindy dress ni harga rm89 je
boleh beli dekat sini



Update pregnancy journey : week 15 day 4
doakan ye segala urusan pregnancy saya
selamat dan dipermudahkan sampai bersalin
aaminnn
xx

Ubat Jerawat Masa Pregnant

 Hi gais!
sis nak share pasal ubat jerawat
ubat jerawat ni boleh pakai time pregnant
suggested by AA pharmacy Kota Damansara
as you know bila you pregnant
you tak boleh pakai ubat sembarangan kan
so sis ni sejenis yang ada allergic
but then only on seafoods
bila makan je mesti akan naik pimple seketul dua
menggagau lah den mencari ubat jerawat
pegi klinik, klinik cakap pegi pharmacy
end up pharmacy suggest T3 Clindamycin Gel
katanya gel ni selamat for pregnant ladies
boleh sapu dekat pimple sebelum tido



After few days, jerawat akan kecut
makan masa juga sebenarnya
sebab ingredient dia biasa-biasa je
sis dah biasa dengan ubat jerawat yang kuat
macam tretinon cream
(definitely tak selamat untuk ibu mengandung)
then benzoyl peroxide gel
(melunturkan warna baju dan bedsheet)
dan macam-macam jenis lagi
confirm pakai hari ni, esok puff hilang!
then sis ada makan doxymicin lagi
prescribed by doctor since high school
eh macam-macam lah kalau nak cerita
pokoknya di entry ini
gua cuma bau bilang
T3 Clindamycin Gel sesuai untuk ibu mengandung
selain tu boleh juga pakai nixoderm
sebagai alternative
sebab nixoderm pun selamat juga
as long as you dont eat them



harap this entry helps those yang pregnant
dan tengah cari ubat jerawat mana ha sesuai
dont worry i feel you
i went thru the same thing too
xx

Friday, November 13, 2020

Beli Apa 11.11 Sale?

Hi gais
so 11/11 sale tahun ni beli apa?
ada apa dengan 11/11 sebenarnya?
mestilah sale terbesar sepanjang tahun
lagi-lagi dekat shopee and lazada
bulan 11 dan 12 setiap tahun
memang banyak habis duit
lagi-lagi orang yang tak cukup iman ni
nafsu membeli mengatasi segalanya ehek
bulan depan sibuk dengan end year sale pula
apepun berpada-pada lah ye
sebelum sale 11/11 kelmarin
dah ada watsons dan bww sales sebenarnya
kiranya sis dah shopping sebelum 11/11 pun
sis beli apa? lets check it out

Kita borak watsons sale dulu
1) watsons naturals aloe vera hair & scalp tonic
harga : rm13.25 (np rm26.50)
hair tonic ni sis baca adalah the best hair tonic
yang ada dekat drugstore
sesuai untuk oily and dandruff prone scalp
nak beli yang coffee sebab untuk anti-hairfall
tapi macam tak available pula
so far baru pakai sekali
belum boleh bagi review whether
kurang ke tak dandruff and oily scalp tu
tapi bau memang aloe vera 100% lah
takde bau pelik yang lain



2) watsons naturals aloe vera shampoo
harga : rm11.95 (np rm23.90)
dah alang-alang ada hair tonic dia
sis beli lah sekali dengan shampoo
sebab baca review
katanya rambut lembut je lepas guna ni
tapi sis belum tryyyy
nanti dah try sis update okay?



3) nanowhite skin renewing aqua gel
harga : rm26.67 (np rm44.45)
gel ni lebih kepada peeling gel untuk scrub
help to remove blackheads and dead skin cells
boleh pakai 2 kali dalam seminggu
sis suggest letak dalam peti ais
so that bila nak guna tu
pump dekat skin rasa sejuk je
so far bila pakai gel ni rasa bersih je muka
 skin rasa fairer and smoother
memang terkeluar lah segala mak nenek
dead skin tu bila tonyoh



4) hada labo hydrating light cream
harga : rm43.92 (np rm73.20)
this one moisturizer sis beli untuk husband
sebab nak pair dengan dia punya 
hada labo aha bha oil control face wash,
hada labo mild peeling lotion dan juga
melano cc pure vitamin c
mostly set untuk husband ni
focus on fading the acne spot 
and brightening skin
gitoh jadi facial therapist untuk cuben hiks

next, bbw sale pula
the nearest bbw ada dekat the curve
tapi sebab damansara ni hari-hari ada kes
tak berani nak masuk mall
so just order dengan ps dekat telegram je
1) aromatherapy sleep by bbw
in the lavender + vanilla scent
harga : rm35
ni botol kedua dah sis beli
pakai lotion ni sebelum tido je
because it really helps you sleep well
korang kena try!

2) hello beautiful fragrance mist
harga : rm35
selalunya pergi bbw sembur bau ni je
dah sembur, cepat-cepat lari keluar kedai
so kali ni sis belilah sebab murah kan
serba salah tak beli
sebab each item rm35 je
sis suka bau yang fresh / floral
tak suka manis-manis fruity
nanti semut datang hurung takodddd



for 11/11 sales pula
1) Tefal 4.2L air fryer
harga : rm230 (np rm799)
rasanya ni pembelian paling berbaloi kot
sebab murah gila, memang terus grab
sis beli untuk mama



2) Breeze 3.8kg detergent liquid color care
harga : rm17.90 (np rm29.90)
rasanya harga lebih kurang dekat speedmart
tapi sebab benda ni berat nak angkut
sis beli online jela dah alang-alang 11.11
sis suka pakai breeze sebab wangi dan murah
tak pilih detergent top
sebab bau dia pelik sikit even murah
dynamo detergent pula hmm terlalu mahal
untuk sis yang suka basuh baju ni
boleh macam tu? hahaha

3) Baskin Robbin single scoop voucher
harga : rm2.50
yang ni memang berbaloi gila
sis beli dekat lazada
beli sampai empat voucher
boleh guna sampai end of dec hihi



xx

Wednesday, November 11, 2020

Redha's Self Reward

 Hi gais!
semalam petang sis sempat mengular
kali ni ke berjaya times square!
happy rasanya dapat jenjalan ke KL
as you know
kerajaan dah lanjutkan pkpb ke 6 dec
jadi takde sesiapa pun dibenarkan
untuk ke luar daerah
melainkan ada hal-hal penting je
sis dah lost count dah pkpb hari ke berapa
sejak kes covid dah naik balik ni
sis dok main kawasan kd je
mostly masa banyak spent dekat rumah je
finally semalam get to see KL kejap
berdebar juga takut terjumpa abam pulis



Jam 3 sis gerak dari rumah
sampai ts terus ke ACCA camera
jual 2 bijik lens dekat uncle chua dulu
pastu ke Altech camera dekat tingkat yang sama
jumpa uncle Alan pula
sebab nak beli camera baru wiwiwiwi
so bye Sony and hi Fuji!
Fuji dapat harga rm5399 semalam
berbekalkan rm2900 dalam tangan
hasil terjualnya dua lens dan juga
sony a6000 kesayangan dekat carousell
redha just kena tambah another rm2500 je
voucher birthday yang sis hadiahkan haritu
kira termasuklah dalam rm2500 tu huhu
happynya redha
sampai ke telinga senyumnya





so bila nak pegi shoot guna camera baru ni?
huhu tazabarr
xx

Sunday, November 1, 2020

Satay Minang Pak Yat Paya Jaras

Hai gais
 tadi sis sempat ber-early dinner
dekat satay minang Pak Yat
yang terletak di paya jaras sungai buloh
sebenarnya teman si nurul ni yang mengidam
kesian dia sebab nak makan
tapi takde orang nak teman
jadi sis pun layankan lah
kedai ni seriously gais
ramai gila orang
meja memang penuh
bak kata nurul, lagi malam lagi penuh
sis pun curious apa yang sedapnya
mungkin pengunjung kedai ni ramai orang indon
sebab menu makanan dia memang ke arah indo







Sementara nurul order satay minang daging 5 cucuk
sis tak lepaskan peluang untuk order bakso
dah lama tak makan bakso indon
rindu pula nak travel ke indo
10 minit lepas order, bakso sampai
dengan harga RM5 dan portion yang sederhana
sis nikmati rasa baksonya yang emmm
sedap juga rupanya, lagi-lagi rasa kuahnya
pekena pula dengan sambal cilinya
walaupun bebola dagingnya
ada juga rasa pelik dan murah
tapi endingnya memang licin juga satu mangkuk
satay minang pula disajikan dengan
keropok pink, nasi impit dan juga kuah minang
sis sempat order 10 cucuk untuk redha di rumah
10 cucuk ayam RM7.50 je
terfikir juga, makan ke redha nanti?
apepun, thankyou nurul belanja!
semoga dipermudahkan segala urusan
sepanjang pregnancy nurul
dah 5 bulan kandungannya

Bila dah sampai rumah
redha excited nak try satay minang
ternyata rasanya pun agak pelik
susah nak ungkap dengan kata-kata
mungkin tak kena dengan selera kami berdua
sis tengok dekat kedai tadi
berbungkus-bungkus satay orang order
macam sedap sangat gayanya
betul lah orang kata
lain orang lain citarasanya
apepun next time teringin nak try lagi
tapi dekat kedai lain pula
mana tau kedai lain punya sedap?

xx

Cameron Day Trip 3 - Kea Farm Market

Hi gais
lepas setel sheep sanctuary
kiteorang jalan kaki ke lorong sebelah
which is kea farm market
benda yang paling excited nak beli adalah
jagung susu!
dekat cameron ni ada tiga jenis jagung
jagung madu, mutiara dan susu
jagung madu je sis tak sempat rasa
jagung mutiara ni color dia kuning dan putih
sis sempat beli dekat opah strawberry masa first day
jagung susu pula color putih je
sis beli dekat pasar malam brinchang tu
mahal ye, RM6/cup kecik
tapi sebab nak rasa punya pasal
endingnya 3 cup sis sorang habiskan huhu
apa yang sis dapat simpulkan di sini
jagung susu sangat sedap ya
memang tak dapatlah kalau cari kat kl
sis jumpa dekat kea farm ni
ada sorang apek jual RM10/8 tongkol
betul-betul dekat pintu masuk kea farm
(lepas kena scan mysejahtera)
not bad kan? apa lagi
sis terus borong 3 plastik

Selain dari jagung
sis sempat juga beli jambu epal
sebab dah lupa rasanya cemana
rupanya dia jambu biasa
tapi dia peram dalam mirinda strawberry kot
so kulit dia je rasa strawberry
isinya rasanya jambu biasa
RM10 je untuk 3 biji
alang-alang shopping tu
sempat pula sis singgah beli corndog jap
mahal ye corndog dekat cameron
RM8/cucuk, kus semangat
tapi sedap lah juga
kalau dah lapar tu bedal aje kan huhu



Sis sempat beli sayur cameron juga
RM10 dapat 7 packs
pilihlah mana-mana berkenan
sis ambil capsicum, timun jepun,
anak jagung, sawi cameron, tomato dan...lupa
tapi bagi sis, sayur cameron ni dah agak mahal
sebab sikit je amaun of sayur yang dia pack tu
compare to beli dekat giant tesco lagi murah hm
done part sayur dan buah
teh cameron valley tidak dilupakan jua
bersama coklat-coklat
khas untuk souvenirs jiran tetangga
tapi sis tak beli pun souvenirs
sebab company dah start wfh
dan kerajaan baru je umumkan pkpb
untuk kl selangor putrajaya time tu
jadi balik je dari cameron
memang melepet jela dekat rumah
after bid goodbye dekat mama abah
kiteorang pun berpisah
mama abah ke arah gua musang
dan kiteorang ke arah simpang pulai
till we meet again, mama abah!
thank you sebab setuju ke cameron sama-sama
till our next trip juga
muahaha

xx

Cameron Day Trip 3 - Sheep Sanctuary

 Hi gais
kejap je dah hari ketiga dekat cameron
tetiba dah sabtu, 10/10
awal-awal pagi lagi kiteorang dah bangun
bezanya pagi tu dari hari sebelum adalah
shower punya temperature control tak rosak
jadi semua orang dapat mandi air panas yeay!
830 pagi lepas checkout
kiteorang terus gerak menghala ke kea farm
20 minit je dari hotel apartment
bila kiteorang sampai tu
banyak parking kosong
parking kena bayar RM3/entrance
dan kedai-kedai banyak juga yang baru buka
kami decided untuk ke sheep sanctuary dulu
sheep sanctuary ni
betul-betul sebelah pasar kea farm
tiket masuk RM8/pax
termasuk dedak sorang satu





Ladang biri-biri tu takdelah besar mana pun
biri-biri ada lah dalam 20 ekor gitu
tapi comel-comel gemok gebu semuanya
 memasing berlari-lari ke arah pengunjung
dorang ni macam tahu-tahu je
yang pengunjung pegang kotak dedak
kalau biri-biri dekat kampung tu
dia macam tak heran kan tengok kita
sebab dorang sendiri pandai cari makan
tapi biri-biri dekat cameron tu lain
semua macam excited nampak orang
kesian pun ada sebab terfikir
management ni tak kasi dorang makan ke?
dah macam kebulur sangat dorang ni
dedak yang kaunter bagi tu sikit sangat
sis suggest kalau korang nak jumpa biri-biri ni
beli lah dedak sendiri banyak-banyak
baru puas hati hulur makan dekat biri-biri ni







Selain biri-biri, ada juga arnab
tetiba ada arnab kan? itulah
tapi macam terpinggir sikit
tak dapat sambutan sangat
sebab arnab terkurung dalam cage
biri-biri memang scattered around ladang tu
dekat sheep sanctuary tu, ada juga cafe disediakan
tapi kiteorang tak singgah lah
sebab memasing dah breakfast dekat hotel
ada juga souvenir shop
yang jual baju biri-biri, toys and etc
apepun, sis rasa RM8 untuk sheep sanctuary ni
macam terlalu mahal
sebab ladang tak semengah pun
orang pula ramai gila
bersesak-sesak datang, exactly right after
kiteorang done feeding the sheeps
which is tak sampai 15 minit pun ha
sis harap next time datang cameron ni
sheep sanctuary ni dah improve
sebab tempat ni memang dikira baru pun
zaman 10 tahun lepas mana ada
tapi walaupun baru buka
tak dinafikan sheeps ni semua ramai peminat
macam retissss
berpusu-pusu pengunjung nak bagi makan

xx