Showing posts with label ikapregnant. Show all posts
Showing posts with label ikapregnant. Show all posts

Friday, April 30, 2021

1st After Birth Checkup

Assalamualaikum
semalam nurse dari KK ampang datang rumah
check baby and ibu
katanya for baby's condition
baby macam ada kuning sikit
(walaupun HKL cakap takde)
for mommy's condition
luka ceaser tu cantik dan
perut pun dah mengecut
so hari ni nurse suruh ke KK ampang
jam 750am, geraklah kami ke KK
KK ampang dekat je dengan rumah MIL
dalam 10min je
sementara husband park kereta tepi dan tunggu
sis terus masuk ke dalam KK, cari kaunter A
tak perlu tunggu lama pun dekat luar klinik
plus, KK ampang tak ramai orang
dari kaunter tu, nurse suruh ke bilik 20
letak buku biru baby dan tunggu giliran
bila dah sampai giliran
nurse suruh undress baby sebab nak timbang berat
alhamdulillah berat baby dah naik
walaupun 100gram je hahaha
pastu nurse terus cucuk tapak kaki baby
sebab nak amek darah for jaundice check
baby dah lah tengah sedap tido
cian dia terkejut! terus nangis ha



Sampel darah tu kena hantar sendiri ke kaunter 6
kejap je tunggu result darah
pastu proceed ke bilik 35, jumpa doktor
doktornya baik sangat
katanya baby takde jaundice pun
tapi doktor suruh datang lagi hari isnin depan
sebab just nak follow up
memang dah dalam prosedur
nurse akan datang rumah dan kita pun kena ke KK
for baby checkup within 14 days after gave birth
takpelah, asalkan baby sihat je
itu je yang paling penting
lepas selesai jumpa doktor tu
kena balik semula bilik 20 tadi dan
update nurse pasal next appointment isnin depan
then dah boleh balik
bila tengok jam baru 8.40am
kejap kan prosesnya? huhu

xx

Baihaqi Bin Muhammad Redha Firdaus

 Assalamualaikum
mari kita sambung
20 april selasa, memang sis terlantar je atas katil
21 april rabu, nurse dah buang drip
dan juga cabut urine bag
jadi sis dah boleh start turun katil dan berjalan
luka ceaser tu terasa sakitnya
sis pula taktahu bila ceaser ni tak boleh tunduk
sis selamba je ambil barang jatuh atas lantai
fuh dia punya sakit tuuuuu
macam nak terkoyak balik je jahitan huhu
 

Pengalaman Bersalin di HKL

 Assalamualaikum
alhamdulillah syukur pada Allah
akhirnya dah selamat bersalinkan baby boy
seberat 2.75kg
pada 20 April 2021, jam 12.45am di 
Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur
proses bersalin secara emergency ceaser
kandungan cukup 38 week semasa bersalin
kenapa emergency ceaser?
ha ni yang nak cerita ni
panjang entry kali ni ya
isnin, 19 april 2021
gerakan baby cukup 10 macam biasa
tapi kena push baby untuk gerak
contohnya macam pasang lagu, suluh lampu
tapi dalam masa yang sama
perut asyik mengeras je dari tengahari
setiap kali mengeras tu rasa macam senggugut
lepastu rasa sakit pinggang
bila dah lepas asar tu bagitau lah redha
redha pun cuak
katanya yih jangan macam-macam
hahahaha

Perut mengeras tu adalah dalam 10min sekali
rasa pelik juga sebenarnya
sebab dah lama tak rasa senggugut
tapi tunggu juga untuk berbuka
sempat lah berpuasa 7 hari tahun ni
tapi tulah
bila dah berbuka pun, perut still mengeras!
and baby tak tendang-tendang pun
biasa baby akan aktif lepas makan
sis pun fikir aih lain macam ni
terus sis pun bersetuju bila husband ajak pegi klinik
lepas baca quran dan solat isyak semua
kiteorang ke Klinik Anda Kota Damansara
sebab previously dah pernah buat ultrasound
dekat klinik yang sama
tapi sedihnya, klinik tu reject kiteorang
katanya sebab kandungan sis dah 38 week
dorang takut sis terberanak dan
dorang takde kelengkapan secukupnya
jam time tu dah pukul 10pm
kiteorang pun gerak lah ke HKL
dengan niat nak pegi scan perut mengeras ni

Bila dah sampai HKL
terus ke kaunter ibu dan anak
bagi ic, buku pink dengan kad nikah
kaunternya dekat luar je tapi checkup dekat dalam
jadi, sis suruh lah husband 'tunggu kejap ya'
husband memang tak boleh masuk dalam
jadi dekat dalam tu ada another counter
nurse panggil untuk isi personal info
sebab dia nak key in dalam sistem
lepastu nama dipanggil masuk ke dalam bilik
nurse terus check bp, suruh buat urine test
and dengar heart rate baby guna doppler
lama betul dia check heart rate baby
heart rate baby macam pelik katanya
so dia panggil doktor suruh pantau
doktor suruh baring dan buat CTG scan
dalam sejam jugalah buat CTG scan tu
doktor bagitau graf heart rate baby tak cantik
dan dia pun taktahu sebab apa
sambil-sambil dia put me on a drip
hydrated katanya, sebab puasa
dalam 2 bag juga lah kena drip time tu
dia check bukaan, baru 1cm
tak sakit pun check bukaan ni

Lepas dah sejam CTG scan tu
doktor suruh tukar baju hospital
baju, kasut, purse semua nurse masuk dalam plastik
dan bagi dekat husband
time tu pegang phone je
tapi tulah battery phone pun below 5%
katanya nak tolak ke labor room
sebab kena ceaser, tak boleh normal
time tu terus terfikir uish betul ke ni
aku datang hospital nak scan je
dah tetiba kena beranak malam ni juga
jam tepat pukul 12malam
nurse suruh duduk atas wheelchair
dan terus tolak ke tingkat 4
sempat lah whatsap husband dan family group
bagitau kena ceaser time tu
nurse juga sempat tanya
wad bersalin mana yang sis prefer
since sis pilih wad second class
nurse minta husband setelkan registration process
dan bayar deposit RM350 dulu
FYI, satu malam di wad second class ni RM40
dan bersalin ceaser RM400
kalau kena ceaser, wajib checkin 3 malam dekat wad

Bila dah dekat tingkat 4
nurse suruh pindah dari wheelchair ke katil bedah
kali ni doktor lain pula check bukaan, 2cm
dia confirmkan heart rate baby still tak cantik
and decided untuk pecahkan ketuban
risau takut baby dah berak kat dalam perut
pecahkan ketuban tu sesenang pecah belon je
tak rasa sakit
tetiba je rasa macam banyak air mengalir
doktor bagitau 'baby dah berak kat dalam ni
sebab air ketuban warna kuning
sepatutnya warnanya jernih
jadi, kita proceed ceaser sekarang ya'
nurse hulur 2 cup air ubat
untuk prevent dari muntah-muntah
lepas dah sign dokumen untuk setuju di ceaser
katil sis ditolak terus masuk labor room

Dalam labor room, semua pakar bedah perempuan
sejuk sangat labor room tu
sampai menggigil sis menahan sejuk
doktor bagitau untuk bius dekat tulang belakang
lama-lama dah start rasa kebas separuh badan
doktor akan test tekan jarum dekat perut dulu
nak make sure betul-betul kita tak rasa sakit
dia akan compare dengan tekan jarum dekat bahu
dekat bahu tu kita akan rasa tajam
bila betul-betul dah rasa kebas tu
doktor pun mula lah proses menoreh perut
tapi dia cover view kita dengan kain
jadi basically kita tak nampak pun proses bersalin tu
dan sepanjang proses tu, sis tutup je mata
rasa ngantuk pun ada, rasa ngeri pun ada
tapi memang takde rasa sakit langsung
tahu-tahu je dah dengar baby nangis
'eh baby dalam perut dah keluar ke?'
'yaAllah aku dah ada anak'

'Puan, tengok ni baby boy ke girl?'
dalam rabun-rabun sis, sebab tak pakai spec
sis senyum dan bagitau boy
takde skin to skin pun time kat labor room
nurse terus bawa baby ke NICU
doktor NICU pula datang dekat sis
perkenalkan diri dan inform pasal baby dibawa ke NICU
nak pantau paru-paru, katanya
bimbang tertelan air ketuban
yang dah bercampur najis tadi
lepas dah setel jahit di perut semua
(which i think the whole process took only an hour)
sis ditolak masuk ke wad bersalin tingkat 7
banyak kali nurse angkat sis pindah katil
tapi kebas dekat badan ni terlalu kuat
tak dapat rasa apa pun
kaki pun takleh nak gerak



Sepanjang malam sis terjaga a few times juga
sebab doktor dan nurse datang banyak kali check
setiap kali terjaga sis cuba gerakkan ibu jari
kepala pula still pening
pandangan kabur dan asyik berpusing-pusing je
muka pula asyik gatal-gatal
ingatkan sebab pakai mask
rupanya sebab effect ubat bius
9.30am esoknya
barulah sis berkesempatan untuk text husband
dan update family dekat rumah
since husband dah hantar beg hospital semua
rupanya nurse tak update pun dekat husband
yang sis dah selamat bersalin 12.45am
kesian ha the whole family risau semalaman



xx

Friday, April 16, 2021

12th Maternity Check Up

Assalamualaikum 
semalam ada checkup lagi dekat kk, 10am
tak suka appointment 10am ni
sebab matahari dah naik
bahang betul menunggu luar klinik
tapi alhamdulillah menunggu tu tak lama
pukul 10.15am nama dah dipanggil masuk
terus timbang, 74kg
dan buat urine test
pastu melangutlah menunggu turn
untuk masuk consultation room
tak kisah menunggu kalau dah dalam klinik ni
sebab dah ada aircond kan aherher
hari khamis biasanya tak ramai orang
compared to hari rabu last time
hari rabu je ramai orang tua sebab
dorang datang checkup and ambil ubat



Around 11.30am, tiba lah giliran sis
kali ni jumpa nurse
bukan nurse yang sama macam last week
nurse terus check bp macam biasa
pastu check ukur lilit perut
dia terkejut sebab kepala baby dah dekat laluan
dia tanya takde tanda bersalin lagi ke?
which i replied 'takde nurse'
sambil tersenyum kambing
'kalau macam tu kena selalu bersama lah
seriously menjadi ye
dulu saya pun macam tu'
'selain bersama, ada cara lain ke nurse?'
'kena turun naik tangga, jalan itik, selalu squat
tapi penatlah sikit'
gitew ha nasihatnya kena selalu bersama huhu
basically itu je checkup kali ni
then set appointment for next week pula
11.40am dah setel semuanya
next appointment khamis 22/4, 10am
sebab 8am asyik penuh je



Alhamdulilah syukur pada Allah
sedar tak sedar
dah hari ke-4 berpuasa kan?
gerakan baby pun cukup je 10 kali
semoga Allah terus izinkan dan
kurniakan kekuatan dan kemampuan
untuk sis dan baby terus berpuasa di bulan Ramadhan
tak sangka betul tahun ni
berpuasa dalam keadaan pregnant 9 bulan
(37w 3d hari ni)
menunggu hari je untuk bersalin
semoga doa-doa di bulan ramadhan ni
Allah dengar dan makbulkan
aaminnn
selamat berpuasa semua!
xx

Friday, April 9, 2021

11th Maternity Check Up

 Assalamualaikum
kelmarin sis ada checkup dekat KK
macam biasa appointment 8am
kena pula minggu yang redha kerja ofis
keluar rumah dah lambat
pastu kasut adidas boleh pula kena rembat
sebab park depan pintu
lupa nak letak atas kotak kasut
first time kasut kena rembat ni
ingat dekat masjid je biasa orang rembat kasut
sayangnya ha kasut tu kena rembat
dah lah tu hadiah birthday last year, refer sini
elok lagi kasutnya
sebab pkp kan tak pegi memana pun
kasut tu jugalah pakai time pregnant ni
sampai hati orang tu rembat
semoga hidup orang tu tak tenang
selagi tak pulangkan kasut tu

Pastu dah gerak on the way tu
baru perasan tak pakai mask
spare mask baru je habis dalam dashboard
kena lah uturn balik rumah
dah sah-sah redha masuk ofis lewat
bengkek lah orang tu kelewatan
sis pula tepat-tepat 8am sampai KK
what a bad day to start with
tapi sempatlah beli karipap for breakfast
walaupun tinggal sardin je huhu
alhamdulillah tak perlu tunggu lama
dekat luar klinik
830am macam tu nama dah dipanggil masuk
terus timbang, berat 74.5kg ye kali ni
dah sama berat dengan mama dah hahaha
dan juga berat idaman redha 75kg ni
setel timbang, terus buat urine test
pastu tak lama tunggu
terus dipanggil consultation room
sebelum tu check hb jap, 11.9 yeay

Nurse terus check ukur lilit perut
set for next appointment which is next week
back on thursday, 15th april at 10pm
pastu proceed dengan pap smear test
dalam bilik khas dekat consultation room tu
sebab last time ada bagitau doktor
pasal masalah keputihan tu
jadi kena amek sample
sebab doktor nak make sure bahaya ke tak
even though dah tak teruk pun keputihan tu
lepas pakai ubat insert hari ahad malam
kali ni deal dengan indian doktor
better dari doktor muka macam prof z last time
just kena tanggalkan seluar semua
and pakai kain klinik tu
baring, mengangkang dan cuba bertenang
rasanya doktor tak guna mulut itik
dia guna bonney forcep tapi plastik punya
boleh google lah cemana rupa
dan suprisingly tak sakit pun!
penat je berdebar huhu

Pastu terus masuk bilik doktor for baby scan
alhamdulillah kepala baby dah dekat bawah
berat baby 2.7kg
setel lah checkup kali ni
dah boleh balik
balik naik grab for the first time sebab redha kerja
rm15 juga dari kk kelana jaya ke palm spring
10am dah sampai rumah
alhamdulillah for today
xx

Thursday, April 1, 2021

10th Maternity Check Up

 Assalamualaikum
hari ni genap lah 10kali
sis pergi maternity checkup dekat KK
appointment hari ni pukul 8am macam biasa
sambil-sambil breakfast karipap
dekat waiting area
tetiba nama dipanggil masuk
terus timbang (72kg) dan check bp
pastu proceed dengan urine test
alhamdulillah semuanya normal
kali ni tak amek hb sebab
katanya nurse baru je amek last 2 weeks
tak lama lepastu
nama dah dipanggil masuk consultation room
jumpa nurse yang sama macam last time
dia check perut lagi sekali
dan bagitau kepala baby dah kat bawah
then set for next appointment
which is rabu next week

Kenapa gap seminggu je?
sebab minggu depan baby dah 36w
jadi doktor akan buat baby scan
dan starting 36w and above ni
memang checkup akan jadi seminggu sekali
sebab dah dekat due
disebabkan cepatje checkup kali ni
sis bagitau lah nurse yang
sis ada masalah keputihan
dah dua kali dapat ubat insert
tapi hilangnya cuma sehari dua
pastu datang balik
keputihan ni memang sentiasa ada je
even before pregnancy pun
nurse cakap keputihan ni tak bahaya dekat ibu
tapi bahaya dekat baby nanti lahir
sebab takut bakteria dari keputihan tu
terkena matanya
nanti baby akan sentiasa ada taik mata
so nurse proceed dengan jumpa doktor

Bila dah jumpa doktor
doktor prescribe ubat insert lagi sekali
dan next appointment hari rabu next week
dia akan amek sample sekali dekat bawah tu
alang-alang buat baby scan
sample akan dihantar ke lab hospital shah alam
dan nanti dia akan call untuk update
itu pun kalau serius
kalau tak serius, dia tak call lah kot
doktor yang consult ni muka dia
saling tak tumpah macam prof zamalia
prof yang ajar zaman master sis
orangnya sangat tegas dan kalau boleh
kita taknak approach dia pun hahahaa
vibe dia sama lah macam doktor ni
entah-entah adik beradik kan haha
then dah siap lah checkup
9.10am dah setel
sekejap kan hari ni? alhamdulillah
xx

Monday, March 22, 2021

Third Trimester Essential

 Assalamualaikum
this time I wanna share
my third trimester essential pula
currently in my 34 weeks
last time dah pernah share
yang second trimester essential
refer post dekat sini
   without further ado, lets go!

1) NeuroGain PB Health Supplement
neurogain ni sebenarnya sejenis minyak ikan
dia dalam bentuk kapsul
bagus untuk merangsang perkembangan otak baby
sis beli dari shopee je for RM, refer sini
sebenarnya one of my exschoolmate yang suggest
syida namanya, dia nurse
katanya memang nampak beza lah
ibu yang ambil neurogain dengan tak ambil
baby tu nanti lebih aktif dan alert
and i already consulted with KK nurses as well
and they said it would just fine for me to consume it
so tak risau lah
bila baca group ibu-ibu hamil dekat fb
ada yang dah start makan
from early pregnancy!
ada yang suggest third trimester baru makan
sebab baby nanti keluar akan jadi super aktif
takod juga ya hahaha
apepun, sis selang seli makan neurogain ni
dengan kapsul daura minyak kelapa dara tu
makan dua jam after lunch
hari ni makan neurogain, esok makan kelapa dara



2) Pati delima gulsan
ibu pregnant bagus kalau ambil pati delima
untuk naikkan hb
ada macam-macam brand
paling famous, jus delima mamariam
tapi sis try gulsan sebab dia dari turki
sis beli dekat shopee juga for RM11.99, refer sini
try beli sebotol je haritu
rupanya menjadi ya!
sis amek pati delima ni pun selang seli juga
dengan madu tualang
amek 2 sudu lepas subuh time perut kosong
kalau pagi ni makan pati delima
esok pagi makan madu tualang gitu



sis bukanlah ada masalah hb sangat pun sebenarnya
kan bila check hb ada dua cara
sama ada dekat lengan atau jari
kalau check dekat jari tu
selalunya mesin hb tu tak accurate sangat
haritu pernah lah nurse detect 10.2 je hb dekat jari ni
then dia proceed amek darah kat lengan
sebab hb bawah 10.5 katanya, rendah
bila result keluar, hb 11.4 je sebenarnya
then the next checkup dekat jari pun hb 10.5 je
sis pun bagi lah alasan dekat nurse
yang kalau dia amek dekat lengan, hb tinggi je
pastu nurse cakap, dekat jari pun kena tinggi!
hahahahaha
itu yang sis pergi beli pati delima ni
the recent checkup, bacaan hb terus 12 ye
in conclusion, pati delima ni efektif!

 So setakat ni jela for third trimester ni
dua supplement ni je bertambah
selain sis masih teruskan makan
yang second trimester essential punya
kalau ada lagi, nanti sis edit tambah okay
xx

Sunday, March 21, 2021

9th Maternity Check Up

 Assalamualaikum
so khamis lepas 18/3/2021
sis ada maternity checkup
macam biasa dekat klinik kelana jaya
tapi kali ni appointment at 10pm
9.45am sis dah tunggu dekat waiting area ya
nasib baik sempat beli karipap dulu 4 bijik
inti sardin pun sardin lah
sebab tak breakfast pun pagi tu
bangun dah awal, lepas subuh tak tido
terus prepare for our lunch, mee hailam
sayangnya 10.45am baru dipanggil nama
pukul 10 dah start bahang panas matahari ya
tapi sis watlekwatkul je duduk kat kerusi
kang banyak gerak nanti berpeluh
bila berpeluh nanti rimas
bila rimas nanti menimbulkan kemarahan
aagitew chain effect dia nampak tak



Bila dah dipanggil masuk tu
nurse terus suruh timbang
72kg ye berat zissss
dah naik 12kg setakat 33w ni
rasanya ada can naik lagi ni before EDD haha
redho jelah nakkk
dengan harapan lepas beranak nanti kurus balik
pastu sis terus pegi buat blood test
alhamdulillah hb kali ni 12 ye!
rasanya sebab sis selang sehari amek jus delima
minum 2 sudu je lepas subuh
berkesan rupanya alhamdulillah
then terus pegi buat urine test
dan menunggu lagi for consultation
dah pukul 12pm masa tu
barulah nombor giliran sis dipanggil
nurse terus check bp, which is normal
then check jantung baby and ukur lilit perut
dia check juga buku lali kot bengkak

Pastu dia consult pasal plan lepas bersalin
dia nak tahu plan sis
cemana nanti nak jarakkan pregnancy 2 tahun
 sis nak makan pil hari-hari without fail ke
cucuk setiap 2 bulan ke
tanam IUCD dekat lengan ke
atau guna kondom je ke aagitew
pastu dia consult juga pasal breastfeed anak
sampai 2 tahun tu
lastly before balik
dia cucuk tetanus second shot dekat bahu
which is kali ni tak terasa sakit dan lenguh pun
12.20pm sis dah siap semuanya
next appointment will be on 1st april 8am



Penatje masak hari tu
tekak redha nak murni pula
sebab murni dengan KK memang dekat je
so we went lunch at murni discovery kelana jaya
sis order nasi goreng pattaya je
sebab nasi goreng buttermilk chicken takde
redha pula makan mee goreng ayam pandan
macam biasalah murni
portion banyak dan sedappp
okaylah sebelum mengundur diri
terima lah gambar meja baru sis
tempat letak cawan boleh, pinggan pun boleh
multifunction jangan risau huhu



xx

Wash Baby Clothes

 Assalamualaikum
so yes, its time to wash baby clothes
lusa dah masuk 34weeks
nasib baik hari ni tak hujan
next week akan basuh second batch pula sebab
baju baby 3-6m dari UK akan sampai minggu ni!
mostly baju baby beli brand george
beli time end year sales last year
beli dekat PS je, thru telegram
so ETA dia memang feb/march
haritu beli 10 helai 3-6m & 10 helai 6-9m
then masa pegi shopping the other day
dekat aeon ou tu
sempat grab baju lubang-lubang 4 pasang
saiz 0-4m tak silap
SIL pun ada juga belikan baju newborn
rasanya cukup lah kot untuk baby baru keluar nanti
baby kan cepat je besar
kejap je dah kena simpan untuk adik dia pula
wah gitoh dah plan for second pregnancy!
first one pun belum lepas hahaha





Basuh baju baby ni guna detergent Pureen je
yang ABD antibacterial liquid tu
beli dekat official shopee pureen
2liter for RM20.50
then softener pula guna downy baby hypoallergenic
pun beli dekat shopee juga, 1.35liter for rm11.64
basically semua benda beli dekat shopee lah!
wangi je ha detergent dengan softener baby ni
bau dia soft sangat
dah macam ada baby dalam rumah ni
baby nya belum keluar lagi
hopefully keluar hujung bulan depan
aminnn





xx

Thursday, March 4, 2021

8th Maternity Check Up

 Assalamualaikum
hari ni sis ada checkup
padahal last two weeks baru je checkup
nurse cakap sebab dah 7 bulan
so dah kena start checkup dua kali sebulan
macam biasa, appointment at 8am
arrived at 7.50am hari ni dan
menunggu di waiting area luar klinik
sampai lah 8.40am
penat menunggu je hari ni
then bila nurse dah panggil masuk klinik
terus je timbang berat
(69kg hari ni ohohoi
walaupun dah bedal 4 bijik karipap ehek)
then buat urine test and hb test
hb agak rendah 10.5
nurse bebel suruh makan banyak sayur
and daging, juga segala mak nenek organ dalaman
macam hati ayam tu, i kenodd



Lastly, masuk consultation room
untuk set next appointment
which is on 18th march, 10am
nurse ada check ukur lilit perut tadi
dia ada tekan-tekan perut
dia bagitau macam kepala baby dah kat bawah
sebab last time scan dengan doktor
position baby kan songsang
then dia suruh jangan risau
sebab baby still akan pusing-pusing
sampailah 35w
sekarang ni baru 31w 2d
then dia proceed to check baby's heart beat and 
tengok pergelangan kaki kot ada bengkak
selain tu ada check bp juga
alhamdulillah syukur mine is all normal
termasuklah result second MGTT last time
cuma next checkup kena make sure hb naik
dia ada verified jadual kiraan baby kick juga
then yeay dah boleh balik
9.25am dah setel semua
kejap je kan? menunggu je lama

Bila kira-kira balik
ada 3 kali je lagi checkup dekat kk ni
before sampai my EDD
maksudnya hujung bulan depan dah boleh bersalin!
i is skekkkkkk huhu
xx

Thursday, February 18, 2021

7th Maternity Checkup

Hi gais
hari ni just like another checkup day
appointment at 8am at KK Kelana Jaya
ada second MGTT
so dah puasa siap-siap from 10pm hari sebelum
8.15am baru dapat masuk dalam klinik
terus buat blood test, cucuk dekat lengan
sebab nurse nak pantau darah
for before-after MGTT and hb
(kali ni hb 10.8)
then terus proceed dengan minum air gula
and tunggu untuk masuk consultation room
ada second blood test ye pukul 10.20am

Alang-alang dekat waiting area
another nurse suruh timbang berat
(which is 70kg now huhu nangis)
and buat urine test
to check if there is any protein in my urine
bila dah setel tu, masuk consultation room pula
nurse nak check blood pressure
then ajar cara untuk kira baby kick
sebab baby dah lebih 28w
nurse pesan kalau baby kick tak cukup 10 kali
in between 9am - 9pm kena terus pegi hospital
for you and your baby's safety
sebab takut baby terbelit tali pusat ke apa
next, nurse suruh lie down sebab nak check perut
and check kalau-kalau kaki bengkak
bila semua okay, we set for the next checkup
which falls on 4th March
dah start 2 minggu sekali appointment sekarang ni
sebab dah 7 bulan kan
dah third trimester huhu

Done with the consultation
proceed ke bilik sebelah pula
jumpa doktor for baby scan
memang time ada baby scan je boleh jumpa doktor
it was actually my second time ye
memang dekat kk ni
everytime checkup jumpa nurse je
alhamdulillah lah the scan went well
baby sihat, berat baby 1333g dah
position baby pula breech
doktor bagitau ada banyak masa lagi untuk dia pusing
sebab baru je masuk third trimester
hopefully semua okay sampai bersalin lah
aminnnn

Before balik, kena setelkan second blood test
cucuk lagi sekali lengan belah kanan pula
result MGTT memang next checkup baru tau
lepas blood test tu dah boleh balik
dan dah boleh makan yeay!
basically appointment pukul 8am
10.30am dah setel semua, cepat juga kan?
alhamdulillah so far semua okay je
hb pun tak pernah low
basically yang stated low sebelum ni
bila dah amek darah dekat lengan untuk further check
turned out hb okay sangat je sebenarnya
(10.25 dekat jari, 11.6 dekat lengan)
takde makan apa extra food pun for hb ni
i just telan iberet dengan air oren sebelum tido
and make sure before makan iberet tu
dah dua jam gap dari the last meal taken
apepun alhamdulillah
thanks to Allah yang memudahkan semuanya
xx


Thursday, February 4, 2021

5D Scan @ Klinik Anda KD

Hai gais
tadi sis pergi buat 5D Scan
surprisingly rm58 je, murah kan?
dekat Klinik Anda Kota Damansara
5 min je dari rumah ni
Klinik Anda tengah buat banyak promo
korang boleh tengok other promos
dekat fb dia, refer sini
sekarang ni kalau nak pergi scan
semuanya kena booked appointment dulu
jadi make sure korang booked dulu
jangan main terjah je
so, i booked for 12pm slot
bila sampai je Klinik Anda
ramai gila patients tengah menunggu
mostly bawah khemah depan klinik
and mostly menunggu for swab test
FYI, swab test dekat Klinik Anda
antara yang termurah dekat KD ni
rm100 je untuk rapid test
result dapat tau on the same day
kalau PCR test rm250 je
result within 3 days
that's why ramai orang
tetiba rasa takut kan hahaha



 5D Scan amek masa dalam sejam
lama sebab baby cover tangan dekat muka
bila ada tangan dekat muka ni
cemana nak amek gambar muka kan? haha
jadi, kena pujuklah baby supaya alih tangan
comel je baby muncung-muncung
marah agaknya kita kacau dia tido
selain 5D Scan, nurse check benda lain juga
ukur lilit kepala dan other body part measurements,
berat & jantung baby, level air ketuban, lokasi uri
semuanya ni nanti nurse akan saved dalam CD
ada gambar, ada video
CD tu boleh bawak balik
sekali dengan gambar hitam putih 5D baby
kalau nak color, kena add RM10
agaknya baby ni macam muka siapa ye? hihi
comelnya ha, bila tengok gambar ni
still rasa tak sangka ada baby dalam perut
dan rasa tak sabar juga nak jumpa baby
walaupun takut betul rasa nak bersalin ni
hari ni dah 27w 2days
sedar tak sedar tinggal lagi 2 bulan je
sekejap betul masa berlalu kan



xx

Friday, January 22, 2021

6th Maternity Checkup

Hai gais
so yesterday 21/01/21
i had my 6th maternity checkup
kandungan pun dah 25w which is 6 bulan
appointment at 9am
just a regular checkup
masuk klinik je terus timbang berat
berat sis 65kg ye kali ni
belum breakfast sebab ingat ada MGTT
rupanya takde pun
nasib baik dah beli karipap rm2 luar klinik
after timbang berat, terus buat urine test
the result came out normal
no sign of protein and glucose in the urine
then proceed to hb test
kali ni hb sis rendah ye, 10.2 je
so nurse amek darah dekat lengan

Next, terus masuk consulting room
set for next month's appointment
which is on 18th feb, 8am
next appointment tu memang banyak benda
ada MGTT, ada tetanus shot (kancing gigi),
ada baby scan and also
nurse akan ajar untuk kira gerakan baby
tapi appointment kali ni punya
memang takde apa sangat
pukul 11.30am dah boleh balik
sekian itu saja
sebelum mengundur diri
terima lah video babykick 25w ni



xx

Tuesday, January 5, 2021

Detail Scan Murah di Shah Alam

 Oh ya
second entry of the day
sebab nak cerita pasal detail scan
that i went through last wednesday, 30 december
hari yang sama nak balik kampung tu
thats why i said started journey at 11am
and we were from shah alam
semua sebab detail scan appointment ni lah
i chose Klinik Aurora Bukit Rimau sebab
they currently have scan promos
believe it or not
for details scan is only RM100!
i suggest you guys to have 5D details scan
because it is only RM130!
but you need to wait for baby to be 25w
(and i cannot wait hahaha)
dia ada dua lagi branches
satu dekat Bandar Tropicana Aman
satu lagi dekat Seksyen 13
sepatutnya nak buat dekat new branch seksyen 13
located near to aeon shah alam
but they said they only started to do scan on 31st Dec
 and i dont want to postpone my appointment
to the date that i go back to kl
itu yang pergi bukit rimau
even though a lil bit far from our house







The clinic located near to aeon bukit rimau
never went to bukit rimau before
and never knew the existence of aeon bukit rimau
clinic tu dekat shoplot
tak ramai orang pun masa pergi tu
nurses and doctor are all muslim and perempuan
the details scan took an hour and went well
alhamdulillah baby sihat dan cukup sifat
doctor pun explained dengan jelas dan baik
at the end of the appointment
i got a CD (havent see what's inside yet but
i guess maybe the video of baby movement)
gambar baby black&white and details scan report
the gender of baby was once again confirmed to be a boy
alhamdulillah!
will come back for 5D scan when baby turns 28w soon!
(if only the promo still ongoing)
please checkout their facebook here
to know their latest update!



xx

Thursday, December 24, 2020

5th Maternity Checkup

 Hai gais!
hari ni sis ada monthly checkup
dekat kk kelana jaya macam biasa
appointment at 8am
dapat masuk klinik 8.30am
nurse escorted masuk sebab nak timbang berat
my weight is 64kg ye lepas breakfast
2 biji karipap dengan segelas air je padahal hm
then sis terus buat urine test
next nurse panggil nama untuk amek darah
kali ni amek darah dekat jari je for hb checking
alhamdulillah kali ni 11.5
then tunggu jumpa nurse lain pula
to set for my next appointment
alang-alang dia update sekali
result MGTT haritu normal
bp pun normal
ukur perut normal
semuanya normal hari ni
then dia refer pula sis untuk jumpa doktor
for the first time sebab dah 21w





Bila jumpa doktor
doktor terus buat scan
sebab sis bagitau tak pernah buat scan
i also asked her to let me know the gender
tapi sayangnya baby dalam position yang tak cantik
sebab tak boleh nak tengok gender pun
doktor cakap maybe girl kot
tapi tak boleh nak confirm 100%
sebab tak nampak pun gender between legs tu
nasib baik sis dah pergi buat gender scan last week
terang-terang nampak burung huhu
next doktor bagi ubat insert for vaginal discharge
kena amek dekat kaunter pharmacy
then boleh balik
pukul 11am juga lah setel semuanya



Then we went to kompleks tabung haji kelana jaya
since the building just located 900m from clinic
sebab nak update profile dan penama
in order to login thijari apps
we arrived there at 11.40pm
and settle everything at 12.30pm
kena amek nombor giliran and
beratur dekat luar bangunan
hari ni agak ramai sebab esok th cuti
so dalam setengah jam juga lah menunggu tu
the update process went smooth
sekejap je kena isi form and dia key in
sis sempat juga tanya bila sis buka akaun th ni
rupanya 21/2/2010, zaman uitm machang!
time tu saja je buka akaun for only rm2
sebab orang lain ada akaun, sis pun nak juga
sis ada juga tanya bila dividen th for this year
katanya suku tahun pertama
hm macam biasa lah ye

Next we went for lunch before back home
of course at murni discovery kelana jaya
i ordered nasi goreng buttermilk rm10.50
and redha's kueytiow ayam goreng rm12.50
we were so full
dah kenyang terus rasa ngantuk
balik tu terus tido sampai pukul 4pm tadi hoho
oh ya
my next appointment will be on 21 jan 21
hot date tarikh orang kahwin gitew
xx

Friday, December 18, 2020

Second Trimester Essential

Hi gais!
just want to share
what i have for my second trimester
this entry might be reference for my next baby
currently im already in my 20w
here goes my list

1) Iberet folic 500
supplement ni beli dekat pharmacy
consume a tablet a day an hour before meal
OR two hours after meal
the price is only rm22.50
satu kotak ada 30 tablets
memang untuk makan sebulan
KK tak provide supplement ni ya
sebab dia a little bit pricey
biasanya KK provide obimin / zincofer
but the main purpose of the supplements are same
which is to increase your hemoglobin level



2) D'aura minyak kelapa dara (VCO)
bought this on shopee for RM55, refer here
comes together with a bottle of D'aura softgels
ada 80 kapsul dalam satu botol
kapsul tu untuk makan
good for your inner health
meanwhile minyak tu untuk sapu dekat perut
need to take care of your tummy's skin now
sebab dalam fasa mengembang kan
we dont want it to be scarred with stretch mark
kulit perut memang akan extra kering
dan itchy for some people
jadi minyak / lotion perut memang wajib!
sapu pagi after mandi and before tido
i sapu before tido je
because i cant stand with coconut oil's smell



3) Susu tepung Similac Mom
bila dah pregnant ni hari-hari kena minum susu
at least a glass a day
apa-apa brand susu pun boleh
my all time fav is full cream fernleaf
been drinking milk from this brand
since i was born into this world
tapi for second trimester ni try similac mom pula
sebab dia high in folic acid, calcium and iron
you guys boleh try free sample dulu
just register dekat website abbott, here
kalau rasa okay dan sesuai, then boleh beli



4) Panty Liner, any brand
this one is for vaginal discharge
which pretty common during pregnancy
so i need this!

My second trimester symptoms
1) Baby kick
first experienced this during my 14w
masa tu maghrib, tengah tengok tv
tiba-tiba rasa macam ada orang jentik
jentik-jentik manja gitu dekat perut
and i was like
'is my baby starts kicking now?'
then terus lah bagitau redha
redha cakap, its too soonnn sayang
turned out it was really a baby kick
sebab bila refer dekat baby's app
katanya seawal 15w dah boleh feel baby movement
but mine was a little bit early!
bila dah 20w sekarang ni memang baby dah aktif
asyik tendang-tendang je
especially at midnight
so far tak rasa sakit lagi bila dia tendang

2) Disrupted sleep
terganggu sebab akan bangun banyak kali
untuk ke toilet
even though before tido tu tak minum air pun
then kadang-kadang tido sakit pinggang
maybe posture tak betul
so far still boleh tido terlentang bila 20w ni
maybe in future dah kena tido mengiring
tunggu masa je ni
but i hope i can sleep well sampailah bersalin
and dont need for u-shape maternity pillow tu
sebab benda tu kan besar, makan space
semak je atas katil queen hahaha

3) Keputihan
nurse cakap keputihan biasa bila pregnant
mine ada bau and warna yellowish white
ever since first trimester
and texture dia milky
tapi nurse just suruh minum air banyak
so far dah try ubat insert yang KK bagi
tapi sehari dua je hilang
then dia datang balik
dah try juga makan yogurt
tapi macam takde effect je
so cemana tu?
kena bagitau nurse lagi lah next checkup

Apepun, will update more soon
if there's additional essential / symptoms
xx

Thursday, December 17, 2020

It’s a boy!

 Hai gais!
yup, baby in my belly is a boy!
hari ni sis ada gender scan appointment
dekat sonovision kelana jaya
its already 20w!
my last scan was during 7-14w?
so, i was kinda excited to see my little munchkin
lagi-lagi nak tau gender dia
i was hoping that baby akan tunjuk gender
sebab possible je kalau pergi scan
then tak nampak sangat gender kan?
kenapa pilih sonovision?
this clinic was actually recommended by toh
dia kata the scan has money guaranteed
(in case gender yang clinic bagi tu salah)
and this clinic provides the best result
especially for gender scan
so i went thru their fb page, here
kebetulan ada promo for 2d gender scan
based on the clinic's branches
macam for kelana jaya branch
kena datang hari khamis before 4pm
to get rm28 promo price





My appointment was at 12.30pm
so lepas lunch dekat maharani
we went straight away to the clinic
the clinic is located at the second floor
park kena bayar rm2
bila dah sampai terus register
then doktor yang dekat kaunter tu juga lah yang scan
tak lama pun sebab dah set appointment kan
basically during the scan
dia measured ukur lilit kepala baby, badan,
perut, kaki, tengok level of air ketuban,
location uri dekat mana
then of course lah the gender of baby
alhamdulillah semuanya normal
tak boleh lupa baby menguap banyak kali tadi
kesian dia doktor kacau dia tido
then tangan dia aktif tolak-tolak dinding perut
bila doktor tanya see, is it a boy or girl?
and i was like omg it's a boyyyyyy!
my gut instinct was right, sebaknyaaaa
memang nampak terang-terang burungnya

Doktor sempat juga tunjuk 3d scan muka baby
tapi sebab tangan baby cover muka nya
so tak jelas sangat lah
but i think his nose resembles mine
(was hoping the nose part resembles redha's)
but of course as long as baby sihat alhamdulillah
redha was excited too
we talked about it all the way back home
sebab last time scan just nampak jasad je
but this time dah nampak babyyyy
hopefully baby sentiasa sihat dalam perut
dan juga selepas melahirkan nanti
aaminnnn, doakan ye?
so the next appointment
will be next month for details scan
baby need to be 25w to do details scan
appointment belum set the exact date lagi
tapi buat dekat klinik aurora shah alam
sebab rm130 je for details scan + 5d
mommy cant wait to see your face, sayang!



Tak sangkanya betul-betul dapat baby boy
i always wanted my first child to be a boy
but i dont mind if im gonna have a baby girl
selalu je tanya redha
'awak rasa girl ke boy?'
'saya rasa boy lah'
then selalu juga tilik perut dekat cermin
i think my baby bump membonjol ke depan
i always said it out loud to myself
'awak ni lelaki ni'
hence all the baby's stuffs i bought so far
were all in blue color! hahaha
dah fikir kalau baby girl pun pakai jela blue
nanti kira topup jela sikit-sikit baju girl
but turned out to be exactly a boy
now mommy and daddy can pick your name!
hihi

xx

Friday, November 27, 2020

4th Maternity Checkup

 Hi gais
semalam sis ada checkup dekat kk
appointment pukul 8am
ada MGTT (meal glucose tolerance test)
jadi malam sebelum tu kena puasa
start pukul 10pm sampai lah hari esoknya
kali ni sis tak tunggu lama dekat luar klinik
sebab around 8.15am macam tu
nurse dah panggil nama untuk masuk klinik
and terus lah ke bilik darah
kali ni dedua belah lengan kena cucuk
sebab nurse boleh tak jumpa urat darah
sekarang ni dedua belah lengan pun lenguh
blood pressure sis okay
hb tak okay, 9.5 je
sebab sis tersalah timing makan iberet
sis makan iberet betul-betul lepas lunch
sepatutnya kena makan after 2 hours
atau 1 hour before take meals
jadi next appointment on 24th Dec
which is sebulan dari sekarang
nurse nak tengok perkembangan



Berat sis still maintain 60kg
baby dalam perut ni nurse tak scan pun
sebab katanya kecik lagi
dia just suruh baring sebab nak check perut je
tekan-tekan dah setel dah
pasal air gula tu pula
lepas setel amek darah kali pertama
nurse terus suruh minum air gula
lepas 2 jam minum
dia akan amek darah kali kedua
result nanti dia akan call kalau ada problem
kalau takde problem, then dia takkan call
anggap jela everything is okay
the taste of air gula tu actually wasnt that baddddd
clearly not as what i expected
sebab sis expected air gula tu pekat tau
tapi dia macam pekat sikit dari air biasa je
and dia served dalam gelas plastik kat mamak tu
kenyang ye lepas minum segelas tu hahaha
dah lah perut kosong
pepagi dah breakfast air gula
sis terus telan je 1 gelas tu tak fikir apa
lepas habis 1 gelas tu baru rasa gula tu
pastu cepat-cepat bayangkan abc
dan tak layankan sangat rasa manis tu
sebab kalau layan lebih rasanya boleh muntah



Dalam masa 2 jam menunggu tu
sis buat urine test
then jumpa nurse dalam bilik lain
update buku pink tu
and set next appointment
nurse suruh banyakkan minum air masak
untuk elakkan keputihan time pregnant
sebab keputihan time pregnant is common
at least 2 liter lah sehari ye
sis tak 2 liter pun kerap kencing
bayangkan kalau 2 liter and above tu
bape kali lah ulang alik toilet agaknya huhu
apepun, semuanya setel pukul 10.30am
sis dah lapar gila
husband terus bawa pegi giant
so we had chicken rice shop semalam!
thankyou yayang belanjaaaa 💗

Sekarang ni baby dah 17weeks
sis tak sabar nak pergi scan gender!
nak tau boy or girl sebab nak beli barang baby
hahahahhaha
kan ada year end sale sekarang ni jimat kot
comel-comelnya barang babyyyy
banyak sangat nak beli sampai taktau nak beli apa
macam tak percaya je browse barang baby
padahal due lambat lagi
tapi yelah kan
beli sikit-sikit takdelah terasa sangat

xx

Sunday, November 15, 2020

Ubat Jerawat Masa Pregnant

 Hi gais!
sis nak share pasal ubat jerawat
ubat jerawat ni boleh pakai time pregnant
suggested by AA pharmacy Kota Damansara
as you know bila you pregnant
you tak boleh pakai ubat sembarangan kan
so sis ni sejenis yang ada allergic
but then only on seafoods
bila makan je mesti akan naik pimple seketul dua
menggagau lah den mencari ubat jerawat
pegi klinik, klinik cakap pegi pharmacy
end up pharmacy suggest T3 Clindamycin Gel
katanya gel ni selamat for pregnant ladies
boleh sapu dekat pimple sebelum tido



After few days, jerawat akan kecut
makan masa juga sebenarnya
sebab ingredient dia biasa-biasa je
sis dah biasa dengan ubat jerawat yang kuat
macam tretinon cream
(definitely tak selamat untuk ibu mengandung)
then benzoyl peroxide gel
(melunturkan warna baju dan bedsheet)
dan macam-macam jenis lagi
confirm pakai hari ni, esok puff hilang!
then sis ada makan doxymicin lagi
prescribed by doctor since high school
eh macam-macam lah kalau nak cerita
pokoknya di entry ini
gua cuma bau bilang
T3 Clindamycin Gel sesuai untuk ibu mengandung
selain tu boleh juga pakai nixoderm
sebagai alternative
sebab nixoderm pun selamat juga
as long as you dont eat them



harap this entry helps those yang pregnant
dan tengah cari ubat jerawat mana ha sesuai
dont worry i feel you
i went thru the same thing too
xx

Thursday, October 29, 2020

3rd Maternity Checkup

 Hai gais
so semalam 28/10/2020
sis ada third checkup dekat KK Kelana Jaya
first time pegi klinik ni
sebab kan sebelum ni checkup dekat KD
so doktor KKKD transfer sis ke kelana jaya
sebab address rumah sis ni
under kk kelana jaya katanya
so appointment semalam pukul 8am
kk kelana jaya ni betul-betul dekat
lot klinik, bukan dekat shoplot macam KKKD
lepas masuk gate klinik tu
blur-blur ayam lah juga semalam
dah lah sensorang
sis pun buat observation
perati je gerak geri ibu yang baru datang
so dorang ni bagi buku pink tu
direct dekat nurse yang jaga entrance
sis pun ikut sama bila dah faham
lepas bagi buku pink tu
nurse suruh tunggu dulu
dekat ruang menunggu ibu mengandung
nanti nama akan dipanggil
dan di escort masuk ke dalam klinik

sementara menunggu bawah khemah
sis main candycrush luuu huhu
around 8.30 macam tu
sis dipanggil masuk
nurse terus suruh timbang berat
(which is 60kg sekarang)
lepastu dia suruh buat blood test
dekat bilik 32
hantar urine sample dekat kaunter 21
dan consult doktor dekat bilik 30
proses semua tu tak lama pun
pukul 9.30am sis dah setel semuanya
alhamdulillah semuanya okay
sis sempat tanya
berapa umur kandungan sis sekarang
dan doktor kata dah 13 weeks
maksudnya sis dah setel first trimester!
yang penting..
without morning sickness alhamdulillah
entering second trimester now
dengan jayanya huhu
dengan harapan semoga semuanya
berjalan lancar sampai ke bersalin nanti
aaminnn

so next checkup 26/11
lagi sebulan
regular checkup with glucose test
untuk check gestational diabetes
semoga sis boleh telan air gula tu nanti
bila fikir je dah rasa nak termuntah haha
apepun lepas setel ke klinik semalam
sis dan husband breakfast dekat murni
rupanya klinik dengan murni kelana jaya
dalam 3 minit je ha dekat betul!
lepas ni asal ada checkup je
confirm akan ke murni juga 😆
xx