Wednesday, September 30, 2020

The Beating Heart

 Hi gais
so tadi sis pergi klinik for baby scan
kali ni pergi poliklinik dr azhar & rakan-rakan
area seksyen 8 kota damansara
tak jauh juga dari rumah
dalam 15min je
klinik ni toh yang suggest for 2D scan
surprisingly rm40 je, murah gila
sebab last time kena rm75 dekat Klinik Siti
kebetulan sebelah poliklinik dr azhar ni
ada restoran kelate original
which quite famous juga among penduduk KD
sebab makanan dia sedap
and ada variety of foods
sesuai lah untuk port lunch
so sis and husband lunch dulu
sementara tunggu klinik lunch break
tak tahu pula dorang lunch break 12-1pm





so lepas dah lunch kenyang-kenyang
tepat pukul satu
we went back to klinik
takde orang pun kat klinik
so cepat je nama dipanggil masuk
the first question yang doktor tanya
bila last time period?
and period cycle normal / irregular?
so sis bagitau lah last period 7/7
and i have a long period cycle
doktor cakap tu dikira irregular
and kalau ikut tarikh last period
the baby should be 12 weeks now
tapi this estimation tak boleh guna
sebab in my case, period tak regular
then doktor suruh lie down
untuk dia check perut and scan

Doktor ni bagus
sebab dia sangatlah details
dia explain satu-satu apa yang dia scan
'okay this one is your urinary bladder'
'takde masalah, air cukup'
'this one your rahim area'
'no sign of cyst, no fibroid'
(ya Allah, time ni lega gila dengar)
'this one is kantung, ada satu je'
'maksudnya tak kembar ya'
(weh lawak hahhahahaha)
(mungkin ada orang expect baby kembar
sebab tu dia kena explain)
'and focus on this mouse pointer'
'dalam kantung ni, ada jasad'
'nampak jantung beating?'
(omggggggg ada jantungg berdenyut
takoddddd hahaha)
'so your baby ni around 9 minggu 1 hari'
'kalau diikutkan due 4/5'
'but then kena datang scan lagi'
'sebab takut tak accurate'



Then doktor juga pesan
suruh buka buku pink dekat kk
which im going to, tomorrow
katanya make sure buka before 12 weeks
and for now, just consume folic acid
doktor juga sempat check blood pressure
and surprisingly bp sis normal!
sebab biasanya tak pregnant pun low bp
so basically itu jela
it was personally exciting moment for me
sebab today, i get to see
A TINY ORGAN BEATING INSIDE OF ME
macam wowww baby dah ada jantung
wowwww hebatnya mesin ultrasound
sebab boleh scan nampak macam-macam
haha okaybye
sambung excited dan pening esok lah pulak
sebab kena pegi kk sorang-sorang huhu



xx



Tuesday, September 29, 2020

Weekend at Dorsett Putrajaya

 Hi gais
so sabtu lepas
parents sis turn kl
sebab saje je nak jumpa anak-anak
and they requested to stay at 4 star hotel
so angah pun booked lah bilik
dekat dorsett putrajaya
taktau kenapa dia pilih dorsett
sis actually taknak join
sebab dekat putrajaya je pun hahaha
tapi abah sis paksa
and he actually paid for my room
so sis terpaksa lah join
basically memang duduk je kat dorsett
rest for the weekend at dorsett
berbaloi lah kalau bayar hotel mahal-mahal
hahahaha
tapi dorsett RM138 je for a night stay



Sis check in pukul 3pm
lepas setel attend wedding dekat bangi
then rest je dekat hotel
sampailah dinner time baru keluar makan
we decided to dinner at homst putrajaya
homst memang sedap makanannya
be it at ttdi or putrajaya
dinner for 7pax, RM188 je
not bad kan? boleh datang lagi
kali ni sis tak amek gambar sangat huhu
so tak boleh nak tunjuk kat you gais
sis takde mood nak bergambar
sebab muka sis tengah healing from pimples
nanti sis cerita

So the next day, ahad
checkout and brunch dekat padi house @ galleria
this one agak mahal bagi sis
and not really recommended for family
sebab range makanan dia
lebih kepada pastry, pasta and western
sesuai untuk dating berdua
again, takde gambar
but just so you know
i wont go to padi house anymore
sebab rasa tak berbaloi hahaha
then we went to masjid besi for zohor
before heading to mitsui outlet sepang
cuci-cuci mata je, window shopping
untung husband sis ni
sebab sis tak minat barang-barang branded
so memang takde beli apa pun
lepas puas pusing satu mitsui
sis and husband pun balik kd
after say goodbye dekat mama abah
sebab angah yang sent them off at the airport
sis tak ikutlah

so that was basically how i spent my weekend
nasib baik minggu ni work from home huhu
jumpa lagi mama abah
stay safe and take care
i love you


xx

Aina's Engagement Day

Hai gais
so yup, sabtu lepas aina bertunang
tapi sis tak dapat pegi
sebab parents sis turun kl
and sis juga kena attend
wedding ofismet husband sis
macam tak percaya je aina dah tunang
dengan dzul pulak tu
dorang ni baru je couple bulan puasa haritu
tu pun sebab ayah aina risau
dia tanya aina
nak lelaki yang macam mana lagi
sampaikan sekarang pun belum ada calon
so aina fikir punya fikir
agaknya sape ye yang sesuai dalam circle
so pick lah dzul
dorang macam trial and error
kalau rasa sesuai boleh lah proceed kot
hahahhahaa
macam tu pun boleh kan? hebat



aina, dzul and hakeem selalu lepak sama
tu pun lepas sis kahwin
kiteorang memang rapat
since sekolah rendah lagi
tak pernah lost contact
sebab rumah pun dekat-dekat
(maksud sis, rumah lama sis)
jiran 40 penjuru je
setiap tahun sis akan buat reunion
lagi-lagi bulan puasa
khas untuk ex 6 bestari sktu3
so everyone looking forward to meet each other
setiap kali bulan ramadhan
seronok catch up life masing-masing
tahun ni je takde reunion
sebab pkp kan

So sis personally kenal dzul ni
sebagai seorang yang tak banyak cakap
takkan mulakan conversation
melainkan kita yang mulakan dulu
seorang yang jenis follow member je
senang nak bawak bincang
bukan jenis decision maker
 baik budaknya
bukan jenis yang macem-macem
seorang yang kemas and
charming in his own way kot
ini dari pandangan sis sebagai kawan
i dunno him as a lover
kotlah romantic hahahaha
so far dia dengan aina pun still aku-kau
hope boleh tukar saya-awak lah lepas ni
i know they are trying
tapi tulah kan, takes time



So couple dah
risik pun dah raya haji haritu
tunang pun dah
So next will be solemnization on 12/12!
my bff dah nak kahwin aaaaaaaa cant wait
im so happy for you aina
finally ada yang dapat jaga dia
and ikut kepala dia
i believe dzul can take care of her sebaiknya
atleast husband aina tu dzul
someone that i know personally hahaha
risau juga kalau aina ni grab entah sape-sape
husband tangkap muat kan, Allahu
sebab aina kan unpredictable
apepun, i always pray for the best for you aina
hope everything goes smooth with you two
cause you are my bff
you mean the world to me
and i love you sooooo much



xx



Monday, September 21, 2020

Air Asia Airport Tax Refund

 Hai gais
so 10/09/2020 haritu
which is dua minggu lepas
sis baru teringat
yang sis belum buat refund untuk
trip phuket sis 14-17 march 2020 haritu
apa lagi? menggelabah lah
sebab kalau nak buat refund
kena within 6 months dari departure date
kalau exceed 6 months tak valid
so sis terus chat AVA dekat website airasia
and pilih untuk airport tax refund

Sebab apa airport tax refund?
sebab flight sis time tu airasia tak cancel
sis yang pilih untuk tak pergi
sebab risaukan covid time tu
kalau airasia yang cancel kan flight
contohnya ke China time tu
memang boleh terus apply for full refund
tapi sis ni sebab tarikh tu before pkp
sis redho jela apply for airport tax refund
total ticket phuket trip for 2pax RM291.20
so airport tax dapatlah dalam RM90 je
atleast something lah kan
dari takde langsung huhu 



Surprisingly after 7 working days
which is today
Air Asia sent email
request for credit refund is successful!
bila check balik kat account
rupanya airasia bagi full refund
alhamdulillah tak sangka betul
sebab tak expect airasia nak bagi full
kalau setakat bagi airport tax je pun
dah syukur banyak-banyak
so credit refund ni expiry date dia setahun
sepatutnya kalau airport tax refund
3 bulan je dari tarikh successful
so kiranya memang betul-betul rezeki lah
alhamdulillah
boleh guna untuk balik kampung

Tak susah pun chat dengan AVA tu
just apply for airport tax refund
then masukkan booking number
masukkan email
state reason kenapa nak refund
macam sis, sis letak simple je
worried of covid19 outbreak
pastu letaklah title of report
sis letak phuket airport tax refund
dah, pastu send!
then airasia akan send email right away
bagitau yang dorang terima report tu
voila, as simple as that!
senang kan?
so kalau tak jadi pegi memana
jangan lupa ask for airport tax refund
xx

Malaysia Day

Hai gais
so rabu last week 16/9/2020
it was public holiday for malaysia
sebab we malaysian celebrated malaysia day!
instead of mereput dekat rumah
we decided to join sarong hunt
which was organized by locco.my
tahun ni punya aktiviti
a bit different dari tahun-tahun sebelum
sebab kena jaga penjarakan sosial
so locco.my tak buat keretapi sarong
tapi diganti dengan sarong hunt
di mana dorang bagi checklist
at least 8 dari checklist tu kena complete
untuk melayakkan diri masuk contest
and menang hadiah!


Kiteorang takdelah nak masuk contest pun
just join the hype
sebab tak buat apa kan
just nak suka-suka upload gambar
sempena hari malaysia
pastu tag sarong20 and harimalaysia2020
so we started our day at 10am
breakfast nasi lemak dulu
dekat mamak khalifah bistro



Pastu gerak ke dataran merdeka
parked dekat basement dataran merdeka
which cost us RM5/entry
(baru tau ada basement parking)
then dari dataran merdeka - river of life
- lrt masjid jamek - taman botani perdana
we surely took a lot of pictures!

































it was soooo fun
sebab dah lama tak buat aktiviti macam ni
aktiviti bergambar dengan husband
thankyou juga kepada adik sis, aisya
yang jadi photographer of the day
so we didnt have to bring our tripod huhu
xx

Sunday, September 13, 2020

Bento Secret Recipe Sedap

Hai gais
so tiga hari lepas
khamis 10 sep 2020
sis lunch break dekat secret recipe
bersama kakgee dan raihan
secret recipe jadi pilihan sebab
kedai dia sebelah romantika giant kd
dan kakgee nak pi romantika lepas makan
so sis memang dah perati je bento tu
terfikir-fikir should i try or not
kang nanti tak sedap pulak
sebab biasa makan bento ni
dekat sushi king je
tapi sekarang bento dekat sushi king
harga pun dah mahal kan
yang dekat secret recipe ni okay lah
range harga tak semahal sushi king



basically secret recipe punya bento set
ada 4 selection
chicken katsu, unagi kabayaki,
grilled salmon teriyaki dan spicy beef teriyaki
semuanya served with miso soup, green tea
so sis amek chicken katsu
sebab set tu paling murah
bawah RM20
suprisingly sedap weh!
walaupun tak boleh lawan sushi king
tapi not bad lah, sis rate 4/5 
and suggest you gais to try!
lepas makan bento set tu
sis suggest korang makan shinjiku
there is always space for dessert kan
so shinjuku ni adalah buttered soft cake
topped with 2 scoops of vanilla ice cream
ada whipped cream sikit
and drizzed with your choice of syrup
boleh pilih nak maple ke, nutella ke
caramel atau chocolate
semua pun sedapppp, nyummms
harga dalam RM14 je
boleh makan untuk dua orang



xx

Merdeka Day

 Hi gais
cerita ni was like 2 weeks ago
apparently on merdeka day
untuk menyemarakkan hari kemerdekaan
we decided to have nasi lemak and
roti canai for breakfast
dekat mamak khalifah bistro kd
surprisingly sedap sangat nasi lemak dia
siap ada telur mata goyang lagi on top
so next time boleh datang lagi
harga pun RM3.50 je

Referring to my post here
sis pergi klinik untuk baby scan
banyak klinik buka tapi doktor cuti
boleh macam tu? haha
so ada satu klinik ni
sebelah mamak tempat kiteorang lepak
receptionist dia suggest ke Klinik Siti
bila google, okay klinik ni buka
located dekat je dengan rumah sewa lama 
Klinik Siti ni macam klinik baru
special untuk ultrasound and xray
sebab dulu masa dok rumah sewa lama
rasanya klinik ni belum wujud
atau sis tak perasan? hm
anyway, takde orang pun masa pergi tu
bila dah register terus jumpa doktor
and buat baby scan



so doktor cakap
so far baru nampak kantung je
baby belum formed pun
kandungan baru dalam 4 weeks
but its certainly there
congrats you are pregnant!



logically memang 4 weeks pun
sebab ttc awal bulan august kan
kalau diikutkan period cycle dah day-55
apepun, doktor suruh buat next checkup
and buka buku pink dekat kk kd
sis dah set appointment dah
it will be on 1st October
by that time, kalau ikut period cycle dah day-87
kalau ikut assumption sis, baru 2 months kot
for now just kena jaga makan
and make sure makan folic acid everyday
will update more on this 1st October nanti
xoxo



Dokoh Murah

 Hai gais
bulan 9 ni mesti tertunggu-tunggu 9/9 kan
sebab memasing tak sabar nak shopping
tapi sis di sini.. hm agak sendu
macam tak percaya je 9/9 tak shopping
sempat grab satu barang je
which is dokoh
dokoh tu apa?
ha itu lah soalan ofismet sis
dia lelaki, mostly lelaki taktau dokoh tu apa
dan tak penting pun untuk dorang tau
so dokoh ni actually sejenis aksesori
khas untuk baju kebaya
sis dah ada satu kat rumah
tapi dah rosak dan dah buang pun
so was thinking to get the new one lah
so here it is



nice kan?
selain pakai dengan kebaya
pakai dengan baju kurung pun okay je
yang gold tu sis punya
yang silver tu jiha punya
satu dokoh tu only cost me RM11.50 je
punya lah murah sekarang ni kan
dulu harga standard dia RM25 tau
tu pun kat masjid india
so sesape nak beli
boleh lah refer sini
sekian itu saja pembelian bulan ni
kena saving huhu
sebab next month nak pi cameron

xoxo bye!

Tuesday, September 8, 2020

Solat Hajat Ameera

Hi gais
so weekend lepas sis balik kelantan
naik flight airasia guna duit refund
meninggalkan husband sis kat rumah
so jadi lah single kejap hikhik
balik dengan adik lelaki and wife dia
semata-mata untuk event solat hajat
parents nak buat solat hajat
khas untuk si ameera ni
yang bakal bersalin awal bulan 11
alang-alang tu tahlil lah juga
untuk nenek tersayang
basically jumaat pagi tu balik
husband hantar kat mrt surian 7am
pastu gerak sendiri pergi muzium negara
jalan kaki ke kl sentral
dan amek bus 8am ke klia2
by 9am dah selamat sampai klia2
flight pula pukul 10.40am



Sis sebenarnya tak amek cuti pun
kira work from kampung
sebab minggu lepas tu minggu wfh
so senang lah nak gerak sana sini aherher
(baca : mengular)
basically jumaat tu lepak rumah je
sabtu pula event start dari pagi
jiran-jiran datang ber-rewang
menu hari tu ada gulai ayam
acar timun, daging kicap, agar-agar
rambutan, koktel dan sebagainya
bila tetamu dah balik
kena basuh pinggan sampai ke malam
penat betul hari sabtu tu
hari ahad dah kena balik kl
tak sempat berjalan merata pun
so memang balik tu untuk event solat hajat je





Semoga Allah permudahkan
urusan bersalin nik nur ameera
dapat anak yang soleh/solehah
Allah kuatkan semangat ibu mengandung
semoga tempoh contraction tu nanti pun tak lama
yang penting ibu dan anak tu
 kedua-duanya selamat dan sihat
aaminnn

Thursday, September 3, 2020

Dedaun Langat Resort

Hi gais
weekend haritu sis ada gathering
dengan geng-geng ofis
22-23 ogos 2020
macam biasalah geng melayu ofis
last time pernah buat gathering dekat Janda Baik
pastu dua kali dekat Sungai Sendat
so kali ni dekat Hulu Langat pula
Dedaun Langat Resort namanya
ceruk gila tempat tu
dekat dengan sungai pangsun
idea untuk ke Dedaun ni paksu yang suggest
tapi dia sendiri tak dapat join
so sis lah memula tolong tanyakan owner dedaun
date yang available untuk kiteorang booked
tup tup sis yang kena handle staycation ni
tapi sis okay jerrr
sebab dah biasa handle trip kan









Dua bulan sebelum tu sis dah siap booked
sebab dedaun ni asyik full je weekend
book thru whatsapp je dekat sini
sesape berminat boleh terus whatsapp owner
owner tu sendiri yang akan reply
tapi lambat sikit lah kena bersabar
kalau korang book
whatsapp akan automatic reply
dia bagi sekali dengan spreadsheet
which korang boleh check availability
so senang lah nak plan tarikh nanti



Dedaun ni ada 4 jenis bilik
harga dia ikut jenis bilik lah
bilik berdua, bertiga, berempat dan berlima
facilities boleh dikatakan lengkap
kalau toilet tu kiranya dah ada
tuala, sabun, shampoo
macam sis amek bilik berempat
so satu rumah tu ada dua bilik, ruang tamu,
ruang dapur, balkoni dan satu bilik air
rumah lengkap dgn tv dan astro, sofa
dapur ada gelas, heater, 3in1
iron kena mintak dekat reception
bilik ada satu queen bed dan dua single beds
masing-masing ada almari, ada hanger,
ada ceiling fan, yang takde cuma aircond
aircond memang tak disediakan dekat dedaun
sebab dorang claim dah sejuk bila malam
tapi betul lah tu, sebab keliling dia hutan kan











Overall, memang puas hati lah
swimming pool dia best
sebab betul-betul depan pintu bilik
yang spoil cuma line fon nyawa-nyawa ikan
dan wifi dia problem
owner cakap biasanya wifi okay je
kebetulan pula time datang tu wifi rosak
tapi takpelah kan
sebab macam-macam aktiviti boleh buat
dorang ni sempat lah juga ber-bbq,
main bola sebab ada padang kecik
dan ber-karok di malam hari
kalau nak karok kena bayar harga lain
dedaun tu charge 3 jam RM100
nak bbq tu pun kena sewa tapak
pakej sewa tapak pula RM100
sekali lah dia kasi pinjam peralatan bbq
takdehal lah kalau share ramai-ramai kan













Kali ni punya staycation lagi ramai
compared to sebelum ni sebenarnya
apepun thankyou semua di atas kenangan
jumpa lagi di staycation akan datang
dorang ni dah sebut-sebut nak buat bulan 1
nak pergi rumah bonda rozita katanya
pastu sape tu nak handle? hahaha



Before memasing balik
sempatlah singgah lunch dulu
dekat Restoran Terra Pong Batu 18
harga lunch set boleh tahan
tapi sedap gila makan besar kat situ
rasa macam nak pergi lagi je
bawak family pula lain kali
serius sedap dan berbaloi
ikan semua fresh-fresh



xx