Tuesday, September 8, 2020

Solat Hajat Ameera

Hi gais
so weekend lepas sis balik kelantan
naik flight airasia guna duit refund
meninggalkan husband sis kat rumah
so jadi lah single kejap hikhik
balik dengan adik lelaki and wife dia
semata-mata untuk event solat hajat
parents nak buat solat hajat
khas untuk si ameera ni
yang bakal bersalin awal bulan 11
alang-alang tu tahlil lah juga
untuk nenek tersayang
basically jumaat pagi tu balik
husband hantar kat mrt surian 7am
pastu gerak sendiri pergi muzium negara
jalan kaki ke kl sentral
dan amek bus 8am ke klia2
by 9am dah selamat sampai klia2
flight pula pukul 10.40am



Sis sebenarnya tak amek cuti pun
kira work from kampung
sebab minggu lepas tu minggu wfh
so senang lah nak gerak sana sini aherher
(baca : mengular)
basically jumaat tu lepak rumah je
sabtu pula event start dari pagi
jiran-jiran datang ber-rewang
menu hari tu ada gulai ayam
acar timun, daging kicap, agar-agar
rambutan, koktel dan sebagainya
bila tetamu dah balik
kena basuh pinggan sampai ke malam
penat betul hari sabtu tu
hari ahad dah kena balik kl
tak sempat berjalan merata pun
so memang balik tu untuk event solat hajat je





Semoga Allah permudahkan
urusan bersalin nik nur ameera
dapat anak yang soleh/solehah
Allah kuatkan semangat ibu mengandung
semoga tempoh contraction tu nanti pun tak lama
yang penting ibu dan anak tu
 kedua-duanya selamat dan sihat
aaminnn

No comments:

Post a Comment