Thursday, September 3, 2020

Dedaun Langat Resort

Hi gais
weekend haritu sis ada gathering
dengan geng-geng ofis
22-23 ogos 2020
macam biasalah geng melayu ofis
last time pernah buat gathering dekat Janda Baik
pastu dua kali dekat Sungai Sendat
so kali ni dekat Hulu Langat pula
Dedaun Langat Resort namanya
ceruk gila tempat tu
dekat dengan sungai pangsun
idea untuk ke Dedaun ni paksu yang suggest
tapi dia sendiri tak dapat join
so sis lah memula tolong tanyakan owner dedaun
date yang available untuk kiteorang booked
tup tup sis yang kena handle staycation ni
tapi sis okay jerrr
sebab dah biasa handle trip kan









Dua bulan sebelum tu sis dah siap booked
sebab dedaun ni asyik full je weekend
book thru whatsapp je dekat sini
sesape berminat boleh terus whatsapp owner
owner tu sendiri yang akan reply
tapi lambat sikit lah kena bersabar
kalau korang book
whatsapp akan automatic reply
dia bagi sekali dengan spreadsheet
which korang boleh check availability
so senang lah nak plan tarikh nanti



Dedaun ni ada 4 jenis bilik
harga dia ikut jenis bilik lah
bilik berdua, bertiga, berempat dan berlima
facilities boleh dikatakan lengkap
kalau toilet tu kiranya dah ada
tuala, sabun, shampoo
macam sis amek bilik berempat
so satu rumah tu ada dua bilik, ruang tamu,
ruang dapur, balkoni dan satu bilik air
rumah lengkap dgn tv dan astro, sofa
dapur ada gelas, heater, 3in1
iron kena mintak dekat reception
bilik ada satu queen bed dan dua single beds
masing-masing ada almari, ada hanger,
ada ceiling fan, yang takde cuma aircond
aircond memang tak disediakan dekat dedaun
sebab dorang claim dah sejuk bila malam
tapi betul lah tu, sebab keliling dia hutan kan











Overall, memang puas hati lah
swimming pool dia best
sebab betul-betul depan pintu bilik
yang spoil cuma line fon nyawa-nyawa ikan
dan wifi dia problem
owner cakap biasanya wifi okay je
kebetulan pula time datang tu wifi rosak
tapi takpelah kan
sebab macam-macam aktiviti boleh buat
dorang ni sempat lah juga ber-bbq,
main bola sebab ada padang kecik
dan ber-karok di malam hari
kalau nak karok kena bayar harga lain
dedaun tu charge 3 jam RM100
nak bbq tu pun kena sewa tapak
pakej sewa tapak pula RM100
sekali lah dia kasi pinjam peralatan bbq
takdehal lah kalau share ramai-ramai kan













Kali ni punya staycation lagi ramai
compared to sebelum ni sebenarnya
apepun thankyou semua di atas kenangan
jumpa lagi di staycation akan datang
dorang ni dah sebut-sebut nak buat bulan 1
nak pergi rumah bonda rozita katanya
pastu sape tu nak handle? hahaha



Before memasing balik
sempatlah singgah lunch dulu
dekat Restoran Terra Pong Batu 18
harga lunch set boleh tahan
tapi sedap gila makan besar kat situ
rasa macam nak pergi lagi je
bawak family pula lain kali
serius sedap dan berbaloi
ikan semua fresh-fresh



xx



No comments:

Post a Comment