Sunday, May 30, 2021

My 30th Birthday

Assalamualaikum
tahun ni birthday sis 11may21
jatuh dalam bulan puasa tu dah satu hal
tambah pula time dalam pantang yih
memang totally cancelled!
tapi dalam diam
rupanya husband sis order nutella cake
to celebrate among family members
dapatlah sis merasa satu suap je cake tu
buat cukup syarat
abaikan gambar tak hd dari phone oppo FIL
abaikan juga keselebetan sis dalam pantang
dengan muka berminyak
dan berkain batik huhu
 











Sempena birthday sis tahun ni
sis taknak hadiah pun
cukup lah doakan sis dan keluarga
sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik
rezeki harta yang melimpah ruah
hidup diredhai dan dirahmati Allah
doakan juga sis dapat kerja baru
sebab dah tahun keempat stuck dekat xox ni
tak berkembang huhu



Apepun, thanks to my bff ainaraihan
sebab bagi gift romper comel dekat baby
tunggu baby besar sikit nanti kita ootd ye
tak lupa juga baju untuk mak baby
tau-tau aje saiz kita
dah try pakai haritu memang ngam
thanks juga dekat noya
sebab bagi baby essentials from amway
mahal kot produk amway ni
setakat ni dah guna baby oil je
best gila bau dia
both of you are so kind and thoughtful!
terima kasih sangat-sangat tau



xx

Berpantang

Assalamualaikum
lagi 4 hari genaplah 44 hari berpantang
tapi even dah habis pantang pun
still makan kena jaga
sebab baby breastfeed
takut nanti dia sakit perut
kita juga yang susah nanti
sepanjang berpantang ni sis ada dekat rumah MIL
betapa berkecahnya rumah MIL
(sorry umi sepanjang pantang ni
keadaan rumah umi bersepah macam ni)
bilik tidur semua dekat tingkat atas
jadi terpaksalah sis berpantang di ruang tamu
sebab katanya lepas bersalin ni
tak boleh naik tangga
bayangkan dekat ruang tamu letak katil
dengan babycot lagi, baby swing lagi
barang-barang keperluan baby lagi
kita yang menengok pun serabut
ini kan tuan rumah huhu





Alhamdulillah
selepas warded seminggu dekat HKL
akhirnya dapat balik berpantang di rumah umi
nikmatnya dapat makan proper food
khas untuk orang berpantang ni
tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya sis
dekat hospital tu tak terjaga makan minum
mental pun sama
itulah tak sempat sis nak bercerita lagi
nanti sis update cerita dekat hospital
especially bila kena warded dekat wad kanak-kanak
betapa koyaknya sis time tu

Terima kasih umi
sebab hari-hari masakkan makanan berpantang
semuanya sedap-sedap untuk Ika
tak sangka makanan berpantang pun sedap
macam-macam lauk ikan umi sediakan
ada jenahak, merah, cot, salmon
hari biasa takde pun dapat makan macam ni
terima kasih juga umi
sebab sediakan air panas untuk Ika mandi
kemas dan bersihkan tempat tidur
basuh baju Ika semua
dan jagakan baby bila Ika terlalu penat
dan mengantuk sebab baby berjaga malam
tak terbalasnya jasa baik umi untuk Ika
untung betul dapat ibu mentua macam umi
semoga Allah sentiasa kurniakan umi
kesihatan berpanjangan dan
rezeki yang melimpah ruah 
tak putus-putus
aaminnn













Terima kasih juga
buat yayang saya, husband tercinta
sebab sponsor pakej berurut
selama 2 minggu semasa berpantang ni
lega sungguh
hilang segala sakit-sakit dan lenguh-lenguh badan
semasa pregnant dan bersalin ni
Terima kasih juga sebab
sudi teman berpantang kat ruang tamu
sanggup tiap malam tido dekat sofa je
sampai diri sendiri sakit-sakit badan
pastu lepas subuh tolong jagakan baby pula
sampailah tengahari
sebab nak biarkan saya berehat dan tidur
terima kasih yayang
kalau takde awak taktahu lah jadi apa



xx

Saturday, May 29, 2021

Eid 2021

 Assalamualaikum
macam tak percaya je
yang ni 1st entry untuk bulan 5
been very busy jaga anak
yelah, first time jadi mak orang kan
apepun kita still dalam bulan syawal
sempat lagi kot nak ucap
selamat hari raya maaf zahir batin
rayakan sebulan huhu raya ke tu?
raya tahun ni macam raya tahun lepas juga
tak dapat nak balik kelantan
cuma kes covid pada raya kali ni lagi teruk
sebab gov umumkan pkp satu malaysia
gov tak benarkan pegi raya rumah orang pun
macam last year boleh lah buat open house
satu rumah tu tak lebih 15 orang family members
tahun ni takde ye berangan jelah
memang raya dediam kat rumah









Hari raya jatuh pada 13/05/2021
kebetulan sis pun masih dalam pantang
jadi masakan raya mampu tengok je
alah tak terliur pun lah
bukannya sis makan pun ketupat lemang tu
jadi macam ni jelah raya tahun ni
sis bangun pun dah tengahari
sebab anak berjaga malam
pastu bersiap pakai cantik-cantik
amek gambar family raya dalam rumah je
pastu bila dah kepanasan
tukar pakai baju tshirt kain sarung balik
itulah suasana raya tahun ni
tapi bunga api tetap onz ye
malam raya tu dari 8pm sampai 12pm nonstop
nasib baik baby mommy ni
jenis tak terkejut dengar bunyi kuat
dia terkejut dengan bunyi yang kita tak expect
contohnya bunyi nasi dah masak
bunyi pintu dikunci dan orang batuk huhu










Tak sangka raya tahun ni dah bertiga
anak lah paling untung
sebab dapat duit raya beriban
nanti kita pergi buka tabung haji awak ye baby
baby setakat ni tak berjumpa lah
dengan akong dan nenek di kampung
tahu-tahu je nanti baby dah besar huhu














semoga raya tahun depan
kita semua dapat balik kampung
beraya bersama keluarga tersayang
dan semoga covid19 ni cepat lenyap di muka bumi ni
aaminn





















ye gais
gambar raya tahun ni memang setempat je
sebab rumah ni berkecah gila
(sorry umi)
sis berpantang kat ruang tamu
jadi ruang tamu ni ada single bed bayangkan
dengan babycot lagi huhu
anyway, selamat hari raya gais!
hopefully raya tahun ni bermakna
macam raya tahun-tahun sebelum juga
walaupun tak dapat balik kampung sobs
xx