Thursday, July 30, 2020

Ibadah Korban Last Minute

Hi gais!
sis nak cerita pasal korban
semalam sis bayar satu pertubuhan ni
untuk laksanakan korban luar negara
sebab semalam tetiba abah sis whatsap
mintak tolong carikan memana pertubuhan
yang buat korban dekat luar negara
betul-betul last minute ni dia terasa nak korban
kalau nak korban dekat surau / masjid terdekat
mostly dah tutup penyertaannya
yelahkan esok dah raya
orang dah siap-siap tambat lembu
lembu pun tunggu nak kena sembelih je
sis sebenarnya dari last year niat nak buat korban
tapi sis tetiba lupa raya haji hujung bulan ni
jadi sis tak saving awal-awal
nak terus bayar sejumlah duit untuk
buat korban ni terasa banyak sangat
terasa duit ni boleh guna untuk benda lain
terasa sayangnya hahahhaha
itulah yang orang kata
hikmah disebalik pelaksanaan korban ni
salah satunya nak kikis sifat tamak dan
lahirkan sifat murah hati
selain dari dapat hapus dosa dan
harapkan redho Allah
kita pun tahu kalau kita buat korban
korban kita ni akan jadi kenderaan / tunggangan
masa kita meniti dekat titian sirat di akhirat nanti

Tapi tulahkan, sayangnya duit
padahal satu bahagian lembu yang dikorbankan
di luar negara ni cuma RM320
range dia memang RM290-RM350
kalau nak dibandingkan dekat Malaysia
yang rata-rata range RM600-RM700
last-last sis memang tetapkan hati je
terus amek bahagian untuk diri sendiri
bayar dan tetiba datang sekilas sebak tu
sebab first time dalam hidup buat korban
semoga korban sis dan abah sis ni diterima Allah
proses bayar semua thru website
sangat memudahkan
pastu pertubuhan akan hantar email dekat kita
seterusnya admin dia akan whatsap personally
sis pilih Pertubuhan Fitrah Ummah
boleh tengok facebook dia dekat sini
website dia pula dekat sini
kenapa sis pilih pertubuhan ni?
banyak lagi pertubuhan lain
asalnya sis search dekat twitter
pastu terjumpa lah pertubuhan ni
sis rasa murah pastu sis save jela dalam phone
as simple as that hahaha
pastu sis whatsap pengerusi pertubuhan ni
tanya itu ini
(satgi sis share apa yang sis tanya)
sis sempat juga stalk pengerusi ni kat fb
rasa macam ustaz ni boleh dipercayai
so sis pun buatlah korban thru pertubuhan ni

antara soalan sis
Q1 : kalau buat korban luar negara ni,
ada video ke ustaz?
A1 : penyertaan mulai hari ini akan dilaksanakan
di Bangladesh pada hari raya kedua,
untuk laporan perseorangan
kami akan update melalui whatsap pada peserta
tapi kami tidak lagi sediakan laporan bergambar
laporan bergambar kami akan update
melalui media sosial sahaja
Q2 : apa beza korban di malaysia dan
di luar negara? kenapa korban di malaysia
lagi mahal?
A2 : beza korban di Malaysia, kita boleh lihat
depan mata, boleh niat dan sembelih sendiri
tapi harga agak tinggi sebab harga lembu
di Malaysia agak mahal, average RM4500-RM5000
manakala korban di luar negara ni
kita just pilih organisasi mana yang kita yakin
harga lembu kambing pula lebih murah
lembu kambing sembelihan cukup syarat
dan saiznya ikut negara pelaksanaan
ada saiz sederhana ada besar
tapi syarat sah wajib follow
amanah orang ni
tanggungjawab organisasi untuk tunaikan
Q3 : kalau takde gambar / video yang
sebut nama peserta, cemana peserta
nak yakin yang organisasi ni betul-betul
laksanakan korban untuk  mereka?
organisasi boleh je upload gambar / video
tahun-tahun lepas di socmed dan claimed
'inilah gambar / video korban pada tahun ni'
A3 : sebab tu pilih organisasi yang kita yakin
pada tahun sebelumnya kami memang
sediakan gambar sembelihan setiap lembu
cuma tahun ni tak boleh fly ke luar negara
kami risau jika janji gambar pada peserta
nanti wakil luar negara tak buat betul-betul
kami pula tak dapat beri pada peserta
jadi untuk mengelakkan masalah ni
kami decide untuk tidak sediakan gambar

so gais, basically korban luar negara ni
memang atas dasar yakin je
yakin dengan organisasi
kalau organisasi tak buat kerja
itu atas urusan orang-orang organisasi tu dgn Allah
kita dah daftar ni, tawakal je
tawakal yang Allah akan terima amal ibadah kita
apapun yang paling afdhol
lihat sendiri lembu depan mata
pilih sendiri lembu paling besar
dan sembelih sendiri, itu paling baik
tapi jangan tak buat langsung
rugi tak dapat pahala korban
gittew katanya ustaz
insyaAllah tahun depan kita amek bahagian
yang dekat-dekat kawasan rumah
barulah kita dapat merasa daging korban kan
selebihnya kita agihkan sendiri
pada mereka yang tak berkemampuan

xoxo



Wednesday, July 29, 2020

Kayman Coalface Soap Cleanser Review

Hi gais!
awal bulan haritu sis ada beli
Kayman punya soap cleanser
the reason kenapa sis pilih soap
sebab kulit sis jenis combination
kalau kulit jenis dry ni
dah lama sis beli yang jenis liquid
sebab botol dia jenis pump
lagi convenient kan
korang yang nak beli boleh refer bawah ni


sis beli sebab baca banyak gila review bagus
dekat twitter lah mostly
plus i ran out of my current cleanser
sis pakai cetaphil yang 1 liter tu
memang elok dengan kulit sis
sebab tulah terus beli 1 liter aherher
so thinking of trying out something new lah
sebab dah bosan kan pakai cetaphil
so lepas beli tu sis terus pakai lah
for the wholeeee week
apa yang sis suka pada coalface soap ni
dia tak bau pelik tau
dia bau macam madu sikit
since ingredient dia memang ada madu
dia banyak buih so seronok nak gosok muka
bila dah basuh muka tu
rasa macam bersih je muka ni
apa yang sis tak suka pula pada coalface soap ni
dia sejenis sabun
bila sabun, dia akan cair dalam toilet
so rasa geli bila setiap kali nak pegang
rasa unhygienic pun ada
that is why sis rasa
kalau dalam bentuk liquid lagi best

TAPI kan, okay ada tapi
the second week sis pakai
muka sis dah start naik jerawat kecik-kecik
jerawat ni kalau sis picit
tak keluar nanah tau
tapi macam air bisa, scary gila
penuh ha satu muka merah-merah
dah lah minggu yang kena kerja kat ofis
even pakai foundation pun
still nampak kulit muka tak smooth
dan even worst sebab kerja dalam aircond
kulit jadi dry dekat dahi dan pipi
so sis decided untuk stop guna coalface soap ni
maybe ada ingredient yang tak sesuai dengan skin sis
yelah kita pun tau kan
baik untuk kulit orang lain tu
tak semestinya baik untuk kulit kita
sis pula tak buat patch test
memang terus pakai je coalface soap cleanser ni
sebab dah alang-alang cetaphil habis kan
so careful ye gais
always do patch test first!

third week pula which is last week
jerawat semua dah surut
sis kena deal dengan hypigmentation lah pula
memang parut-parut satu muka lah cerita dia
nasib baik work from home
sis pakai bio oil jela sepanjang masa
this week sis kerja kat ofis
ada lagi kesan sikit-sikit parut
tapi a lot better than previous week
takes time lah kan untuk faded, takkan terus hilang
itulah dah lah esok lusa nak raya ni
nak balik kampung
mesti family sis nanti tanya-tanya
husband sis dah padan mukakan sis awal-awal
katanya dah elok dengan satu skincare tu
stick jela dengan yang tu
gatal ha nak try benda lain
itulah padahnya!
huhuhu sis redhooooo

so lebihan coalface soap tu sis dah jual kat carousell
jual murah-murah, RM25 je
sis beli dekat agent Kayman on shopee
dengan harga RM35
dah murah sangat dah tu sis jual balik
sebab baru guna 1/5 dari soap tu
yang beli tu hopefully
orang yang dah biasa pakai and
has a good effect on her skin

xoxo


SNP Sky Awani 4

Hi gais!
lanjutan dari post rumah sis
dekat post sini dan sini
just a short one on update
selasa lepas 21/07/2020
sis sempat teman husband pergi amek SNP
dekat skyworld gallery Setapak
macam-macam aktiviti sis bila WFH ni
kemain kan macam takde kerja
hahahahha


Alhamdulillah our first SNP!
next month dah start kena bayar progressive
mula mula ni baru RM140 je
tapi lama-lama makin naik lah
sejajar dengan progress bangunan tu siap
tak sabar nak ada rumah sendiri ya Allah
semoga Allah murahkan rezeki harta
pada kami suami isteri ni
boleh cari duit lebih sikit untuk renovation nanti
aaminn!
till next update, xoxo

Sushi King Bonanza!

Hi gais!
last week sushi king malaysia
organized 7 days of Bonanza
which over 45 varieties of sushi semua RM3.18 je
kalau makan 16 plates baru RM50
sis exciteddddd sebab first time ni
first time nak try bonanza sushi king
tapi turned out husband sis dengan adik sis
dedua pun first timer juga hahaha
sis tak larat lah nak beratur panjang
panjang pula dari kl sampai jb
lagi-lagi on weekends kan
tapi kali ni sis pergi hari khamis malam
23/07/2020
husband sis pula baru gaji aherher
just right in time!
dia pun semangat je jom kan sis

kiteorang decided pergi sushi king one utama
pergi lepas maghrib
takdelah panjang mana pun beratur
rupanya bonanza ni untuk sushi king member je
berdesup sis register membership dekat apps
dan setiap membership tu boleh bawa tiga orang je
setiap kali join bonanza
akan dapat rebate RM5 dekat apps
bonanza ni kena makan within an hour tau
tapi serious gais
banyak mana je perut korang muat
sushi king ni mengenyangkan tau
kitorang bertiga mampu 18 plates je
kenyang dia macam nak termuntah
mengah gila nak berjalan lepas makan
dah lah balik rumah nak tido
makanan tak sempat nak hadam pun
tapi memang puas hati lah
sebab sushi king sedappppppp
banyak-banyak kedai sushi yang sis try
sis tetap pilih Sushi King!


Terima kasih buat husband tersayang
yang sentiasa belanja sis makan
langsung tak berkira dengan sis
kalau ajak makan memana
semuanya dia jom kan je
walaupun terpaksa kensel diet huhu
semoga rezeki harta untuk suami ku ni
melimpah-limpah
tak pernah putus sampai ke akhir hayat
aamiin!
xoxo

Ninso Emporis Kota Damansara

Hi gais!
jumaat lepas 24/07/2020
sis ajak husband ke Ninso Kota Damansara
Ninso ni baru je bukak
terletak dekat Emporis Kota Damansara
dekat je dengan rumah sis
Emporis tu memang takde apa pun
sebab baru je buka juga
time sis pergi tu yang ada cuma
Jaya Grocer, Ninso, 7E dan kedai mamak
Ninso ni kedai RM2 ye gais
kot lah korang tak tahu kan
macam eco shop tu tapi kat KD ni takde eco shop


Sis sangatlah excited nak pergi Ninso
sebab sis ada baca thread dekat twitter
list of barang-barang orang beli
dekat Ninso & eco shop
mostly barang-barang pencuci
katanya sangat berbaloi sebab
suprisingly berkesan walaupun murah!
thread tu korang boleh refer sini
atau korang search je dekat twitter
ninso thread, eco thread pastu filter location
buat 'near you'
ninso kd ni besar lah juga
banyak jual makanan juga
tapi korang kalau nak shopping kena bijak
sebab ada je barang yang sebenarnya
harga tak sampai pun rm2 tapi dijual rm2
macam tu lah cara kedai rm2 untung
tapi chocolate mars, sneakers semua RM2
berbaloi gila sebab dekat speedmart pun RM2.60
kalau korang nak tahu
speedmart ni paling murah jual barang dapur
compared to tesco and giant
jadi pegilah speedmart kalau nak beli biskut,
kicap, beras, nugget dll
barang basah macam ayam sayur tu
terpaksalah ke pasar / giant / tesco / nsk

Okay back to topic
kedai rm2 ni paling berbaloi beli barang plastik
semua orang tau benda ni kan
contohnya bakul baju, baldi, food container dll
kena bijak membeli gais!
ingat pesan sis ni hahaha
sis pun basically borong aluminium foil,
food ziplock bag, pencuci toilet & lantai,
toiletries rack dan jajan
so itulah ceritanya
sebelum lepak kedai mamak dekat ninso tu
which is NOT recommended sebab
tak sedap pun maggi goreng mamak tu
and roti tisu dia ada colorful sprinkles!
macam WHYYYYYY
you actually ruined roti tisu's original taste man
nama kedai tu Restoran Faizul Maju
dont go there! nanti menyesal
banyak lagi kedai makan lain depan mata

sekian pasal ninso
xoxo

Seirock-ya Ramen Malaysia

Hi gais!
sabtu lepas 25/07/2020 adalah
minggu yang sis kena balik rumah mentua
memang dua minggu sekali kena balik
jadi before balik tu
sempatlah sis singgah lunch dulu
kali ni sis layankan perut husband sis
dia nak ramen jepun gais
so bila google jumpa lah Seirock-ya Ramen ni
masing-masing first time ke restoran ni
dia terletak dekat shop lot area starling mall
jadi bila sebut starling mall
korang mesti dah dapat imagine kan
cemana jem nya kawasan tu
dan susahnya parking
so yes, itu jela yang kena hadap



Seirock-ya Ramen ni tak besar pun
ada dalam lapan meja je
nak tengok menu kena scan barcode je
atau korang refer je official website dia
boleh refer sini
basically specialty dia memang dekat ramen lah
nama pun kedai ramen kan
kalau rasa makan ramen tak kenyang
korang boleh je makan nasi macam sis
sis order Chicken Teriyaki Bowl, harga RM17.90
sis rate 5/10 sebab dia served
nasi dan teriyaki chicken je semata-mata
dalam satu mangkuk
takde letak sayur ke timun ke
portion tak sikit tak banyak
husband sis pula order Toripaitan Extreme Egg
denga harga RM21.90
kalau order ramen ni boleh pilih saiz noodle
sama ada nak thick atau thin
husband sis amek thick
saiz dia lagi besar dari mee kuning tu
sis rate 8/10
sup dia rasa sedap lah
tak boleh nak samakan dengan sup-sup biasa
lauk dia banyak, cuma portion mee tu sikit
apepun dari segi harga ni agak mahal lah bagi sis
lokasi, harga, ambience kedai sis bagi 5/10
tapi dari kesedapan makanan tu overall 7/10
will i come again?
yes, looking forward to try other meals
tapi datang right after lepas gaji
baru tak terasa sangat duit membazir
hahahaha


lepas setel makan kiteorang gerak balik ampang
sempat singgah aeon big ampang waterfront
sebab nak pegi inn salon pula
sis dah rimas rambut asyik gugur je
so sis decided nak cut, wash, blow, relaxing dan
hair fall treatment
tiga jam juga lah sis dalam salon tu
dari pukul 4 sampai pukul 7
kelam kabut balik rumah mentua nak solat asar
nasib baik dekat je
basically cut wash blow RM40 je
(sis buat bob cut lagi kali ni)
relaxing rambut paras atas bahu RM125
bila sis add on hair fall treatment RM70 tu
dia kira FREE cut wash blow RM40
so total semua RM195
sis nak cerita juga pasal ni sebab
 next time sis boleh refer balik dekat blog ni
sis perasan buat rebonding RM99 je
tapi sis buat relaxing sebab nak nampak natural
relaxing lagi mahal dari rebonding
lepas buat relaxing ni kena tunggu lepas dua hari
baru lah boleh shampoo
kalau next time nak datang for treatment
harga dia RM140, free cut & wash
sis tak tahu lah mahal ke tak harga kedai ni
sebab sis dah lama tak pegi hair salon
kalau korang tahu hair salon murah
especially dekat area klang valley ni
boleh lah share dengan sis dekat comment section
sekian itu saja untuk post ni
till then, xoxo!




Mini Cake Murah Klang Valley

Hi gais!
kelmarin sis bawak mini cake ke ofis
mini cake ni memang sis beli untuk Raihan
sempena birthday dia yang ke 26
birthday dia sebenarnya isnin minggu lepas
but since isnin minggu lepas tu
team sis kena work from home
so terpaksa lah bawak isnin minggu ni
sis beli dari bakeybites.my
dah banyak kali sis repeat order dari kedai ni
dulu kedai ni tak famous tau
tapi sejak post owner kedai ni viral dekat twitter
terus owner dia nak reply whatsap pun susah
susah bukan apa
sebab terlalu banyak whatsap masuk
jadi dia takes time lah nak reply satu-satu
tapi sekarang dia dah ada agent area KL & Selangor
so dah takde issue lambat reply whatsap kot

kedai ni memang famous dengan mini kek RM15 dia
ada macam-macam pattern
macam-macam flavour
korang just pilih je mana yang berkenan
serious semua design comel-comel!
nak request wording in hangul pun boleh
delivery pula area klang valley with charges
sis pilih flavour chocolate nutella
dengan pattern mini love cake
sis self pickup dekat rumah owner ni je
sebab rumah dia dekat ppr kd
dekat je dengan rumah sis
kalau nak pergi kedai dia boleh je
ada dekat subang bestari
korang boleh waze ke
Flurry Ice Cream
which located dekat Jalan Utarid U5/5


sis sempat juga try mini kek ni kelmarin
rasa dia sedap, tak terlalu manis
icing dia tak rasa pelik
basically sedap lah untuk kek RM15
portion dia pula sebesar tapak tangan
macam dua slices kek secret recipe tu
selain jual mini cake
banyak jual benda lain yang dia jual
contohnya creampuff, cheesetart,
sagu gula melaka, pudding caramel, vietnam roll
dan macam-macam lagi
korang boleh tengok sendiri lah dekat ig dia
apapun happy birthday sekali lagi, Raihan!
hopefully rai suka kek yang kita bagi ni


xoxo

Friday, July 17, 2020

SkyAwani 4 Virtual Showroom

Hi gais
kembali lagi bersama sis dalam rancangan..
weh apa cite rumah kau sekarang?!
seperti sedia maklum
sis dan hubby dah beli satu unit rumah
dekat Sky Awani 4, refer post sini
okay so far progressive payment tu
 belum start kena bayar
profit rate rhb pula dah turun
dari 4.4% kepada 3.65%
virtual showroom skyawani 4 pula baru siap
boleh refer sini untuk virtual reality experience
or else, here goes the pictures




















Macam ni jela gais kalau rumah 800sqft
tak boleh ada banyak barang
kang orang konfius pula rumah ke stor
almari semua kena sampai ke siling
sebab nak jimat space kan
tak boleh lah almari banyak-banyak
so kena pandai lah arrange perabot nanti
sekarang ni sis tengah saving pun aim
sebab nak 
renovation rumah
doakan semuanya dipermudahkan ya gais!
you ols muda-muda dah ada rumah sendiri
sis nanti umur 32 baru ada rumah sendiri
takpelah, pace masing-masing kan
jangan dengki dengan orang lain
usaha pun masing-masing
rezeki pun masing-masing lah kan
kena syukur selalu pada Allah
achegiteww
xoxo

Siblings Picnic

Hai gais!
last weekend on sunday 12 July 2020
sis ajak adik lelaki sis dengan wife
ber-picnic dekat Taman Tasik Titiwangsa KL
kenapa pilih dekat Taman Tasik Titiwangsa ni?
sebab utamanya adalah sis tak pernah pergi
hahhahahaha
plus Taman Tasik Titiwangsa kan baru dibuka semula
lepas siap construction last year
rasanya pada 15 December 2019
setahun juga lah DBKL tutup
sis tak aware apa yang baru dan apa yang lama
sebab sis kan baru first time pergi
tapi orang cakap yang baru tu sebab ada
water park and nature trails
tapi taman tu sangatlah cantik bagi sis
kawasannya bersih dan terjaga
dikelilingi bangunan-bangunan tinggi KL
dia punya iconic view adalah shooting fountain
dekat tetengah taman tu
dalam 50m jugalah tinggi dia shoot ke atas
soooo mesmerizing!





Masa sis pergi tu
cuaca agak mendung menandakan nak hujan
tapi pengunjung yang datang still ramai gila
mostly datang sebab nak berjogging
tak kurang juga keluarga yang datang
bawa anak-anak morning walk
nasib baik taman tu ada shady place
dapatlah kami ber-picnic sekejap
sebab memang hujan lepas tu
jadi tak dapatlah nak pusing satu taman tu
takpe, boleh datang next time
bukannya jauh pun ye dak





For picnic this time
sis bawa creampuff nutella from bakeybites.my
chicken sandwich and nuggets
and adik lelaki sis bawa nasi lemak
banyak betul makanan pagi tu
memang tak habis dan bawak sampai ke lunch
terima kasih adik ipar masakkan nasi lemak sedap
dan siap tapaukan untuk sis bawak balik
seronok betul dapat berkumpul adik-beradik
baru dapat berkumpul ni since pkp last time
adik-beradik pula tak ramai kan
sekarang semua dah ada kat KL
boleh lah berjumpa selalu
tapi kiteorang picnic tak lama pun haritu
alang-alang menunggu hujan reda dan matahari naik
dalam pukul 10 macam tu kiteorang dah balik
so berjumpa lagi lah nanti raya haji
tak sabar! sebab kiteorang family akan pergi holiday
destinasi pilihan mestilah negeri jiran je
dekat, takpayah drive lama-lama 😁



xoxo



Tayar Pancit Lagi!

Hai gais
semalam sis teman husband sis ke ofis
sebab company husband sis ni
nak pindah ke ofis baru
jadi management jual segala furniture ofis
furniture semua still in great condition
dan dijual dengan harga murah
jadi husband sis belilah arm chair
untuk letak dekat meja pc kat rumah tu
beli dengan harga RM15 je 😂
kisahnya management suruh pickup
dorang bagi masa isnin sampai khamis
6pm to 9pm
itu yang lepas maghrib semalam
sis kena teman husband pegi amek kerusi ni
so by the time sampai menara dion kl
husband park dekat belakang bangunan
bila nak gerak balik rumah
tetiba sis rasa macam tayar belakang belah sis ni
macam tak stable pastu bunyi-bunyi
sis tanya lah husband sis kot bunyi tu dari arm chair
pastu sis suruh husband stop by the roadside
tak jauh dari tempat parking tadi
sebab sis pasti tayar belakang tu pancit lagi!


Kenapa pancit lagi?
sebab januari haritu dah pernah pancit 
time tu lalu dekat roadside depan Gleneagles Ampang
tayar tercucuk besi ha
besi bentuk aerial tapi versi kecik
taktau lah besi untuk apa yang rupa macam tu
tapi rupa dia macam designed purposely
untuk pancitkan tayar kereta orang
bahaya sungguh
so semalam pun tercucuk besi lagi!
tapi mungkin besi dari construction kot
sebab belakang menara dion tu ada construction site
apelah nasib kami huhu
melayang lah RM150 lagi buat tukar tayar sobs
kereta husband sis tu rasanya
dah empat kali tayar pancit
nasib baik husband pandai tukar tayar
terima kasih juga pada sorang pakcik kaya
(sebab dia naik kereta besar)
yang tolong kami semalam
semoga Allah je yang membalas jasa baik
pakcik sekeluarga aaminn



So you guys out there
extra careful kalau nak lalu roadside
sebab memang biasa ada cebisan besi, paku dan
benda-benda tajam dekat roadside ni
dan jangan lupa juga setiap kali nak drive tu
amalkan lah baca ayat kursi dulu
abah sis selalu pesan benda ni
tapi tulah, belum jadi amalan buat sis huhu
semoga lepas ni menjadi amalan bersama
okay sekian itu saja
stay safe stay healthy everyone
xoxo bye!