Thursday, July 30, 2020

Ibadah Korban Last Minute

Hi gais!
sis nak cerita pasal korban
semalam sis bayar satu pertubuhan ni
untuk laksanakan korban luar negara
sebab semalam tetiba abah sis whatsap
mintak tolong carikan memana pertubuhan
yang buat korban dekat luar negara
betul-betul last minute ni dia terasa nak korban
kalau nak korban dekat surau / masjid terdekat
mostly dah tutup penyertaannya
yelahkan esok dah raya
orang dah siap-siap tambat lembu
lembu pun tunggu nak kena sembelih je
sis sebenarnya dari last year niat nak buat korban
tapi sis tetiba lupa raya haji hujung bulan ni
jadi sis tak saving awal-awal
nak terus bayar sejumlah duit untuk
buat korban ni terasa banyak sangat
terasa duit ni boleh guna untuk benda lain
terasa sayangnya hahahhaha
itulah yang orang kata
hikmah disebalik pelaksanaan korban ni
salah satunya nak kikis sifat tamak dan
lahirkan sifat murah hati
selain dari dapat hapus dosa dan
harapkan redho Allah
kita pun tahu kalau kita buat korban
korban kita ni akan jadi kenderaan / tunggangan
masa kita meniti dekat titian sirat di akhirat nanti

Tapi tulahkan, sayangnya duit
padahal satu bahagian lembu yang dikorbankan
di luar negara ni cuma RM320
range dia memang RM290-RM350
kalau nak dibandingkan dekat Malaysia
yang rata-rata range RM600-RM700
last-last sis memang tetapkan hati je
terus amek bahagian untuk diri sendiri
bayar dan tetiba datang sekilas sebak tu
sebab first time dalam hidup buat korban
semoga korban sis dan abah sis ni diterima Allah
proses bayar semua thru website
sangat memudahkan
pastu pertubuhan akan hantar email dekat kita
seterusnya admin dia akan whatsap personally
sis pilih Pertubuhan Fitrah Ummah
boleh tengok facebook dia dekat sini
website dia pula dekat sini
kenapa sis pilih pertubuhan ni?
banyak lagi pertubuhan lain
asalnya sis search dekat twitter
pastu terjumpa lah pertubuhan ni
sis rasa murah pastu sis save jela dalam phone
as simple as that hahaha
pastu sis whatsap pengerusi pertubuhan ni
tanya itu ini
(satgi sis share apa yang sis tanya)
sis sempat juga stalk pengerusi ni kat fb
rasa macam ustaz ni boleh dipercayai
so sis pun buatlah korban thru pertubuhan ni

antara soalan sis
Q1 : kalau buat korban luar negara ni,
ada video ke ustaz?
A1 : penyertaan mulai hari ini akan dilaksanakan
di Bangladesh pada hari raya kedua,
untuk laporan perseorangan
kami akan update melalui whatsap pada peserta
tapi kami tidak lagi sediakan laporan bergambar
laporan bergambar kami akan update
melalui media sosial sahaja
Q2 : apa beza korban di malaysia dan
di luar negara? kenapa korban di malaysia
lagi mahal?
A2 : beza korban di Malaysia, kita boleh lihat
depan mata, boleh niat dan sembelih sendiri
tapi harga agak tinggi sebab harga lembu
di Malaysia agak mahal, average RM4500-RM5000
manakala korban di luar negara ni
kita just pilih organisasi mana yang kita yakin
harga lembu kambing pula lebih murah
lembu kambing sembelihan cukup syarat
dan saiznya ikut negara pelaksanaan
ada saiz sederhana ada besar
tapi syarat sah wajib follow
amanah orang ni
tanggungjawab organisasi untuk tunaikan
Q3 : kalau takde gambar / video yang
sebut nama peserta, cemana peserta
nak yakin yang organisasi ni betul-betul
laksanakan korban untuk  mereka?
organisasi boleh je upload gambar / video
tahun-tahun lepas di socmed dan claimed
'inilah gambar / video korban pada tahun ni'
A3 : sebab tu pilih organisasi yang kita yakin
pada tahun sebelumnya kami memang
sediakan gambar sembelihan setiap lembu
cuma tahun ni tak boleh fly ke luar negara
kami risau jika janji gambar pada peserta
nanti wakil luar negara tak buat betul-betul
kami pula tak dapat beri pada peserta
jadi untuk mengelakkan masalah ni
kami decide untuk tidak sediakan gambar

so gais, basically korban luar negara ni
memang atas dasar yakin je
yakin dengan organisasi
kalau organisasi tak buat kerja
itu atas urusan orang-orang organisasi tu dgn Allah
kita dah daftar ni, tawakal je
tawakal yang Allah akan terima amal ibadah kita
apapun yang paling afdhol
lihat sendiri lembu depan mata
pilih sendiri lembu paling besar
dan sembelih sendiri, itu paling baik
tapi jangan tak buat langsung
rugi tak dapat pahala korban
gittew katanya ustaz
insyaAllah tahun depan kita amek bahagian
yang dekat-dekat kawasan rumah
barulah kita dapat merasa daging korban kan
selebihnya kita agihkan sendiri
pada mereka yang tak berkemampuan

xoxo



No comments:

Post a Comment