Friday, April 30, 2021

1st After Birth Checkup

Assalamualaikum
semalam nurse dari KK ampang datang rumah
check baby and ibu
katanya for baby's condition
baby macam ada kuning sikit
(walaupun HKL cakap takde)
for mommy's condition
luka ceaser tu cantik dan
perut pun dah mengecut
so hari ni nurse suruh ke KK ampang
jam 750am, geraklah kami ke KK
KK ampang dekat je dengan rumah MIL
dalam 10min je
sementara husband park kereta tepi dan tunggu
sis terus masuk ke dalam KK, cari kaunter A
tak perlu tunggu lama pun dekat luar klinik
plus, KK ampang tak ramai orang
dari kaunter tu, nurse suruh ke bilik 20
letak buku biru baby dan tunggu giliran
bila dah sampai giliran
nurse suruh undress baby sebab nak timbang berat
alhamdulillah berat baby dah naik
walaupun 100gram je hahaha
pastu nurse terus cucuk tapak kaki baby
sebab nak amek darah for jaundice check
baby dah lah tengah sedap tido
cian dia terkejut! terus nangis ha



Sampel darah tu kena hantar sendiri ke kaunter 6
kejap je tunggu result darah
pastu proceed ke bilik 35, jumpa doktor
doktornya baik sangat
katanya baby takde jaundice pun
tapi doktor suruh datang lagi hari isnin depan
sebab just nak follow up
memang dah dalam prosedur
nurse akan datang rumah dan kita pun kena ke KK
for baby checkup within 14 days after gave birth
takpelah, asalkan baby sihat je
itu je yang paling penting
lepas selesai jumpa doktor tu
kena balik semula bilik 20 tadi dan
update nurse pasal next appointment isnin depan
then dah boleh balik
bila tengok jam baru 8.40am
kejap kan prosesnya? huhu

xx

Baihaqi Bin Muhammad Redha Firdaus

 Assalamualaikum
mari kita sambung
20 april selasa, memang sis terlantar je atas katil
21 april rabu, nurse dah buang drip
dan juga cabut urine bag
jadi sis dah boleh start turun katil dan berjalan
luka ceaser tu terasa sakitnya
sis pula taktahu bila ceaser ni tak boleh tunduk
sis selamba je ambil barang jatuh atas lantai
fuh dia punya sakit tuuuuu
macam nak terkoyak balik je jahitan huhu
 

Pengalaman Bersalin di HKL

 Assalamualaikum
alhamdulillah syukur pada Allah
akhirnya dah selamat bersalinkan baby boy
seberat 2.75kg
pada 20 April 2021, jam 12.45am di 
Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur
proses bersalin secara emergency ceaser
kandungan cukup 38 week semasa bersalin
kenapa emergency ceaser?
ha ni yang nak cerita ni
panjang entry kali ni ya
isnin, 19 april 2021
gerakan baby cukup 10 macam biasa
tapi kena push baby untuk gerak
contohnya macam pasang lagu, suluh lampu
tapi dalam masa yang sama
perut asyik mengeras je dari tengahari
setiap kali mengeras tu rasa macam senggugut
lepastu rasa sakit pinggang
bila dah lepas asar tu bagitau lah redha
redha pun cuak
katanya yih jangan macam-macam
hahahaha

Perut mengeras tu adalah dalam 10min sekali
rasa pelik juga sebenarnya
sebab dah lama tak rasa senggugut
tapi tunggu juga untuk berbuka
sempat lah berpuasa 7 hari tahun ni
tapi tulah
bila dah berbuka pun, perut still mengeras!
and baby tak tendang-tendang pun
biasa baby akan aktif lepas makan
sis pun fikir aih lain macam ni
terus sis pun bersetuju bila husband ajak pegi klinik
lepas baca quran dan solat isyak semua
kiteorang ke Klinik Anda Kota Damansara
sebab previously dah pernah buat ultrasound
dekat klinik yang sama
tapi sedihnya, klinik tu reject kiteorang
katanya sebab kandungan sis dah 38 week
dorang takut sis terberanak dan
dorang takde kelengkapan secukupnya
jam time tu dah pukul 10pm
kiteorang pun gerak lah ke HKL
dengan niat nak pegi scan perut mengeras ni

Bila dah sampai HKL
terus ke kaunter ibu dan anak
bagi ic, buku pink dengan kad nikah
kaunternya dekat luar je tapi checkup dekat dalam
jadi, sis suruh lah husband 'tunggu kejap ya'
husband memang tak boleh masuk dalam
jadi dekat dalam tu ada another counter
nurse panggil untuk isi personal info
sebab dia nak key in dalam sistem
lepastu nama dipanggil masuk ke dalam bilik
nurse terus check bp, suruh buat urine test
and dengar heart rate baby guna doppler
lama betul dia check heart rate baby
heart rate baby macam pelik katanya
so dia panggil doktor suruh pantau
doktor suruh baring dan buat CTG scan
dalam sejam jugalah buat CTG scan tu
doktor bagitau graf heart rate baby tak cantik
dan dia pun taktahu sebab apa
sambil-sambil dia put me on a drip
hydrated katanya, sebab puasa
dalam 2 bag juga lah kena drip time tu
dia check bukaan, baru 1cm
tak sakit pun check bukaan ni

Lepas dah sejam CTG scan tu
doktor suruh tukar baju hospital
baju, kasut, purse semua nurse masuk dalam plastik
dan bagi dekat husband
time tu pegang phone je
tapi tulah battery phone pun below 5%
katanya nak tolak ke labor room
sebab kena ceaser, tak boleh normal
time tu terus terfikir uish betul ke ni
aku datang hospital nak scan je
dah tetiba kena beranak malam ni juga
jam tepat pukul 12malam
nurse suruh duduk atas wheelchair
dan terus tolak ke tingkat 4
sempat lah whatsap husband dan family group
bagitau kena ceaser time tu
nurse juga sempat tanya
wad bersalin mana yang sis prefer
since sis pilih wad second class
nurse minta husband setelkan registration process
dan bayar deposit RM350 dulu
FYI, satu malam di wad second class ni RM40
dan bersalin ceaser RM400
kalau kena ceaser, wajib checkin 3 malam dekat wad

Bila dah dekat tingkat 4
nurse suruh pindah dari wheelchair ke katil bedah
kali ni doktor lain pula check bukaan, 2cm
dia confirmkan heart rate baby still tak cantik
and decided untuk pecahkan ketuban
risau takut baby dah berak kat dalam perut
pecahkan ketuban tu sesenang pecah belon je
tak rasa sakit
tetiba je rasa macam banyak air mengalir
doktor bagitau 'baby dah berak kat dalam ni
sebab air ketuban warna kuning
sepatutnya warnanya jernih
jadi, kita proceed ceaser sekarang ya'
nurse hulur 2 cup air ubat
untuk prevent dari muntah-muntah
lepas dah sign dokumen untuk setuju di ceaser
katil sis ditolak terus masuk labor room

Dalam labor room, semua pakar bedah perempuan
sejuk sangat labor room tu
sampai menggigil sis menahan sejuk
doktor bagitau untuk bius dekat tulang belakang
lama-lama dah start rasa kebas separuh badan
doktor akan test tekan jarum dekat perut dulu
nak make sure betul-betul kita tak rasa sakit
dia akan compare dengan tekan jarum dekat bahu
dekat bahu tu kita akan rasa tajam
bila betul-betul dah rasa kebas tu
doktor pun mula lah proses menoreh perut
tapi dia cover view kita dengan kain
jadi basically kita tak nampak pun proses bersalin tu
dan sepanjang proses tu, sis tutup je mata
rasa ngantuk pun ada, rasa ngeri pun ada
tapi memang takde rasa sakit langsung
tahu-tahu je dah dengar baby nangis
'eh baby dalam perut dah keluar ke?'
'yaAllah aku dah ada anak'

'Puan, tengok ni baby boy ke girl?'
dalam rabun-rabun sis, sebab tak pakai spec
sis senyum dan bagitau boy
takde skin to skin pun time kat labor room
nurse terus bawa baby ke NICU
doktor NICU pula datang dekat sis
perkenalkan diri dan inform pasal baby dibawa ke NICU
nak pantau paru-paru, katanya
bimbang tertelan air ketuban
yang dah bercampur najis tadi
lepas dah setel jahit di perut semua
(which i think the whole process took only an hour)
sis ditolak masuk ke wad bersalin tingkat 7
banyak kali nurse angkat sis pindah katil
tapi kebas dekat badan ni terlalu kuat
tak dapat rasa apa pun
kaki pun takleh nak gerak



Sepanjang malam sis terjaga a few times juga
sebab doktor dan nurse datang banyak kali check
setiap kali terjaga sis cuba gerakkan ibu jari
kepala pula still pening
pandangan kabur dan asyik berpusing-pusing je
muka pula asyik gatal-gatal
ingatkan sebab pakai mask
rupanya sebab effect ubat bius
9.30am esoknya
barulah sis berkesempatan untuk text husband
dan update family dekat rumah
since husband dah hantar beg hospital semua
rupanya nurse tak update pun dekat husband
yang sis dah selamat bersalin 12.45am
kesian ha the whole family risau semalaman



xx

Sunday, April 18, 2021

Early Birthday Cake at Gula Cakery

 Assalamualaikum
since tak dapat dessert dekat The Tapestry
we went to Gula Cakery
dekat Tropicana Garden Mall
mall depan rumah je
alang-alang before balik singgah lah kejap
since redha pun tak pernah ke Gula Cakery
i went there a few times already
everytime pergi pun dengan kakgee
during lunch hour masa kerja
teringat juga dekat kakgee
sebab she loves Gula Cakery!
masa kiteorang sampai pun during lunch hour
so it was full house and
we need to wait outside for awhile
Gula Cakery ni located dekat CC level
just next to chicken rice shop





I ordered one of their signature cakes
which is double chocolate nutella (RM16)
for my birthday cake
redha ordered beef lasagna (RM25.90) and 
nutella madness milkshake (RM15.90)
harga dia memang pricey
tapi sebab dia sedap gila i promise
you wont regret spend that much money
for the meals
kalau datang tiap minggu ni boleh kopak ha
so sebulan sekali after gaji boleh lah
menu dia pun macam-macam
and cakes dia semua sedap!
lagi sedap dari secret recipe
the signature ones tu semua kena try!







So why did i get early birthday cake?
my birthday kan on 11th may?
sebab 11th may falls on fasting month
plus i will be in my confinement at that time
tak boleh makan itu ini
so im enjoying every moments
every meals that i can eat now while it lasts
nanti dah pantang tak boleh makan dah
plus i have a mission to get back my ideal weight
my before pregnancy weight is 59kg
now i am 75kg
16kg ye naik anak-anak
please i want back my previous weight
lagi bagus kalau dapat 50kg! haha



xx

Nasi Lemak Wanjo Kg Bharu

 Assalamualaikum
since nasi lemak wanjo 5min away je
dari red by sirrocco
so we decided to have breakfast there
actually jalan kaki pun sampai
sebab the distance just within 1km je
tapi tengah pregnant 36w ni takut tak larat pula
seperti sedia maklum
nasi lemak wanjo ni antara nasi lemak
yang paaaaling sedap di KL
kedai dia sebelah nasi lemak antarabangsa
which one of the kedai nasi lemak yang famous juga
but i prefer nasi lemak wanjo sebab
kedai dia ada variety of lauk yang kita boleh mix
i love their sambal kerang!
sesungguhnya kesedapan nasi lemak wanjo
tak dapat diungkap dengan kata-kata
harga dia actually agak pricey juga
sebab portion dia tak banyak
make sure korang mintak nasi lebih sikit okay
harga around RM10/plate include lauk









Actually its been awhile we come here
bila last time pun dah tak ingat
rasanya dah setahun lebih tak datang
sebab facilities dekat kedai pun dah improved
kedai dah renovated lagi besar
lagi banyak kipas dan lampu
susunan meja pun lagi teratur
tempat beli makanan dan air pun setempat
pendek kata, lagi selesa lah
cuma parking dekat kg baru ni faham-faham lah
kalau datang during peak hour
pakej dia jem dan takde parking
actually betul-betul depan nasi lemak wanjo ni
ada tersedia parking berbayar
dia halaman rumah orang
owner dia bijak buat duit haha
RM5 for the first 3 hours pula tu sabo jela
kalau taknak susah-susah
boleh je parking situ okay





Nasi lemak wanjo ni tak pernah tak ramai
we went there on monday at 9am
pun still ramai orang!
kena beratur panjang sampai luar kedai
korang ni tak kerja ke? haha
maybe masuk pukul 10am lah kot
because i noticed at 10.00am dah tak ramai orang
so next time datang around tu okay
then lepas breakfast, we went back to hotel
kemas-kemas for checkout
sis tak amek cuti pun hari isnin tu
redha je cuti
so basically im working! wfh tapi mengular
before checkout, sempat lah naik tingkat 25 jap
tinjau swimming pool and view kl tower
sayangnya dah tengahari time tu
swimming pool tu pula betul-betul ngadap the sun
bahang dia memang kejap jelah dok situ











The checkout process went well sebab
i just need to drop the access card into the box
then kiteorang jalan kaki ke Tapestry Cafe
ingat nak had dessert je
sebab still kenyang breakfast nasi lemak
it was 12.50pm, lunch hour
and the waiter asked us
if we can wait for an hour to get in 
memang TAK LAAAA
lama gila nak tunggu sejam, lain kali jela





Apepun, thanks to my beloved husband redha
sebab layankan your wife nak makan itu ini
and take care of me during this pregnancy
you are the best husband in the world
and i love you so much!





xx

Saturday, April 17, 2021

Kopitiam Ali Muthu Ah Hock Dang Wangi

Assalamualaikum 
we went for lunch around 2.30pm
jalan kaki 2,3 steps je dari hotel dah sampai
orang pun dah tak ramai
maybe sebab dah pass lunch hour
sis suka decoration kopitiam tu
sebab nampak classic and very instagrammable
dekat luar kedai ada mural painting
boleh ambil gambar lepas makan
kedai pun bersih, servis pun cepat
sebab staffs dia ramai
nak order just kena scan barcode je
yang dah disediakan dekat meja
so i ordered cantonese noodle with ice cham
while redha ordered fried kuey teow with ice tea
ice cham tu mix of tea & coffee
which later i switched it with redha
sebab sis is tak minum coffee huhu
menu dia macam-macam juga
tapi lack of indian menu
tunggu makanan pun tak lama



























Cantonese mee dia guna yee mee
sedap gila ye, 10/10!
redha punya kuey teow pun sedap!
portion dedua banyak macam murni
mengah ha nak habiskan
berbaloi lah dengan harga dia
both cara masakan more to chinese
i highly recommend you guys to try!
i myself pun will come for more
lepas ni nak try nasi lemak pula sebab they said
kopitiam ni serves the best nasi lemak in town
chee chong fun pun nampak sedap
nanti kalau family sis datang sini pun
ingat nak bawa datang kopitiam ni lah
boleh juga bawa family mentua datang
im very sure they are all gonna like it!



















Then we went back to hotel
sebab nak solat zohor but before that
sempat singgah mynews sebelah hotel
beli maggi cup for dinner/supper
plan malam tu nak binge-watch Falcon sesama
kalau ada maggi cup kan lagi umpph gitew
kebetulan petang tu pula KL hujan lebat
memang kiteorang stay dalam bilik jelah









xx

Staycation at Red By Sirocco 2021

Assalamualaikum
last week sis sempat juga ber-staycation
kalau bab berjalan ni menyempat aje kan
walaupun dah 9 bulan, dah sarat huhu
hotel pilihan kali ni di tengah kota raya
red by sirocco atau redhotel namanya
macam biasa booked thru agoda
RM125/night je
kenapa pilih hotel dekat kl?
sebab takboleh rentas negeri ler
kalau diikutkan, nak ajak pergi jenjalan perak
tapi itulah, nak ke putrajaya pun tak lepas
kebetulan red by sirocco ni terletak
betul-betul sebelah Ali, Muthu, Ah hock!
redha dah lama ajak ke kopitiam ni
dia ada banyak branches
so yang sebelah hotel ni branch dang wangi
they said branch ni serves food paling sedap!
selain tu, hotel ni berdepan juga dengan
Tapestry Cafe, pun one of cafes
yang redha ajak try







Hotel ni offers early checkin and late checkout
jadi after had brunch together
dekat original penang kayu nasi kandar
kiteorang terus shoot ke hotel ni
check in around 1250pm
masa memula sampai tu
laluan depan hotel ni jem gila
rupanya jem sebab next to this hotel
ada sebuah chinese restaurant yang famous
restoran yut kee namanya
restoran ni tutup only on monday
so monday memang amannnn je depan hotel





Reception desk supposed to be at level 11
tapi during MCO ni, level 11 tutup
jadi check in dekat lobby je
tu pun takde receptionist yang jaga
dia letak satu kertas with phone no on it
dengan side notes, call for check in, lol
i was like serious lah?
rupanya receptionist ada dekat bilik guard
bilik guard tu depan lif je
so kalau rasa-rasa dah call tapi cant get thru
boleh lah pegi ketuk bilik guard tu
takde deposit yang dikenakan during check in
and kalau nak check out nanti
just drop the access card into the provided box
kiteorang dapat bilik level 22!
the highest level is 25
swimming pool level yang face kl tower



Bilik dia agak luas dan selesa
katil pun king
ada meja kerja yang disediakan
sadly, dapat view tak ngadap kl tower tapi
ngadap balai polis dang wangi and sogo haha
cuma tulah
furniture dia ada minor damages
contohnya macam sliding door toilet
hampir tercabut sebelah!
drawer dekat closet dia tercabut
hos paip sebelah sitting toilet tu pula loose
sepatutnya dia ada bagi complimentary coffee
and chinese tea as well
sebab ada coffee and tea maker
tapi tulah, coffee capsules pun takde! yihh
hotel ni macam tak maintain and
improve their facilities gitu
padahal hotel ni rated as 4 star hotel kot
to be honest, selayaknya rated 3 star je okay
you guys dont expect much



















Apepun alhamdulillah sebab katil dan tilam best
so tido malam pun selesa je
aircond pun okay
kalau lah ada problem dekat aircond ni
kot lah tak sejuk ke kan
memang boleh datangkan kemarahan huhu
so lepas checkin, kiteorang baring-baring jap
before went out for lunch dekat
kopitiam ali muthu ah hock
still rasa kenyang sebab i had 2 biji roti telur
during brunch time before
redha pula dah makan nasi goreng ayam
actually dekat bangunan hotel tu ada je cafes
tapi tak sure lah buka ke tak
kalau cafe under hotel dekat tingkat 25
depan swimming pool tu

xx