Friday, April 30, 2021

Pengalaman Bersalin di HKL

 Assalamualaikum
alhamdulillah syukur pada Allah
akhirnya dah selamat bersalinkan baby boy
seberat 2.75kg
pada 20 April 2021, jam 12.45am di 
Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur
proses bersalin secara emergency ceaser
kandungan cukup 38 week semasa bersalin
kenapa emergency ceaser?
ha ni yang nak cerita ni
panjang entry kali ni ya
isnin, 19 april 2021
gerakan baby cukup 10 macam biasa
tapi kena push baby untuk gerak
contohnya macam pasang lagu, suluh lampu
tapi dalam masa yang sama
perut asyik mengeras je dari tengahari
setiap kali mengeras tu rasa macam senggugut
lepastu rasa sakit pinggang
bila dah lepas asar tu bagitau lah redha
redha pun cuak
katanya yih jangan macam-macam
hahahaha

Perut mengeras tu adalah dalam 10min sekali
rasa pelik juga sebenarnya
sebab dah lama tak rasa senggugut
tapi tunggu juga untuk berbuka
sempat lah berpuasa 7 hari tahun ni
tapi tulah
bila dah berbuka pun, perut still mengeras!
and baby tak tendang-tendang pun
biasa baby akan aktif lepas makan
sis pun fikir aih lain macam ni
terus sis pun bersetuju bila husband ajak pegi klinik
lepas baca quran dan solat isyak semua
kiteorang ke Klinik Anda Kota Damansara
sebab previously dah pernah buat ultrasound
dekat klinik yang sama
tapi sedihnya, klinik tu reject kiteorang
katanya sebab kandungan sis dah 38 week
dorang takut sis terberanak dan
dorang takde kelengkapan secukupnya
jam time tu dah pukul 10pm
kiteorang pun gerak lah ke HKL
dengan niat nak pegi scan perut mengeras ni

Bila dah sampai HKL
terus ke kaunter ibu dan anak
bagi ic, buku pink dengan kad nikah
kaunternya dekat luar je tapi checkup dekat dalam
jadi, sis suruh lah husband 'tunggu kejap ya'
husband memang tak boleh masuk dalam
jadi dekat dalam tu ada another counter
nurse panggil untuk isi personal info
sebab dia nak key in dalam sistem
lepastu nama dipanggil masuk ke dalam bilik
nurse terus check bp, suruh buat urine test
and dengar heart rate baby guna doppler
lama betul dia check heart rate baby
heart rate baby macam pelik katanya
so dia panggil doktor suruh pantau
doktor suruh baring dan buat CTG scan
dalam sejam jugalah buat CTG scan tu
doktor bagitau graf heart rate baby tak cantik
dan dia pun taktahu sebab apa
sambil-sambil dia put me on a drip
hydrated katanya, sebab puasa
dalam 2 bag juga lah kena drip time tu
dia check bukaan, baru 1cm
tak sakit pun check bukaan ni

Lepas dah sejam CTG scan tu
doktor suruh tukar baju hospital
baju, kasut, purse semua nurse masuk dalam plastik
dan bagi dekat husband
time tu pegang phone je
tapi tulah battery phone pun below 5%
katanya nak tolak ke labor room
sebab kena ceaser, tak boleh normal
time tu terus terfikir uish betul ke ni
aku datang hospital nak scan je
dah tetiba kena beranak malam ni juga
jam tepat pukul 12malam
nurse suruh duduk atas wheelchair
dan terus tolak ke tingkat 4
sempat lah whatsap husband dan family group
bagitau kena ceaser time tu
nurse juga sempat tanya
wad bersalin mana yang sis prefer
since sis pilih wad second class
nurse minta husband setelkan registration process
dan bayar deposit RM350 dulu
FYI, satu malam di wad second class ni RM40
dan bersalin ceaser RM400
kalau kena ceaser, wajib checkin 3 malam dekat wad

Bila dah dekat tingkat 4
nurse suruh pindah dari wheelchair ke katil bedah
kali ni doktor lain pula check bukaan, 2cm
dia confirmkan heart rate baby still tak cantik
and decided untuk pecahkan ketuban
risau takut baby dah berak kat dalam perut
pecahkan ketuban tu sesenang pecah belon je
tak rasa sakit
tetiba je rasa macam banyak air mengalir
doktor bagitau 'baby dah berak kat dalam ni
sebab air ketuban warna kuning
sepatutnya warnanya jernih
jadi, kita proceed ceaser sekarang ya'
nurse hulur 2 cup air ubat
untuk prevent dari muntah-muntah
lepas dah sign dokumen untuk setuju di ceaser
katil sis ditolak terus masuk labor room

Dalam labor room, semua pakar bedah perempuan
sejuk sangat labor room tu
sampai menggigil sis menahan sejuk
doktor bagitau untuk bius dekat tulang belakang
lama-lama dah start rasa kebas separuh badan
doktor akan test tekan jarum dekat perut dulu
nak make sure betul-betul kita tak rasa sakit
dia akan compare dengan tekan jarum dekat bahu
dekat bahu tu kita akan rasa tajam
bila betul-betul dah rasa kebas tu
doktor pun mula lah proses menoreh perut
tapi dia cover view kita dengan kain
jadi basically kita tak nampak pun proses bersalin tu
dan sepanjang proses tu, sis tutup je mata
rasa ngantuk pun ada, rasa ngeri pun ada
tapi memang takde rasa sakit langsung
tahu-tahu je dah dengar baby nangis
'eh baby dalam perut dah keluar ke?'
'yaAllah aku dah ada anak'

'Puan, tengok ni baby boy ke girl?'
dalam rabun-rabun sis, sebab tak pakai spec
sis senyum dan bagitau boy
takde skin to skin pun time kat labor room
nurse terus bawa baby ke NICU
doktor NICU pula datang dekat sis
perkenalkan diri dan inform pasal baby dibawa ke NICU
nak pantau paru-paru, katanya
bimbang tertelan air ketuban
yang dah bercampur najis tadi
lepas dah setel jahit di perut semua
(which i think the whole process took only an hour)
sis ditolak masuk ke wad bersalin tingkat 7
banyak kali nurse angkat sis pindah katil
tapi kebas dekat badan ni terlalu kuat
tak dapat rasa apa pun
kaki pun takleh nak gerak



Sepanjang malam sis terjaga a few times juga
sebab doktor dan nurse datang banyak kali check
setiap kali terjaga sis cuba gerakkan ibu jari
kepala pula still pening
pandangan kabur dan asyik berpusing-pusing je
muka pula asyik gatal-gatal
ingatkan sebab pakai mask
rupanya sebab effect ubat bius
9.30am esoknya
barulah sis berkesempatan untuk text husband
dan update family dekat rumah
since husband dah hantar beg hospital semua
rupanya nurse tak update pun dekat husband
yang sis dah selamat bersalin 12.45am
kesian ha the whole family risau semalaman



xx

No comments:

Post a Comment