Saturday, May 29, 2021

Eid 2021

 Assalamualaikum
macam tak percaya je
yang ni 1st entry untuk bulan 5
been very busy jaga anak
yelah, first time jadi mak orang kan
apepun kita still dalam bulan syawal
sempat lagi kot nak ucap
selamat hari raya maaf zahir batin
rayakan sebulan huhu raya ke tu?
raya tahun ni macam raya tahun lepas juga
tak dapat nak balik kelantan
cuma kes covid pada raya kali ni lagi teruk
sebab gov umumkan pkp satu malaysia
gov tak benarkan pegi raya rumah orang pun
macam last year boleh lah buat open house
satu rumah tu tak lebih 15 orang family members
tahun ni takde ye berangan jelah
memang raya dediam kat rumah









Hari raya jatuh pada 13/05/2021
kebetulan sis pun masih dalam pantang
jadi masakan raya mampu tengok je
alah tak terliur pun lah
bukannya sis makan pun ketupat lemang tu
jadi macam ni jelah raya tahun ni
sis bangun pun dah tengahari
sebab anak berjaga malam
pastu bersiap pakai cantik-cantik
amek gambar family raya dalam rumah je
pastu bila dah kepanasan
tukar pakai baju tshirt kain sarung balik
itulah suasana raya tahun ni
tapi bunga api tetap onz ye
malam raya tu dari 8pm sampai 12pm nonstop
nasib baik baby mommy ni
jenis tak terkejut dengar bunyi kuat
dia terkejut dengan bunyi yang kita tak expect
contohnya bunyi nasi dah masak
bunyi pintu dikunci dan orang batuk huhu










Tak sangka raya tahun ni dah bertiga
anak lah paling untung
sebab dapat duit raya beriban
nanti kita pergi buka tabung haji awak ye baby
baby setakat ni tak berjumpa lah
dengan akong dan nenek di kampung
tahu-tahu je nanti baby dah besar huhu














semoga raya tahun depan
kita semua dapat balik kampung
beraya bersama keluarga tersayang
dan semoga covid19 ni cepat lenyap di muka bumi ni
aaminn





















ye gais
gambar raya tahun ni memang setempat je
sebab rumah ni berkecah gila
(sorry umi)
sis berpantang kat ruang tamu
jadi ruang tamu ni ada single bed bayangkan
dengan babycot lagi huhu
anyway, selamat hari raya gais!
hopefully raya tahun ni bermakna
macam raya tahun-tahun sebelum juga
walaupun tak dapat balik kampung sobs
xx

No comments:

Post a Comment