Friday, November 20, 2020

I Miss Teaching

Hi gais
dekat gate c kondo yang sis duduk ni
dah bukak pusat tuisyen baru
suria dedikasi namanya
teringat pula kenangan masa mengajar bm
dekat pusat tuisyen misijaya
3 tahun lah juga sis mengajar dekat sana
dari memula start first job lepas master
sampai lah bulan 8 tahun lepas
2017 - 2019
sis resign pun sebab nak join sales team company bff sis
pusat tuisyen misijaya ni kepunyaan mrs chooi
cantik orangnya, umur baru dalam 30s
ada anak lelaki sorang
graduan UM dalam pendidikan rasanya
untuk cikgu part time macam sis ni
kami dibayar rm50 je per class
tak kisah lah satu kelas tu ada berapa ramai student

sis apply dekat official website dia
time tu sis baru start first job sis dekat pbjv
kebetulan pbjv ni working time dia 9-5
dan hari jumaat pula 9-12
so ada banyak masa terluang
dah lah single pulak time tu
so sis terfikir lah untuk cari part time
dekat area kawasan ofis pbjv
kebetulan pula misijaya ni call sis untuk iv
so sis pergi iv jap masa lunch break
jalan kaki je time tu sebab dekat je
sis asalnya apply untuk subjek maths sebab
sis kan majoring in maths masa belajar
tapi yang sis dapat time tu dia suruh ajar bm
untuk student darjah 4
memula start dengan satu kelas je tiap minggu
sampailah sis diberi tanggungjawab
untuk ajar juga kelas bm darjah 5 dan 6
kiranya 3 kelas dalam seminggu 8-10pm
balik pukul 10pm tu memang jalan kaki je
lintas jalan gelap-gelap
ada lah dalam 1km jalan kaki balik kondo

Bila sis fikir balik ni
kira gigih juga lah sis time tu
sebab bila habis kerja pukul 5 je
sis akan pergi kedai makan untuk early dinner
sambil-sambil tanda buku
pastu solat pula dekat mrt surian
buku pula ada tatabahasa, pemahaman dan penulisan
sis pernah dapat satu kelas 20++ students
nak menanda banyak tu satu hal
nak mengangkut tu pun satu hal
dah lah sis ni tak reti drive
pegi memana jalan kaki / mrt
so memang sis mengangkut lah buku banyak-banyak tu
sampai satu tahap tu
sis rasa tak berbaloi dibayar rm50 je per class
tapi sis anggap je apa yang sis buat tu charity
at the end sis happy sebab
students faham apa yang sis ajar
dan dorang dapat A untuk exam dekat sekolah
bila dapat A je mesti dorang tak sabar nak bagitau sis
sis happy sebab sis nampak dorang improved
dari semasa ke semasa







Selain dari tu, dengan mengajar ni lah
sis dapat improved confidence sis untuk
bercakap in public
untuk speaking in english juga
dah lah sis ni student uitm
dapat first job pula dekat company bumiputera
memang tak bercakap english langsung
students sis ni pula
mostly dari keluarga berada
keluarga yang own Tropicana, yang own Honda
keluarga yang english speaking
even yang melayu pun tak reti cakap melayu
sis banyak kali je tersilap pronounce
dan dorang betulkan sambil gelak-gelak
pepandailah kita cover kan hahaha
rindu pula dekat students sis
sis tahu dorang tak rindu sis pun
plus dorang agaknya ingat-ingat lupa je muka sis
apapun sis tetap doakan
students sis ni berjaya di masa depan
hopefully terserempak dekat luar nanti
memasing dah pandai cakap bm hahaha

xx

No comments:

Post a Comment