Sunday, May 3, 2020

Jejak Rasul : Nabi Nuh

Hai gais!
selalunya sementara tunggu berbuka
sis akan layan jejak rasul 2020 dekat youtube
macam musim kali ni
jejak rasul cover cerita nabi nuh dan nabi ibrahim
ni sis share sikit family tree 25 rasul kita
family tree ni sis amek dari google ye


nabi nuh ni hidup di zaman kaum
yang dah tak percaya pada Allah
semua kaumnya syirik
masyarakat di zaman nabi nuh ni dikurniakan
umur yang panjang
nabi nuh amek masa selama 950 tahun untuk
berdakwah semata mata
dan selama tu, ada 80 orang je yang
kembali percaya pada Allah
dan mereka ni pula bukan lah
orang yang berkepentingan dalam masyarakat

macam-macam cara dah nabi nuh berdakwah tapi
sesiapa yang dengar tu akan caci, tutup telinga,
halau dan tuduh nabi nuh ni sesat!
bila nabi nuh berdakwah pada orang yang
berpengaruh dalam masyarakat
mereka seolah berkata
'cemana kami nak ikut kau kalau pengikut-pengikut
kau semua orang biasa? semua orang bawahan
kau buang lah dulu pengikut kau yang ada sekarang'
tapi nabi nuh tak akan tinggalkan pengikutnya
sebab dorang pun hamba Allah juga
Allah pun berkata pada nabi nuh
dah takkan ada orang lagi yang percaya
dah dah lah tu berdakwah
setakat tu je lah pengikut nabi nuh
hidayah Allah dah tutup buat mereka yang lain ni
jadi Allah perintahkan nabi nuh
buat sebuah kapal besar di atas gunung
nabi nuh pun buatlah kapal tu selama 100 tahun!
orang ramai terus hina nabi nuh
'kau kata kau nabi, sekarang jadi tukang kayu pulak?
orang buat kapal tepi laut
kau buat atas gunung
kau ni dah gila ke?'

lepas kapal tu dah siap
Allah perintahkan nabi nuh bawak pengikutnya dan
 semua spesis haiwan ke dalam kapal tu secara berpasangan
jantan dan betina
kapal tu sangatlah besar
sebab tulah amek 100 tahun untuk siapkan
dalam jejak rasul, diilustrasikan kapal tu ada 3 tingkat
tingkat paling bawah diletakkan haiwan
tingkat tengah diletakkan manusia
dan tingkat paling atas diletakkan burung-burung
pastu, dengan kuasa Allah
hujan turun dari langit dan air memancut keluar dari tanah
tak henti henti sehinggakan 
tenggelam semua di atas muka bumi
yang terselamat hanyalah mereka di dalam kapal nabi nuh

nabi nuh ada empat orang anak
yam, shem, ham, dan japheth
yam tak percaya pada Allah
dia taknak naik atas kapal, katanya
dia akan naik ke puncak gunung yang paling tinggi
air takkan sampai ke puncak gunung tu
tapi Allah terus pisahkan mereka dengan ombak air
dan tenggelamkan yam
nabi nuh tunggu banjir reda selama 30 hari
(ada riwayat mengatakan 50 hari / lebih)
setiap hari baginda akan hantar burung untuk
check keadaan di luar kapal dan 
setiap kali burung tu balik, ia balik tanpa bawa apa-apa
sampailah satu hari ni
burung tu balik bawak sehelai daun
kali kedua burung tu balik, ada kesan tanah di kakinya
jadi tu petanda banjir dah surut
kapal nabi nuh pun berlabuh di atas sebuah gunung
gunung Judi namanya, yang terletak di Cizre Turki

Dengan kuasa Allah
semua pengikut nabi nuh yang terselamat tu tak beranak-pinak
hanya keluarga nabi nuh sahaja yang lahirkan zuriat
oleh sebab tulah nabi nuh digelar 'the second adam'
jadi semua keturunan manusia yang hidup sekarang ni
berasal dari keturunan nabi nuh
dan haiwan yang ada sekarang ni
semuanya dari haiwan yang terselamat di atas kapal nabi nuh
nabi nuh hidup selama 350 tahun lepas banjir besar tu
sebelum akhirnya wafat
sekian itu saja perkongsian pada hari ni
korang pun tengoklah jejak rasul, seronok!
boleh buat bed time stories dekat anak-anak

xoxo

No comments:

Post a Comment