Monday, April 25, 2022

Birthday Trip : Royale Chulan Seremban & Masjid Sri Sendayan

 Assalamualaikum
sempena birthday haqi yang ke 1 tahun ni
mommy daddy bawa haqi staycation
tapi dekat royale chulan seremban je huhu
padahal royale chulan damansara 5 minit je dari rumah
staycation 2 hari 1 malam
sabtu ahad 16-17 april 2022
gerak tengahari sebab checkin pukul 2.30pm
mommy booked deluxe room with king bed
thru trip.com for the first time, rm190 je
bilik dia spacious sangat, bathroom dia pun sama
teringin nak stay lagi next time sebab selesa
tapi memikirkan seremban tu takde apa
macam emmm takpelah kot haha







Petang tu dalam pukul 3pm
kiteorang keluar untuk cari makanan berbuka
alang-alang tu sempat singgah
Masjid Sri Sendayan atau dikenali sebagai
Masjid Nabawi Malaysia / Masjid Kerajaan Uthmaniyah
takpun Taj Mahal Malaysia
masjid ni diwakafkan oleh pengasas RHB
Tan Sri Abdul Rashid Hussain
besar pahala dia sebab bina rumah ibadat
pahala tu sentiasa mengalir sampai bila-bila
kebetulan masa kiteorang sampai tu
azan asar tengah berkumandang
dan guard masjid larang pengunjung untuk amek gambar
yelah kan, kena hormat waktu solat
redha sempatlah masuk solat jemaah asar
sis dekat luar je pusing-pusing perkarangan masjid
sambil tolak haqi dalam stroller
haqi pula baru bangun
muka penuh kebingungan hahaha



Disebabkan terlalu ramai orang dekat masjid
jadi kiteorang decided untuk singgah lagi esok
bila ramai orang lagi gambar pun spoiled kan
jadi kiteorang teruskan misi mencari makanan

 1) Selera Nogori
dekat Oakland Commercial Centre
haaa takkan lah poie seremban
tapi tak makan masak lomak cili api kan? kemonnn
kebetulan kedai ni suggested as
top 3 kedai makan tersedap dekat seremban
by one of the twitter users
korang boleh refer thread dia dekat sini
kiteorang tapau nasi, ayam masak lemak cili api
dan juga daging salai
pehhh paduuuu rasa dia
takdelah pedas sangat sampai sakit perut
just nice secukup rasa
macam-macam lauk lain lagi yang disajikan
korang boleh lah cuba
dia ada buka cawangan kedua juga

2) Roti John Paroi Jang Ijan
yang ni dia ada banyak cawangan
tapi kiteorang pegi yang dekat Stadium Paroi
ai takkan makan berbuka je kan?
mestilah kena ada moreh!
jadi kiteorang beli lah roti john ayam satu
harga rm10 tapi masyaAllah gais
ini lah roti john yang paling sedap pernah sis makan
memang menyesal ha order satu
dah lah menunggu tu sejam huhu
lepas balik dari seremban tu
dekat seminggu dok sebut-sebut pasal roti john ni
punya lah sedap gais







Haqi paling seronok bila dok hotel
dia macam tau-tau je
setiap kali staycation dekat hotel
mesti waktu berjaga dia lama
makan nasi punya lah susah Allahu
menguhji kesabaran mommy sungguh
yang dia tau nak main je
lagilah dah boleh merangkak sekarang





Esok paginya memasing bangun lambat juga
checkout dalam pukul 11am
terus shoot ke Masjid Sri Sendayan sekali lagi
cuaca mendung je tapi okaylah tak ramai orang
sempatlah buat video satu sempena haqi 1 tahun
sebelum sampai rumah
sempat pula menyinggah ke mitsui kejap
beli baju raya daddy
punya lah sesak mitsui tu
macam dah zero covid je keadaannya
memasing nak raya kan tahun ni
dah 2 tahun tak beraya








Haqi doakan mommy daddy murah rezeki tau
so that next birthday staycation haqi
mommy daddy boleh bawak haqi jenjalan overseas
achegitewww haha
dalam kurungan kalau dah takde covid
sebab daddy haqi ni extra paranoid

xx

No comments:

Post a Comment