Friday, January 3, 2020

List of Wedding Services Bajet di Kelantan

Hai gais!
end of december last month
kan sis ada bagitau yang sis busy handle wedding adik sis kan
so today sis nak share
list of wedding services bajet di Kelantan
kot ada yang nak kahwin dekat kelantan
nanti boleh lah guna perkhidmatan dorang ni
kenapa bajet?
sebab sis handle majlis bertandang je kot
supposedly buat majlis kesyukuran kecik-kecik je dekat rumah
tapi parents sis insist juga nak buat kat hotel
sebab anak lelaki sorang je
sebab anak tak ramai pun ye juga
note that majlis resepsi belah pengantin lelaki ni
diadakan di dewan bunga emas hotel perdana
jemputan dalam 350 orang je
mostly sis yang handle aturcara majlis
yang penting abah sis nak majlis tu ada tarian tradisional
ada real kompang dan ada silat siap gendang
so here we go

Kalau korang nak amek tarian
untuk majlis perkahwinan di kelantan
boleh lah contact Jastera (012-9396263)
3 slot tarian tradisional dia amek rm800 je
enam orang penari budak-budak
siap pakaian tradisional dan makeup semua
amek budak-budak ni sebab tak elok ha yang dewasa menari
lagi-lagi perempuan
dah lah jemputan mostly orang kampung
kang apa kata mulut orang kampung kan hahaha
okay quotation asal adalah seperti berikut


Then kalau korang nak cari pesilat
untuk majlis pembukaan atau majlis apa-apa je
yang perlukan silat di kelantan
boleh lah contact Megat (011-39179006)
dia amek rm600 je untuk
4 orang pesilat dan 4 orang pemain gendang
silat yang akan dimainkan tu nanti adalah
silat seni pulut dan silat tempur

Seterusnya kalau korang nak cari pemain kompang
untuk majlis perkahwinan
boleh lah contact Ahmad (017-9068132) / Kak Zee (011-2554 0679)
10 orang pemain kompang kanak-kanak
siap pakai baju seragam
range harga rm450-rm500 je
budak-budak tu dari sekolah rendah pengkalan chepa
dorang palu kompang semangat gila
comel je semuanya

since majlis resepsi belah lelaki ni bukan buat buffet
sebaliknya hidang makanan atas meja
dan jemputan akan dipersilakan untuk makan serentak
sis kena lah order makanan asing untuk performer ni semua
jadi sis decided untuk order nasi kukus
kalau korang nak order nasi kukus
dekat area kota bharu
delivery ke depan rumah pada waktu pagi
boleh lah contact Nasi Kukus Zaeman (017-9681413)
order 35 bungkus haritu
dia amek sebungkus rm5.50
takde delivery charge
ada je nasi kukus lain
tapi mostly terima order lepas pukul 12.30 tengahari
contohnya
nasi kukus Suriani (rm6/pax)
nasi kukus Warisan (rm6/pax) tapi jumaat sabtu tutup

Next kalau korang nak cari bridal murah di kelantan
pakej 1500 je tapi siap dengan pelamin rumah
baju pengantin lelaki perempuan sekali aksesori
makeup, bunga tangan, decoration meja beradap semua
boleh lah contact Kak Tina (014-9600135)
based dia dekat Kok Lanas
baju pengantin dengan pelamin dia semua cantik-cantik
padahal dia bridal kampung je
kalau nak mini pelamin je boleh dapat rm350
kalau nak sewa baju je sekali dengan aksesori rm550
save lah nombor dia kat whatsapp
nanti tekan profile dia dapat view catalog pelamin

Tapi kak tina ni dia tak buat photobooth corner tau
dia akan suggest kita buat photobooth sendiri kalau nak murah
Jadi kalau korang malas nak deco sendiri
dan still nak photobooth corner murah di kelantan
korang boleh lah contact kak na (012-9678746)
biasa dia buat photobooth guna pallet kayu
harga dalam rm280

Lagi satu, sis ada berkenan dengan satu mini pelamin ni
sis personally rasa mini pelamin ni paling cantik dekat kelantan
korang boleh tengok ig decobybelvy
harga pelamin dia mostly rm350 je
tapi tulah bila ws dengan admin dia
macam nak taknak je dia layan client
mungkin sebab dia tahu sis handle majlis dekat dewan
dan dia memang tak buat pelamin dewan
so dia pun ignore je whatsap sis hm

Last but not least
list of videographer di kelantan
yang sis sempat survey
survey sebab rasa video dorang ni cantik
harga untuk satu wedding video below rm1000 (as of dec 2019)
korang boleh refer ig:

Kalau prefer videographer yang harga middle class range
untuk satu wedding video di kelantan
korang boleh refer ig :
dan banyak lagi lah videographer famous di kelantan
yang taknak lah sebut nama
sebab korang pun kenal hihi

apepun wedding video ni berbalik lah kepada
citarasa dan bajet masing-masing
ada orang rasa tak perlu pun video-video ni
cukup lah ada gambar je pun dah okay
tapi since abah sis request nak video
sis pun carikan jelah
untuk wedding adik sis haritu
sis amek dengan candidfilmsociety
sebab wedding sis haritu
sis amek gambar pun dengan candidfilmsociety ni juga
cantik gila gambar-gambar dia

oh ya bila dah ada video ni semua
haruslah family members yang perempuan kena cantik-cantik kan
jadi sis booked MUA dari ig makeupbyeiykqakelantan
sis personally suka dia makeup
sebab nampak semua on point
dia boleh je makeup natural/nude dan taknak tebal-tebal
semuanya upon request
macam sis haritu request cut crease tapi dia reject
sebab buat cut crease je dah tiga jam hahahaha
over nauu nak caras attention pengantin
okay harga pula katanya kalau pengantin
dia amek rm400 je
tapi untuk bridesmaid / family member ni
kalau sorang rm300
kalau dua orang rm250
kalau tiga orang rm180
kalau 4-6 orang rm170
kalau 7-9 orang rm160
gittoh ha ada range dia
yang penting semua ni dah termasuk transport charge
boleh je kalau korang nak lagi murah
tapi kena pergi makeup dekat rumah dia di nilampuri hahaha 

okay sekian itu saja lah
harap post kali ni dapat membantu bakal-bakal pengantin di kelantan
jumpa di next post
xoxo bye!

No comments:

Post a Comment