Friday, January 3, 2020

Majlis Resepsi SolihinXAmeera

Hai gais!
actually gambar time majlis
yang ada dalam fon ni tak banyak pun
sebab aku busy gila kot time majlis
mana sempat nak amek gambar
tapi post ni aku akan update lagi nanti once dah dapat gambar & video
dari official photographer dan videographer

since majlis diadakan pada hari sabtu 28 disember 2019
aku dah sesiap amek cuti hari jumaat sebelum tu
kiteorang bertolak balik kelantan pukul 6.30 pagi
dan sampai di hotel perdana pukul 1.30 petang
7 jam perjalanan via LPT
not bad kan? memang tak jem pun
bilik twin room dekat hotel perdana best gila weh
seluas alam
harga rm150/night je thru agoda
rasa tak puas stay satu malam je
thankyou abah belanja bilik hotel 💓
semoga sentiasa murah rezeki
lupa pula nak ambil gambar bilik
sebab time tu sampai je bilik 
kiteorang terus bedal nasi kukus suriani
dia punya kebulur dah macam pelarian
nasi tu sebelum ke hotel perdana kteorang dah tapau sesiap

lepas makan je terus ke dewan sebab kena handle raptai pula
barai gila time tu tak dapat diungkap dengan kata-kata
tapi ku gagahi jua
raptai 3-6 petang
malam pula kteorang ada family dinner dekat four season
begitulah ceritanya

keesokan hari tibalah hari yang dinanti-nanti
aku memang bangun awal sebab mua datang makeup pukul 7 pagi
aku orang yang pertama dimakeupkan
diikuti mama dan aisya

cantik kan mama saya?


dah cantik-cantik ni kena lah amek gambar banyak-banyak

cap ibu dan anak

lepas setel makeup semua jam dah dekat pukul 10 pagi
terus pack barang sebab nak check out dan terus juga
ke dewan untuk sambut tetamu
meja untuk kawan-kawan rapat aku je dah dua meja
alhamdulillah semua datang
seronok jumpa walaupun sekejap je sebab memasing dah lama tak jumpa
kelakar tengok xera yang tengah sarat pregnant menunggu hari
sebab muka dia sembab teruk
dah tak macam xera
tak sangka pula lepas tiga hari attend majlis tu
xera pun bersalin dengan selamatnya alhamdulillah


geng 5S


mini love from us

thanks for coming guys

paling saiyang dekat semua ni 

mestilah aina, kak adi dan bangpit pun ada

Boss Jeju Muslim Travel
apepun alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar
setel awal pula tu
dalam pukul dua petang dah bersurai
muka kiteorang ni semua mintak katil je
tak sabar nak balik rumah

terima kasih buat kawan-kawan semua yang hadir
sanggup korbankan masa untuk datang
ketahuilah bahawasanya saya sangat-sangat hargai semua ni
semoga hubungan persahabatan kita ni
kekal sampai akhir hayat aaminn
terima kasih juga buat family dan orang kampung yang datang
walaupun korang balik awal tak tunggu majlis habis
sebab korang melahap makanan awal-awal tak ingat dunia
 asal perut dah kenyang je terus nak balik
takpe ye kami tak marah
itu jadi pengajaran buat kami sekeluarga
supaya lepas ni buat majlis tu makanan kena served satu-satu 

oh ya malam tu kiteorang ada sesi buka hadiah
banyak juga hadiah yang angah dan ameera dapat
tapi yang kelakarnya
80% daripada hadiah tu, semuanya glassware
hahahaha bapak bosan
takpe semua tu kita boleh recycle, look at the bright side
syukur dapat hadiah banyak-banyak ni
ingat senang ke orang nak kasi hadiah kalau tak kahwin 😆

sesi buka hadiah
sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!

No comments:

Post a Comment