Thursday, January 2, 2020

Seven Meet Wonders Cafe tak sedap

Hai gais!
kali ni sis nak review platter di Seven Meet Wonders Cafe
yang terletak di Sungai Buloh
sis pergi bulan lepas kot
tapi hari ni baru ada masa nak review hahaha ampun
first thing first lokasi dia agak terceruk ye
tapi bila masuk je dalam kedai ramai gila customers
nak masuk kedai kena bukak kasut tau
dia konsep ala ala masuk rumah orang gitoh
customers boleh dikatakan semua melayu

disebabkan marketing kat fb dia kaw kaw pasal hot dulang combo
so kiteorang pun order lah hot dulang combo 053
yang ada spicy ramen, pasta, 2pcs chicken black pepper,
6pcs spicy korean chicken, cheesy meatball and fries
ha nampak macam banyak kan
macam tu juga lah kiteorang rasa bila tengok gambar
dan baca description dekat fb tu
terus malam tu kiteorang pilih untuk ke Seven Meet Wonders Cafe
instead of Murni Discovery
sebab expectation kiteorang portion dia banyak
sampai dua orang boleh makan
tapi bila dorang served je depan mata hmm hampa sikit
sebab ni kalau lapar ni
memang redha sorang makan pun boleh habis
apepun kiteorang tinggalkan kedai dengan dulang yang licin
dan perut yang separuh kenyang



makanan dia takdelah sedap gila
sampai rasa macam nak datang kali kedua
spicy ramen yang dia sediakan tu sebenarnya samyang
dan ramai je customers yang tak habis makan samyang tu
yela bukan semua orang makan pedas kan?
pasta dia tu pula spaghetti bolognese guna angel hair
spicy korean chicken pula bukan boneless
dan cheesy meatball dia pula ikea punya lagi sedap
chicken black pepper so-so dan fries dia kurus
harga rm30 macam tak berbaloi je
dah lah tak termasuk air
korang dah boleh kot search platter dekat kedai lain
takyah makan kat cafe ni lah sampailah dorang improve
apepun ni pendapat sis je
citarasa orang kan lain-lain
mungkin tak sedap bagi sis tapi sedap bagi korang?
so korang yang nak pergi tu boleh lah waze
Seven Meet Wonders
banyak je lagi menu yang lain











itu sahaja untuk kali ni
jumpa di next post
xoxo bye!

No comments:

Post a Comment