Tuesday, March 24, 2020

Penang Trip Day 2 - Kampung Agong

Hi gais!
salah satu tempat paling hot di Penang lately adalah
homestay kampung agong!
yang terletak di Bakar Kapor, Penaga
dibuka dari 9am sehingga 7pm
entrance fee RM5/pax dan parking RM2/car
jangan rasa mahal dulu sebab kawasan dia besar gais!
keluasan dia 15 hektar kot
bila dah masuk baru rasa berbaloi
macam-macam aktiviti yang boleh dibuat
antaranya memancing, bbq, sukaneka, berbasikal
dan lain-lain lagi
yang penting banyak spot tempat amek gambar
ala-ala macam dekat Bali gittew
tapi setiap spot tu kena beratur kalau ramai orang
yang tu jela kena bersabar
nak bergambar ke tak? ha bersabar ye 😁
gerai-gerai makanan juga banyak dibuka
jadi jangan risau kalau rasa lapar





















tempat ni memang sesuai sangat untuk
company/sekolah/keluarga buat family day 
dapatlah merasa suasana kampung
tapi bagi sis, suasana tu biasa je
macam suasana dekat kampung sis lah
banyak pokok kelapa, sawah padi, awan biru
tapi memang cantik lah kawasan dia
dan tenang je dengan permandangan sawah padi
bagus betul pihak berwajib ambil inisiatif untuk
mencantikkan kawasan kampung agong ni
sebab sis perasan ada je rumah-rumah
penduduk asal kampung agong ni
rate untuk bermalam di homestay kampung agong ni
korang boleh check sendiri dekat agoda ye
kalau taknak bermalam
waktu yang paling sesuai korang datang adalah
pagi pukul 9 atau petang dalam pukul 4.30
kalau tidak, panas gais
tolong lah percaya cakap sis
nanti cair makeup tu, sia-sia je 😂 
otw balik ke pulau
jangan lupa tau singgah char kuey tiow sungai dua
sebab dia satu jalan je nak balik pulau
sis rasa itulah char kuey tiow yang
paaaling sedap sis pernah makan!
last time sis makan 5 tahun lepas
tapi baru-baru ni rasa dia still sama gais
still sedap, dah lah udang besar-besar
kedai dia tepi jalan besar je
sis order char kuey tiow special
dengan lemon ais
pehh memang satu kombinasi yang tepat
cukup melegakan tekak lepas penat bergambar hahaha
harga char kuey tiow RM8 je
special tu sebab ada telur goyang atas kuey tiow tu
try gais, tak rugi!

next post sambung cerita hari ketiga dekat Penang
stay tuned
xoxo!

No comments:

Post a Comment