Thursday, March 26, 2020

Penang Trip Day 3 - Tan Jetty & Roti Canai Transfer Road

Hai gais!
hari ketiga bermula di awal pagi
sebab nak ke Tan Jetty kalau boleh
taknak lah time matahari dah terpacak atas kepala
tapi jangkaan kiteorang salah gais
walaupun matahari tak terpacak atas kepala
rupanya matahari naik dari Tan Jetty tu
memang bad light habis
jadi sis nak advice korang
kalau nak datang ke Tan Jetty ni
datanglah waktu petang
for the sake of good picture
kalau korang punya intention nak catch sunrise
then it is a good idea korang datang time subuh




Clan Jetty dekat Penang ni actually ada 6 tau semuanya
nama jetty semua di ambil dari chinese surname
kawasan jetty ni korang akan nampak
rumah-rumah yang dibina atas air
contohnya yang sis pergi ni namanya Tan Jetty
so rumah atas air kawasan Tan Jetty tu adalah
mostly keluarga Tan yang duduk
di mana nenek moyang Tan ni berasal dari China
datang ke Penang untuk bekerja sebagai buruh
dekat pelabuhan terminal Penang pada waktu dulu
disebabkan mereka tak berkemampuan untuk
hidup di kuarters dekat darat
di mana masa tu mostly orang Europe dan
tauke-tauke cina yang mendominasi kuarters di darat
jadi dorang bina lah rumah di atas air
selain keluarga Tan, ada juga keluarga Chew, Lee,
Lim, Koay dan Yeoh
ada satu fun fact, tahukah anda?
sampai ke hari ni dorang ni semua tak bayar tax tau
sebab dorang ni tak tinggal atas darat 😂

Banyak-banyak clan jetty dekat Penang
rasanya Tan jetty lah paling cantik
ni personal opinion sis jela
sebab dia ada satu jambatan panjang
di mana at the end of jambatan tu ada rumah merah
rumah merah tu tokong Buddha rasanya
okay selepas berpanas dekat Tan Jetty
kiteorang pun pergi breakfast
tempat breakfast yang menjadi pilihan hati adalah
roti canai transfer road!
macam biasalah tempat femes mestilah ramai orang
tapi nasib baik kiteorang pergi hari isnin
jadi dapatlah meja kerusi dekat lorong tu



kedai ni tepi jalan je
tak jauh mana pun dari tan jetty tu
tapi kalau berjalan kaki di bawah panas matahari
yang dekat depan mata pun terasa jauh kan hahaha
apa yang special dengan roti canai transfer road ni adalah
dia hidang roti canai dengan kari ayam dalam satu pinggan
sedap gila weh
lain dari roti canai biasa yang kita makan kat mamak
harga dia sepinggan RM8
kedai ni pukul 7am dah buka 
dan tengahari pukul 12pm dah tutup
jadi korang kena datang awal lah ye

sekian itu saja
sambung di next post pasal Khoo Kongsi
xoxo


No comments:

Post a Comment