Saturday, April 25, 2020

Makeup Organizer Murah

Hai gais!
assalamualaikum
first of all sis nak ucapkan
selamat menyambut ramadhan almubarak
to you all strangers yang stumble upon this blog
semoga ramadhan kali ni lebih bermakna
lebih manis dari tahun tahun sebelumnya
seperti sedia maklum
pkp dilanjutkan lagi ke fasa 3
sehingga lah ke tarikh 12may
ini juga bermaksud i have to cancel
my birthday trip to cameron! i is sedih
i is nak menangis kat bucu katil tepi langsir 😭
tapi nak buat macam mana kan
kena lah patuhi arahan semasa pkp
apapun semua yang berlaku ada hikmahnya
so far case di malaysia dah meningkat ke 5691
dengan 3663 recovered dan 96 deaths
kalau ikut rank dunia tu
malaysia dah dekat tangga 40+ dah
hebat kan? last time dekat belas belas kot
syabas dan terima kasih diucapkan pada our frontliners!

sis sebenarnya nak cakap pasal makeup organizer
punyalah panjang mukadimah dia kan
apepun during pkp ni
dah semua orang tak boleh keluar rumah
mestilah kejap kejap shopping online
kejap kejap scroll shopee lazada
jadi sis pun tak terkecuali
so the first thing yang sis beli during this pkp adalah
acrylic makeup organizer
dah lama sebenarnya sis nak beli
adalah berbulan bulan dah makeup organizer tu dekat
cart trolley shopee sis
finally sis beli juga dengan harga rm75.80
selain tu, sis ada tambah brush holder
saiz S, harga rm19
so total up semua rm97, sekian terima kasih
uols boleh refer link kedai yang sis beli tu dekat sini




sebenarnya kan, tak rugi pun spend on
this acrylic makeup organizer
sebab kalau tak, kau punya makeup dan skincare
semuanya berhabuk dekat atas meja tu
memang tak lah selalu nak bersihkan kan?
so why not beli this makeup organizer yang bertutup
plus meja korang tu pun akan nampak lebih kemas dan teratur
baru ada feel nak pakai skincare
nak pakai makeup tu nanti kan
plastic yang digunakan untuk makeup organizer yang sis beli ni
dia agak tebal tau, nampak solid lah
bukan made of plastic cikai yang biasa
tapi kalau jatuh dari tempat tinggi tu pecah lah
hahahaha itu memang confirm
yang brush holder tu pula
even dia size S, dia agak besar tau
nasib baik tak beli size M
taktau lah nak letak apa kalau besar sangat kan
ada orang suka beli pearl warna warni untuk letak dalam
brush holder tu, so that nampak cantik
korang boleh lah beli dekat kedai yang sis share link tu
 harga dalam rm23 for 300g

sekian itu saja
im so happy with my purchase
next sis tengah tunggu my next parcel from china pula
sis ada beli air fryer accessories tau
haa nanti sampai sis review okay
till then stay safe
xox bye!




No comments:

Post a Comment