Saturday, October 24, 2020

Cameron Day Trip 1 - Zetter Suites

Hai gais
bila dah kenyang
jam pun dah pukul 3
terus terfikir untuk check in dulu
jadi kiteorang pun terus ke zetter suites
yang terletak di barrington square
hotel apartment ni 5 min je dari
cafe abang strawberry
apa yang menariknya apartment ni?
kalau hari jumaat sabtu
pasar malam brinchang
betul-betul depan apartment ni
so dinner dah takyah fikir
beli je banyak-banyak dekat pasar malam
terus bawak naik, makan dekat hotel
bijak kenns sis huhu



kawasan apartment ni sebenarnya
baru dibangunkan
lot kedai sekeliling semua baru
parking tak perlu risau
sebab selain boleh park depan hotel
ada juga basement parking yang disediakan
dekat level yang sama dengan reception tu
ada juga 7E, ada juga a few kedai makan
yang paling best
opposite hotel apartment ni
ada kedai steamboat best dan famous
Y.A.Z Steamboat and Grill namanya
sesuai lah nak dinner dengan family
bila first time tengok bangunan apartment ni
dah rasa teruja sebenarnya
sebab kawasan baru developed
jadi kita expect decoration hotel ni
mestilah semuanya baru
dan ternyata benar sekali ya
reception hotel ni je dah cantik gila
(deposit sediakan RM100 ye)









Bilik-bilik guest dekat hotel ni
 semuanya dekat bangunan sebelah
ada guard yang jaga dekat pintu masuk
lepas je dari pintu masuk
terus jumpa lif
dan kiteorang pun naik lah ke bilik
bilik terletak di level 4
(dekat access card tulis 3A)
bilik dia gais
cantik sangat-sangat ya
ada 2 bilik tidur 2 bilik air
konsep bilik macam condo
maksudnya masuk je rumah
terus dapur dan ruang tamu
design perabot dia paling menarik
satu set dari ruang tamu ke bilik tidur
permandangan dari balkoni pula
kawasan perumahan orang ada-ada
dengan kabus tebalnya fuh
persis di overseas beb
tapi oh rupanya di malaysia je
suhu mencapai 14c ya bila senja
ah perfecttt
satu pilihan yang tepat dan berbaloi!
monolog ku bersendirian, achegitew









Basically semua benda ada
facilities memang cukup lengkap
peti ais, microwave, pinggan mangkuk
sudu garfu iron hanger semua ada
cuma next time kalau sis datang lagi
sis nak bawak air mineral botol besar
dan juga sos cili / kicap
penambah rasa untuk makan bersama
makanan-makanan dari pasar malam huhu
oh ya, toilet dia memang dah ada
shampoo and body wash ya
ape je yang takde? semua ada
tv pula siap dengan astro lagi
wifi pun ada
RM434 untuk 3 hari 2 malam tu 
terasa berbaloi dan murah sangat
sesuai lah kalau datang berlima
4 tido kat bilik, sorang lagi dekat sofa
cuma kena bawa extra blanket lah
kang kesejukan pula member tido sofa tu
esok pagi tengok dah jadi iceberg











So petang tu memang lepak kat hotel je
sambil menunggu parents dari kelantan
dorang arrived around 4pm
then lepas maghrib baru lah keluar 
ke kedai steamboat depan hotel tu
kali ni abah belanja
sebab nak celebrate birthday menantunya
kalau nak pegi kedai steamboat
sis suggest bawak plastik/tupperware ye
simpan elok-elok dalam handbag
kotlah tak habis nanti boleh tapau
macam sis sempat tapau banyak juga
bolehlah buat makan dengan megi cup
meriahhhh



Steamboat dekat Y.A.Z ni
konsepnya bayar dulu, makan kemudian
dia kira Rm35/head, makanlah sebanyaknya
lama juga kiteorang lepak situ
lepak pula dekat meja luar
sambil layan angin sejuk cameron
kena pula ni lah first time
sis bersama family makan steamboat
excited lah masing-masing
apepun sis lepas makan tu
terus rasa macam
taknak dah makan fishball crabball
dan segala ball lepas ni
sebab terlalu banyak makan benda-benda tu
sampai tapau bawak balik!
terima kasih tau abah belanja
semoga murah rezeki hendaknya aaminnn

xx

No comments:

Post a Comment