Wednesday, October 7, 2020

First Checkup at KKKD

 Hi gais
1st oct haritu was my first checkup
dekat KK Kota Damansara
iye sis baru nak update
sebab bila dekat ofis je
rasa macam rajin sangat nak update blog
kalau dekat rumah asyik ber-netflix hihi
so everything was smooth and fine
cuma tulah kan
masa menunggu tu
dari 930am to 230pm
lama gila sis bertapa dekat kk
duduk je main fon
tak bercakap dengan orang
takut pula musim-musim covid ni

husband sis drop sis 9.15 dekat KK
KKKD ni dekat lot kedai
so senang lah terus masuk
lagipun sis dah buat online appointment
kena buat online appointment ye
or else, you will not be entertained
bila dah masuk tu terus ke receptionist
ada satu kaunter khas untuk ibu-ibu
dekat situ, bagitau lah nurse
yang korang dah booked appointment
and datang nak buka buku pink
nurse akan bagi nombor giliran
and suruh naik aras dua
time tu baru tau
oh ada ada aras satu aras dua rupanya
bila dah sampai aras dua
korang kena letak dekat bakul reception
another copy of your angka giliran
then baru lah duduk menunggu
ramai gila ibu-ibu mengandung
bunyi baby nangis pun tak henti-henti

Sis pun menunggu lah
sakit bontot dok lama sangat
dah macam-macam gaya duduk
sis dah tau masa menunggu ni lama
dah mentally prepared
dah bawa air mineral siap-siap
dan juga bawa powerbank terutamanya
pukul 12 macam tu tibalah angka giliran sis
masuk bilik rawatan dekat sebelah je
nurse suruh timbang berat
(berat sis 59.7kg ye, terkezut mak)
lepastu duduk and isi maklumat buku
sempat juga check bp
(bp sis 11.5)
lama jugalah isi maklumat buku tu
lepastu baru tau
kalau ikut alamat rumah sis
sis sepatutnya ke KK Kelana Jaya
dah lah Kelana Jaya punya kk jauh, huuu

Lepas setel maklumat buku
sis kena turun aras 1
untuk buat urine and blood test
sekejap je buat dua test ni
pastu sis ke aras 2 balik
time tu dah 1230
dari ramai orang dekat ruang menunggu ni
tinggal sis sorang je
sebab pukul 1 staff semua dah rehat
sis ni kiranya last patient before lunch
tapi apakan daya
patient before sis tu ada case
jadi nurse suruh datang balik after 2pm
so sis pun pegilah lunch dulu
lapar gila sebab tak makan dari pagi





Bila klinik buka balik 2pm
sis terus ke aras 2
dah tak perlu ke reception GF untuk
ambil balik nombor giliran baru
guna nombor giliran yang sedia ada je
tak lama sis menunggu
dalam 2.15 macam tu
doktor panggil untuk masuk bilik
doktor terus scan baby
doktor cakap 9 minggu 4 hari
tapi doktor suruh datang lagi 2 weeks
sebab nak make sure betul ke tak
sebab kan jarak last period sis
dengan usia kandungan jauh
kalau sis fikir sendiri hm logik je
taktau lah kalau doktor rasa tak betul
then doktor suruh baring
sebab dia nak check ketulan dekat breast
dekat perut, dekat leher, dekat kaki
lepastu setel!

Basically memang takde masalah apa pun
before balik just kena pegi farmasi dekat GF
untuk amek zincofer
which sis tak makan-makan pun
sampailah ke hari ni
sebab sis takod sis termuntah nanti
dah lah doktor suruh makan 2 biji sehari
sis makan obimin instead
yang Jiha bagi dekat ofis
so far alhamdulillah sekarang dah 10 weeks
dan still takde muntah-muntah
hopefully sentiasa sihat jela
boleh masak hari-hari dekat rumah
cuma sis perasan sekarang asyik lapar je
dah makan nasi pukul 1pm
pukul 4pm dah rasa macam
boleh makan nasi satu pinggan lagi
sis sedihhh, nanti gemokkk huhu

till second checkup on 15oct
xoxo bye!

No comments:

Post a Comment