Monday, November 18, 2019

My Umrah Journey - Part 1

Hai gais!
post ni akan berkisar tentang
proses dokumentasi untuk perform umrah
note that post ni adalah sejenis ongoing
jadi akan ada banyak part lah dari semasa ke semasa

okay tour agency pilihan hati adalah
MKM Ticketing Travel & Tours Sdn Bhd
ig : mkmtickettravel
pilih MKM sebab ada sorang kawan aku ni suggest
dan bila tengok pakej yang dia bagi pun murah
dah lah tempat penginapan betul-betul depan masjid
tak perlu nak jalan kaki jauh-jauh
jadi dah berminat tu
aku pun apa lagi
terus wasap nombor yang tertera pada profile ig MKM
dan liaise dengan tuan haji salam
bagitahu dia berminat dengan pakej bilik berempat
dan tarikh berangkat 20jan-30jan 2020
lepas bayar deposit rm1000/kepala
tuan haji tu pun email aku borang tempahan umrah
sekali dengan senarai dokumen yang perlu disertakan
nak gather semua dokumen ni yang amek masa yang agak lama

Antara dokumennya ialah :
1) passport (make sure still valid 6 bulan dari departure date
dan at least ada 6 pages yang belum guna)
2) 3 keping gambar visa background putih
3) buku suntikan vaksin ACWY
4) salinan sijil nikah
5) sijil lahir
6) letter of consent dari suami bagi perempuan yang nak pergi
tapi suami tak turut serta (verified by pesuruhjaya sumpah)

Passport tu memang aku dah ada
kalau nak buat baru/renew sekarang ni kena bayar rm200
valid sampai 5 tahun
yang mana nak renew tu jangan lupa bawa passport lama ye

Gambar visa pula buat dekat kedai gambar area rumah
korang yang stay area kota damansara
kalau nak buat gambar passport/visa
boleh lah pergi area seksyen 4
cari Kedai Gambar Foto Super Image
takpun waze je ke DobiBoy Kota Damansara
kedai tu bukak dari 9.30am-9.30pm
biasanya kedai-kedai gambar ni pukul 8pm dah tutup
tapi kedai ni bukak lama sikit
dan gambar dia guna jenis kertas gambar yang berkualiti
bagi yang perempuan tu kalau nak amek gambar visa
jangan lupa pakai tudung hitam sesiap 
jangan jadi macam aku
datang pakai tudung warna biru
at last kena sauk tudung makcik-makcik yang kedai sediakan 😓

4 keping rm15

seterusnya suntikan vaksin ACWY
setiap orang yang nak pergi umrah/haji wajib amek vaksin ni
vaksin ni aku amek dekat 
Klinik Fatah & Abdullah Jelawat
sebab alang-alang balik kampung haritu
jadi buatlah sesama dengan parents
harga vaksin rm140
lepas vaksin doktor akan kasi 
buku color kuning cair yang tertulis
 International Certificates of Vaccination

lastly letter of consent
kalau korang in the same boat with me
korang boleh lah download loc yang aku jumpa kat google ni
https://www.umrah-ziarah.com/download/letter-of-consent-baru.pdf

jangan lupa dapatkan pengesahan dari pesuruhjaya sumpah
macam aku punya ni Redha buat dekat jalan raja chulan kl
commissioner for oaths - mohan a.s maniam
located in shook lin & bok kuala lumpur
rm5 je katanya
husband yang kena buat ni tau sebab dia yang nak bagi consent
kalau korang perempuan ni yang nak pergi pun kena
in the presence of your husband
kang ada tetiba ajak member perempuan lain yang tolong temankan
hahaha sia-sia je nanti

lepas dah setel semua dokumen ni
hari sabtu lepas 16/11
aku pun hantar lah dekat pejabat MKM di star avenue subang
lega betul rasa
alhamdulillah
sekarang ni just tunggu tuan haji update jela
untuk buat pembayaran

Pejabat MKM di Star Avenue Subang

sekian saja update pasal umrah kali ni
sambung di post umrah akan datang
xoxo bye!

No comments:

Post a Comment