Tuesday, November 5, 2019

Muzium Negara Malaysia

Hai gais!
okay sambung lagi

so, dari mrt pasar seni kiteorang ke mrt muzium negara
dari mrt muzium negara ni, dua tiga langkah je dah sampai muzium
sebab jarak muzium dengan mrt tu macam jiran depan rumah
terlalu dekat
entrance untuk masuk muzium pula rm2 je

muzium ni lebih meriah berbanding muzium yang lain

mungkin sebab muzium ni dekat area kl sentral kot
kl sentral kan interchange to all those trains mrt/lrt/ktm/monorail

tempat tumpuan orang ramai 
jadi muzium negara tu senang orang nak access
plus, muzium negara ni content dia lagi menarik


sebab apa?
sebab dia ada 4 galeri
2 galeri kat bawah, 2 lagi kat tingkat atas
galeri A pasal zaman pra-sejarah
galeri B pasal kerajaan-kerajaan melayu
galeri C pasal era kolonial
galeri D pasal malaysia kini
maksudnya lepas keluar je dari muzium ni
kita akan dapat tahu tentang zaman pra sejarah di malaysia 
dan justeru
sejarah pembentukan malaysia tercinta iaitu
dari zaman kegemilangan melaka
kejatuhan melaka
portugis tawan melaka
belanda tawan melaka
british tawan melaka

jepun tawan melaka
pastu dua minggu dibawah bintang tiga / MPAJA 
darurat dan perjanjian london
dan akhirnya merdeka!
penceritaan dalam muzium sangatlah detail gais

sampai sis pun boleh ingat satu-satu flow kemerdekaan tu
betapa menariknya muzium tu
even pasal parameswara tu sendiri pun kita dapat tahu
dia punya asal usul, kahwin dengan siapa dan sebagainya
yang tak diajar dalam buku teks sejarah form1 to form5
pastu siap ada replika a famosa lagi, replika fort cornwallis, 
replika kapal flor de la mar dan sebagainya
muzium ni memang recommended teruk for everyone!
wajib pergi gais wajib pergi!

di luar perkarangan muzium negara ni

ada transportation lama yang dipamerkan
antaranya termasuklah old version of bas mini, keretapi tanah melayu,
cable train bukit bendera dan lain-lain lagi
kalau nak cerita satu-satu tu memang tak habis
senang cerita korang kena pergi sendiri lah

comel je bas mini pink ni kan?

cable train bukit bendera dulu-dulu

15000 langkah achievement unlocked!

lepas setel muzium negara, hari dah nak senja

jadi dah tak sempat nak ke tempat lain
kalau ikut plan asal, jauh lagi perjalanan ni ha
sebab nak ke muzium seni kraf orang asli pula
pastu ke memorial tun abdul razak dan lastly
ke taman orkid atau taman botani perdana
semua tu pun dekat-dekat dari muzium negara
takpelah, mungkin boleh sambung
di rancangan played tourist yang seterusnya? 😆

last but not least
sis nak share cubaan video guna dji osmo part 2



sekian itu saja
jumpa di next post

xoxo bye!






No comments:

Post a Comment