Tuesday, March 2, 2021

Zakat Pendapatan 2020

 Hi gais
sis nak share sikit pasal zakat pendapatan
zakat ni kita wajib bayar
untuk menyucikan harta pencarian kita
ingat, dalam rezeki kita tu
akan sentiasa ada rezeki orang lain
zakat pendapatan ni dibayar mengikut negeri
contohnya kalau korang kerja dekat selangor
korang kena lah bayar dekat zakat selangor
jadi cemana nak kira zakat pendapatan tu?
jangan risau anak-anak
dekat website zakat selangor tu
ada kalkulator yang disediakan untuk kita kira
berapa yang patut kita bayar
boleh refer kalkulator tu dekat sini
ada orang bayar bulan-bulan
ada orang bayar setahun sekali lump sum
macam sis, sis akan bayar setahun sekali

Bahagian A : komponen pendapatan
biasanya orang akan isi hasil penggajian & upah tahunan je
boleh refer nilai tu dekat EA form bahagian c (jumlah)



Bahagian B1 : had kifayah isi rumah
ha dekat part ni, mention specifically
berapa orang yang korang tanggung
kot kalau ada tanggung isteri bekerja
letak 1 dekat dewasa bekerja (18 tahun)
kalau tak bekerja, campur pula kena tanggung parents
letaklah 3 dekat dewasa tidak bekerja (18 tahun)
kot ada anak belajar uitm boleh lah letak
ada anak sekolah rendah sekolah menengah ke
anak bawah 6 tahun pun letaklah juga
dia dah categorized siap-siap

 Bahagian B2 : had kifayah tambahan
part ni kalau perlu je
in case korang ada tanggung anak OKU
ada tanggung family yang sakit kronik
dan kalau ada anak tu
letak berapa orang anak yang korang kena tanggung


Bahagian C : tolakan lain
sini lagi sekali korang kena refer EA Form
dekat form tu cari bahagian E KWSP
dia ada dua je, KWSP & PERKESO
so korang letak jumlah KWSP okay


Last sekali, sebelum kalkulator kirakan jumlah
korang kena isi bahagian E
simpanan tahunan semasa tabung haji
so korang referlah dekat tabung haji korang
ada berapa nilai semasa
kat sini kalau amaun tabung haji korang banyak
memang jumlah zakat tu akan jadi sikit
sebab bila korang menabung dekat tabung haji
tabung haji dah sesiap bayarkan zakat korang
bagus kan?
sebab tu orang lagi prefer menabung di tabung haji
compared to ASB
sebab ASB bagi dividen tak tolak zakat
jadi korang kena lah kira dan bayar sendiri
boleh refer entry sis cara kira zakat ASB dekat sini

Bila dah setel semua
kalkulator akan stated jumlah zakat anda (setahun)
dan korang boleh terus klik button 'bayar zakat'


Sekian itu saja lah sharing hari ni
entry ni sebagai rujukan sis di tahun mendatang juga
kot lah lupa kan cemana nak isi
selamat membayar zakat gais!
xx

No comments:

Post a Comment