Tuesday, July 20, 2021

SelangkahVax

Assalamualaikum
hari ni 8pagi dah gerak
dari Ampang ke Damansara
sebab slot vaksin pukul 10-11pagi
PPV dekat tropicana garden mall je
alhamdullillah lah dapat PPV depan rumah je
senang pergi balik tadi naik grab
tinggal Haqi dengan Redha jap
kebetulan balik rumah tadi Haqi baru bangun
mengamuk nak susu badan
susu botol dia taknak dah sekarang
kena train dia balik ni nanti
kalau tidak nanti susah nak hantar dia ke taska
hopefully masuk ofis lambat lagi lah kan
hahahaha



Apepun, vaksin hari ni berjalan dengan lancar
dapat sinovac
register under company haritu
tup tup hr call hari ahad lepas
katanya vaksin slot under company 20 julai
actually mysejahtera pun dah dapat tarikh vaksin
pun dapat 20 julai juga
dapat sinovac dekat sacc mall
tapi time tu terus reject on the spot
satu sebab jauh, dua sebab hari raya
tiga sebab fikir takpelah nak tunggu company punya
sebab awal-awal dah tau
company punya PPV dekat mall depan rumah je kan
boleh lah rentas daerah balik rumah sekali
dah 3 bulan stuck dekat ampang ni ha
segan lama-lama dekat rumah mentua tau
terasa menyusahkan dia pula



Jadi before hari vaksin hari ni
dah sesiap daftar dekat selangkah app
dah print out sesiap related form and document
jadi bila sampai dekat mall tu
just tunjuk ic and form dekat PIC
then PIC guide naik terus ke convention centre
previously dah pernah pegi convention centre tu
time tu ada baby fair
so dah familiar lah every floor dekat mall tu
sekejap je menunggu untuk vaksin
sampai mall tepat pukul 10pagi tadi
then pukul 11pagi dah gerak balik rumah
alhamdulillah so far takde pening-pening pun
hopefully tak demam lah kan
kalau tak, kesian haqi
tapi bila baca review yang amek sinovac ni
after effect dia mostly takde pun
compared to AZ/pfizer
so sekarang ni tunggu next dose pula
next dose would be on 10 ogos
tiga minggu dari sekarang



xx

No comments:

Post a Comment