Friday, January 3, 2020

Majlis Resepsi SolihinXAmeera

Hai gais!
actually gambar time majlis
yang ada dalam fon ni tak banyak pun
sebab aku busy gila kot time majlis
mana sempat nak amek gambar
tapi post ni aku akan update lagi nanti once dah dapat gambar & video
dari official photographer dan videographer

since majlis diadakan pada hari sabtu 28 disember 2019
aku dah sesiap amek cuti hari jumaat sebelum tu
kiteorang bertolak balik kelantan pukul 6.30 pagi
dan sampai di hotel perdana pukul 1.30 petang
7 jam perjalanan via LPT
not bad kan? memang tak jem pun
bilik twin room dekat hotel perdana best gila weh
seluas alam
harga rm150/night je thru agoda
rasa tak puas stay satu malam je
thankyou abah belanja bilik hotel 💓
semoga sentiasa murah rezeki
lupa pula nak ambil gambar bilik
sebab time tu sampai je bilik 
kiteorang terus bedal nasi kukus suriani
dia punya kebulur dah macam pelarian
nasi tu sebelum ke hotel perdana kteorang dah tapau sesiap

lepas makan je terus ke dewan sebab kena handle raptai pula
barai gila time tu tak dapat diungkap dengan kata-kata
tapi ku gagahi jua
raptai 3-6 petang
malam pula kteorang ada family dinner dekat four season
begitulah ceritanya

keesokan hari tibalah hari yang dinanti-nanti
aku memang bangun awal sebab mua datang makeup pukul 7 pagi
aku orang yang pertama dimakeupkan
diikuti mama dan aisya

cantik kan mama saya?


dah cantik-cantik ni kena lah amek gambar banyak-banyak

cap ibu dan anak

lepas setel makeup semua jam dah dekat pukul 10 pagi
terus pack barang sebab nak check out dan terus juga
ke dewan untuk sambut tetamu
meja untuk kawan-kawan rapat aku je dah dua meja
alhamdulillah semua datang
seronok jumpa walaupun sekejap je sebab memasing dah lama tak jumpa
kelakar tengok xera yang tengah sarat pregnant menunggu hari
sebab muka dia sembab teruk
dah tak macam xera
tak sangka pula lepas tiga hari attend majlis tu
xera pun bersalin dengan selamatnya alhamdulillah


geng 5S


mini love from us

thanks for coming guys

paling saiyang dekat semua ni 

mestilah aina, kak adi dan bangpit pun ada

Boss Jeju Muslim Travel
apepun alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar
setel awal pula tu
dalam pukul dua petang dah bersurai
muka kiteorang ni semua mintak katil je
tak sabar nak balik rumah

terima kasih buat kawan-kawan semua yang hadir
sanggup korbankan masa untuk datang
ketahuilah bahawasanya saya sangat-sangat hargai semua ni
semoga hubungan persahabatan kita ni
kekal sampai akhir hayat aaminn
terima kasih juga buat family dan orang kampung yang datang
walaupun korang balik awal tak tunggu majlis habis
sebab korang melahap makanan awal-awal tak ingat dunia
 asal perut dah kenyang je terus nak balik
takpe ye kami tak marah
itu jadi pengajaran buat kami sekeluarga
supaya lepas ni buat majlis tu makanan kena served satu-satu 

oh ya malam tu kiteorang ada sesi buka hadiah
banyak juga hadiah yang angah dan ameera dapat
tapi yang kelakarnya
80% daripada hadiah tu, semuanya glassware
hahahaha bapak bosan
takpe semua tu kita boleh recycle, look at the bright side
syukur dapat hadiah banyak-banyak ni
ingat senang ke orang nak kasi hadiah kalau tak kahwin 😆

sesi buka hadiah
sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!

List of Wedding Services Bajet di Kelantan

Hai gais!
end of december last month
kan sis ada bagitau yang sis busy handle wedding adik sis kan
so today sis nak share
list of wedding services bajet di Kelantan
kot ada yang nak kahwin dekat kelantan
nanti boleh lah guna perkhidmatan dorang ni
kenapa bajet?
sebab sis handle majlis bertandang je kot
supposedly buat majlis kesyukuran kecik-kecik je dekat rumah
tapi parents sis insist juga nak buat kat hotel
sebab anak lelaki sorang je
sebab anak tak ramai pun ye juga
note that majlis resepsi belah pengantin lelaki ni
diadakan di dewan bunga emas hotel perdana
jemputan dalam 350 orang je
mostly sis yang handle aturcara majlis
yang penting abah sis nak majlis tu ada tarian tradisional
ada real kompang dan ada silat siap gendang
so here we go

Kalau korang nak amek tarian
untuk majlis perkahwinan di kelantan
boleh lah contact Jastera (012-9396263)
3 slot tarian tradisional dia amek rm800 je
enam orang penari budak-budak
siap pakaian tradisional dan makeup semua
amek budak-budak ni sebab tak elok ha yang dewasa menari
lagi-lagi perempuan
dah lah jemputan mostly orang kampung
kang apa kata mulut orang kampung kan hahaha
okay quotation asal adalah seperti berikut


Then kalau korang nak cari pesilat
untuk majlis pembukaan atau majlis apa-apa je
yang perlukan silat di kelantan
boleh lah contact Megat (011-39179006)
dia amek rm600 je untuk
4 orang pesilat dan 4 orang pemain gendang
silat yang akan dimainkan tu nanti adalah
silat seni pulut dan silat tempur

Seterusnya kalau korang nak cari pemain kompang
untuk majlis perkahwinan
boleh lah contact Ahmad (017-9068132) / Kak Zee (011-2554 0679)
10 orang pemain kompang kanak-kanak
siap pakai baju seragam
range harga rm450-rm500 je
budak-budak tu dari sekolah rendah pengkalan chepa
dorang palu kompang semangat gila
comel je semuanya

since majlis resepsi belah lelaki ni bukan buat buffet
sebaliknya hidang makanan atas meja
dan jemputan akan dipersilakan untuk makan serentak
sis kena lah order makanan asing untuk performer ni semua
jadi sis decided untuk order nasi kukus
kalau korang nak order nasi kukus
dekat area kota bharu
delivery ke depan rumah pada waktu pagi
boleh lah contact Nasi Kukus Zaeman (017-9681413)
order 35 bungkus haritu
dia amek sebungkus rm5.50
takde delivery charge
ada je nasi kukus lain
tapi mostly terima order lepas pukul 12.30 tengahari
contohnya
nasi kukus Suriani (rm6/pax)
nasi kukus Warisan (rm6/pax) tapi jumaat sabtu tutup

Next kalau korang nak cari bridal murah di kelantan
pakej 1500 je tapi siap dengan pelamin rumah
baju pengantin lelaki perempuan sekali aksesori
makeup, bunga tangan, decoration meja beradap semua
boleh lah contact Kak Tina (014-9600135)
based dia dekat Kok Lanas
baju pengantin dengan pelamin dia semua cantik-cantik
padahal dia bridal kampung je
kalau nak mini pelamin je boleh dapat rm350
kalau nak sewa baju je sekali dengan aksesori rm550
save lah nombor dia kat whatsapp
nanti tekan profile dia dapat view catalog pelamin

Tapi kak tina ni dia tak buat photobooth corner tau
dia akan suggest kita buat photobooth sendiri kalau nak murah
Jadi kalau korang malas nak deco sendiri
dan still nak photobooth corner murah di kelantan
korang boleh lah contact kak na (012-9678746)
biasa dia buat photobooth guna pallet kayu
harga dalam rm280

Lagi satu, sis ada berkenan dengan satu mini pelamin ni
sis personally rasa mini pelamin ni paling cantik dekat kelantan
korang boleh tengok ig decobybelvy
harga pelamin dia mostly rm350 je
tapi tulah bila ws dengan admin dia
macam nak taknak je dia layan client
mungkin sebab dia tahu sis handle majlis dekat dewan
dan dia memang tak buat pelamin dewan
so dia pun ignore je whatsap sis hm

Last but not least
list of videographer di kelantan
yang sis sempat survey
survey sebab rasa video dorang ni cantik
harga untuk satu wedding video below rm1000 (as of dec 2019)
korang boleh refer ig:

Kalau prefer videographer yang harga middle class range
untuk satu wedding video di kelantan
korang boleh refer ig :
dan banyak lagi lah videographer famous di kelantan
yang taknak lah sebut nama
sebab korang pun kenal hihi

apepun wedding video ni berbalik lah kepada
citarasa dan bajet masing-masing
ada orang rasa tak perlu pun video-video ni
cukup lah ada gambar je pun dah okay
tapi since abah sis request nak video
sis pun carikan jelah
untuk wedding adik sis haritu
sis amek dengan candidfilmsociety
sebab wedding sis haritu
sis amek gambar pun dengan candidfilmsociety ni juga
cantik gila gambar-gambar dia

oh ya bila dah ada video ni semua
haruslah family members yang perempuan kena cantik-cantik kan
jadi sis booked MUA dari ig makeupbyeiykqakelantan
sis personally suka dia makeup
sebab nampak semua on point
dia boleh je makeup natural/nude dan taknak tebal-tebal
semuanya upon request
macam sis haritu request cut crease tapi dia reject
sebab buat cut crease je dah tiga jam hahahaha
over nauu nak caras attention pengantin
okay harga pula katanya kalau pengantin
dia amek rm400 je
tapi untuk bridesmaid / family member ni
kalau sorang rm300
kalau dua orang rm250
kalau tiga orang rm180
kalau 4-6 orang rm170
kalau 7-9 orang rm160
gittoh ha ada range dia
yang penting semua ni dah termasuk transport charge
boleh je kalau korang nak lagi murah
tapi kena pergi makeup dekat rumah dia di nilampuri hahaha 

okay sekian itu saja lah
harap post kali ni dapat membantu bakal-bakal pengantin di kelantan
jumpa di next post
xoxo bye!

Thursday, January 2, 2020

Seven Meet Wonders Cafe tak sedap

Hai gais!
kali ni sis nak review platter di Seven Meet Wonders Cafe
yang terletak di Sungai Buloh
sis pergi bulan lepas kot
tapi hari ni baru ada masa nak review hahaha ampun
first thing first lokasi dia agak terceruk ye
tapi bila masuk je dalam kedai ramai gila customers
nak masuk kedai kena bukak kasut tau
dia konsep ala ala masuk rumah orang gitoh
customers boleh dikatakan semua melayu

disebabkan marketing kat fb dia kaw kaw pasal hot dulang combo
so kiteorang pun order lah hot dulang combo 053
yang ada spicy ramen, pasta, 2pcs chicken black pepper,
6pcs spicy korean chicken, cheesy meatball and fries
ha nampak macam banyak kan
macam tu juga lah kiteorang rasa bila tengok gambar
dan baca description dekat fb tu
terus malam tu kiteorang pilih untuk ke Seven Meet Wonders Cafe
instead of Murni Discovery
sebab expectation kiteorang portion dia banyak
sampai dua orang boleh makan
tapi bila dorang served je depan mata hmm hampa sikit
sebab ni kalau lapar ni
memang redha sorang makan pun boleh habis
apepun kiteorang tinggalkan kedai dengan dulang yang licin
dan perut yang separuh kenyang



makanan dia takdelah sedap gila
sampai rasa macam nak datang kali kedua
spicy ramen yang dia sediakan tu sebenarnya samyang
dan ramai je customers yang tak habis makan samyang tu
yela bukan semua orang makan pedas kan?
pasta dia tu pula spaghetti bolognese guna angel hair
spicy korean chicken pula bukan boneless
dan cheesy meatball dia pula ikea punya lagi sedap
chicken black pepper so-so dan fries dia kurus
harga rm30 macam tak berbaloi je
dah lah tak termasuk air
korang dah boleh kot search platter dekat kedai lain
takyah makan kat cafe ni lah sampailah dorang improve
apepun ni pendapat sis je
citarasa orang kan lain-lain
mungkin tak sedap bagi sis tapi sedap bagi korang?
so korang yang nak pergi tu boleh lah waze
Seven Meet Wonders
banyak je lagi menu yang lain











itu sahaja untuk kali ni
jumpa di next post
xoxo bye!

Sarawak's Bowl, Sunway Putra Mall

Hai gais!
korang rindu masakan Sarawak?
apa kata korang pergi ke Sarawak's Bowl!
dorang served mee kolok macam dekat sarawak
mee kolok dia sedap gila sumpah tak tipu
paling sedap di kuala lumpur or selangor
actually sis jatuh cinta dengan mee kolok ni
lepas sis pergi sarawak trip dengan kawan-kawan two years ago
balik je dari sarawak tu
asyik terbayang-bayang mee kolok dan aiskrim gula apong
so sekarang memang sis dah jumpa lah mee kolok sedap kat kl
whenever I feel like having mee kolok
I will definitely go to Sarawak's Bowl
ni sebenarnya bukan kali pertama pun
sis pergi Sarawak's Bowl dekat Sunway Putra Mall ni
entah kali ke berapa dah
yang penting setiap kali pergi tu mesti order Mee Kolok Ayam
so setakat ni belum berkesempatan lah untuk try menu lain
hahahhaa its okay there's always next time
korang kena pergi rasa mee kolok ni tau
harga dia RM8.90 je
and oh ya, air tea layer dia sedap gila, must try!



actually banyak je lagi menu dia yang korang boleh try
ada laksa sarawak, mee sua, ayam pansoh dan macam-macam lagi
kedai dia dekat level 4 tau, level atas sekali
naik je escalator terus nampak kedai dia belah kiri
 jangan lupa komen bila korang dah try
jumpa korang di next post
xoxo bye!

D'Aur Beach Resort Bachok

Hai gais! Actually sis baru je sampai damansara hari isnin bertolak dari kelantan pukul 10 pagi sampai di damansara tepat pukul 5 petang 7 jam lah juga lalu LPT
sampai je damansara terus pegi klinik surian
amek MC sebab
ceritanya memang tak apply AL pun untuk hari isnin 😂
cuti AL ada lagi balance 7 hari
semuanya simpan untuk cuti umrah nanti

Hari ahad sebelum tu (29/12/2019) selain menerima lunch invitation dari jiran sebelah rumah
dan dinner invitation dari jiran depan rumah
sis dan family berkesempatan untuk picnic bersama dekat
D'aur Beach Resort yang terletak di Pantai Melawi Bachok
dekat je dengan rumah kiteorang
dah lama juga tak pergi picnic dekat pantai
padahal pantai dekat je
seronok juga menikmati bayu laut sambil makan mee goreng ni
hasil air tangan menantu baru dalam family hihihi
yang tak bestnya masuk D'aur ni kena bayar RM5
untuk setiap kereta
kiteorang ada dua kereta jadi RM10 lah kena bayar
mahal kan? sabar jelah nak
sis suggest kalau korang nak pergi
masuk ikut jalan sebelah D'aur tu
jangan ikut main entrance dia sebab nanti kena bayar

Suasana dekat D'aur tu sangat meriah
ramai orang datang untuk picnic dan ambil gambar
fasiliti dekat D'aur ni memang terjaga lah
sebab dorang sediakan pondok untuk berkelah
banyak tong sampah, kawasan pantai pun bersih
ada swing macam dekat bali
ada aktiviti juga dekat pantai tu macam ATV dan horse riding
kalau nak naik kuda kena bayar RM10 je
nanti jockey akan bawa jalan-jalan sampai hujung pantai
dan patah balik
sayangnya cuma pantai ni takde sunset
matahari terbenam dekat opposite direction













dah agak agak dekat maghrib tu
kiteorang pun balik lah rumah
ceritanya memang tak sempat lah
nak bawak redha pergi nami island kelantan kali ni
sis cakap kat husband
awak dont worry
kan kita ada whole lifetime together
nanti kan kita balik lagi kita pergi lah nami island tu hihihi
okaylah sekian itu saja jumpa lagi di next post xoxo bye!





Wednesday, January 1, 2020

Killer Gourmet Burger (KGB) TTDI

Hai gais!
yes, third post of the day hahaha
since today is page 1 out of 365
we decided to went dinner outside
kali ni redha nak makan something new
something yang memasing tak pernah try
google punya google
lastly kteorang decided untuk makan burger di KGB TTDI
waze je ke KGB TTDI 
luckily malam ni tak ramai orang
maybe semua orang pergi zouk? 😂


masa dekat counter tadi
blur lah juga bila tengok menu dia
sebab taktahu nak order apa
tapi yang penting
cara nak order burger di KGB
first step dia pilih je kau nak beef / chicken / vegetarian
macam sis, sis pilih chicken
bila dah pilih chicken
dia ada option nak grilled chicken / crustfried chicken pula
so sis pilih grilled chicken
then baru pilih nak isi apa yang ada dalam burger tu
sis pilih CL Tornado C which is kat dalam burger tu ada
onion rings, sunny side egg, buffalowing aoilli
harga dia rm16.50
pastu sis upgrade to set sebab nak side dish dan air
so kena tambah lagi rm6.50
side dish sis pilih nak herbed fries 
air pula chinese tea
air dia tak best sebab air tin hm kecewa jap





Portion dia sangat dasyat ye
terkejut juga bila waiter served depan mata tu
sebab burger tu gedabak besar
lagi besar dari mulut aku cemana nak makan ni
kenyang dia masyaAllah
 macam kau telan sebijik pizza regular sensorang gittoh
tak larat nak jalan
timbul juga perasaan menyesal sikit
sebab makan kenyang sangat malam malam macam ni
kejap lagi nak tido ha cemanaa





Ambience kedai tu best
mungkin best sebab tak ramai orang time sis pergi?
waiter dia pun bagus sebab bila hantar makanan
dia akan tanya ada apa apa yang tak cukup lagi tak
then bila dah habis makan
dorang akan kasi feedback form untuk kita isi



Apepun thankyou to my husband
sebab belanja sis makan sampai kenyang
bila sis minta nak bayarkan dia tolak huhu
saya doakan semoga awak
dilimpahkan rezeki yang tak pernah putus
aaminnn


sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!





Saqeef Asfar

Hai gais!
actually ada good news yang happened semalam
one of my close friends, xera
dah selamat lahirkan seketul bayi lelaki comel
pukul 1.50pm 31disember 2019 di husm kubang kerian
nama diberi Saqeef bin Asfar
yang bermaksud; yang terlatih
berat baby 3.28kg
alhamdulillah ya Allah
ibu dan anak kedua-duanya sihat dan selamat

Si comel Saqeef

Buat syaheera
selamat berpantang
dan selamat menjadi ibu yang baik buat saqeef
enjoy motherhood life
buat baby saqeef pula
aunty ika doakan
semoga saqeef membesar menjadi hamba yang taat perintah Allah
anak yang soleh anak yang bijak
yang sempurna akhlaknya
yang sentiasa menyenangkan hati
berjaya di dunia dan di akhirat
dan mudah mudahan juga
yang paling penting Saqeef ni
menjadi asbab kepada ibu dan papa Saqeef masuk ke syurga
aaminnn
nanti ada masa aunty ika datang melawat ye?

xx



Wawasan 2020

Hi gais!
happy new year 2020 to you guys
yang stumble upon this blog
tak sangka ye dah masuk tahun 2020
dulu masa kecik pernah juga buat kira-kira
nanti wawasan 2020 umur aku baru 29
mungkin dah kahwin? mungkin dah ada anak?
kat mana agaknya aku time tu?
seriously sis pernah je ye terfikir semua tu ye masa sekolah rendah
dan pernah juga tanya parents sis
betul ke nanti wawasan 2020 ada kereta terbang?
macam dalam cerita doraemon
kan doraemon datang dari masa depan
yang persekitarannya serba canggih serba high technology
iye sampai macam tu sekali terpengaruh dengan doraemon

Apepun realitynya tidak ye gais
itu semua dusta
negara kita malaysia masih seperti biasa
apa yang kita kena bersyukur adalah
negara kita masih aman takde peperangan tu semua
takde bencana alam berlaku
contoh terdekat macam negara jiran kita
gunung berapi meletus lah
gempa bumi lah tsunami lah macam-macam
alhamdulillah bersyukur lah ye anak-anak
kita hidup dalam persekitaran yang aman dan selamat

sekarang ni dah masuk tahun baru
mestilah memasing ada azam tahun baru ada wishlist semua kan
azam tahun baru sis adalah
nak jadi muslimah yang lebih baik
you know in term of pemakaian jaga aurat semua
azam harian pula nak solat awal waktu
baru lah doa cepat makbul yedak
wishlist 2020 pula hm
satu nak ke umrah dengan family
which is yang ni dah tercapai lah kiranya
sebab kiteorang akan berangkat ke mekah lagi 20 hari
kedua, sis nak tukar kerja baru dan nak gaji baru
tempat kerja kena cari yang dekat-dekat dengan husband sis
supaya boleh pergi dan balik kerja sesama
gaji pula lebih banyak dari yang sekarang ni
dan yang ketiga, sis nak baby
dah boleh kot nak plan untuk ada anak sendiri
kan dah setahun honeymoon hihihi

semoga wishlist sis untuk 2020 ni semuanya tercapai
dan dipermudahkan semuanya aaminnn
jadi bawah ni gambar the best nine 2019
mestilah banyak gambar kahwin kan
sebab itu yang jadi turning point paling besar dalam hidup setakat ni
berkahwin dengan kawan uitm
tak sangka pula dah dekat setahun kiteorang berkahwin
ada baik ada buruknya semuanya sis terima je hahaha
semoga kiteorang berdua ni sentiasa
dikurniakan kesefahaman, kebahagiaan, toleransi, kasih sayang 
yang tak berbelah bahagi for each other
sampai lah bila-bila aaminnn


itu saje lah setakat ni
jumpa di next post
xoxo bye!