Monday, June 29, 2020

Mac & Cheese Pasta Panas

Hi guys!
so jumaat lepas 26jun
sis order mac & cheese dari pasta panas for lunch
teringin nak makan pasta panas ni sebab
dekat twitter hype bebenau netizen dok bercerita
katanya for newbie, try ler dulu mac & cheese dia
tak muak langsung dan sedap gila katanya
so sis pun tanpa membuang masa
terus order dari grabfood
harga macaroni mac & cheese ni RM13
tapi grabfood ada bagi promo code which has
30% discount kalau kita spend at least RM20
so sis pun add on chicken, pasta & mozarella
yang menjadikan totalnya RM20.20
tambah lagi delivery fee RM5 jadilah RM25.20
tapi lepas tolak discount RM6.06 tu
sis hanya perlu bayar RM19.14


Pasta panas ni jual spaghetti dan macaroni je tau
tak jual makanan lain
spaghetti dia ada banyak jenis
ada aglio olio, arrabiata, bolognese,
carbonara, creamy tomato, salted egg
macaroni pula ada chilli mac, mac & cheese
dan laza mac (second hype!)
next time nak try laza mac pula aherher
korang boleh pilih sendiri dekat grabfood tu
dia ada option sama ada korang nak pasta korang tu
served spicy ke, normal or extra spicy
sis order yang normal je
sebab memang sejenis yang taktahan pedas
korang kalau suka pedas
maybe boleh order extra pedas?
pastu sama ada nak add on chicken ke
atau beef atau seafood atau plain je
nak add on lebih pasta pun boleh takde hal
sis suggest add lah mozarella
lagi paduuuuu


Pasta panas ni ada empat branches je
ara damansara, kl, subang jaya and ampang
so far belum boleh makan kat kedai
boleh take away je sekarang ni
senang-senang korang order thru grabfood jela
packaging sampai nanti dalam box comel je
lebar dan tinggi agak-agak dalam sejengkal je
tapi suprisingly kenyang weh
disebabkan sis add on pasta
memang mengah juga lah nak habiskan
so kalau tak add pasta pun dah cukup kenyang
rasa dia memang sedap, soooo cheesy
memang betul tak muak
sis sangat recommend pasta panas ni untuk korang try
cuma harga dia tu bila dah add on itu ini
mau RM20 juga lah untuk pasta je
jarang-jarang sekali boleh lah kan?
jangan lupa try gais!
sekian itu saja
jumpa di next post
xoxo bye!

No comments:

Post a Comment