Monday, June 8, 2020

LG 55UM7290PTD 55''

Hi gais
so awal bulan march haritu tv LG sis rosak
tetiba je time husband sis tengah tengok tv
screen went blank dan audio pun hilang
sis baru je pakai setahun
beli awal tahun 2019 lepas kahwin
then dan-dan before pkp 18/3 tu rosak
nasib baik ada warranty dua tahun
sis terus call LG centre untuk lodge report
sehari selepas tu technician LG call
Kevin namanya

Kevin tu suruh record video sebab
dia nak tahu apa masalah tv tu
then based on the video
yang sis send balik dekat dia on whatsapp
katanya maybe main board tv tu rosak
then a few days later dia pun datang rumah sis
bawa main board baru untuk ditukar
tapi sayangnya after dah tukar dengan baru pun
screen tv tu still blank
like the actual problem is not from main board
so katanya maybe panel yang rosak
bila panel yang rosak ni susah sikit gais
sebab kalau tanpa warranty
mahal tahu nak baiki
dari baiki tu baik terus beli yang baru je

so dia suruh tunggu sebab nak order panel
panel tu kena ikut model tv sis 
tetengah tunggu ni lah tetiba pkp kan
bila pkp ni pula, kedai elektrik ni semua tutup!
and yes, we lived without tv for two months
tengok netflix semua thru laptop je
sedih gila hahahaha
pastu sis contact Kevin balik bulan lepas
lepas kerajaan laksanakan pkpb
sebab kedai elektrik dah boleh buka kan
so katanya tv LG sis yang rosak tu
LG akan tukarkan dengan model yang baru yeay!



15/5 kevin datang rumah
bawak tv model baru UM 72 series
LG Smart UHD TV with AI ThinQ 55''
kalau dekat shopee harga dia RM2099
termasuk magic remote
boleh refer dekat sini 
pastu kiteorang bantai tengok tv siang malam
rindu gila dekat tv
sis ada tanya dekat kevin
cemana panel tv sis ni boleh rosak tetiba
pastu dia cakap yang dia pun taktahu
benda ni macam nasib je
kalau nak rosak tu kira rosak lah
katanya selalunya LG tv ni akan rosak main board
pastu dia bebel lagi
barang elektrik zaman sekarang ni senang betul rosak
tak macam dulu-dulu
hm ada betulnya juga kan
apepun let's hope tv baru ni tak buat hal lagi

xoxo



No comments:

Post a Comment