Monday, September 21, 2020
Malaysia Day
Sunday, September 13, 2020
Bento Secret Recipe Sedap
Hai gais
so tiga hari lepas
khamis 10 sep 2020
sis lunch break dekat secret recipe
bersama kakgee dan raihan
secret recipe jadi pilihan sebab
kedai dia sebelah romantika giant kd
dan kakgee nak pi romantika lepas makan
so sis memang dah perati je bento tu
terfikir-fikir should i try or not
kang nanti tak sedap pulak
sebab biasa makan bento ni
dekat sushi king je
tapi sekarang bento dekat sushi king
harga pun dah mahal kan
yang dekat secret recipe ni okay lah
range harga tak semahal sushi king
basically secret recipe punya bento set
ada 4 selection
chicken katsu, unagi kabayaki,
grilled salmon teriyaki dan spicy beef teriyaki
semuanya served with miso soup, green tea
so sis amek chicken katsu
sebab set tu paling murah
bawah RM20
suprisingly sedap weh!
walaupun tak boleh lawan sushi king
tapi not bad lah, sis rate 4/5
and suggest you gais to try!
lepas makan bento set tu
sis suggest korang makan shinjiku
there is always space for dessert kan
so shinjuku ni adalah buttered soft cake
topped with 2 scoops of vanilla ice cream
ada whipped cream sikit
and drizzed with your choice of syrup
boleh pilih nak maple ke, nutella ke
caramel atau chocolate
semua pun sedapppp, nyummms
harga dalam RM14 je
boleh makan untuk dua orang
xx
Merdeka Day
Hi gais
cerita ni was like 2 weeks ago
apparently on merdeka day
untuk menyemarakkan hari kemerdekaan
we decided to have nasi lemak and
roti canai for breakfast
dekat mamak khalifah bistro kd
surprisingly sedap sangat nasi lemak dia
siap ada telur mata goyang lagi on top
so next time boleh datang lagi
harga pun RM3.50 je
Referring to my post here
sis pergi klinik untuk baby scan
banyak klinik buka tapi doktor cuti
boleh macam tu? haha
so ada satu klinik ni
sebelah mamak tempat kiteorang lepak
receptionist dia suggest ke Klinik Siti
bila google, okay klinik ni buka
located dekat je dengan rumah sewa lama
Klinik Siti ni macam klinik baru
special untuk ultrasound and xray
sebab dulu masa dok rumah sewa lama
rasanya klinik ni belum wujud
atau sis tak perasan? hm
anyway, takde orang pun masa pergi tu
bila dah register terus jumpa doktor
and buat baby scan
| ||
![]() |
so doktor cakap
so far baru nampak kantung je
baby belum formed pun
kandungan baru dalam 4 weeks
but its certainly there
congrats you are pregnant!
logically memang 4 weeks pun
sebab ttc awal bulan august kan
kalau diikutkan period cycle dah day-55
apepun, doktor suruh buat next checkup
and buka buku pink dekat kk kd
sis dah set appointment dah
it will be on 1st October
by that time, kalau ikut period cycle dah day-87
kalau ikut assumption sis, baru 2 months kot
for now just kena jaga makan
and make sure makan folic acid everyday
will update more on this 1st October nanti
xoxo
Dokoh Murah
Hai gais
bulan 9 ni mesti tertunggu-tunggu 9/9 kan
sebab memasing tak sabar nak shopping
tapi sis di sini.. hm agak sendu
macam tak percaya je 9/9 tak shopping
sempat grab satu barang je
which is dokoh
dokoh tu apa?
ha itu lah soalan ofismet sis
dia lelaki, mostly lelaki taktau dokoh tu apa
dan tak penting pun untuk dorang tau
so dokoh ni actually sejenis aksesori
khas untuk baju kebaya
sis dah ada satu kat rumah
tapi dah rosak dan dah buang pun
so was thinking to get the new one lah
so here it is
nice kan?
selain pakai dengan kebaya
pakai dengan baju kurung pun okay je
yang gold tu sis punya
yang silver tu jiha punya
satu dokoh tu only cost me RM11.50 je
punya lah murah sekarang ni kan
dulu harga standard dia RM25 tau
tu pun kat masjid india
so sesape nak beli
boleh lah refer sini
sekian itu saja pembelian bulan ni
kena saving huhu
sebab next month nak pi cameron
xoxo bye!
Tuesday, September 8, 2020
Solat Hajat Ameera
Hi gais
so weekend lepas sis balik kelantan
naik flight airasia guna duit refund
meninggalkan husband sis kat rumah
so jadi lah single kejap hikhik
balik dengan adik lelaki and wife dia
semata-mata untuk event solat hajat
parents nak buat solat hajat
khas untuk si ameera ni
yang bakal bersalin awal bulan 11
alang-alang tu tahlil lah juga
untuk nenek tersayang
basically jumaat pagi tu balik
husband hantar kat mrt surian 7am
pastu gerak sendiri pergi muzium negara
jalan kaki ke kl sentral
dan amek bus 8am ke klia2
by 9am dah selamat sampai klia2
flight pula pukul 10.40am
Sis sebenarnya tak amek cuti pun
kira work from kampung
sebab minggu lepas tu minggu wfh
so senang lah nak gerak sana sini aherher
(baca : mengular)
basically jumaat tu lepak rumah je
sabtu pula event start dari pagi
jiran-jiran datang ber-rewang
menu hari tu ada gulai ayam
acar timun, daging kicap, agar-agar
rambutan, koktel dan sebagainya
bila tetamu dah balik
kena basuh pinggan sampai ke malam
penat betul hari sabtu tu
hari ahad dah kena balik kl
tak sempat berjalan merata pun
so memang balik tu untuk event solat hajat je


Semoga Allah permudahkan
urusan bersalin nik nur ameera
dapat anak yang soleh/solehah
Allah kuatkan semangat ibu mengandung
semoga tempoh contraction tu nanti pun tak lama
yang penting ibu dan anak tu
kedua-duanya selamat dan sihat
aaminnn
Thursday, September 3, 2020
Dedaun Langat Resort
sebab macam-macam aktiviti boleh buat
dorang ni sempat lah juga ber-bbq,
main bola sebab ada padang kecik
dan ber-karok di malam hari
kalau nak karok kena bayar harga lain
dedaun tu charge 3 jam RM100
nak bbq tu pun kena sewa tapak
pakej sewa tapak pula RM100
sekali lah dia kasi pinjam peralatan bbq
takdehal lah kalau share ramai-ramai kan






Kali ni punya staycation lagi ramai
compared to sebelum ni sebenarnya
apepun thankyou semua di atas kenangan
jumpa lagi di staycation akan datang
dorang ni dah sebut-sebut nak buat bulan 1
pastu sape tu nak handle? hahaha

Before memasing balik
sempatlah singgah lunch dulu
dekat Restoran Terra Pong Batu 18
harga lunch set boleh tahan
tapi sedap gila makan besar kat situ
rasa macam nak pergi lagi je
bawak family pula lain kali
serius sedap dan berbaloi
ikan semua fresh-fresh
Wednesday, September 2, 2020
Nasi Lemak Warisan Bachang
Hi gais
tetiba sis teringat nasi lemak
yang terletak dekat melaka ni
Nasi Lemak Warisan Bachang namanya
sis kalau balik kampung
dah malas nak pergi tempat crowded
tempat makan tumpuan pelancong terutamanya
walaupun sis verified certain tempat makan
yang menjadi tumpuan pelancong tu
memang betul-betul sedap makanannya
contohnya Roti Canai Kayu Arang,
Coconut Shake Batu Berendam dan
Perhentian Kuih Kampung
tapi memang ramai lah orang
memang beratur panjang dan
kita kena banyak-banyak bersabar lah
tapi Nasi Lemak Warisan Bachang ni
famous among local je
memang sedap nasi lemak nya
sesuai untuk port breakfast dekat melaka
Ada macam-macam lauk yang disajikan
yang boleh dimakan bersama nasi lemak
tapi sis haritu pilih untuk makan
dengan ayam panggang je
nasi dia unik sebab warna hijau
dan sedap sebab guna beras basmathi
sambal dia pula sedap gila
tapi pedas hanattt
pedas-pedas orang melaka gitu
sis pula sejenis low spicy tolerance
makan laju je sebab pedas
tapi lepas ni kalau balik kampung
memang terasa nak singgah lagi
sebab sedapppp weh tak tipu
harga pula RM7, tak murah lah
tapi why not kalau sedapkan? 😂

xoxo
Vietnam Roll Murah Klang Valley
Hai gais
sis nak share pasal vietnam roll
ada satu hari ni
sis teringin nak makan vietnam roll
so sis pun carilah vietnam roll dekat fb
cari punya cari
terjumpa lah satu post ni dekat group warga KD
sorang akak ni jual vietnam roll
1 box 5pcs udang RM8
1 box 5pcs ketam RM7
MURAH okayy
sebab mostly jual 4pcs RM10
sis pun terus pm dan order 2 box
rupanya akak ni dari Salak Selatan
so delivery ke KD agak mahal lah, RM7
Tak sangka pula lah sedap vietnam roll tu
terus sis bukak order untuk satu office
13 order jugalah sis submit second time tu
pastu budak-budak ofis semua cakap sedap
memang menyesal kalau beli satu box je
sis pun order lagi for the third time
8 boxes time tu
sis amek udang je sebab ketam tu fillet je
sedap gila gais
vietnam roll nya gemok-gemok
cara balutan pun kemas
yang penting sos dia sedap gila
rasa masam manis pedas gitu
taktau lah akak tu buat cemana sos tu
memang sedap gila
ni next week ingat nak beli lagi
nak bukak order lagi dekat office
for the forth times hahaha
kalau korang memang stay area salak selatan
delivery mesti RM2-RM3 je
sis recommend sangat
beli lah vietnam roll dari akak ni
dah lah murah, sedap lagi
selain tu dia ada jual tahu begedil juga
ada ayam ada daging
sis tak makan tahu begedil
sebab tulah tak order
tapi akak tu jual RM1 je per piece
apelah yang murah sangat kan
semoga murah rezeki akak ni
so sesape nak order boleh contact akak ni
dekat whatsapp link sini tau
sekian itu saja untuk dikongsi
till next time
xoxo bye!
Nasi Jalan Day
Hi gais
sabtu lepas 29/08/2020
sis sempat brunch dekat Nasi Jalan Day
kecoh lah ha dekat fb group warga kd
owner dia selalu up gambar nasi kandar
gambar ni betul-betul main peranan tau
nampak sedap je ha
so orang yang tengok mesti teringin nak try
termasuklah sis dan husband
so nasi jalan day ni macam gerai je
terletak dekat dengan PPR KD
bukak seawal 7 pagi sampai 3 petang je
signature dia adalah roti celaru
dan juga nasi kandar
resepi ori dari jalan day alor setar katanya
bayangkan seawal 7am dah ada nasi kandar
dasyat betul sape yang pepagi
dah balun nasi kandar tu huhu

Sesape yang teringin nak pergi
boleh terus waze ke Nasi Jalan Day
insyaAllah terus jumpa
sis pergi dah 1130 am
so roti celaru dah habis, sedihhh
kalau nak rasa roti canai
better datang awal sikit lah
so sis brunch makan nasi kandar je
harga untuk sepinggan penuh tu RM9
not bad sebab ayam bawang dia besar gila
minta kuih campur ye nanti
tapi sis personally rasa
takdelah sedap sangat-sangat nasi kandar tu
boleh lah 7/10
takleh lawan nasi kandar ori dekat penang
tapi kenyang lah sebab portion banyak
kuah pula penuh satu pinggan
tak rugi kalau korang datang jauh-jauh
xoxo
Umi's 63th Birthday
Hai gais
sabtu lepas 29/08/2020
family husband sis celebrate birthday MIL
SIL sis which i called kakak
decided to buat birthday dinner dekat Hadramawt
sis first time ni pergi Hadramawt
walaupun Hadramawt ni banyak cawangan
tapi sis tak pernah pula pergi sebelum ni
kali ni pegi yang Jalan Ampang punya
besar restorannya, stand alone
Hadramawt ni serve arabian cuisine ye
kotlah ada yang tak tahu
restoran punya decoration tu
memang nampak arabian lah
waiters dia pula mostly arabian
sekali dengan chef kat dapur tu semua
Menu pula kena pandai pilih
sebab takut tak reti makan kang membazir
macam sis, sis tau nasi mandy je
hahahahhaa
nasi mandy tu memang confirm makan
so memang order pun yang itu je
family members lain ada yang order pelik-pelik
so dapatlah try juga
harga pula tak murah ye gais
arabian cuisine rasanya tak pernah murah
kalau untuk satu makanan tu
biasanya harga memang puluh-puluh macam tu
sebab portion dia pun boleh tahan banyak
pak arab kan memang makan banyak
sebabtu dorang gemok gemok huhu

happy birthday umi
semoga umi sentiasa sihat walafiat
dimurahkan rezeki dipanjangkan umur
tenang dan bahagia di usia mendatang
dosa diampun dan ibadah diterima Allah
aaminn!
xoxo
#Irfoundaamy Wedding
Hai gais
happy 2/3 of the year!
2020 ni memang kejap ye masa berlalu
sebab pkp kan
tak sempat nak buat apa-apa
tetiba lagi 3 bulan dah tahun baru huhuhu
so last weekend hari ahad 30/8/2020
sis sempat attend wedding di Cornerstone IPC
it was actually wedding abang ipar adik lelaki sis
ameera punya abang, irfan
sis kiranya mewakili belah family pihak lelaki
sepatutnya mama abah yang attend
tapi since dorang tak larat nak turun KL
so sis, husband dan aisya yang represent dorang


Kiteorang sampai sana pukul 1230pm
tak susah pun nak cari tempat tu
since sis dah pernah attend wedding kat situ
sis mary punya wedding, remember?
masa memula dulu nak cari Cornerstone IPC tu
punya lah pening ya tuhan
sebab Cornerstone IPC tu dekat
Wisma Golden Eagle Realty
sebelah Al Rajhi Bank
kalau tengok alamat Cornerstone IPC tu
dia cakap dekat wisma dredging Selangor
tapi memang takkan jumpa wisma tu hahaha
apepun percaya jelah waze tu
sebab betul je waze bagi route
sis ingat bila sampai tu boleh terus makan
sebab sis memang tak breakfast
tup tup pukul 2pm baru makan ye
semua sebab pengantin perempuan lambat
mungkin mua datang lambat kot
tapi memang delay lah aturcara tu
kelaparan family yang tunggu ni
korang kalau buat majlis please ikut aturcara ye
fikir dekat orang lain ni juga
nasib baik lah makanan dia sedap
tak jadi sis nak bebel panjang-panjang
buffet dia ada kuih muih macam karipap
seri muka dan apa entah lagi
semua unbelievably sedap!
pastu main course dia nasi minyak
ayam masak merah, daging kicap, ulam,
dalca, tembikai, air oren, dan air sejuk
memang catering Cornerstone IPC ni
langsung tak mengecewakan!
last time sis attend wedding sis mary kat situ pun
memang makanan sedap gila okay.
Decoration wedding tu sangat cantik
cuma dewan tu memang muat untuk 250 pax
sebab kecik je dewan tu
250 pax tu pun nampak pack gila dah
so kalau nak buat wedding kat situ
memang guests tak boleh ramai
lagi satu guest parking memang kena bayar
RM8 ye on weekends huhuhu
wedding goodies dapat kek coklat!
sis fikir maybe sebab guests tak ramai
so boleh lah spend more dekat goodies
sangkaan sis salah bila makan kek coklat tu
sebab ternyata ia adalah kek coklat murahan!
tekstur kek tu tak ubah macam
sponge basuh pinggan huaaaaa
main perasaan betul
xoxo






























