Saturday, March 28, 2020

Penang Trip Day 3 - Potterhead Malaysia

Hai gais!
okay sambung
bila dah tetengahari ni
agaklah tak bijak ye kalau
main di bawah panas terik matahari kan
jadi, sis ajaklah husband ke Potterhead Malaysia
as a Potterhead, sis amat teruja untuk ke cafe ni
Potterhead cafe ada dua tau
satu lagi dekat Ipoh
tapi sis dengar yang dekat Penang lagi best
sis dengan husband jadi first customer pada haritu
sebab cafe tu buka pukul 12pm
kiteorang betul-betul terpacak depan cafe 12.05pm







First impression hm agak kecewa lah juga
sebab cafe dia tak besar pun
cafe dia ada dua tingkat
tapi owner cafe cakap kat atas tutup
dan takde apa pun
kat cafe tu ada satu corner
di mana owner sediakan robe costume
untuk para customer yang dine in, free je
kalau tak dine in, kena sewa sorang RM10 ye
jadi korang boleh lah acah-acah 
bergambar dengan robe gryffindor
amek feel orang kata
nanti pergi lah warner bros studio tour london huhu
taktahu bila tapi insyaAllah













Menu dia tak banyak
tapi biasanya orang datang cafe ni
minum butterscotch beer je (halal jangan risau)
tapi sis dengan husband
pilih untuk minum portable potions
sis amek goblet of fire RM12
which rasa macam vitagen sebab ingredient dia ada yogurt
redha amek polyjuice potion RM12
which rasa macam air dekat Murni? 
apa nama eh lupa, Pink Panther rasanya
air dari range portable potions ni semua colorful
lama juga lah sis dengan husband dekat cafe ni
sebab kat luar panas nau nak menapak



Tak jauh dari potterhead cafe
ada kedai jeruk pak ali tau
jadi korang boleh lah singgah jap beli souvenir
beli je jeruk campur, harga RM14 for 1kg
orang-orang tua biasanya suka makan jeruk ni
ada juga jual minyak panas buah pala
beli jelah buat kenang-kenangan
lepas setel beli souvenirs, jam dah dekat pukul 3pm
jadi kiteorang balik hotel sat untuk solat


sambung di next post
pasal apa yang kiteorang makan for late lunch
nantikan!
xoxo

Penang Trip Day 3 - Khoo Kongsi & Penang Road Famous Teochew Chendol

Hai gais!
after done with breakfast
kiteorang ke Khoo Kongsi
Khoo Kongsi tu apa?
ha Khoo Kongsi ni sebenarnya tokong cina
yang dikelilingi rumah kediaman kaum kerabat Khoo
tokong ni dibina pada tahun 1835
semata mata nak jaga kepentingan puak Khoo
yang datang dari Fujian, China
itu je sebenarnya huhu
ada banyak je lagi Kongsi di penang ni
salah satu yang paling dekat dengan Khoo Kongsi
adalah Yap Kongsi
Yap Kongsi dibina untuk jaga kepentingan puak Yap
tapi kenapa Khoo Kongsi ni famous sangat?
just simply because tokong dia paling cantik
entrance fee dia mahal oi
RM10 sorang, rasa macam tak berbaloi je
tapi takpelah, kira first and last lah datang kan
janji dah pernah tengok cemana rupa temple tu
lagi cantik Thean Hoe Temple kat KL 😂
Khoo Kongsi ni salah satu tarikan warisan di Georgetown tau
in fact seluruh dunia sebenarnya






Masa pegi melawat Khoo Kongsi tu
sempatlah baca sejarah dia dan kenali
susur galur keluarga Khoo semua
tahu tak, puak Khoo ni boleh dikatakan
sebuah keluarga yang berjaya lah senang cerita
salah sorang ahli keluarganya adalah Khoo Teck Puat
founder of maybank gais
see their level?
taknak cerita lah ahli keluarga yang lain
baby yang lahir dalam keluarga Khoo ni 
memang buka mata je dah kaya huhu




kiteorang dekat Khoo Kongsi tak lama pun
sebab takde apa pun yang boleh ditengok kan sangat
oh ya, the best time untuk pergi Khoo Kongsi ni adalah
waktu petang tau gais
pegi dekat-dekat tengahari memang bad light
sebab matahari dok belakang temple tu gais
plus, panas dia lain maciam
nasib baik ada kedai cendol yang berdekatan
kedai cendol ni bukan kedai cendol sembarangan
ni kedai Penang Road Famous Teochew Chendol tau
memang banyak je cawangan dekat KL tu
tapi ni yang ori punya
apa lagi, lepak lah jap kan
sedap gila cenduls nya, RM3.50 je



next post sambung dekat Potterhead Malaysia yeay!
xoxo

Thursday, March 26, 2020

Penang Trip Day 3 - Tan Jetty & Roti Canai Transfer Road

Hai gais!
hari ketiga bermula di awal pagi
sebab nak ke Tan Jetty kalau boleh
taknak lah time matahari dah terpacak atas kepala
tapi jangkaan kiteorang salah gais
walaupun matahari tak terpacak atas kepala
rupanya matahari naik dari Tan Jetty tu
memang bad light habis
jadi sis nak advice korang
kalau nak datang ke Tan Jetty ni
datanglah waktu petang
for the sake of good picture
kalau korang punya intention nak catch sunrise
then it is a good idea korang datang time subuh




Clan Jetty dekat Penang ni actually ada 6 tau semuanya
nama jetty semua di ambil dari chinese surname
kawasan jetty ni korang akan nampak
rumah-rumah yang dibina atas air
contohnya yang sis pergi ni namanya Tan Jetty
so rumah atas air kawasan Tan Jetty tu adalah
mostly keluarga Tan yang duduk
di mana nenek moyang Tan ni berasal dari China
datang ke Penang untuk bekerja sebagai buruh
dekat pelabuhan terminal Penang pada waktu dulu
disebabkan mereka tak berkemampuan untuk
hidup di kuarters dekat darat
di mana masa tu mostly orang Europe dan
tauke-tauke cina yang mendominasi kuarters di darat
jadi dorang bina lah rumah di atas air
selain keluarga Tan, ada juga keluarga Chew, Lee,
Lim, Koay dan Yeoh
ada satu fun fact, tahukah anda?
sampai ke hari ni dorang ni semua tak bayar tax tau
sebab dorang ni tak tinggal atas darat 😂

Banyak-banyak clan jetty dekat Penang
rasanya Tan jetty lah paling cantik
ni personal opinion sis jela
sebab dia ada satu jambatan panjang
di mana at the end of jambatan tu ada rumah merah
rumah merah tu tokong Buddha rasanya
okay selepas berpanas dekat Tan Jetty
kiteorang pun pergi breakfast
tempat breakfast yang menjadi pilihan hati adalah
roti canai transfer road!
macam biasalah tempat femes mestilah ramai orang
tapi nasib baik kiteorang pergi hari isnin
jadi dapatlah meja kerusi dekat lorong tu



kedai ni tepi jalan je
tak jauh mana pun dari tan jetty tu
tapi kalau berjalan kaki di bawah panas matahari
yang dekat depan mata pun terasa jauh kan hahaha
apa yang special dengan roti canai transfer road ni adalah
dia hidang roti canai dengan kari ayam dalam satu pinggan
sedap gila weh
lain dari roti canai biasa yang kita makan kat mamak
harga dia sepinggan RM8
kedai ni pukul 7am dah buka 
dan tengahari pukul 12pm dah tutup
jadi korang kena datang awal lah ye

sekian itu saja
sambung di next post pasal Khoo Kongsi
xoxo


Tuesday, March 24, 2020

Penang Trip Day 2 - Kampung Agong

Hi gais!
salah satu tempat paling hot di Penang lately adalah
homestay kampung agong!
yang terletak di Bakar Kapor, Penaga
dibuka dari 9am sehingga 7pm
entrance fee RM5/pax dan parking RM2/car
jangan rasa mahal dulu sebab kawasan dia besar gais!
keluasan dia 15 hektar kot
bila dah masuk baru rasa berbaloi
macam-macam aktiviti yang boleh dibuat
antaranya memancing, bbq, sukaneka, berbasikal
dan lain-lain lagi
yang penting banyak spot tempat amek gambar
ala-ala macam dekat Bali gittew
tapi setiap spot tu kena beratur kalau ramai orang
yang tu jela kena bersabar
nak bergambar ke tak? ha bersabar ye 😁
gerai-gerai makanan juga banyak dibuka
jadi jangan risau kalau rasa lapar





















tempat ni memang sesuai sangat untuk
company/sekolah/keluarga buat family day 
dapatlah merasa suasana kampung
tapi bagi sis, suasana tu biasa je
macam suasana dekat kampung sis lah
banyak pokok kelapa, sawah padi, awan biru
tapi memang cantik lah kawasan dia
dan tenang je dengan permandangan sawah padi
bagus betul pihak berwajib ambil inisiatif untuk
mencantikkan kawasan kampung agong ni
sebab sis perasan ada je rumah-rumah
penduduk asal kampung agong ni
rate untuk bermalam di homestay kampung agong ni
korang boleh check sendiri dekat agoda ye
kalau taknak bermalam
waktu yang paling sesuai korang datang adalah
pagi pukul 9 atau petang dalam pukul 4.30
kalau tidak, panas gais
tolong lah percaya cakap sis
nanti cair makeup tu, sia-sia je 😂 
otw balik ke pulau
jangan lupa tau singgah char kuey tiow sungai dua
sebab dia satu jalan je nak balik pulau
sis rasa itulah char kuey tiow yang
paaaling sedap sis pernah makan!
last time sis makan 5 tahun lepas
tapi baru-baru ni rasa dia still sama gais
still sedap, dah lah udang besar-besar
kedai dia tepi jalan besar je
sis order char kuey tiow special
dengan lemon ais
pehh memang satu kombinasi yang tepat
cukup melegakan tekak lepas penat bergambar hahaha
harga char kuey tiow RM8 je
special tu sebab ada telur goyang atas kuey tiow tu
try gais, tak rugi!

next post sambung cerita hari ketiga dekat Penang
stay tuned
xoxo!

Monday, March 23, 2020

Penang Trip Day 2 - BookXcess

Hai gais!
time kiteorang nak masuk dekat car park Gurney Paragon
ada staff yang check temperature kiteorang tau
so that semua yang masuk dekat mall tu
adalah semua orang yang sihat
gigihkan? mesti staff tu penat nak scan satu-satu
kesian dia tapi dalam masa yang sama
rasa berterima kasih sangat
kita sebagai pengunjung mall ni rasa secured sikit


okay gais, back to the main point
bookXcess penang ni terletak di
tingkat 7&8, which is tingkat paling atas dekat
Gurney Paragon Mall
biasanya bookXcess ni ada dekat Klang Valley je
tapi the one yang dekat Penang ni adalah
the first outlet yang outside Klang Valley
dan guess what? 
ia mempunyai rak buku yang terpanjang di Malaysia!
dengan tinggi rak dua tingkat 10 meter
dan sepanjang 70 meter
diberi gelaran 'the house of a million stories'
memang first time tengok tu akan rasa wow!
dan akan terfikir, cemana nak amek buku dekat
rak yang paaling tinggi tu hahaha
dorang ada tangga okay



kalau korang ni sejenis bookworm
dan mostly buku kat rumah dah habis baca
atau pun just feel plain bored
korang boleh lah datang sini
lepak and chill baca buku
bookxcess ada je sediakan sofa untuk readers
bukan tu je, siap ada cafe lagi!
rugilah dah ada bookstore besar-besar macam ni
tapi takde orang pergi kan? sedih
membaca is very good for your knowledge tau
at least korang kena baca 1 buku dalam sebulan
baru lah jadi insan yang produktif 😆
sis ni semangat membaca tu ada je
tapi action tu yang takde hahaha





next, dah petang-petang sikit
kiteorang balik ke The Southern Boutique Hotel
to check in and solat sat
before headed to mainland
kita p tempat yang orang cakap ala ala Bali
iaitu Kampung Agong!
nantikan next post

xoxo

Penang Trip Day 2 - Hameediyah Restaurant

Hi gais!
hari kedua di Penang bermula agak lewat ya
sebab bangun lambat hahaha
tapi kiteorang sempat lah jalan kaki
pergi breakfast roti canai around hotel tu
then packing and checkout
terus headed to Georgetown
disebabkan jam belum pukul 12
kiteorang tak boleh nak checked in
so kiteorang decided untuk lunch dulu lah

dari The Southern Boutique Hotel
kiteorang jalan kaki je ke Hameediyah
we got so much time and nothing to rush
so jalan kaki jela sambil sambil cuci mata kan
lagipun Hameediyah dalam 450m je
dalam 5min jalan kaki dah sampai Hameediyah
time tu baru pukul 11.15am
dah panjang ye manusia beratur
dah sampai ke luar kedai ha
kiteorang just right in time je
tak awal dan tak lewat sangat
so apa yang special dekat Hameediyah Penang ni
adalah nasi beriani dan murtabak dia
wajib try okay!
harga nasi beriani ayam RM12
dan murtabak RM8
ada banyak lagi lauk-lauk yang lain
kot korang nak try udang ke ketam ke semua ada
yang penting portion untuk 1 pinggan nasi beriani ni
memang banyak gila, boleh share dua orang makan




Hameediyah ni sebenarnya famous dengan nasi kandar 
ha korang tahu tak, Hameediyah Penang ni adalah 
restoren nasi kandar yang tertua di Malaysia tau
business nasi kandar ni dah sampai 7 generasi
bermula dari tahun 1907 lagi, dah 113 tahun!
mesti kaya kan dorang ni
generasi seterusnya lahir-lahir just run the business je




Hameediyah Penang ni ada dua unit lot kedai
satu kedai tempat beli makanan dan
boleh dine-in dekat tingkat atas
the other unit dekat sebelah dia je
yang tu for dine-in only
lagi selesa sebab ada aircond
dibuka dari 10am sampai 10pm
 actually dekat kl pun ada Hameediyah
satu dekat sunway nexis kota damansara
which is Hameediyah tempat yang selalu sis makan tu
lagi satu dekat Ampang Jaya



memang sedap nasi beriani dan murtabak dia
you guys should try too
lepas dah kenyang, kiteorang gerak ke Gurney Paragon Mall
sebab tengahari dekat Penang ni panas gila okay
sumpah tak tipu, boleh terbakorr
jadi masuk mall adalah idea yang bijak
lagi-lagi Gurney Paragon ada bookxcess!
hajom sambung di post seterusnya pasal bookxcess

xoxo