Friday, May 27, 2022

Balik Kampung for Raya

Assalamualaikum
 alhamdulillah lepas dua tahun tak raya
 tahun ni finally dapat juga berkumpul ramai ramai
 amek gambar raya dan saling bermaafan
 macam raya sebelum ni juga
 lepas setel beraya di Ampang
 baru lah kami akan balik Kelantan
haritu gerak balik masa raya ketiga
 4th may (rabu) jam 6 pagi
first time ikut central spine road
 then sambung jalan gua musang
 jem teruk dekat kuala krai-machang
 sampai kampung masa tu dah jam 2pm


Raya tahun ni awal sehari
sepatutnya raya falls on 3rd may (selasa)
tapi anak bulan muncul awal sehari
jadi semua umat islam raya 2nd may (isnin)
macam tak percaya je raya awal sehari
raya paling tak bersedia dalam sejarah
nasib baik lah tinggal baju je tak gosok
dekat Ampang tema kuning tahun ni
dekat Kelantan pula tema peach
here goes raya pictures dekat kampung









Selamat hari raya semua!
buat yang mengenali, minta maaf kalau ada salah silap
semoga raya tahun ni lebih bermakna dari tahun sebelum
syukur diberi kesempatan untuk beraya dengan family
apa lah makna raya tanpa family disisi betul tak?












Short video on hari raya
boleh lah dari takde kan? huhu



xx

No comments:

Post a Comment