Monday, June 22, 2020

Sisters Kopitiam TTDI

Hi gais!
semalam sis breakfast dekat Sisters Kopitiam TTDI
kedai ni famous sebab dia kedai cina muslim
so kalau korang teringin nak makan masakan cina
dalam masa yang sama halal
ha korang boleh lah makan dekat kedai ni
dia ala-ala restoren new hollywood ipoh tu
tapi Sisters ni berkonsepkan cafe
dan harga pun harga cafe
signature dish dia mestilah char kuey tiow
tapi ada banyak je lagi menu yang lain
korang boleh refer menu sisters kopitiam ttdi 2020
dekat bawah ni







semalam sis makan hokkien char kueytiow & mee
dia punya kuah mee dah sedap
cuma yang tak kena bila dia masukkan hati ayam
banyak pula tu
hati ayam dan fish ball
so sis asingkan jela hati ayam tu
bagi sis harga makanan dia agak mahal
tak kena lah dengan portion dia
agak tak berbaloi sebenarnya
tapi disebabkan makan dekat ttdi kan
korang nak expect mur-mur tu memang idok ler
semalam tu actually dah second time sis datang Sisters
last time sis datang, sis makan char kuey tiow
tetap tak mencapai selera sis
tapi kali ni datang sebab
keluarga in laws sis memang suka makan situ
plus dorang belanja pula
jadi bila orang belanja ni
kita jangan lah banyak bunyik ye dak hahhaha

\



overall kalau tanya sis nak datang lagi ke tak
personally tak lah kot
tapi kalau orang nak belanja why not? 😆
thankyou kepada BIL sis sebab belanja
semoga terus murah rezeki dan
bertambah kaya hendaknya aaminn
xoxo


Saturday, June 13, 2020

AiDentist Damansara New Branch

Hi gais!
so hari ni sis bangun awal pagi
sebab ada dental appointment at 10 am
dekat AiDentist Damansara
10 mins je dari rumah sis
actually klinik ni baru je bukak last month
so dia ada branch opening promotion for
scaling RM99 and whitening RM499
this promo valid until 30th June
so sesape yang tinggal area damansara
boleh lah ke klinik baru ni
decoration klinik ni cantik tau
yelah klinik baru kan


Bilik untuk scaling tu ada satu je
lagi tiga bilik sama ada storage room
atau surgery room sis tak pasti
apepun kalau datang berdua kena take turn lah
scaling amek masa setengah jam je
tadi sis yang masuk dulu for scaling
last time sis buat scaling masa 2017
time tu kerja kat pbjv
sebab nak habiskan quota dental coverage 
so sis buat scaling dekat klinik gigi di sunway nexis
harga dia rm120 kot if im not mistaken
sebab klinik tu pun baru buka juga time tu
this time guna dental coverage juga
tapi dari company husband sis pula hihihi
husband sis pula first time buat scaling ni
dia lagi lah nervous! seronok sis kacau dia
sis cakap sakit betul buat scaling ni hahaha
kesian member dah pucat ha

Gigi terasa bersih gila lepas scaling and polishing ni
berdarah lah juga gusi
doktor cakap sis ada gigi berlubang
so kena datang lagi lah untuk tampal huhu
check gigi ni semua padahal boleh je kalau
nak buat dekat klinik 1 malaysia kan
dah lah RM1 je
tapi kena banyak bersabar lah
sebab dia punya beratur panjang tu
dari pagi sampai ke petang tu perkara biasa
kalau ada banyak masa, pergi klinik kerajaan okay?
scaling ni actually kena buat dua kali setahun
barulah gigi sentiasa cantik
kita pun jadi lebih konfiden
gigi ni aset tau
kalau hensem cantik tapi gigi rongak kau rasa? 😂


sesiapa nak pergi klinik AiDentist ni
boleh lah waze ke S Win Banana Leaf
sebab klinik ni dekat tingkat 2
landmark dia dekat pelangi utama residence tu
sekian itu saja untuk dikongsikan
sayangilah gigi anda
xoxo bye!


Tuesday, June 9, 2020

Odessa Lipstick Review

Hi gais
hari ni sis nak review lipstick odessa
lipstick yang menjadi favorite sis sekian lama
harga dia biasanya RM25 je
boleh beli dekat shopee, refer sini
sebab lipstick ni tak jual dekat drugstores
tekstur lipstick ni matte tapi
tak mengeringkan macam maybelline superstay
memang long lasting dan ringan je di bibir
even kalau bibir gelap pun tak risau
sebab dia memang full cover
korang kena try sebab best gila

Sis kalau beli lipstick brand lain
mesti akan compare dengan lipstick odessa ni
contohnya lipstick yang paling baru sis beli
adalah mamasabxneelofa
odessa lagi jauh best dari mamasabxneelofa k
packaging pula biasa je
kurus, tinggi dan ringan
gittew description macam judge orang
hahahaha


Code color odessa ni ada banyak
tak silap sis ada 12 colors atau lebih
tapi yang menjadi favorite sis ada 3 color je
cordovan, redwood and nude
semua more to nude range
korang kalau suka nude color, korang kena beli!
confirm tak menyesal


stay home stay safe
xoxo

Monday, June 8, 2020

LG 55UM7290PTD 55''

Hi gais
so awal bulan march haritu tv LG sis rosak
tetiba je time husband sis tengah tengok tv
screen went blank dan audio pun hilang
sis baru je pakai setahun
beli awal tahun 2019 lepas kahwin
then dan-dan before pkp 18/3 tu rosak
nasib baik ada warranty dua tahun
sis terus call LG centre untuk lodge report
sehari selepas tu technician LG call
Kevin namanya

Kevin tu suruh record video sebab
dia nak tahu apa masalah tv tu
then based on the video
yang sis send balik dekat dia on whatsapp
katanya maybe main board tv tu rosak
then a few days later dia pun datang rumah sis
bawa main board baru untuk ditukar
tapi sayangnya after dah tukar dengan baru pun
screen tv tu still blank
like the actual problem is not from main board
so katanya maybe panel yang rosak
bila panel yang rosak ni susah sikit gais
sebab kalau tanpa warranty
mahal tahu nak baiki
dari baiki tu baik terus beli yang baru je

so dia suruh tunggu sebab nak order panel
panel tu kena ikut model tv sis 
tetengah tunggu ni lah tetiba pkp kan
bila pkp ni pula, kedai elektrik ni semua tutup!
and yes, we lived without tv for two months
tengok netflix semua thru laptop je
sedih gila hahahaha
pastu sis contact Kevin balik bulan lepas
lepas kerajaan laksanakan pkpb
sebab kedai elektrik dah boleh buka kan
so katanya tv LG sis yang rosak tu
LG akan tukarkan dengan model yang baru yeay!



15/5 kevin datang rumah
bawak tv model baru UM 72 series
LG Smart UHD TV with AI ThinQ 55''
kalau dekat shopee harga dia RM2099
termasuk magic remote
boleh refer dekat sini 
pastu kiteorang bantai tengok tv siang malam
rindu gila dekat tv
sis ada tanya dekat kevin
cemana panel tv sis ni boleh rosak tetiba
pastu dia cakap yang dia pun taktahu
benda ni macam nasib je
kalau nak rosak tu kira rosak lah
katanya selalunya LG tv ni akan rosak main board
pastu dia bebel lagi
barang elektrik zaman sekarang ni senang betul rosak
tak macam dulu-dulu
hm ada betulnya juga kan
apepun let's hope tv baru ni tak buat hal lagi

xoxo



Supplement Rambut Gugur

Hi gais
sis nak share satu supplement rambut gugur
untuk pengetahuan korang
kalau korang mengalami rambut gugur macam sis
maksudnya korang kekurangan mineral zinc dalam badan
zinc ni sangat penting dalam badan
sebab dia meningkatkan pertumbuhan rambut supaya
lebih sihat, tebal dan subur
so this time, sis beli Blackmores Bio Zinc Plus
beli dekat guardian time 40% off
dengan harga RM37.78 (np RM59 )
ada 90 tablets untuk tiga bulan
kena ambil sekali sehari selepas makan


last time sis pernah try supplement brand Bio-Life
Bio-Zinc Complex
boleh beli dekat guardian atau mana-mana farmasi
harga dia RM47.89 for 30 tablets sebulan
yang ni memang effective gila
sis punya tahap keguguran rambut time tu
sampaikan lantai bilik penuh rambut tau
every time sikat rambut atau shampoo rambut
mesti banyak gila rambut gugur
sis stress gila sampaikan sis bagitau mak sis
yang sis nak botak kan rambut
sebab tak tahan rambut asyik gugur je
pastu mak sis terus pegi farmasi
then pharmacist suggest suruh try Bio-Life ni
alhamdulillah lepas habis sebotol tu memang
rambut kurang sangat-sangat-sangat gugur
this time sis memang nak beli product yang sama
tapi pharmacist dekat guardian the curve tu
suggest sis supaya try Blackmores pula
sebab katanya Blackmores punya Bio Zinc ni
ada mineral tambahan lain
bukan focus only on zinc
memang betul pun, korang boleh tengok dekat
ingredient belakang botol tu sendiri
kalau Bio-Life punya Bio Zinc Complex tu
hanya ada elemental zinc 15mg and ascorbic acid 250mg
meanwhile kalau Blackmores punya
ada zinc 14.9mg, vitamin A, vitamin B6 50mg,
manganese 2mg, magnesium 18.6mg
so why not if i give it a try kan?
will update you guys after 3 months
whether this supplement effective atau tak
stay tuned!
xoxo

Lipstick Mamasab X Neelofa Review

Hi gais!
yes i know third post of the day
but i just dont care
sis nak review pasal lipstick mamasabxneelofa
sis termimpi mimpi lah nak beli lipstick ni
right after dorang launch
tapi sis sabar tunggu seller jual kat shopee
ingat gais, apa-apa pun barang
please find on shopee first
because shopee will always offer the cheapest price

lipstick mamasabxneelofa ni ada lapan code semuanya
tapi dorang jual dua box, primadona and diva
 yang each of boxes ada empat lipstick
harga satu box RM130
kalau divide by 4, kiranya satu RM32.50 lah
but then agent tak jual macam tu
agent jual satu RM48
semua colors memang cantik-cantik
mostly nude color
korang boleh tengok kat ig
search je hashtag mamasabxneelofa
packaging lipstick ni pula memang tiptop gais
sebab magnetic cap and gold cover
nampak cam lipstick mahal
sis sejujurnya beli lipstick ni sebab
 tertarik dengan packaging hahahhaa


sis beli code sweetheart 
which is more to pink sebab
sis dah banyak sangat lipstick yang nude range
bila dah pakai, hm actually lipstick ni tak pink sangat pun
dia pink-purplish macam tu
kat bawah ni swatches yang sis jumpa
yang sis rasa warna sebenar lipstick mamasabxneelofa tu
sebab kalau tengok video yang orang review
most of them pakai filter
so video ni kejap code sweetheart color macam ni
video yang tu kejap code sweetheart color macam tu
memang sampai kesudah taktau apa color sebenar dia
then kalau dekat gambar pula ada seller yang dah edit brightness
so you guys boleh refer gambar bawah ni



dorang claim yang lipstick ni matte tau
actually dia macam semi matte
sebab memang kena re-apply lepas makan
sebab melekat je lipstick dekat sudu, cawan etc
kalau korang sejenis yang tak kisah untuk re-apply
then sis rasa okay je untuk beli
macam sis, lebih prefer yang betul-betul matte
sebab taknak re-apply banyak kali
so sis takkan beli lagi lah lipstick mamasabxneelofa ni
cukup ada satu je
kalau korang nak beli nude color
sis suggest beli major love or girl crush
sebab color dia memang cantik and menjadi pilihan ramai
oh ye, hampir terlupa
sis beli dekat shopee for RM33 je
boleh refer link sini
with delivery charge RM5
share lah delivery charge dengan member
berbelanja lah dengan bijak hahaha

hope this review helps!
stay home stay safe
xoxo bye


Raya Potluck with Friends

Hai gais!
lets flashback to 31 may (8 syawal)
memang sebelum raya lagi dah plan nak buat potluck ni
special untuk kawan-kawan senasib
sebab tak dapat nak rentas negeri
untuk pulang beraya di kelantan
so this year potluck buat dekat rumah asfar dekat Bangi
asfar ni adalah husband xera ye
since xera pun dah tinggal kat Bangi for good
dan yang paling penting adalah rumah dia landed
so sis rasa rumah dia adalah
lokasi yang paling tepat dan jitu untuk held a potluck
rumah kami yang lain ni semua apartment
tahu jelah kan apartment punya security macam mana
memang susah visitor nak masuk musim pkp ni
parking pun satu hal


Pada hari kejadian
potluck start after zohor
sis sampai rumah xera pukul 3
50 min juga drive dari damansara
sis dan husband bawa satay
tan sham bawa kek marble
noya walaupun tak dapat hadir tetap
sumbangkan brownies guna delivery service
toh munir pula bawa barang untuk buat cocktail
dan juga portugese cheese tarts
xera masak nasi ayam mandy
which is sedap gilaaaaaaa
thankyou sebab tapaukan nasi mandy lebihan
buat kami tetamu ni
hari esoknya sis dengan husband
memang lunch nasi mandy dekat ofis, meriah!



Borak punya borak memang sampai ke senja
its good to see their faces
apa lah makna raya tanpa beraya dengan kawan-kawan kan
terubat juga rindu untuk balik kampung
itu pun rasa macam tak puas borak
rasa macam sekejap je masa berlalu
apepun sis nak ucapkan tahniah
dan selamat pengantin baru buat Tan
yang masa tu baru hari ketiga kahwin
semangat dia datang potluck
padahal baru je sampai selangor hari sebelum tu
elok lah dia datang kan
boleh kenal kenal dengan husband dia
semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke syurga
cepat-cepat dapat baby!



Tak lupa juga buat yah dan masyi
yang masing masing berada di kelantan dan terengganu
kalau dorang join potluck ni dah cukup korum 5S
tapi apakan daya jarak memisahkan
kena terima kenyataan yang
makin lama makin susah nak kumpulkan semuanya
dalam satu masa
tapi itu tak bermakna persahabatan kita ni goyah
buktinya hari-hari kami dok ber-whatsap group ha
ada je benda yang nak diceritakan
semoga di mana pun kawan-kawan sis ni berada
semuanya sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki
bahagia dan hidup dirahmati diredhai Allah selalu
aaminn



xoxo

1 Syawal

Hi gais
selamat hari raya!
tahun ni sis beraya dekat ampang je
balik ampang sehari sebelum raya
sebab tak boleh rentas negeri balik kelantan kan
tapi sis takdelah sedih sangat
sebab vibe raya tu still ada
walaupun vibe tu satu hari je
kalau beraya berdua je dekat damansara ni
rasanya lagi sedih kot
atleast raya kat ampang
dapat lah makan sedap-sedap
catch up session dengan family husband
layan anak sedara main bunga api








satu syawal menjelma
sis bangun awal pagi 
sebab nak sama-sama solat raya dengan husband
pastu baru bersiap cantik-cantik
sebab nak amek gambar raya
dan ziarah rumah aunty husband
aunty husband sis panggil mummy
rumah mummy selang dua buah rumah je dari rumah MIL
masak semua dah setel sehari sebelum tu
jadi pagi tu panaskan lauk je














 punya lah sis free masa first syawal
sempat rekod a few moments untuk dijadikan video
walaupun video pendek je
tapi cukup menghiburkan hati family husband sis



sempat juga berphotoshoot masa senja
husband sis pula melayan je







parents sis dekat kelantan tu mesti sedih
sebab dua orang anaknya terkandas kat selangor
sis sempat je ziarah adik lelaki sis dekat usj
dorang lagilah sedih
sebab both family side dekat kelantan
so macam vibe raya tu takde
bila sis datang baru dorang ni ada gambar raya
betul-betul takde mood raya tu hahaha






video call jela yang mampu ye dak
hopefully raya haji nanti pkp dah setel
boleh lah balik kelantan seminggu! gittew
sekian itu saja
minta maaf kalau ada salah silap
kot lah pernah terasa hati baca penulisan sis kan
semoga syawal kali ni pun seceria syawal yang lalu

xoxo